*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KENYATAAN MEDIA

Bagi pihak calon-calon yang bertanding di Kawasan Parlimen Kuala Kedah,
iaitu Presiden PAS Ustaz
Fadzil Noor yang memenangi kerusi DUN Anak Bukit, Fakhrurrazi Zawawi
yang memenangi kerusi
DUN Pengkalan Kundur dan Ustaz Kassim Mina yang bertanding bagi kerusi
DUN Kubang Rotan,
saya mengucapkan kesyukuran tidak terhingga ke hadhrat Allah s.w.t. dan
terima kasih tanpa
penghujung kepada para pengundi di Kawasan Kuala Kedah yang begitu
berani mencipta perubahan
ke arah yang lebih baik dalam kehidupan politik mereka.

Kemenangan saya bagi kerusi Parlimen dan calon-calon lain tidak akan
menjadi kenyataan tanpa sokongan dan dukungan
dari para pemimpin, petugas dan ahli-ahli PAS dan Barisan Alternatif di
Kawasan Parlimen Kuala Kedah,
pengendali-pengendali laman web, para pemimpin, petugas dan ahli-ahli
Barisan Nasional terutama dari Umno dan
Gerakan yang bersusah-payah membantu kemenangan calon-calon PAS dan
terutamanya rakyat Kuala Kedah yang
bertindak menentang penindasan dan kezaliman Barisan Nasional. Saya
berdoa semoga Allah membalas jasa mereka
dengan kurniaan rahmat dan kebaikan yang melimpah-limpah.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih tidak
terhingga kepada rakyat di Kubang Kerian yang
telah memberikan kerjasama yang amat sukar dilupakan selama saya
memberikan perkhidmatan di kawasan itu. Insya'
Allah, saya akan meneruskan khidmat saya sebagai Yang Dipertua PAS
Kawasan Kubang Kerian selagi khidmat saya
diperlukan.

Sesungguhnya kejayaan PAS menguasai 8 kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN
di Kedah adalah
permulaan kepada berakhirnya (beginning of the end) cengkaman dan
penindasan Barisan Nasional di
negeri ini. Dengan pertolongan Allah s.w.t., kesungguhan PAS dan Barisan
Alternatif
memperjuangkan keadilan dan kebenaran serta kesedaran dan keinsafan yang
pastinya akan semakin
menebal di kalangan rakyat Kedah, Barisan Nasional akan dikuburkan di
negeri ini dalam pilihanraya
yang ke-11 kelak.

Saya juga berharap semua pihak yang membantu kemenangan PAS dan Barisan
Alternatif, sama ada
di Kuala Kedah dan di seluruh negara hendaklah menginsafi bahawa
kemenangan kita adalah 95
peratus berpunca dari pertolongan Allah s.w.t. dan hanya hanya lima
peratus dari gerak kerja kita.
Insya' Allah dengan semangat tauhid, jihad dan syahid, akan semakin
melimpah-limpah pertolongan
Allah s.w.t. kepada kita dan akhirnya kita akan dapat memerdekakan
negara tercinta ini dari
cengkaman dan penindasan Barisan Nasional.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

HAJI MOHAMAD SABU
Ahli Parlimen Kuala Kedah
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
1 DISEMBER 1999


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Yazid Ahmad <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke