*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum, Apa yang menarik di laman Web 7 (http://buku.virtualave.net/) dan panduan-panduan baru untuk pengetahuan anda ? Perkakasan Komputer - Transmeta Crusoe : Pengenalan kepada mikroprocessor Crusoue. - Ulasan mobo FIC AZ11 untuk platform Socket A / Socket 462 pin - Benchmark PC lawan bukan PC Perisian - Penjelasan dan perbandingan antara perisian asli dan perisian cetak rompak Muslim - Kisah Rasullullah berbicara tentang Dajjal - Hadis 40 : Peristiwa-peristiwa di akhir zaman, hadis 1 dan 6 untuk permulaan Berita Teknologi Terkini - Pembunuh Celeron II, dan semua processor low end telah muncul - Ulasan Celeron II 667Mhz - Athlon Thunderbird dilancarkan - Beberapa kad grafik baru dilancarkan Transmeta Crusoe ================ Crusoe adalah mikro processor baru untuk pasaran mobil x86, ia mengunakan kuasa antara 1 hingga 3 Watt sahaja. Ketahuilah kelebihan dan ciri-ciri menarik Crusoe serta kelemahan utamanya. Ulasan Mobo FIC AZ11 Socket A ============================= Platfrom socket A adalah untuk processor baru dari AMD iaitu AMD Athlon dan AMD Duron. Kedua-dua processor ini telah dilancarkan bagi dua pasaran berlainan. AMD Duron adalah platform baru untuk pasaran ekonomi iaitu sistem komputer PC di bawah USD 1000. Lihat maklumat seterusnya. Benchmark PC lawan bukan PC =========================== Benchmark adalah satu kaedah mengukur kelajuan sesuatu sistem komputer bagi menentukan yang mana pantas dan yang mana perlahan. Mungkin anda tertanya-tanya antara PC dan komputer Macintosh yang mana lebih pantas ? ATAU mungkin anda tertanya-tanya antara server PC dan bukan PC seperti Alpha Server, RS/6000, Server HP-8500, Ultrasparc II dan MIPS yang mana lebih pantas atau lebih ekonomi dari segi keupayaan per harga ? Dapatkan jawapannya di sini. Perbandingan antara perisian asli dan cetak rompak ================================================== Artikel ini cuba menjelaskan kekeliruan mengenai kedudukan perisian asli dan pengunaannya. Perisian boleh menjadi cetak rompak jika digunakan dengan cara yang salah, bagaimana ini boleh berlaku ? Kisah Rasullullah s.a.w. berbicara tentang Dajjal ================================================= Apa itu Dajjal ? Siapakah Dajjal ? Apakah bahaya fitnah yang dibawa oleh Dajjal ? Dajjal adalah makhluk Allah yang akan menyesatkan aqidah manusia di akhir zaman. Kenalilah bahaya-bahaya fitnah Dajjal ini. Dajjal adalah makhluk yang keji di mana dia mengaku dirinya sebagai tuhan, adakah patut TV3 menyiarkan sebuah drama Melayu bertajuk "Dajal Suci" pada satu ketika dahulu ? 40 Hadis peristiwa akhir zaman ============================== Kenalilah keadaan-keadaan di akhir zaman ini dan bersedialah mudah-mudahan kita terselamat dari ujian-ujian besar di akhir zaman. Buat masa ini, Web 7 hanya membentangkan hadis pertama dan keenam iaitu "Taqwa dan Perpaduan Asas Keselamatan di Akhir Zaman" dan "Golongan Anti Hadis". Berita teknologi semasa ======================= Mulai dari 15 Mei 2000, Web 7 akan melaporkan perkembangan teknologi komputer PC setiap hari, Insyallah. Program Pemberita digunakan untuk mudahkan laporan berita setiap hari di laman Web 7. Jika anda mempunyai banyak maklumat mengenai teknologi komputer, atau yang berkaitan dengannya, ATAU apa-apa maklumat yang berkaitan dengan subjek yang dibentangkan di laman Web 7 DAN anda mahu berkongsi atau mensedekahkan pengetahuan anda kepada umum terutama kepada muslimin dan muslimat, anda dijemput untuk menyertai pemberita sukarela. Laman Web 7 sendiri adalah sebuah kelas komputer percuma. Sila email kepada Web 7 untuk maklumat lanjut, gunakan borang email ke Web 7. Pembunuh Celeron II : Walaupun Celeron II dilengkapi dengan set arahan ISSE tetapi keupayaannya adalah jauh dibelakang processor baru AMD untuk pasaran ekonomi. AMD telah melancarkan Duron bagi merajai semula takhta processor ekonomi. Ada banyak laman web hardware telah memberikan pelbagai ulasan dan benchmark mengenai processor Duron ini. Secara amnya, Duron adalah 25% lebih pantas dari Celeron. Harga Duron adalah setara dengan Celeron. Menurut Anand Tech, murah tidak bermaksud pencapaian rendah. Keupayaan Duron 700Mhz secara amnya adalah setanding dengan Athlon Klasik 650Mhz dan Pentium III 650Mhz tetapi pada harga yang jauh lebih murah. Dalam beberapa ujian benchmark pula Duron adalah setanding dengan sistem Pentium III 800Mhz dengan PC600 RDRAM (yang sangat mahal). Oleh itu Duron adalah processor PC yang amat sesuai kepada mereka yang mahu menaik taraf dari Socket 7. Lihat ulasan-ulasan dari laman hardware utama. Athlon Thunderbird : Dua minggu sebelum Duron dilancarkan AMD telah melancarkan Athlon baru dengan 256kb cache L2 bina dalam pada kelajuan CPU. Hasil dari ujian benchmark di dapati Athlon baru ini telah berjaya memperbaiki keupayaan Athlon sehingga 30%. Lihat arkib bagi bulan ini untuk berita sepenuhnya. Jika anda mahu dimaklumkan setiap kali laman Web 7 dikemas kini (selain dari berita teknologi terkini), sila langgan newsletter Web 7. Borang langganan boleh di dapati di homepej. Sekian harap maklum Terima Kasih. http://buku.virtualave.net/ ____________________________________________________________________ Get free email and a permanent address at http://www.netaddress.com/?N=1 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Web 7 Publication <[EMAIL PROTECTED]>