*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,

Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,


SIRI 26

(dalam siri yang lepas kita telah berkenalan dengan neuron…dalam pada itu
ada pulak yang nak berkenalan dengan saya …aik tak pasal-pasal(saya tak
suka perasan, tapi anggaplah saya rendah diri, tak payah berkenalan lah
dengan saya)….biar selesai satu –satu, mari kita kenal secara dekat sikit
tentang neuron..kita neuron saja ..anggap saya lebih kurang neuron saja)

Apakah tujuan Allah menciptakan neuron pada kita ? tak lain-tak bukan untuk
memudahkan urusan kita seharian (…maklumlah khalifah di muka bumi katakan )

Neuron berfungsi sebagai  Mekanisme Pengendalian Isyarat Saraf. Isyarat
saraf  bergerak melalaui set-set neuron dari arah denderit ke arah bouton
akson.  Analogi (gambaran/perumpamaan) pergerakan isyarat saraf ini sama
seperti pengaliran arus elektrik dalama dawai.  Walau bagaimanapun,
kelajuan aliran arus elektrik  sama dengan kelajuan cahaya. haya iaitu 186
000 batu sesaat sementara pergerakan isyarat saraf pula ialah di antara 2
hingga 200 batu sejam.  Kelajuannya tertakluk kepada saiz dan kelebaran
akson.
(Atkinson et. al., 1987).

(wau! Lajunya…tekan di sini ….disana nyala..kalau neuron nih jenis
motorsikal sudah lama dah kena saman pasal memandu laju sangat…lihatlah
kebesaran Allah …begitu punya laju tak eksiden (kemalangan) pun atau
tersalah masuk lorong..sepatutnya isyarat kata api rasa panas tiba-tiba
kita rasa sejuk (tak berlaku demikian…kalau berlakupun mungkin nak mati
kot(jadi cepat-cepatlah bertaubat))

Pengendalian isyarat saraf dalami sel neuron merupakan satu proses yang
amat kompleks.  Tiap satu neuron mengandungi molekul-molekul  yang
diperbuat oleh ion.  Pada umumnya, pakar-pakar kimia bersetuju bahawa ion
jenis Natrium (N +) mengawal pergerakan isyarat saraf melalui proses
polarisasi dan depolarisasi.  Kebanyakan ion yang berada dalam sel neuron
seperti potassium (K+) dan klorida (CI-) mempunyai cas negatif.  Oleh itu,
ia mengakibatkan keseluruhan sel bercas negatif.  Cas negatif sel ini
menarik molekul-molekul yang mempunyai cas positif seperti Natrium (Na+)
yang berada di luar sel dengan banyak sekali.  Analoginya sama seperti pola
besi berani (megnet) negatif menarik pola yang positif', dan sebaliknya.

(kalau anda tak faham tak kisahlah..sebab proses ini amat kompleks (terlalu
pelbagai)…cuma kita sedar cukuplah, lihatlah ciptaan Allah pada sistem
tubuh kita, suatu benda yang kompleks, semata-mata untuk kita mengenal
maklumat sekeliling kita…(tak faham juga ? ..tak apa macam biasa…buat-buat
faham saja lah)

(kalau anda masih faham teruskan membaca di bawah…kalau tidak tunggulah
siri yang akan datang…)

Kedua-dua cas neuron (positif dan negatif) dipisahkan oleh selapis
selaput,separuh telap (.Femipermeable membrane) yang rnempunyai
lubang-lubang kecil di dalamnnya.  Lubang-lubang ini hanya membenarkan
molekul-molekul kecil menembusinya.  Lubang selaput separa terap ini boleh
dibesarkan dalam keadaan tertentu bagi membolehkan molekul-molekul yang
lebih besar menembusinya.  Tugas utama selaput ini ialah untuk menahan
serta menolak molekul Natrium keluar dari dalam sel secara aktif.  Ini
semua dilakukan dalam keadaan semulajadi (semulajadi nih istilah
Barat..yang jahil,..istilah kita ialah Sunnatullah) yang diistilahkan
sebagai keadaan terkutub (polarized state).

Apabila selaput neuron distimulasikan oleh sel neuron jiran yang menghantar
isyarat, keadaan semulajadi(suna tullah) 'kesepara lelapan' selaput neuron
terganggu.  Buat seketika waktu, selaput separa telap itu membenarkan ion
besar seperti Na+ masuk ke dalam sel.  Walau bagaimanapun, dengan cara
aktif iaitu melalui proses osmosis, selaput separa telap menolak keluar ion
Na+ dari dalam sel untuk mengembalikan status semula jadi terkutub sel
saraf.  Fenomena masuk - keluar ion Natrium (Na+) pada sel neuron ini
dinamakan proses polarisasi - depolarisasi yang bersambung daripada sel
kepada sel neuron yang lain.  Semasa proses polarisasi beriaku, cas dalam
sel ialah negatif dan cas luar sel pula positif.  Status depolarisasi pula
sebaliknya, iaitu positif di dalam dan negatif di luar sel.  Proses sebenar
yang berlaku adalah lebih komplek,, daripada penerangan yang diberi di
atas.  Ringkasnya, ini ialah cara isyarat saraf dikendalikan di seturuh
tubuh manusia dan organisme-organisme lain yang mempunyai sistem saraf.

  Proses kendalian ini mempunyai sifat-sifat kimia dan elektrik dan
aktiviti-aktiviti elektrik saraf inilah yang diukur oleh alat
electroencephalogram (EEG).Tiap-tiap batang akson sel neuron mengandungi
sarung lemak yang dikenali sebagai sarung mielin.  Sarung ini bertugas
sebagai bahan penebatan (insulation) kepada isyarat elektrik yang
dikendalikan di dalani set-sel neuron.  Dengan cara ini, isyarat saraf
dapat dikendalikan dengan cepat dan lancar tanpa membazirkan tenaga
elektrik di dalam neuron. 

 Bagi individu yang menghadapi penyakit jenis Multiple Sclerosis, sarung
mielin sel neuron mereka telah rosak dan ini mengganggu pengendalian
isyarat dengan baik. lndividu tersebut lazimnya mengalami masalah-masalah
seperti tidak dapat mengawal pergerakan otot-otot dengan berkesan, gagal
memberi gerak balas yang berkesan terhadap sesuatu penerangan .  Mereka
juga sering mengalami masalah penglihatan.

(oleh itu sebelum berlaku kerosakan… banyak-banyak lah kita bersyukur pada
Allah….kalau rosak susah lah, benda ni tak dapat diganti atau dijual di
kedai…pendek kata tak sempurnalah kita…Ucaplah ..Alhamdulillah.)


Bersambung…..



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke