*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum, Sifat-sifat toifah/jemaah Pemuda Bani Tamim (Sambungan) 5. Memiliki akhlak mulia dan mempesona. Pemuda Bani Tamim dan pengikutnya amat berakhlak dan beradab, dengan makhluk lebih-lebih lagi dengan Allah SWT. Mereka amat mengambil berat soal adab dengan Allah terutama di waktu sembahyang. Bagi mereka, jika terlambat sembahyang (ukurannya ialah jika telah azan baru hendak berwudhuk), mereka telah biadab dengan Allah. Kerana sifat hamba ialah datang sebelum dipanggil. Jika mereka dapat beradab dengan Allah walaupun dalam perkara yang dianggap remeh, mereka juga amat menjaga adab dengan sesama manusia. Wali Songo (Sunan Gunung Jati) pernah menyebut berkenaan Pemuda Bani Tamim (Satria Piningit) itu adalah seorang yang berpegang teguh pada sorban kanjeng Nabi Muhammad SAW. Dapat diertikan secara harfiah iaitu berpegang teguh pada ekor serban baginda Nabi SAW, iaitu benar-benar mengikut sunnah Nabi SAW. Diterangkan maksudnya ialah beliau itu adalah seorang yang sentiasa mengamalkan sunnah Nabi SAW, sangat kuat imannya, bersih hatinya, baik akhlaknya, kuat ibadatnya dan selalu taqarrub ilallah. 6. Ibadahnya baik, banyak dan halus serta hati yang sentiasa merintih kepada Allah SWT - Rubbanunbillail Wa fursanun fin Nahar- Rahib (ibadah) waktu malam, berjuang waktu siang. Mereka mewajibkan untuk diri mereka bersembahyang malam. Sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajud dan 3 rakaat witir. Hingga mereka tergolong di dalam golongan yang tidak pernah meninggalkan sembahyang malam. Ini juga sifat pengikut Muhammad Al Fateh yang Allah beri kemenangan menakluki Konstantinopel. 7. Sesama Ikhwan sangat kuat tali persaudaraan, kasih sayang, bersatu dan bersefahaman. Perkara ini disebut di dalam sebuah atsar, pernah diucapkan oleh Sayidina Ali Kwj. yang bermaksud: "Maka Allah menghimpunkan sahabat-sahabatnya (sahabat Imam Mahdi) sejumlah tentera-tentera Badar dan sejumlah tentera-tentera Thalut, iaitu sebanyak 313 orang lelaki (terdapat kaum wanita mengiringinya). seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka bercita-cita untuk memindahkan gunung nescaya mereka dapat melakukannya. Pakaian mereka sejenis, dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan ayah." (dari Kitab Aqdud Durar fi Akhbaril Muntazar, Beirut, 1983, hal.95) Mereka seolah-olah dari satu ibu dan ayah. Macam adik beradik atau saudara kandung. Hubungan mereka bukan lagi sekadar sahabat malah saudara hakiki. Kerana itu mereka amat berkasih sayang sesama mereka. Perkara ini tidak wujud dalam jemaah-jemaah lain ketika itu. Tiada kasih sayang, yang ada ingin berkuasa dan jatuh menjatuh, iri hati, hasad dengki dan dendam kesumat sesama sendiri walaupun diseru untuk bersatu. 8. Sentiasa diuji dan terus diuji namun mereka mampu menghadapi ujian. Mereka benar-benar berjuang pada jalan Allah. Dugaan berat di sini ialah dalam bentuk latihan rohaniah. Terdapat juga dugaan berbentuk zahir tetapi mereka akan sentiasa menganggapnya sebagai hal yang remeh dan ringan sahaja, berbanding dugaan batin yang sedang mereka hadapi. Mereka dididik agar menjadi sangat tabah, sabar, istiqamah dan ikhlas. Mereka juga sangat rajin bekerja, sangat kuat beribadat dan sangat menjaga syariat lahir dan batin. Mereka sangat gigih dalam beramal dan bermujahadah, berani menghadapi ujian batin yang hebat-hebat dan gagah pula menghadapinya sehingga akhirnya mampu menghancurkan perkara-perkara yang menghalang jalan ibadat mereka (Sifat-sifat mazmumah). Gunung tujuh itu ada dihuraikan secara panjang lebar oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin. Oleh kerana pada mereka ujian dari nafsu dan syaitan itulah yang lebih berbahaya, ujian lahiriah seperti ditangkap, diburu, dipulaukan dan sebagainya dianggap kecil dan boleh dihadapi. Mereka dipilih dan dibangun oleh Pemuda Bani Tamim secara khusus setelah lulus melalui tapisan-tapisan yang ketat dan nampak ganjil pada mata orang ramai (jika mereka dapat melihatnya). 9. Jumlahnya sedikit tetapi berkualiti sehingga seolah-olah seorang sama dengan sepuluh orang yang lain atau lebih. Soal jumlah mereka ini amat melawan arus perdana. Ketika jemaah-jemaah lain sedang meningkatkan usaha meramaikan ahli, mereka meningkatkan usaha untuk menghasilkan ahli yang berkualiti. Kerana itu mereka tidak ramai. Namun usaha mengajak manusia kepada Tuhan tetap diteruskan. Malah semua umat Islam diseru agar membaiki diri dan membina taqwa. Untuk bersama mereka syaratnya ialah taqwa. Ini yang amat payah. Dengan taqwa itulah mereka dibantu. Kualiti mereka seolah-olah sama dengan sepuluh orang atau lebih. Sepuluh orang itu adalah had minimum kualiti mereka. Dalam keterangan yang dibawa oleh Sayidina Ali menyebut, mereka adalah umpama tentera-tentera Thalut (313). Tentera Thalut asalnya 80,000 orang. Tetaapi semuanya tersaring dengan pelbagai ujian, akhirnya tinggal 313 orang.Begitulah juga yang berlaku kepada jemaah atau toifah Pemuda Bani Tamim. 10.Tiada sebarang kepentingan diri kecuali semuanya hanya untuk Allah SWT dan agamanya. Sebagaimana ikrar mereka setiap kali bersembahyang, hidup dan mati hanya semata-mata kerana Allah Tuhan Sekelian Alam, mereka mengkotakan janji itu. Tiada kepentingan diri membuatkan mereka sentiasa mementingkan dan mendahulukan orang lain. Ini juga sifat khusus yang ada pada Pemuda Bani Tamim itu sendiri. Bukan mudah untuk menyerahkan kuasa kepada Al Mahdi jika ada kepentingan diri. Baginya, yang penting ialah agama Allah tetap unggul dan berdaulat. Amat jauh sifat ini dari pejuang-pejuang sezaman yang berlumba-lumba untuk berkuasa dan memiliki kekuasaan sendiri. Malah mencari kekayaan dan kesenangan hidup melalui kuasa. Paling tidak dapat jadi glamour atau popular. Wassalam, Arjuna Armada ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>