*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>saya tak setuju dengan debat umno-pas ni...kerana ia hanya membawa
>banyak keburukan daripada kebaikan...nabi ajar bila ada masalah
>MESYUARAT..bukan debat terbuka...debat ni hanya satu saluran
>mempamerkan kuasa dan keangkuhan...nak tunjuk sapa lagi petah...
>sapa lagi berani...tunjuk kuasa.....berlagak....tunjuk sapa lagi 
>bijak menyangkal....

Saya bukan nak kritik penulisan saudara "luqman ismael" tetapi
teringat apa yang pernah saya baca dalam sebuah kitab tafsir.
Seorang ulama tafsir yang bernama Abu Hayyan Al-Andulusi yang
hidup di Sepanyol ketika dahulu mentafsirkan ayat:

Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan
aku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." (Surah
Sood 38:76)

Ini kisah "debat" antara Iblis dengan Allah. Dia menyuarakan
rasa tidak puashati terhadap Allah seolah-olah tidak adil
dia kena sujud kepada Adam. Pada pandangan Iblis, dia adalah
lebih mulia kerana dia diciptakan daripada api, sedangkan
Adam diciptakan daripada tanah. Ini minda Iblis, dia berani
mempertikai perintah Allah sebagai tidak munasabah dari segi
logik akalnya. Iblis MENGUTAMAKAN logik akalnya dan mempersoal
hukum Allah. Berkata Abu Hayyan Al-Andulusi, barangsiapa
yang mengutama akalnya berkenaan urusan ugama, maka dia
adalah sama dengan Iblis. 

Terdapat beberapa hadith, Nabi memberi amaran kepada orang
yang bukan pakar tetapi mencuba-cuba mentafsirkan Al-Qur'an.
Contoh hadith itu ialah:

Barangsiapa yang mentafsir Al-Qur'an mengikut fikiran akalnya
sendiri atau dia bukan tahu (tidak layak), maka siapkan tempatnya
untuk masuk ke dalam Neraka." (Mukhtasor Tafsir Ibnu Kathir).

Oleh itu, sebaik-baik cara ialah mempelajari ilmu tafsir 
daripada huraian ulama dalam kitab-kitab tafsir yang muktabar,
seperti Al-Qurthubi, Ar-Razi, Ibnu-Kathir, Al-Alusi, dan
seumpamanya. Ini kerana ulama-ulama silam telah mentafsirkan
Al-Qur'an dengan penuh cermat dan berdasarkan ilmu serta
kepakaran mereka yang sah. Atau membaca buku-buku tafsir
karangan ulama-ulama yang merujuk kepada tafsir-tafsir ulama
silam yang muktabar.

Di zaman moden ini, ramai orang yang cuba memperkatakan
tentang ayat-ayat Al-Qur'an berdasarkan fikiran mereka yang
mana makna Al-Qur'an diselewengkan mengikut logik akalnya.
Ini termasuk golongan anti_Hadith dan golongan Sisters-Of-
Islam. Begitu juga pemimpin yang berfahaman sekular dan
modenis, semua mereka memiliki minda Iblis.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke