*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
From: "k b" <[EMAIL PROTECTED]>     
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] 
Cc: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] 
Subject: Re: H-Net* Masih menanti 'jawapan'.../Kitab Hang Claude Narr
Damme 
Date: Mon, 12 Mar 2001 10:56:43 

>Kamai81 wrote:

>Assalamu alaikum,

Waalaikumussalam...

>Jawapan untuk Kitab Hang Claude Narr Damme:

>1- " Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai Keperkasaan dari apa yang mereka 
> katakan. Dan kesejahteraan dilimpahkan aras para rasul. Dan segal puji > bagi Allah 
>Tuhan Semesta Alam" ( Ash-Shaffat : 180-182)

Ya benar!( sambil membenarkan surah diatas serta membenarkan saudara
Kamai yang menuliskannya)

>2- " Sesungguhnya keadaanNya apabila dia mengkehendaki sesuatu hanyalah 
> berkata kepadanya: " Jadilah" maka terjadilah ia." ( Yasin : 82)

Ya benar!( memebenarkan surah diatas serta membenarkan saudara kamai
yang menuliskannya)

>3- " Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit >dan bumi 
>selama enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia >menutup malam dengan siang 
>yang mengikutinya dengan cepat. Dan >(diciptaNya pula) matahari,bulan serta bintang 
>bintang (masing masing) >tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, mencipta dan memerintah 
>itu >hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan Semesta Alam."( Al-A'raf:54)

Ya, benar( membenarkan surah diatas serta membenarkan saudara Kamai yang
menuliskannya)

>Kepada yang bercita cita untuk untuk menggugurkan amalan shalat, puasa >dan  zakat 
>kerana sampai ke peringkat Makrifatullah seperti yang hendak >diajar oleh kitab 
>ketiga Hang Claude Narr Damme, di bawah ini >jawapannya:

Betul ke saya hendak 'mengajar' sedemikian??? :)))( tak pa lah...tunggu
di bawah nanti....)

>1- " Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah >di waktu 
>berdiri, di waktu duduk dan diwaktu berbaring. Kemudian >apabila kamu telah merasa 
>aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana >biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah 
>fardhu yang ditentukan waktunya >atas orang orang yang beriman." ( An-Nisa: 103)

Ya benar wahai saudara ku! < HCND lalu mengeluarkan sepotong hadith
Nabi(s.a.w)>
" Telah difardhukan Allah atas umatku pada malam Isra' lima puluh
sembahyang, maka sentiasa saya kembali ke hadhirat Illahi, dan saya
minta keringanan sehingga dijadikan Allah lima puluh itu menjadi "lima"
sembahyang sahaja sehari semalam."( Sepakat Ahli Hadith)

>2- "Hai orang orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa >sebagaimana 
>diwajibkan atas orang orang sebelum kamu agar kamu >bertaqwa." (Al-Baqarah : 183)

Ya benar....< HCND terus menyambung :>

Hadith Rasulullah( s.a.w)- " Barangsiapa puasa pada bulan Ramadhan
kemudian ia puasa pula enam hari pada bulan Syawal, adalah seperti puasa
sepanjang masa " ( Riwayat Muslim )

>3-" Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu 
>membersihkan dan mensucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. >sesungguhnya doa 
>kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan >Allah Mendemgar lagi Maha 
>Mengetahui" ( At-Taubah: 103)

Ya benar wahai saudara ku...< HCND menyambung :>

Firman Allah "Dirikan sembahyang dan keluarkan lah zakat".(S. An Nisa77)

>Amat hairan bila ada orang yang berkata boleh meninggalkan shalat >apabila sampai ke 
>peringkat /maqam yang tertentu kerana Rasullullah SAW >pernah bersabda yang maksudnya:
>Dari Jabir bin Abdullah , katanya: Rasulullah SAW bersabda: " Jarak di 
>antara seseorang dengan kekafiran adalah masalah meninggalkan shalat' ( >HR Muslim )

Ya benar wahai saudara ku...

>sekian wassalam
>kb

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi saudara kamal
memberi 'jawapan' atau 'penjelasan' terhadap ketiga tiga 'kitab-kitab'
karya 'saya'.

Pembenaran diatas oleh saya JELAS menunjukkan saya menyokong 100 peratus
ayat suci Al-Quran( ada saya menambahkan beberapa hadith dan surah
seperti diatas)....
JIKA saya membenarkan saudara, mengapa pulak saya menulis "kitab kitab"
yang nampak "bercanggah" pula....sedangkan apabila saudara menegakkan
dalil Naqli( Quran & Hadith)untuk menyanggahkan 'karya'2 saya, saya
MENYOKONG SAUDARA PULA?

Apakah saya yang MENGARUT( hilang akal:)....sengaja mengeluarkan soalan
soalan MENGARUT( sebagaimana yang ditanyai oleh seorang lagi pakar
Tasauf supaya diberi sebab mengapa perlu dia menjawab soalan soalan
saya) atau apa sebenarnya TUJUAN SAYA?

Sesungguhnya sudut yang didatangi oleh saudara ada lah dari SUDUT A -
sememangnya BENAR belaka.....walaubagaimana pun, sudut yang saya datangi
melalui 'ketiga tiga' kitab saya adalah dari SUDUT B- yang sememangnya
BENAR JUGA!!!!!!!!!!!!!!!

Jika diperhatikan 'andaian saya kepada ibnu taimiyyah'( sila lihat
dibawah) saya mengatakan " kitab keempat oleh saya saudara tidak
berpeluang membacanya " sedangkan didalam kitab saya keempat itulah
mempunyai penjelasan terhadap 'ketiga tiga" kitab saya yang saudara
baharu memberi komen, elok lah saya membukakan penjelasan daripada kitab
keempat saya supaya saudara dapat melihat SUDUT B yang saya maksudkan.

#Penjelasan terhadap kitab 1.#

Tajuk perbincangan kitab 1 ialah berkenaan Afa'al( perbuatan)....maka
yang dikatakan "Allah" tidak boleh menggerakkan satu zarah pun etc( sila
lihat dibawah) BERMAKSUD Allah AS IN ASMA/NAMA.....oleh kerana
perbincangan sedang memfokuskan dari sudut 'siapa' yang benar benar
BOLEH menjadikan/merubah sesuatu/memberi 'bekas'( merubah rubahkan
sesuatu) Maha suci Allah daripada dibandingkan dengan sesuatu....tetapi
untuk memberi contoh untuk menghampirkan faham, begini:

Saya tanya " Kamai boleh mengangkat gelas tak?" TAK BOLEH....sebab Kamai
ialah NAMA...NAMA tak boleh mengangkat! Yang boleh mengangkat ialah
tangan. Later, bila saya tanya lagi: Tangan siapa? then baru jawab"
tangan Kamai.................

Therefore, yang memberi bekas( merubah sesuatu kepada sesuatu, daripada
ada kepada tiada, daripada tiada kepada ada) kepada alam ialah Af'al...
Jika dah jelas, then tanya lah...Af'al siapa? Of course Af'al Allah, 
So....Allahlah yang mengerakkan zarah, menjadikan tujuh petala langit
dan tujuh petala bumi etc etc....
BAYANGKAN jika kitab 1 tidak menerangkan sebagaimana diatas...dan
penjelasan HANYA terdapat didalam kitab saya yang keempat yang pembaca
TIDAK BERPELUANG MEMBACANYA, apalah konklusi yang MUDAH diambil oleh
para pembaca kitab 1 saya?
Besar kemungkinan.....saya akan dicapkan sebagai KAFIR....mungkin ada
yang akan suruh saya mengucap semula...dan mungkin yang KERAS sikit,
SAHIH keluarkan fatwa meletakkan 'a price on my head' tak pasal
pasal....and all because Kitab 1 saya tidak memberikan penjelasan dan
KITAB 4 para pembaca tak berpeluang membacanya.............

Penjelasan kitab 2

Saya menulis didalam kitab 2 - barangsiapa mengatakan Qudrat & Iradat
menjadikan alam kafir hukumnya..
sedangkan yang kita sedia maklum ialah Qada(Ketentuan = Iradat =
'Berkehendak Allah Taala itu dengan seKehendakNya'(Quran) dan Qadar(
Perlaksanaan= Qudrat= 'Berkuasa Allah Taala keatas tiap tiap sesuatu'(
Quran)lah yang menjadikan alam!
Lagi sekali berlainan SUDUT.....Benar, Qudrat Iradat Allah lah yang
menjadikan alam( Sudut A)
Alasan Qudrat Iradat TIDAK BOLEH menjadikan alam ialah jika kita
fahamkan bahawa Qudrat & Iradat adalah BERASINGAN daripada ZAT Allah
s.w.t!
Yang difahami ialah bahawa sifat maani( Qudrat, Iradat, Ilmu,
Hayat,Samik, Bashir & Qalam) adalah sifat yang berdiri bagi Zat....
Dengan lain perkataan, Zat yang menamakan DiriNYa Allah, yang mempunyai
Qudrat & Iradat lah yang menjadikan alam, oleh itu yang sebenar benarnya
BERKUASA DAN BERKEHENDAK ialah ZAT, pada hakikatnya, dan BUKANNYA
SIFAT....
Jika difahamkan Sifat Qudrat & sifat Iradat adalah BERASINGAN daripada
ZAT, maka sudah timbul DUA KUASA DAN DUA KEHENDAK....INI MUSTAHIL BAGI
ALLAH( sudut B)

Penjelasan Kitab 3

Jika kita membaca kitab jawi - " tujuh petala langit dan tujuh petala(
Ba, Wau, Mim)...disebut BOM, sudah tentu 'cepat sedar' kita, samada yang
membaca atau yang mendengar, untuk membetulkannya - sudah tentu kita
faham bahawa Ba Wau Mim disebut sebagai BUMI....
Jika terjumpa ayat " dan cermin mata ( Ha, Ta, Mim)" lalu dibaca seorang
sebagai " cermin mata hitam"........ sudah tentu akan 'cepat sedar' juga
oleh kita - yang membaca atau yang mendengar - mungkin ada yang akan
mengatakan " mana ada cermin mata hitam zaman Ibnu Atha'( Kurun ke 14)?
OR " mana ada cermin mata hitam zaman Tok Pulau Manis( Kurun ke 18)?

Tetapi OVERALL, bahasa lama yang digunakan didalam kitab kitab lama
mempunyai/menggunakan 'struktur' yang 'berbeza' dalam menyampaikan
maksud, terutamanya kitab kitab yang membicarakan Tauhid/Tasauf....

Jika saya mengatakan " kerusi atas meja" - sudah tentu majoriti
penghuni/warga disini akan berpendapat bahawa kerusi berada DIATAS
meja.....tetapi APA yang SAYA maksudkan dengan KERUSI ATAS MEJA ialah
bahawa kerusi berada DIBAWAH, yang berada DIATAS ialah
meja.....bayangkan jika saya memakai cara " kerusi atas meja" daripada
chapter 1 sampai akhir kitab ketiga ini....Lagi sekali, sudut/maksud
saya LAIN, sedangkan majoriti berkhemah disudut LAIN PULA!!!!!!!! :)

Saya menulis:
" Barangsiapa sampai kepada satu peringkat Makrifatullah, maka tak payah
lah dia bersembahyang lima waktu, tak payah lah dia mengeluarkan zakat
malah tak payah lah dia berpuasa"!!!!!!!!!!!!!!!!

Betul ke yang saya maksudkan dengan TAK PAYAH = TINGGALKAN???

LAGI SEKALI( MALAH DAH TIGA KALI PUN), saya bermaksudkan B, tetapi
saudara datang dari sudut A dalam membuat penilaian kitab ketiga saya...

Yang saya maksudkan dengan TAK PAYAH ialah MUDAH/SENANG!!!!!!

" Barangsiapa sampai kepada satu peringkat Makrifatullah( Mengenal
Allah) maka MUDAH/SENANG lah dia bersembahyang lima waktu, MUDAH/SENANG
lah dia mengeluarkan zakat malah MUDAH/SENANG lah dia berpuasa"!!!!!!!!!

Sebagai konklusi, adalah DILARANG KERAS bagi mereka yang TIDAK mempunyai
guru UNTUK membaca/menilai kitab kitab Tasauf unless asas2 ilmu( tauhid
etc) yang dikehendaki sudah sedia ada terlebih dahulu....jika TIDAK,
tendency untuk berlakunya SALAH FAHAM akan tujuan/maksud
penulis....kesudah sudahannya, apabila kita TIDAK FAHAM sudut penulis,
dan kita yang menilai menggunakan sudut kita, maka mudah lah bagi
sipenilai tadi untuk MENGHUKUMKAN penulis tersebut.

Sekian, buat seketika.....
Wassalam.


Later/Malam Sikit,

HCND
* - Pinjam Tajuk daripada Karya Imam Abu Hamid - Al Munqidz Minad Dalal


  >>Assalamualaikum saudara ibnu taimiyyah,
  >>
  >>saya masih menantikan jawapan/commentaries kepada "tiga kitab" yang
saya
  >>'tulis' daripada saudara. Oleh kerana kepakaran saudara didalam
  >
  >POTONG ********
  >
  >> > Now it's my turn.................untuk mengemukakan beberapa
soalan
  >> > kepada saudara Taimiyyah.....
  >> >
  >> > Katakanlah, sebagai contoh, saya penulis kitab - sebanyak empat
buah
  >> > sahaja.....
  >> >
  >> > 1) Didalam kitab pertama, saya menulis :
  >> > " Allah tidak boleh menjadikan alam....." Allah tidak boleh
mengerakkan
  >> > satu zarah pun".....dan dibahagian lain tempat saya menulis pula
" 
  >>Allah
  >> > tidak boleh menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi
"
  >> >
  >> > 2) Didalam kitab kedua, saya menulis :
  >> > " Barangsiapa mengatakan Qudrat dan Iradat menjadikan alam, Kafir
  >> > hukumnya"
  >> >
  >> > 3) Di dalam kitab saya yang ketiga, saya menulis :
  >> > " barangsiapa sampai kepada satu peringkat Makrifatullah, maka
tak 
  >>payah
  >> > lah dia bersembahyang lima waktu, tak payah lah dia mengeluarkan
zakat
  >> > malah tak payah lah dia berpuasa"!!!!!!!!!!!!!!!!
  >> >
  >> > Kitab keempat oleh saya saudara tidak berpeluang untuk
membacanya......
  >> > Soalan saya - sila beri jawapan kepada statement2 dari ketiga
tiga 
  >>kitab
  >> > "saya" diatas serta alasan alasan.....( jika hendakan cari yang
Haq...)
  >> >
  >> > Wassalam.
  >> >
  >> > Later/malam sikit,
  >> >
  >> > HCND
  >> >
  >>
  >POTONG ********

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hang Claude Narr Damme Al-Recluse <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke