*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Oleh kerana ada permintaan drp pembaca yg tidak mahir membaca dlm
B.Inggeris, saya buat terjemahan artikel berikut tentang pengakuan
seorang bekas tentera Iraq:

=========
 
SAYA AKAN MENEMBAK ASKAR AMERIKA

Mac 30 2003 | Drp Stephen Martin di Baghdad

Pinggan mangkuk telah disimpan dengan baik, dinding kosong saja dan
barangan perak milik keluarga telah dialih ke tempat yang selamat.

Apa yang tinggal di tempat-tempat istirihat kota Baghdad hanya
kerusi rehat dan senapang otomatik yang bersandar dengan penuh
peluru mampu membunuh sehingga seratus orang.

Senjata itu sudah berusia 20 tahun, peninggalan daripada perang
Iran-Iraq dulu. Tapi, di saat tentera Amerika sedang mara, Ghazwan
Al-Mukhtar akan menggunakannya untuk membunuh sebanyak yang mungkin.

"Semakin ramai anak-anak haram Amerika itu datang, saya akan menjadi 
lebih seronok," berkata Ghazwan, bapa kepada tiga orang anak.

Ghazwan, berusia 59, bukan seorang penyokong kuat Saddam Hussein.
He gemar kepada warung ala Inggeris dan tempat makan ala Amerika,
kadang-kadang melawat UK dan mendakwa dia menerima pendidikan di
Amerika.

Dia bukan penyokong rejim Saddam. Dia hanya bencikan George Bush dan
Tony Blair.

Apabila ditanya, anda akan mendapat jawaban: Sekatan (ekonomi).

Perniagaannya telah rugi dan wang simpanannya telah dibekukan
kerana sekatan perdagangan PBB yang dikuatkuasakan dalam tahun 1991.
Merasa tertekan, dia serta keluarga bergantung kepada wang yang
dikirimkan oleh sanak saudara di London.

Sekatan ekonomi sepatutnya menjadikan rakyat Iraq semakin benci
terhadap Saddam dan rakyat akan bangkit menentangnya. Tapi Ghazwan
berkata dengan garangnya: "Kamu celaka, kamu membuat sebaliknya".

"Kamu menyebabkan rakyat Iraq semakin tersisih yang ketika dulu
kami adalah kawan-kawan kamu."

"Saya cintakan Britain dan Amerika, tapi kamu bangsat yang menjadikan
kami menentang kamu."

"Kamu menjatuhkan hukuman sekatan ke atas negara ini yang menyebabkan
kami menderita."

"Sekarang kamu mahu kami hamparkan tikar merah untuk kamu - apa kamu
bersenda-gurau ke?"

"Saddam bukan kawan saya. Tapi, apabila tentera kamu datang melalui
jalan-jalan kami, saya akan menembak kamu semua sepanjang jalan."

"Bukan demi Presiden Saddam, tapi demi tanahair kami, Iraq."

Dia berkata ramai lagi rakyat Iraq seperti dia (Ghazwan)

Sunggupun dihadapi dengan kata-kata tuduhan tentang Saddam Hussein
melanggar hak asasi kemanusiaan, kamar-kamar penyiksaan dan tentera
rahsia Saddam, dia bertegas: "Kamu mendakawa Saddam Hussein membunuh
ramai orang - saya berkata sekatan PBB telah membunuh kanak-kanak
kami. Adakah Saddam membunuh kanak-kanak? Tidak !"

Dengan penuh rasa pahit, dia berkata, "Kami pernah berkata (Saddam)
adalah pemerintah diktator dalam tahun lapan-puluhan ketika tempat
ini mewah dengan wang."

Sekarang kamu mengebom kami supaya mewujudkan demokrasi. Malahan
kamu telah gugurkan beribu-ribu peluru berpandu ke atas kami, saya
tidak merasa itu adalah demokrasi."

"Jadi, kamu mesti gugurkan beberapa ribu lagi - atau dua kali ganda,
tiga kali ganda atau lebih?. Mungkin itukah demokrasi yang kamu
mahu ingin sampaikan?"

"Jika saya diberi peluang untuk untuk membuat pilihan antara Saddam
Hussein dan George Bush, saya tetap memilih Saddam setiap kali."

"Inilah sebabnya, bila tentera kami datang untuk membebaskannya,
mereka akan berteriak untuk membunuh (kamu)."

Mungkin senapangnya layak menjadi bahan muzium jika dibandingkan 
dengan peralatan canggih tentera Bersekutu. Tapi setelah keluarganya
ditempat yang selamat, askar veteran tua Iraq ini berazam untuk 
berjuang, dan dia bukan keseorangan.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke