*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bismillaahirrahmaanirrahiim. Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh., SIRI 32 (setelah selesai bicara bab 3 sekarang kita masuk pula bab 4…bab demi bab hingga lah selesai…) SISTEM DERIA MANUSIA Pengenalan kederiaan atau sensasi (asal dari perkataan sens = deria ) ialah satu media untuk manusia berinteraksi dan memahami keadaan alam sekitarnya. Kebolehan bagi sesuatu organisme menerima input-input daripada alam fizikal merupakan intipati kepada kewujudannya seperti mana wujudnya entiti-entiti lain di permukaan bumi ini. (Deria adalah sebagai satu alat untuk berinteraksi….tanpa deria anda tak boleh baca tulisan saya….dan hidup menjadi kosong , makhluk lain pun ada deria juga..cuma pengunaan tak sehebat manusia) Cuba anda tutup mata dan berjalan-jalan di sekeliling bilik anda. Tentu anda mengahadapi kesukaran untuk bergerak dengan lancar. (anda akan langgar apa saja….) Kemudian, cuba anda bayangkan seorang manusia yang tidak dapat melihat cahaya, mendengar bunyi-bunyian, merasa makanan, menghidu bau bunga-bungaan atau menyentuh objek-objek yang berada di sekelilinya. Keadaan yang dianggap oleh manusia malang tersebut samalah seperti keadaan mati. (malang berpunca daripada nikmat telah ditarik oleh Allah ) Ini kerana otak manusia tidak dapat mendaftarkan rangsangan-rangsangan luaran yang memberi pengetahuan serta pengalaman kepada diri manusia. Dalam keadaan yang sedemikian rupa, pembelajaran tidak mungkin berlaku. (maknanya tanpa deria maka kita tidak dapat belajar…kalau dapat pun tidak sempurna….cuma adalah anugerah Allah yang bernilai apabila orang buta dapat belajar hingga ke PhD….buta mata tapi hati celik) Dalam erti kata lain, deria dan kederiaan ialah sesuatu yang mesti ada pada manusia untuk hidup dan tanpa kedua-dua ini. manusia tidak mungkin wujud. Rangsangan dan Kederiaan Sebelum anda diperkenalkan kepada pengetahuan tentang kederiaan, satu perkara harus dihuraikan, iaitu perbezaan definisi di antara rangsangan dengan kederiaan. Rangsangan ialah sesuatu peristiwa yang mempunyai bentuk fizikal. Chaplin (1985) mendefinisikan rangsangan (stimulus) sebagai apa-apa perubahan yang berlaku dalam bentuk tenaga fizikal yang didaftarkan oleh penerima rangsangan. Cahaya, bunyi, sentuhan, dan bau-bauan adalah rangsangan-rangsangan fizikal. (kalau kita melihat cahaya ..itu adalah rangsangan..atau kalau kita tersentuh besi panas ..itu juga adalah rangsangan…semuanya adalah berbentuk fizikal kerana kita dapat mentafsir, menghuraikan dan menggambarkannya..) Walau bagaimanapun, tidak kesemua pertukaran tenaga fizikal menghasilkan sesuatu rangsangan. (ini juga satu kemudahan daripada Allah….bagaimana…) Sesuatu tenaga fizikal itu hanya boleh diistilahkan sebagai rangsangan apabila ia diterima dan didaftarkan oleh penerima rangsangan (stimulus receptors). (kena buat pendaftaran dulu…isi borang dulu ke…siapa yang meluluskan permohonan ini….) Sebagai contoh, kita sentiasa dihujani oleh pelbagai jenis partikel(benda yang ringkas-ringkas) dan gelombang yang mempunyai tenaga fizikal seperti gelombang radio, (kalau kita boleh terima gelombang radio..tak payah beli radiolah…jimat wang sikit….cuma kita akan jagi manusia yang serabut…) pancaran ultralungu, inframerah dan atom-atom yang berkeliaran di ruang angkasa bumi ini, tetapi tidak satu daripadanya didaftarkan oleh penerima rangsangan manusia. Oleh kerana ia tidak dapat merangsangkan organ-organ deria manusia, ia tidak boleh diistilahkan sebagai satu rangsangan. ( maknanya, kemapunan deria kita dalah terbatas…dan keterbatasan ini memberi dua faedah 1. Kita tak jadi 'serabut perut '(fikiran tak tenang) sebab tidak semua maklumat kita terima..bayangkan kalu kita nampak semua benda halus disekeliling kita…syaitan yang berkeliaran…pendek kata tak buat kerja lah kita 2. Satu fakta pada kita ..bahawa diri kita ini lemah ada kekurangan yang tertentu…yang maha Besar dan Maha Kuat ialah Allah SWT ) Bersambung….. Soalan TLTB (tak logik tapi betul) 1.kalau mata kita belum buta…apa kita kena buat??? A. butakan mata kita seperti Kasim Selamat B. Tengok maksiat sebanyak mungkin C. Banyak bersyukur pada Allah..dan ingat nikmat-Nya D. Hiasi mata kita dengan kosmetik yang mahal-mahal E. Cuci mata setiap hari dengan sabun Feb Jawapan : anda pasti akan memilih jawapan yang betul kalau anda hamba Allah yang bertaqwa. Perhatian : Kepada Ahli [EMAIL PROTECTED] sila baca dan hayati lampiran 29 ayat al-Qur an berkaitan dengan deria (mata) penglihatan dan (telinga) pendengaran untuk menambahkan keimanan anda. --------------------------------. RENUNGAN Bolehkah kita mencongkel(mencabut) mata seorang..susah tu kalau tak ada kepakaran..lagi pun ini sudah masuk kes buat zalim. Namun adalah satu syarat kita boleh berbuat demikian. Nabi SAW bersabda : "Siapa yang menengok ke dalam rumah seseorang tanpa izin pemiliknya, mereka boleh mencongkel mata orang itu " …ini adalah amaran untuk sesiapa yang suka atau mempunyai hobi mengintai rumah orang… (untuk maklumat lanjut sila dapat kepastian daripada ulama yang berdekatan tempat tinggal anda..ingat ulama itu pewaris nabi ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>