Assalamualaikum.

Malam tadi (30/9/99) saya berpeluang mendengar sendiri penjelasan daripada seorang Imam di salah sebuah Masjid di Ambon, Indonesia, mengenai kejadian pembunuhan umat Islam di sana. Beliau adalah salah seorang yang terlibat secara langsung dalam kejadian pembunuhan tersebut. Penjelasan tersebut telah dibuat di Masjid Sri Pulai setelah selesai sembahyang Isyak.

Antara isi kepada penjelasan tersebut:

  1. Pihak musuh mula menyerang dan membakar rumah dan masjid umat Islam di sebuah kampung di sana pada November 1998. Kejadian kedua telah berlaku dua minggu kemudian dikampung yang lain. Kejadian ketiga pula berlaku dua minggu selepas itu dikampung yang lain pula.
  2. Pada hari raya Aidilfitri Januari 1998, pihak musuh telah menyerang penduduk Islam bandar Ambon untuk selama tiga hari. Pada malam sebelum hari ketiga, umat Islam telah cuba bertahan di tiga buah masjid di sana. Umat Islam di masjid yang pertama dan yang kedua telah dapat ditewaskan oleh pihak musuh. Di masjid yang ketiga (masjid yang kedua terbesar di Indonesia), umat Islam telah berhimpun dan berdoa kepada Allah supaya Tuhan memberi pertolongan. Pada malam itu Allah telah menurunkan makhluk-makhluk kebal yang berjubah putih dan menghalau pihak musuh. Pihak musuh lari ketakutan dan ramai yang mati kerana terpijak sesama sendiri.
  3. Ramai umat Islam yang dihantar ke hospital (termasuk ibu-ibu yang mengandung) dibunuh di sana kerana kebanyakan hospital di sana dikuasai oleh pihak musuh.
  4. Sekarang ini umat Islam di sana masih dalam ketakutan. Pihak musuh telah mendapat bekalan senjata api dari negara asing tapi umat Islam tidak mempunyai apa-apa. 75% daripada polis yang dihantar oleh kerajaan untuk mengawal keadaan di sana adalah terdiri daripada pihak musuh.

Oleh itu, atas dasar seorang Islam, saya menyeru kepada semua kawan-kawan supaya melapangkan sedikit masa untuk bertafakur sejenak menyedekahkan Al-Fatifah kepada umat Islam di sana yang telah pergi mempertahankan ugama Allah. Semoga roh mereka digolongkan dalam golongan orang-orang yang soleh. Doakanlah kepada mereka yang masih hidup supaya tabah menghadapi dugaan Tuhan. Insya-Allah dengan berkat doa kawan-kawan, mereka akan beroleh kemenangan.

 

Azmi

Kirim email ke