*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=4715

Orang kata Nik Aziz bukan ulama, tapi seorang pembohong. Dalam
saat-saat mencari berita terkini di internet berkenaan Perang
Iraq-America, saya tertarik dengan kata-kata Nik Aziz yang
berikut:

"......., biar pun Amerika cuba mempamerkan memiliki segala
kuasa, namun ada kuasa yang lebih tinggi mengatasi kekuatan
manusia. "Kita percaya bala akan menimpa negara kuffar itu
kerana Allah adalah sebaik-baik perancang," kata Nik Aziz.

Sekurang-kurangnya Nik Aziz merasa semoga Allah akan menghancur-
kan Amerika ..hancur sehancurnya. Yang saya hairan, Dr Mahathir
setakat ini tidak berharap atau berdoa agar Allah menghancurkan
Amerika. Apa yang dilihat oleh Nik Aziz ialah manusia dan negara
angkuh ala Fir'aun itu semoga dimusnahkan oleh Allah, tak ada
penting wujudnya negara yang dinamakan Amerika. Apa yang dilihat
oleh Dr Mahathir ialah supaya Amerika jangan berbuat jahat kepada
negara-negara ummat Islam, atas alasan Dr Mahathir masih bergan-
tung kepada Amerika kerana ekonomi dan $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Adalah menjadi satu sunnatullah (ketetapan Allah), bahawa Dia
berjanji akan menghancurkan sesuatu ummat atau negara jika
ia sangat angkuh dan membuat kerusakan di muka bumi. Jika Allah
mendatangkan balaNya, tiada siapa yang boleh menghalangnya. Kuasa
besar macam Amerika pada pandangan Allah hanya kecil. Jika Dia
kehendaki, Dia boleh menghancurkan negara itu sehancur-hancurnya.

Nik Aziz, kerana memahami Al-Qur'an berkata apa yang dijanjikan
oleh Allah. Amerika kelak akan hancur, mungkin sudah sampai
masanya. Allah akan menurunkan bala dari sudut yang tidak disedari
oleh puak-puak Kuffar.

Ingatlah pesanan Nabi kita ...doa-doa orang-orang yang dizalimi
tidak ada hijab antara mereka dan Allah.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke