*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam sekali lagi Dato/Datin Tuan/Puan admin umno,

Dibawah ada sedikit mesej.  Tak mustahak sangat, 
tapi sebab umno ni adalah pejuang bangsa dari dulu
dan selamanya, maka elok juga diketahui info yang
selalunya tak masuk ke media2.  Itu pun kalau
orang2 umno masih punya kemampuan otak untuk 
memahaminya.  

Hidup mahader !!!
Hidup umno !!!
(selagimana ada ajal lah)

Kalau dulu umno nak menaikkan martabat melayu.
Nampaknya perjuangan umno seterusnya ialah untuk
mengelakkan melayu dari pupus lah gamaknya.
  
----- Original Message ----- 
From: zaidi 
Sent: Saturday, August 04, 2001 5:41 PM
Subject: H-Net* Fw: To Mahathir
> From: "Gr8andDragon" <[EMAIL PROTECTED]>
> Newsgroups: soc.culture.malaysia
> Sent: Friday, August 03, 2001 4:56 AM
> Subject: To Mahathir
> > Hand over all tertiary institutions to the non
> > -Malays. Let us have Mandarin as the medium of
> > instruction - nay as the National Language.
> > Forget "social engineeing" and nation building. 
> > You are wasting the country's  resources as
> > the Malays are lazy.
> >
> > Tiu na ma chow hai!
> 
-------------
----- Original Message ----- 
From: BIN LUDIN <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, August 06, 2001 4:00 AM
Subject: H-Net* LUAHAN RASA: Meritokrasi

> Assalamualaikum,
 
Malam tadi (2/8/01) saya mendengar Dr Mahathir
berkhutbah mengenai perlunya kita bersikap toleransi
atau pun bertolak ansur demi menjaga keharmonian
perpaduan kaum di Malaysia. Saya setuju dengan cakap
beliau itu; lagi pun selama ini memang banyak pun
benda yang orang2 Melayu telah lakukan demi
mengekalkan sikap toleransi yang diperkatakan itu.
Saya sendiri secara individu walau pun kadang2 ada
rasa marah bila orang mempermainkan anak-anak bangsa
saya, tapi demi keharmonian negara, jarang saya
luahkan secara terbuka.
 
Malangnya, setelah hampir berdekad lamanya saya
menyimpan rasa itu, minggu ini saya tidak tertahan
lagi; membaca berita demi berita mengenai penghapusan
sistem quota kemasukan bumiputera ke bangku
Universiti membuatkan jiwa saya jadi panas, mendidih
membara. Sebagai seorang individu bumiputera
berbangsa Melayu, saya jadi cukup marah, cukup
terkilan dan rasa benar-benar dikhianati oleh
pemimpin bangsa saya sendiri.
 
Dr Mahathir memberikan alasan berikut apabila ditanya
kenapa beliau tergamak memperkenalkan sistem
Meritokrasi yang dalam bahasa Malaysianya 
bermakna "Penghapusan Sistem Quota"  untuk anak-anak
bumiputera masuk ke Universiti:
 
"Menurut Perdana Menteri, menerusi dasar itu diharap
mereka dapat menumpukan kepada pelajaran dan mencapai
kelulusan lebih baik. ``Kita perlu ambil tindakan
untuk memperingati bahawa kalau mereka tidak
berusaha, tidak ada tempat bagi mereka,'' katanya.
[Utusan Malaysia 3/8/01]
 
PIIRAHH!!! - DULU PUN MASA NAK HAPUSKAN BIASISWA
UNTUK DIGANTIKAN DENGAN PINJAMAN PENDIDIKAN, ALASAN
YANG SAMA JUGA DEPA BERIKAN!!
 
Dulu, depa kata budak-budak Melayu lemah sebab
diberikan biasiswa secara percuma. Bila dah dapat
biasiswa secara percuma, budak-budak Melayu tak
appreciate ataupun tak menghargai pemberian tersebut;
jadi mereka yang empunya kuasa pun menukarkan
biasiswa  menjadi pinjaman. Alasan yang diberikan
kepada kami ketika itu lebih kurang serupa sahaja
dengan alasan Dr Mahathir di atas:
 
"Menerusi dasar itu diharap mereka dapat  menumpukan
kepada pelajaran dan mencapai kelulusan lebih baik"
 
Untuk menyedapkan hati kami ketika itu, mereka
menyatakan bahawa Pinjaman itu boleh ubah jadi
biasiswa jika mendapat kelulusan yang cemerlang
seperti mendapat CGPA above 3.25 misalnya; tapi lama
kelamaan bila Melayu sudah lupa sejarah, pinjaman itu
bukan lagi ditukar jadi biasiwa, tapi ditokok tambah
pula menjadi sistem RIBA 4% serba satu!!!
 
SEKARANG PULAK DEPA NAK BUAT BENDA YANG SAMA 
KEPADA SISTEM QUOTA; KONONNYA SUPAYA PELAJAR 
MELAYU PULUN BELAJAR - TAPI, PERCAYALAH TUAN-TUAN
DAN PUAN PUAN, SAMA SAJA SEPERTI CERITA BIASISWA 
DI ATAS, AKHIRNYA SISTEM QUOTA INI AKAN TERHAPUS 
BUAT SELAMA-LAMANYA.
 
Maka, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu versi
asal akan tinggal menjadi bahan sejarah di Muzium
Negara - untuk renungan seluruh anak bangsa dan cucu
cicit kita mendatang.
 
Oh ya, untuk  pengetahuan adik-adik yang masih di
bangku sekolah atau pun mereka-mereka yang jahil
tentang sejarah; ingin dinyatakan di sini bahawa Hak
Istimewa Orang Melayu ini adalah hasil perjanjian
Pemimpin-Pemimpin Melayu yang terdahulu dengan
Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Bukan Melayu semasa
perjanjian untuk mencapai kemerdekaan tempoh hari.
Dalam Perjanjian tersebut, orang-orang Melayu
bersetuju memberi taraf kerakyatan kepada orang-orang
bukan Melayu dengan syarat anak-anak Melayu turun
temurun akan diberi hak Istimewa yang kemudian
dicatat dalam Perlembagaan sebagai Hak-Hak Istimewa
Orang Melayu. Antara hak-hak istimewa tersebut ialah
Hak Untuk Anak-Anak Melayu Mendapat pendidikan di
Universiti-Universiti seperti pemberian biasiswa
(bukan pinjaman!!!) dan quota untuk masuk ke Institut
Pengajian Tinggi.
 
JIKA HAK-HAK ISTIMEWA BANGSA MELAYU INI NAK
DIHAPUSKAN, MAKA SEBAGAI ANAK MELAYU GENERASI 
BARU, KITA CADANGKAN - BERDASARKAN PERJANJIAN
KEMERDEKAAN TERSEBUT - TARAF KERAKYATAN UNTUK  
ORANG2 CINA DAN INDIA JUGA TURUT DIHAPUSKAN!!
 
Sayugia juga dicatatkan di sini bahawa saya adalah
salah seorang individu yang sempat merasai nikmat
biasiswa sebagai hak istimewa orang Melayu sebelum
ianya dihapuskan dan ditukarkan kepada pinjaman
pendidikan. 

Secara ikhlas, saya benar-benar keciwa kerana
biasiswa yang menjadi milik serata bangsa Melayu
telah dihapuskan dan diganti dengan pinjaman
pendidikan. Alasan yang diberikan pada mulanya dapat
diterima akal; tetapi setelah hampir 2 dekad kita
kehilangan hak istimewa itu; saya mula dapat melihat
bahawa menghapuskan biasiswa dan digantikan dengan
pinjaman, dengan alasan kononnya untuk meningkatkan
pencapaian akademik pelajar2 Melayu adalah pembohong
semata-mata.
 
Kerana itu, apabila alasan yang sama mereka berikan
untuk menghapuskan quota kemasukan ke Universiti ini;
kononnya supaya pelajar-pelajar Melayu lebih berusaha
untuk meningkan pencapaian akademik untuk berebut
masuk dengan kaum lain ke Universiti, dalam apa yang
dikatakan sebagai sistem Meritokrasi, maka saya
sebagai seorang insan yang mengalami sendiri zaman
peralihan biasiswa kepada pinjaman pendidikan; aci
potong jari saya katakan - berdasarkan kes
penghapusan biasiswa itu tadi, pencapaian akademik
budak-budak Melayu masih akan tetap di tahap itu.
 
YANG PASTINYA -  MENGHAPUSKAN QUOTA BUMIPUTERA 
KE UNIVERSITI ADALAH SATU MALA PETAKA BESAR BUAT 
ANAK-ANAK MELAYU DAN GENERASI MENDATANG!!
 
Yang beruntungnya ialah orang-orang Cina; dalam
minggu ini juga di kala kita sedang bergelut dengan
isu penghapusan quota anak-anak Melayu, orang-orang
Cina melalui MCA pula sedang sibuk dengan penubuhan
Universiti Cina yang pertama di Malaya iaitu UTAR
(Universiti Tunku Abdul Rahman).  Di kala pemimpin
-pemimpin politik Melayu melalui UMNO sedang bergelut
memikirkan cara bagaimana hendak merealisasikan
sistem Meritokrasi (No Quota) ini, pemimpin2 Cina
melalui MCA pula sedang sibuk menguruskan kepulangan
cendiakawan-cendiakawan rakyat Malaysia berbangsa
Cina di luar negeri untuk pulang menyumbang khidmat
di UTAR. Buktinya, lihatlah sendiri petikan kenyataan
Ling Leong Sik di bawah:
 
"To a question, he said several lecturers working
abroad had made enquiries as to whether their
services were needed at Utar. "We are happy with the
enquiries and some have returned home to advise the
party on how the university syllabus and human
resources development must be planned," he said..
[The Star 30/7/01]
 
Sebagai seorang individu Melayu yang melihat dengan
mata kepala sendiri bagaimana peritnya anak-anak
Melayu ditindas dan dicantas dalam sektor swasta,
dada saya bagaikan dirobek-robek bila membaca berita
penubuhan UTAR yang dikuti dengan berita duka
penghapusan quota bumiputera selang beberapa hari
selepas itu.
 
TIDAK DAPAT TIDAK, TERPAKSA SAYA KATAKAN BAHAWA
PENGHARAMAN SIRI-SIRI CERAMAH PEMBANGKANG SECARA
MENDADAK AWAL MINGGU INI, SEBENARNYA ADALAH SATU
MUSLIHAT TERSENDIRI OLEH PIHAK PEMERINTAH UNTUK
MENGELAKKAN ORANG-ORANG MELAYU MEMBINCANGKAN SECARA
TERBUKA ISU YANG AMAT SENSITIF INI!!
 
Dan, buat pertama kalinya juga saya secara individu,
walau pun berbeza fahaman politik dengan GPMS,
terpaksa berlapang dada dan bersetuju 100% dengan
kenyataan mereka yang menyatakan bahawa:
 
"Bilangan pelajar bumiputera ke IPTAakan berkurangan
sehingga 90 peratus daripada jumlah sekarang jika
dasar meritokrasi dilaksanakan; perubahan dasar itu
juga akan menyebabkan pelajar Melayu di luar bandar
terus ketinggalan kerana kemudahan prasarana
pendidikan yang masih tidak sebaik di bandar-bandar."
[Utusan Malaysia 2/8/01].
 
Berkurangnya kemasukan pelajar-pelajar Melayu ke
Universiti bermakna akan berkurangnya jumlah graduan2
Melayu. Berkurangnya jumlah graduan Melayu akan
bermakna berkurangnya golongan-golongan professional
Melayu terutamanya di sektor-sektor swasta yang
sehingga hari ini menyaksikan jumlah orang-orang
Melayu di bahagian pengurusan cuma boleh dibilang
dengan jari sahaja. Kalau tidak percaya, kita ingin
jemput Pemuda UMNO untuk membuat project "Pemuda UMNO
Masuk Kilang" - cubalah turun menjengukkan diri ke 
kilang-kilang multinational yang berlambak di seluruh
negara; tuan tuan akan dapat melihat sendiri
bagaimana ~ 90% bahagian pengurusan dipegang oleh
orang Cina dan 90% bahagian terbawah seperti
technician, operator, guard dan janitor dipegang oleh
orang-orang Melayu.
 
KALAU KITA SINGGAH MINUM KOPI DI GERAI-GERAI ATAU
PUN KEDAI MAKAN DI KAWASAN2 INDUSTRI; KALAU 
TELINGA SENSITIF ENOUGH,  NESCAYA KITA DAPAT
MENDENGAR BERBAGAI RINTIHAN DARIPADA PEKERJA-
PEKERJA MELAYU YANG DITINDAS DI NEGARA SENDIRI;
SESETENGAHNYA CUKUP MENYAYATKAN HATI.

Apa yang saya tulis di sini cukup sensitif yang
memungkinkan saya dijemput masuk ke UiSA secara
meritokrasi!! - tetapi kerana mengingatkan kenyataan
Dr Hassan Shukri, Naib Presiden Pas yang mengatakan
bahawa UMNO sendiri boleh didakwa di bawah akta
hasutan kerana bertindak mempersoalkan hak istimewa
bangsa Melayu melalui sistem meritokrasi ini, maka
saya gagahkan juga diri untuk menulis.
 
Berikut saya bawakan Dua contoh, yang saya kira sudah
cukup untuk dijadikan bukti betapa walaupun negara
sudah merdeka lebih 40 tahun tetapi anak-anak bangsa
sedang merintih ditindas di bumi sendiri!!
 
Seorang teman lama saya di Intel Pulau Pinang
menceritakan mengenai penindasan terhadap pekerja
peringkat Technician seperti mereka. Diceritakan
bahawa dalam keadaan biasa. nisbah kenaikan pangkat
untuk orang2 Melayu (level Technician) adalah terlalu
rendah iaitu 1 dalam 100. Kalau ada peluang pun
cumalah bila ada jawatan baru (new opening) dibuka
yang memerlukan diisi oleh pekerja dalaman (internal
intake). Itu pun mungkin dalam 10 jawatan hanya 1
orang melayu sahaja diambil.
 
Diceritakan juga bahawa untuk seseorang melayu naik
pangkat menerusi supervisornya sendiri adalah
mustahil kerana boleh dikatakan semua supervisor di
sana adalah non-bumiputra dan mereka akan sedaya
upaya atau dengan apa cara sekalipun akan menaikkan
orang mereka. Rata-rata orang melayu di sana,
khususnya level Technician tidak menaruh apa-apa
harapan untuk naik pangkat,. Bagi mereka, bekerja di
sana adalah sekadar hanya boleh meneruskan kehidupan
harian sudah kira cukup; itulah apa yang telah
mereka 'set' kan dalam minda mereka.
 
Bagi level operator pun sama, walaupun mereka
mengikuti kelas megatronic yang disediakan oleh intel
hingga ke peringkat tertinggi(3) sekali pun adalah
amat susah bagi mereka untuk naik pangkat ke level
technician mungkin setakat line leader sahaja tetapi
bagi operator non-bumi hanya mengikuti kelas
peringkat pertama/kedua mereka telah layak untuk naik
pangkat ke level technician sama seperti level mereka
yang mempunyai Diploma.
 
APA YANG BERLAKU DI SANA ADALAH SEBAHAGIAN CONTOH
KECIL YANG BOLEH DIKATAKAN MEWAKILI SENARIO SEMUA
KILANG-KILANG INDUSTRI DI MALAYSIA SECARA
KESELURUHANNYA.
 
Contoh yang ke-2:
 
Beberapa bulan yang lepas, saya singgah di sebuah
warung makan di sebuah kawasan industri di Pulau 
Pinang. Kebetulan saya bertemu dengan seorang sahabat
lama saya yang bekerja di kilang Hitachi Metal.
Beliau meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan
tindakan pihak majikan yang memotong 15 minit waktu
lunch (1 jam termasuk solat zohor)  bagi mana-mana
pekerja Islam yang hendak menunaikan sembahyang asar!!
 
CIH - CELAKA PUNYA KILANG; 15 MINIT SEMBAHYANG PUN
NAK BERKIRA!!
 
Yang paling saya berbulu sekali ialah temannya
bercerita mengenai Tandas Wanita yang dicabut paip-
paip airnya kerana kononnya untuk menjaga kebersihan
tandas!!
 
CISS - SAMPAI MACAM TU SEKALI ORANG MELAYU DIHINA -
NAK BERAK PUN TAK BOLEH; HARAM BEJADAH BETOI!!!
 
[Next time, siapa yang ada adik-adik yang nak pi
kerja di Hitachi Metal, suruh dia berak puas-puas
dulu sebelum keluar rumah; kalau tidak kena
controllah dia punya berak sampai balik rumah!!]
 
Inilah tuan-tuan dan puan-puan akibatnya apabila kita
kekurangan orang2 Melayu di peringkat pengurusan dan
professional. Sedarlah bahawasanya, dalam keadaan 
kita ada quota di Universiti itu pun, kita masih
belum dapat menguasai sektor swasta sepenuhnya untuk
membolehkan bangsa kita pekerja peringkat bawahan
hidup sempurna di sana; inikan pula dengan
terhapusnya sistem quota dan pengenalan meritokrasi.
Seperti mana kata Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
(GPMS) di atas, suatu nanti jika sistem meritokrasi
dilaksanakan, jumlah graduan Melayu yang keluar
Universiti akan berkurangan sebanyak 90%!!
 
Jika itu berlaku, jika sistem MERITOKRASI diteruskan
juga; maka yakinlah tuan tuan bahawa suatu nanti di
sektor-sektor swasta, bukan sahaja hak orang Melayu
untuk berak dinafikan, silap-silap haribulan hak
untuk kentut pun tak boleh:
 
"AIYAA - LU PUNYA BANGSA PUNYA KUNTUT MANYAK BUSUK
LOO - BOLEH KASI CONTAMINATION KITA PUNYA PRODUCT
MA!!!"
 
Kalau sapa-sapa sanggup tengok anak cucunya kena
tahan kentut, silalah sokong sistem meritokrasi...
 
-BIN LUDIN-
 

-- 

_______________________________________________
Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free! 
http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke