*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Faqeh : Makanan Kecerdasan Minda  – Khazanah Perubatan Islam

Faqeh merupakan makanan kecerdasan otak dan digunakan untuk meningkatkan kepintaran, 
kekuatan ingatan, hafalan, mengekalkan kesihatan minda, dan mengelak daripada lupa dan 
nyanyuk.

Akal merupakan anugerah Allah yang terpenting kepada manusia. Dengan akal Allah 
mentaklifkan (mempertanggungjawabkan) kepada kita tentang semua syariatNya. Memahami 
hakikat akal inilah maka syarikat “Perniagaan Qurba” berusaha membuat kajian ilmiah 
yang mendalam tentang makanan kecerdasan otak yang bersumberkan daripada :

Al-Quraan
Sunnah Nabi s.a.w
Pendapat ulama perubatan Islam

Kenapa ulama-ulama terdahulu mempunyai akal yang cerdas, kuat ingatan, kuat hafalan 
dan pintar ?

Ulama-ulama dahulu dapat menhafal Al-Quraan, mengingati beribu-ribu hadis nabi s.a.w 
serta menguasai pelbagai ilmu sejak kecil. Mereka dapat berijtihad, menyelesaikan 
masalah umat, mengekalkan kesihatan akal dan tidak lupa serta nyanyuk pada sepanjang 
kehidupan mereka…

Tiada siapa yang mengetahui hakikat keunikan otak ciptaan allah, maka makanan 
kecerdasan minda bersumberkan Al Quraan, hadis Nabi s.a.w  dan pendapat ulamak 
perubatan Islam terdahulu sajalah yang diyakini dapat memenuhi keperluan otak manusia.

Faqeh adalah makanan kecerdasan otak yang dikumpulkan dari dua belas bahan 
tumbuh-tumbuhan pilihan dari dalam dan luar negeri. Bahan-bahan ini dikeringkan dan 
tidak menggunakan sebarang bahan kimia, ubat penahan dan pewarna. Faqeh disediakan 
menurut kaedah yang dicadangkan oleh ulama-ulama perubatan Islam dan mengikut proses 
saintifik di bawah kawalan kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice). Hasilnya 
ialah sejenis tablet yang mudah dihisap atau dikunyah oleh semua peringkat umur, dari 
kanak-kanak sehinggalah orang tua yang lanjut usianya.



Penerangan mengenai bahan-bahan yang terkandung di dalam Faqeh



1. Rumman (Punica granatum)

Allah  S.W.T berfirman dalam Al Quraan tentang “rumman” :

“Kami jadikan kebun-kebun dari anggur,zaitun serta buah rumman (delima) yang bersamaan 
(rupa dan rasa) dan yang tidak bersamaan..” - surah Al An-am ayat 99

“Sesiapa yang makan “rumman” (delima) Allah akan cahayakan hatinya,” - surah Al An-am 
ayat 141



2. ‘Adas (Organik lentils)

Allah berfirman dalam Quran tentang ‘adas (sejenis bijirin) dalam Al-Quraan:

“Wahai Musa! Kami tak sabar dengan makanan yang semacam saja, maka pohonlah kepada 
tuhanmu untuk kami supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di 
bumi, dari sayurannya, mentimun, bawang putihnya dan kacang ‘adasnya serta bawang 
merah..’ surah Al Baqarah: 61

Adas ialah makanan bijirin yang terkenal di kalangan orang Arab serta disokong oleh 
ulamak perubatan Islam untuk kesihatan badan. Antara khasiatnya ialah dapat menguatkan 
ingatan dan kesihatan otak yang terdapat dalam kitab Islam, Tib-al-Aimmah, muka surat 
389 maksudnya :

“Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang mewarisi ingatan ialah makan daging 
dikawasan tengkok binatang (yang halal), makan yang manis- manis serta ‘adas’, makan 
roti sejuk dan membaca ayat Qursi.”



3. Za’faran (Crocos sativus)

Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur, menyebut tentang za’faran iaitu 
sejenis tumbuhan ubat terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina. Saidina Ali 
k.w. pernah menyatakan tentangnya iaitu :

“Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’di satu bahagian, dicampur 
dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya 
sehingga dituduh melakukan sihir".



4. Zabib (Raisin)

Di dalam kitab Tib al-Nabawi oleh Ibnu Qayyim al-Juzi karangan Dr. Asayyid al-jamili, 
muka surat 241, Imam Al Zuhri ada berkata:

“Sesiapa yang ingin menghafal hadis,maka dia hendaklah memakan zabib."



5. Qaranful (Eugenia carophyllus)

Ia merupakan  tumbuhan kesihatan yang tahan lama jika dikeringkan. Terkenal di dalam 
perubatan Islam, ia berkhasiat untuk kesihatan badan terutamanya untuk kekuatan 
ingatan dan kepintaran sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab perubatan Islam, Tib 
al-Aimmah oleh Assayyid Abdullah Syubbir muka surat 389 yang menjelaskan tentang 
kenyataan Imam Jaafar Al-Sodiq rahimahullah. Imam Jaafar adalah ulama terkenal di 
Madinah, mempunyai ramai penuntut di antaranya termasuklah Imam Abu Hanifah 
rahimahullah. Imam Jaafar lahir pada tahun 80 hijrah dan meninggal pada tahun 148 
hijrah. Beliau adalah guru kimia kepada ulama kimia yang terkenal iaitu Jabir bin 
Hayyan dan Ar-Razi rahimahullah. Imam Jaafar pernah menerangkan masalah kekuatan 
ingatan dan cara menguasai ilmu kepada pertanyaan anak muridnya Abi Basir, sebagaimana 
dalam satu riwayat di bawah:

“Berkata Abi Basir : Aku bertanya kepada Al-Sodiq iaitu Imam Jaafar Al-Sodiq 
bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami, lalu imam 
Jaafar Al-Sodiq berkata “Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, 
begitu juga kundar serta ditumbuk halus kedua-duanya, lalu diletakkan di atas lidah 
(dihisap) pada setiap hari.””



6. Karaps (Apium gravolens)

Dari kitab Tib al-Aimmah oleh Asyayyid Abdullah Syubbir, muka surat 388 dan 393, ada 
dinyatakan bahawa nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, maksudnya:

“Makanlah olehmu karaps kerana ianya mewarisi ingatan. Ia adalah dari tumbuhan hijau.”

“Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal ianya 
adalah (karaps).



7. Zanjabil (Zingerber officinal)

Allah S.W.T berfirman dalam Quran, maksudnya,

"Mereka dalam Syurga itu,diberi minum sejenis minuman campurannya dari zanjabil.”

Di dalam kitab Mukhtasar Tib al-Nabawi, Imam jalaludin al-Sayuti (849 - 911 Hijrah) 
karangan Ibrahim Muhammad al-Jamal dan kitab Tib al-Aimmah oleh Assayyid Abdullah 
Syubbir, muka suratr 388 - 389 menyebut riwayat dari ulama terkenal iaitu Ali al-Ridha 
rahimahullah (141 - 203 Hijrah) menyatakan bahawa :

“Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan, maka hendaklah dia 
makan 3 potong zanjabil yang dicampur dengan “ Asal dan juga Khardal(sejenis bijirin) 
bersama dengan makanannya pada setiap hari.”



8. Khardal (Semen brassica juncea)

Khardal juga merupakan salah satu daripada khazanah perubatan orang Arab termasuk Ibnu 
Sina. Ini kerana khasiatnya banyak untuk tubuh badan sebagaimana yang tercatat di 
dalam kitab karangan Dr. Amin Ruwain bertajuk Al-Tadawa bi al-A'syab wa al-Nabatat, 
muka surat 79.



9. 'Asal (Forest Honey)

'Asal (madu) merupakan makanan pengubatan yang paling terkenal kepada semua penduduk 
di dunia di mana Allah berfirman dalam surah An Nahl ayat 68-69, maksudnya:

“ ……. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di 
dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan (penyakit) bagi manusia.”

Dari riwayat Imam Al-Juzi ia menyatakan bahawa:

“Hendaklah kamu mengambil ‘asal (madu) kerana ianya baik untuk ingatan.”

Faqeh diperbuat daripada madu Iran kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di 
sana menghisap madu dari pohon-pohon kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya di mana 
kesemua buah-buahan ini disebut dalam  Al-Quraan dan kitab-kitab perubatan Islam 
tentang khasiatnya yang banyak.



10. Laban (Pure goat's milk)

Allah berfirman dalam Al Quran tentang laban (maksudnya) :

"Sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu kamu beroleh pelajaran yang 
mendatangkan iktibar, kami beri minuman kepada kamu dari apa yang terbit dari dalam 
perut, yang lahir di antara hampas makanan dengan darah, iaitu susu yang bersih, mudah 
diminum lagi sedap rasanya." - surah an-Nahl ayat 66

Susu kambing dicampur di dalam formula ini kerana khasiatnya yang banyak seperti mana 
yang disebut dalam kitab perubatan Islam dan perubatan moden.



11. Na’na’ (Mental longifolia)

Ia merupakan tumbuhan yang sentiasa dimasukkan dalam minuman orang-orang Arab. Dalam 
kitab Al Tadawa muka surat 205, Abdul Latif Asyur menyebut bahawa na’na’ boleh 
melancarkan perjalanan darah ke otak manusia serta merangsang kecerdasan pemikiran. 
Dr. Riyad Muhamad dalam kitabnya yang bertajuk “Kepintaran Minda Dan Kepantasan 
Ingatan" berkata :

“Digoreng (dikeringkan) na’na’ serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas 
itu dimasukkan tujuh titik minyak habbatus sauda, diminum suam-suam serta dibaca ayat 
Al Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat syifa serta surah Yassin."



12. Habbatus Sauda (Nigelia sativa)

Faedahnya sudah terkenal sebagai bijirin yang dapat menyembuhkan berbagai-bagai 
penyakit seperti dalam hadis Rasulullah S.A.W maksudnya:

“Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda ini kerana ianya penyembuh bagi setiap 
penyakit melainkan mati.”






Khasiat-khasiat Faqeh

Kanak-kanak yang sedang membesar – untuk pertumbuhan akal yang cerdas

Pelajar sekolah rendah dan menengah – sebagai persediaan untuk menerima pelajaran 
dengan lebih mudah ke arah kecemerlangan masa hadapan.

Siswa siswi institut pengajian tinggi – untuk membantu menjadi lebih kreatif, aktif, 
maju dan berdaya saing yang tinggi

Orang dewasa – untuk mengekalkan ingatan dengan baik dan membina kebahagian hidup.

Orang tua yang lanjut usia – mengelak daripada lupa dan nyanyuk.

Sangat baik untuk wanita yang mengandung dan munyusukan bayi untuk perkembangan minda 
bayi.







Aturan makan

Sebelum makan hendaklah:

     berniat (mendapatkan kecerdasan minda sepanjang hari demi beribadat kepada Allah) 
     membaca selawat (lengkap) 
     membaca surah Al Fatihah 
     membaca surah Al Inshiroh (Alam Nasyroh) 

Dos

     Umur 3 hingga 12 tahun : 2 - 4 biji tablet sehari 
     Umur 13 ke atas 4 –6 tablet sehari 

Dimakan secara kemam pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.







Pesanan

Harga bagi sebotol Faqeh 100 biji adalah RM 27.00 sahaja.

Anda boleh datang ke kedai kami untuk mendapatkannya : 

 

Alamat

15G, Blok B, 
Jalan 18/35, Taman Sri Serdang, 
43300 Seri Kembangan

 

Contact

Tel : 03-89410054
Tel : 012-2129-567

Email : [EMAIL PROTECTED]

 

Untuk pesanan dari luar kawasan

Masukkan bayaran ke dalam akaun bank Maybank (Akaun Semasa Wadiah) 5621-1500-0468 atas 
nama Ibrahim Abdullah. Hantar slip tersebut kepada kami di alamat di atas atau fax ke 
nombor telefon yang tertera.








=====> Faqeh : Makanan Kecerdasan Minda  <=========
=====> http://faqeh.tripod.com/          <=========
===================================================









 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke