*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Selasa,18 April 2000: Selamat Jalan Wahai Pahlawan Mujahidin Allah Taala Berfirman : " Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.[Quran 9:111] Dalam peperangan yang sengit, Mujahidin berjuang bermati-matian menentang musuh-musuh Allah dari pagi semalam sehingga lewat malam. Mujahidin berjaya mengepung sekumpulan askar Rusia dan membunuh sebahagian daripada mereka untuk melindungi sebahagian daripada Mujahidin yang cedera. Perang tersebut tidak berakhir sehingga Mujahidin yang cedera berjaya diselamatkan dan 4 Mujahidin Ansar mati Syahid. Mereka ialah Abu Ikrimah Assoury (Syria), Abu Abdul Aziz Al-Yamani (Yamen) (atau dikenali sebagai Abdul Qawi Al-yafi-i) dan Abu Hamzah Al-Yamani (atau dikenali sebagai Usamah Al-Jundi_ dan Abu Musab At-Turki (Turki). 4 Orang Mujahidin yang Syahid itu, tidak berganjak dari medan peperangan sehingga saudara-saudara Mujahidin mereka yang cedera diselamatkan! Mereka telah memberi nyawa mereka semata-mata untuk selamatkan saudara-saudara mereka itu ! Semoga Allah menerima pengorbanan mereka sebagai Syahid dan menempatkan mereka di Syurga. Mereka adalah contoh pejuang-pejuang yang berani yang tidak takut untuk mati semata-mata mencari keredhaan Allah. Abu Hamzah Al-Yamani Semoga Allah merahmatimu, wahai Hamzah. Beliau dikenali sebagai seorang hamba yang takut pada Allah, seorang yang tinggi pengabdian kepada Allah dan berkebolehan dalam mentafsirkan mimpi. Semoga Allah menerima kesyahidanmu. Balik ke Atas Isnin,17 April 2000: Mujahidin telah Melancarkan Serangan Hebat ke Atas Pihak OMON Suatu Kejutan Istimewa Buat OMON ! Mujahidin telah melancarkan serangan hebat ke atas pusat gerakan polis khas (OMON) di daerah Vedeno. Akibat daripada itu, pusat tersebut telah hancur sepenuhnya dan lebih daripada 30 tentera Rusia mati dan sebahagian daripada mereka pula cedera manakala kenderaan-kenderaan dan bas-bas juga turut terbakar. Cubaan yang Gagal Pihak Rusia telah bekerjasama dengan kumpulan hipokrit Mafia Chechen untuk melindungi daripada serangan Mujahidin di sekitar bandar-bandar yang dikuasai oleh Mujahidin. Kerajaan Rusia menghadiahkan US 850 kepada sesiapa yang menyertai kumpulan itu. Di antara mereka yang menyertai kumpulan tersebut adalah kumpulan Tramus dari daerah Vedeno, kumpulan Yunuoy dari daerah Karshulwi, kumpulan Kanta Mero dari daerah Urs Martan. Semoga Allah hancurkan mereka seperti Dia menghancurkan rakan-rakan yang lain contohnya seperti Salm. Balik ke Atas Khamis,13 April 2000: 3 Pejuang Mujahidin Dianugerahi Kesyahidan Sumber Mujahidin melaporkan bahawa 3 ahli Ansar (Mujahidin luar) telah dianugerahi kesyahidan masing-masing pada hari Rabu. Kami memohon ke hadrat Allah supaya menerima kesyahidan mereka kerana hanya Allah yang dapat menganugerahi kesyahidan ini kepada mereka yang berjuang pada jalan Allah dengan ikhlas. Ketiga-tiga mereka yang syahid adalah Abu Hamza Al-Jazairi (Algeria), Yasin Al-Bosni (Bosnia) dan koresponden Qoqaz.net Masood Al-Britaani (Britain). Ketiga-tiga Mujahidin tersebut cedera semasa peperangan menentang musuh yang berlaku baru-baru ini dan telah diberi kebenaran daripada kepimpinan Mujahidin untuk meninggalkan chechnya buat sementara waktu untuk mendapatkan rawatan lanjut. Semasa mereka menuju ke sempadan, seorang hipokrit telah memberitahu Polis Khas OMON yang sedang membuat pemeriksaan di sempadan bahawa ketiga-tiga Mujahidin tersebut di dalam perjalanan untuk ke sempadan. Apabila Mujahidin tiba, pasukan OMON bersiap sedia untuk menahan mereka dengan mengarahkan mereka supaya berhenti dan mengenalkan diri masing-masing. Kerana mengetahui nasib akibat jatuh ke tangan pihak Rusia, Mujahidin lebih selesa kalau mereka mati ketika berjuang daripada jatuh ke tangan musuh;lalu mereka menyerang dan membunuh beberapa orang musuh sebelum diri mereka dibunuh oleh bedilan Rusia. Ternyata, sesebuah Umat itu tidak akan menyerah kalah walaupun diri mereka cedera. Chechen Enggan Meniru Gaya Rakyat Rusia Selepas menderita beberapa siri kekalahan dahsyat dan sedang berdepan dengan serangan Mujahidin yang tidak terhingga di musim panas, angkatan tentera Rusia berusaha untuk menggantikan pasukannya yang gila membunuh diri serta paranoid itu dengan askar upahan Chechen, sumber Mujahidin mengesahkan angkatan tentera Rusia menawarkan setiap rakyat Chechen yang berkhidmat dengan rusia sebanyak 650 Roubles (US$30)(RM 110) setiap bulan. Dalam usaha untuk menghancurkan pasukan tentera Islam di Republik itu, penawaran rasuah oleh rusia itu adalah semata-mata untuk memecahbelahkan kaum Muslim di Chechnya. Rancangan seumpama ini tidak akan berjaya. Alhamdulillah, rakyat Chechen adalah sebuah umat yang bersatu dan tidak akan menerima rasuah seumpama itu yang ditawarkan oleh Rusia. Keimanan yang tinggi serta bersemangat waja dikalangan Chechen tidak dapat dibandingkan dengan askar-askar, pegawai-pegawai dan ahli-ahli politik Rusia yang sanggup menggadaikan unit-unit , nyawa-nyawa kaum keluarga dan negara mereka semata-mata kerana inginkan wang lebih Mujahidin Menyerang Hendap Konvoi Rusia Mujahidin meneruskan kempen mereka untuk melemahkan kekuatan tentera-tentera Rusia dengan melancarkan serangan-serangan secara mengejut ke atas kubu-kubu musuh di sekitar Chechnya. Dengan keadaan cuaca yang semakin baik dan kemunculan musim panas, Mujahidin bersiap sedia untuk melancarkan serangan secara besar2an dan lebih kerap lagi. Pada hari Rabu, Mujahidin berjaya menyerang hendap ke atas sebuah konvoi armor Rusia berdekatan urus martan dan Alhamdulillah, 3 buah kenderaan termasuk sebuah kenderaan membawa personnel2 termusnah. Walaupun sebuah kenderaan membawa personnel-personnel Rusia secara purata 8-12 orang, Tiada angka kematian yang dapat disahkan buat ketika ini. Mujahidin tidak mengalami sebarang kecederaan. Balik ke Atas Isnin,10 April 2000: Mujahidin Seronok dengan Kemunculan Musim Bunga Mujahidin sedang bersiap sedia mengambil peluang daripada keadaan cuaca yang semakin baik untuk memperbaiki kedudukan dan serangan keatas musuh. Sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Mujahidin pada sabtu lepas member jaminan : " Bumi kelihatan hijau semula dan Mujahidin bersedia untuk "mengaut semula hasil buah2an" pada musim bunga. Wahai orang Rusia! kami melihat kepala-kepala kamu sudahpun ranum dan bersedialah untuk dipenggal- kamu pasti tidak dapat melarikan diri !! Mujahidin sekarang sudah bersedia untuk kamu, mereka telah tersebar luas ke seluruh Chechnya dan akan mula untuk "mengaut hasil buah2an " di kota-kota, bandar-bandar dan kampung-kampung. Musim bunga telah muncul dan tanda-tanda kemenangan ke atas Islam semakin menyerlah!" Mujahidin Hapuskan Sebahagian Besar Konvoi OMON Selepas beberapa hari menghapuskan sekumpulan polis khas OMON, Mujahidin berjaya membuat serangan hendap ke atas sebahagian besar konvoi OMON yang sedang dalam perjalanan ke argun. Alhamdulillah, Mujahidin membunuh lebih daripada 65 anggota tentera Rusia dan memusnahkan 2 buah jip, sebuah kenderaan armor dan 2 trak besar yang membawa askar-askar OMON. Sumber Mujahidin mengesahkan hanya sekumpulan kecil Mujahidin yang telibat di dalam serangan tersebut dan operasi yang serupa akan diteruskan di sekitar Chechnya. Sementara itu, operasi-operasi lain yang turut dijalankan di sekitar Chechnya termasuklah: 1.Mujahidin memusnahkan 10 kenderaan armor di daerah kershloy bulan lalu. Tiada angka kematian sebenar yang dapat dilaporkan buat ketikaini. 2.Mujahidin memusnahkan lebih kurang 20 kenderaan armor berdekatan alkhan yurt di dalam satu serangan sahaja. Tiada angka kematian sebenar yang dapat dilaporkan buat ketika ini. 3.4 kenderaan armor Rusia musnah berhampiran sebuah kampung Zhalq. 4.Mujahidin serang hendap ke atas sebuah konvoi Rusia di Gudermas-Vedeno. 2 buah BMP kenderaan armor dan sebuah trak turut termusnah.13 anggota tentera Rusia mati 5.6 askar Rusia mati dan 1 Ural trak hancur berdekatan bandar maskyryurt. Balik ke Atas Isnin,10 April 2000:Mujahidin Lancar Serangan Pertama di Wilayah Rusia Mujahidin berjaya melancarkan serangan pertama dalam beberapa siri serangan ke atas tentera musuh di tanah Rusia semalam (Ahad, 09/04). sekumpulan Mujahidin melintasi melalui beberapa kepungan Rusia tanpa dikesan sehingga ke bandar stavropol di Rusia. Mujahidin mengawal pergerakan tentera-tentera Rusia di bandar tersebut dan mengambil keputusan untuk menyerang unit-unit elit OMON yang selama ini terlibat dalam beberapa jenayah perang menentang penduduk awam di Chechnya. Mujahidin meneruskan serangan hendap ke atas kumpulan tentera OMON di salah satu stesen keretapi di stavropol. Alhamdulillah, serangan hendap tersebut berjaya: sekurang-kurangnya 13 tentera OMON yang terbunuh sewaktu serangan tersebut berlangsung. Tiada kecederaan yang menimpa Mujahidin dan disahkan tiada seorangpun penduduk awam yang cedera sewaktu serangan tersebut. Kadar Bunuh Diri Anggota Tentera Rusia Semakin Meningkat Kadar bunuh diri di kalangan anggota tentera Rusia semakin meningkat secara mengejut sejak bermulanya perang di Chechnya. Kadar peningkatan ini berlaku akibat ketakutan yang melanda di kalangan tentera Rusia di mana kubu-kubu mereka sering di serang secara mengejut oleh Mujahidin. Beberapa hari yang lalu, Mujahidin mengesahkan bahawa seorang pegawai Rusia telah membunuh dirinya di kubu kawalannya.Seorang lagi askar Rusia membunuh diri di dalam kenderaan armor. Perbuatan ini adalah perkara biasa yang sering terjadi apabila seseorang menjalani penghidupan sebagai seorang tentera Rusia. Malah angkatan tentera Rusia juga mengesahkan bahawa beratus-ratus tenteranya yang membunuh diri setiap tahun. Punca terjadinya perkara demikian, menurut angkatan tentera Rusia, termasuklah bayaran gaji yang diabaikan, makanan tidak seimbang, gangguan daripada pegawai atasan,kes rogol oleh askar veteran ke atas askar kerahan dan takut untuk berperang. Komander Qalayev Bersiap Sedia Untuk Memberi Pengajaran ke aAtas Rusia Mujahidin menyangkal laporan Rusia yang menyatakan salah seorang komander Mujahidin yang masyhur, Hamza Qalayev, terbunuh sewaktu dalam peperangan. Mujahidin memahami laporan palsu yang dibuat oleh Rusia adalah semata-mata untuk melemahkan semangat orang-orang Muslim di Chechnya dan untuk menaikkan semula semangat tentera-tentera Rusia. Dakwaan palsu yang sering dilakukan oleh Rusia sering dibalas dengan kehancuran ke atas mereka semula oleh Mujahidin dan Insya Allah, kali ini, komander Qalayev mengumumkan Mujahidin akan menghancurkan unit-unit elit Rusia lagi. Shamil Enggan Menemui Utusan Putin Kempimpinan politik Rusia masih lagi meneruskan usaha terdesak untuk membuat rundingan perdamaian dengan Mujahidin. 2 hari lalu, presiden Putin menghandar sebuah deligasi untuk membuat rundingan perdamaian dengan komander Shamil Basayev. Komander Shamil mengulangi pendirian presiden Mashkadov dan enggan untuk menemui deligasi tersebut atau terlibat dengan mana-mana rundingan sehingga angkatan tentera Rusia menyerahkan kalah ke atas Mujahidin dan keluar dari Chechnya. Balik ke Atas Jumaat,7 April 2000:Menteri Dalam Negeri Rusia Memeriksa Unit-unit yang Semakin Tenat. Menteri dalam negeri Rusia tiba di Chechnya pada hari Khamis untuk memeriksa unit-unit tentera dan memberi taklimat sebab-sebab pemusnahan beberapa unit polis elit khas OMON beberapa bulan lepas.Sumber dari Mujahidin mengesahkan menteri dalam negeri tersebut sedang menemui pegawai-pegawai tinggi OMON dan berharap agar dapat menaikkan semula semangat angkatan tenteranya yang sebahagian daripada mereka sekarang ini diserang histeria. Mayat-mayat 9 Anggota Tentera Rusia akan Ditukarkan dengan Tawanan Mujahidin Semasa lawatan ke Chechnya, menteri dalam negeri Rusia telah meminta Mujahidin memulangkan semula kesemua 9 mayat tawanan OMON yang telah mati dibunuh pagi semalam. Menteri tersebut memberi jaminan akan memenuhi segala permintaan Mujahidin asal saja mayat-mayat tersebut dipulangkan kepada Rusia semula. Mujahidin menerima tawaran tersebut dan meminta agar membebaskan tawanan Mujahidin terutamanya saudara Abu Junaid Al Iraqi dan komander Abu Salah Al Sheshani.Sementara itu, media Rusia melaporkan bahawa anggota keluarga 9 mayat-mayat tersebut begitu marah ke atas kerajaan Rusia kerana gagal untuk memenuhi permintaan Mujahidin agar dapat menyelamatkan nyawa kesemua 9 anggota tentera tersebut. Anggota keluarga serta sahabat handai telah berdemonstrasi menentang kerajaan Rusia dan polisi-polisi mereka di kampung Karmisky Oblast. Mujahidin Berikrar untuk Membalas Dendam Terhadap Budonov Mujahidin telah memperbaharui ikrar mereka untuk menjejaki dan membunuh penjenayah perang Budonov, walaupun dia berada di Rusia atau di mana juapun . Mujahidin mengesahkan bahawa nasib yang serupa seperti Budonov akan menimpa ke atas askar Rusia mahupun pegawai mereka yang melakukan jenayah ke atas penduduk muslim. Sementara itu, kerajaan Rusia telah mengumumkan penangkapan budonov dan sedang memanggil saksi-saksi dari unitnya untuk memberi keterangan menentangnya di mahkamah dan untuk memberi laporan mengenai jenayah-jenayah tersembunyi yang pernah dilakukannya. Tidak kira samada perbicaraan tersebut adalah benar atau tipu, Mujahidin tetap meneruskan ikrar mereka ke atas Budonov. Balik ke Atas Rabu,5 April 2000:Hukuman Mati Komander-komander Mujahidin mengumumkan hari ini bahawa 9 orang tahanan perang Rusia telah dihukum mati pada pukul 8:00 pagi hari ini. Kesemua tahanan itu adalah ahli-ahli pasukan unit khas polis OMON yang telah ditangkap sewaktu menjelarah di sebuah kampung Zhan-Vedeno minggu lepas. (Sila lihat 03/04 berita). Hukuman ini adalah sebagai tindakan balas terhadap seorang kolonel Budonov dari Rusia yang telah membunuh,memperkosa dan mencacatkan seorang gadis Chechen.Mujahidin meminta agar pembunuh-penjenayah tersebut diserahkan kepada mereka atau 9 orang tahanan perang Rusia akan dihukum mati.(Sila lihat pengumuman pertama dan kedua). Kerajaan Rusia telah memilih untuk melindungi Budonov dan jenayah yang dilakukannya dan akibatnya, merana yang terpaksa ditanggung sekarang ini. Mujahidin memberi arahan bahawa ramai lagi tahanan perang Rusia akan dihukum mati sekiranya kerajaan Rusia masih lagi berdegil melindungi penjenayah2 perang.Maklumat lanjut, dokumen-dokuman dan gambar-gamabr telah diposkan tidak lama lagi mengenai hukuman mati pasukan OMON tersebut.Qoqaz.net akan mengumumkan keputusan daripada komander-komander Mujahidin mengenai hukuman mati yang mungkin dijalankan ke atas tahanan2 tidak lama lagi,Insya Allah. Balik ke Atas Rabu, 5 April 2000:Bahang Perang Mula Terasa Setelah Datangnya Musim Panas. Mujahidin Menyerang Kubu-kubu Rusia di Grozny. Mujahidin melancarkan serangan ke atas kubu-kubu Rusia di Grozny selasa lalu. Sumber Mujahidin mengesahkan serangan dahsyat berlaku diantara unit-unit Mujahidin dengan pasukan musuh selama 3 jam di daerah Zvad-Askoi. Alhamdulillah, unit-unit Rusia serta merta berpecah dan melarikan diri dari medan perang. Terkejut akibat kekalahan dan serangan kilat dari Mujahidin di bandar tersebut, tentera Rusia mula menggunakan pasukan udara dan serangan menggunakan artileri ke atas kubu-kubu Mujahidin, tetapi musuh terlambat, Mujahidin sudah mula pindah ke kubu-kubu baru mereka pada waktu yang tepat. Sumber Mujahidin mengesahkan kekalahan dahsyat dialami oleh musuh tetapi tiada maklumat lanjut mengenai bilangan kematian yang dapat disahkan buat ketika ini. Alhamdulillah, tiada sebarang kematian yang menimpa Mujahidin. Serangan di Grozny mengesahkan kebolehan Mujahidin untuk menyerang secara hebat ke atas kubu-kubu Rusia tidak kira waktu dan tempat di sekitar Chechnya. Tambahan itu lagi, kempimpinan Mujahidin berikrar akan menyerang kubu-kubu Rusia di kawasan bandar pada hari selasa. Dengan kehendak Allah, ikrar ini telah termakbul setelah beberapa jam ia diumumkan, Mujahidin berjaya membinasakan pasukan Rusia di Zvad-Askoi pada tengahari hari selasa. Insya Allah, ini adalah serangan terbesar pertama ke atas unit-unit musuh di bandar-bandar Chechen dan kawasan-kawasan yang berada disekitarnya. Balik ke Atas Selasa,4 April 2000:Angkatan Tentera Rusia 'Meniru' Taktik Mujahidin Untuk Menaikkan Semangat Anggota Tenteranya Gementar akibat kekalahan teruk dan hampa dengan kejayaan Mujahidin yang sentiasa menguasai medan perang, pihak angkatan tentera Rusia telah mengumumkan rancangan untuk mengaturkan kedudukan unit-unit khas komando di mana ia akan meniru gaya dan taktik-taktik yang digunakan oleh Mujahidin Angkatan tentera Rusia mengumumkan bahawa unit-unit baru komando telah mula dilatihkan secara profesional dan mereka akan diturunkan ke medan peperang tidak lama lagi. Mujahidin memandang dakwaan angkatan tentera Rusia ini sebagai percubaan kabur semata-mata untuk menaikkan semangat anggota tenteranya dan untuk menyegarkan semula operasi di Chechnya. Mujahidin juga mengesahkan bahawa tiada "unit-unit khas tentera-gerila" wujud pada angkatan tentera Rusia. Sekiranya ia wujud, ia pasti akan digunakan sewaktu tercetusnya perang dahulu terutamanya semasa operasi-operasi ketenteraan yang membawa kekalahan ke atas tentera Rusia di Grozny dan semasa operasi di selatan Chechnya sekarang ini. Mujahidin begitu yakin, Insya Allah, mereka berupaya untuk melepasi apa-apa percubaan yang ingin dilakukan oleh Rusia. Mujahidin mengingatkan Rusia bahawa nama-nama seperti "Desnat", "OMON" ,"pasukan khas udara", "infantri marin" atau apa-apa nama unit-unit elit sekalipun pernah mengalami kecelakaan dahsyat dalam hampir setiap peperangan dalam beberapa bulan yang lalu. Apa-apa "unit baru khas" yang mungkin wujud atau tidak, pasti akan menemui kecelakaan yang sama seperti rakan-rakan unit yang lain, Insya Allah. Rusia Lancar Kempen 'Gentar' di Dagestan. Kerajaan Rusia telah melancarkan kempen media yang bertujuan untuk menakut-nakutkan populasi muslim di Dagestan.Rusia telah mendakwa bahawa pasukannya kini dalam keadaan berjaga-jaga dan sedang mengawasi segala persiapan Mujahidin di Dagestan.Sumber Mujahidin mengetahui dakwaan palsu Rusia dan mengesahkan bahawa musuh sedang berharap untuk menghimpunkan sesiapa yang lemah dan takut kepada perang agar bersama-sama dengan pihak musuh. Kempen ini juga bertujuan untuk melemahkan Mujahidin dan mengurangkan sokongan Dagestan ke atas Mujahidin. Insya Allah, rancangan ini tidak akan berjaya dan 1500 rakyat Dagetani Mujahidin yang berjuang di chechnya adalah antara yang pertama untuk membuktikan semangat persaudaraan dan persepaduan di kalangan muslim di Kaukasus. Balik ke Atas Isnin, 3 April 2000: Pengumuman daripada Kommenader Khattab dan Shamil Komander Shamil Basayev dan Khattab telah membuat pengumuman bahawa 9 anggota Polis khas OMON yang ditangkap beberapa hari yang lalu akan dibunuh melainkan Rusia menyerahkan seorang pegawai Rusia yang telah terlibat dalam kes perkosaan-bunuh seorang gadis Chechen. Penjenayah perang Rusia itu yang bertugas sebagai pegawai di sebuah unit kereta kebal, telah memperkosa gadis Chechen dan mencekiknya sehingga mati sebelum meletakkannya di bawah roda kereta kebal lalu menggelek badan gadis itu dengan kereta kebal tersebut. Kejadian jenayah tersebut telah disaksikan oleh anggota-anggota tentera unit kereta kebal Rusia. Abang kepada gadis yang dibunuh itu adalah anggota Mujahidin dan beliau sendiri akan membunuh kesemua 9 orang tawanan Rusia tersebut melainkan penjenayah Rusia itu diserahkan. Walaubagaimanapun, sekiranya pegawai tersebut tidak diserahkan juga, Mujahidin tetap akan menjejakinya tidak kira dimana dia berada. Komander Shamil Basayev Komander Khattab Balik ke Atas Isnin, 3 April 2000: Mujahidin Menghampakan Dakwaan Pihak Rusia Dengan Memusnahkan Unit-unit Tentera Rusia Para pemimpin politik dan ketenteraan Rusia meneruskan dakwaan mereka mengenai 'situasi di Chechnya di dalam keadaan tenang dan di bawah kawalan'- Mujahidin telah menjelaskan dakwaan dusta mereka itu dengan menyerang beberapa unit khas polis elit OMON beberapa minggu lepas. Pada hari Sabtu lepas, Mujahidin berjaya memusnahkan satu lagi unit khas polis elit OMON di salah satu kampung di selatan Chechnya, sejurus selepas pengumuman daripada putin-si malang yang mengatakan "kini tiada kekalahan serius pada tentera Rusia di Chechnya." Maklumat Operasi Lanjut: Seunit pengintip Mujahidin (3-5 orang) yang diketuai oleh Abu Walid singgah sebentar untuk berehat di sebuah kampung yang ditinggalkan di Zhan-Vedeno. Unit tersebut mengambil keputusan untuk berteduh di salah sebuah rumah di kampung tersebut sebelum meneruskan misi mereka. Ketika inilah, unit Mujahidin menyalakan unggun api untuk memanaskan diri mereka- tiada langkah berjaga-jaga yang di ambil kerana tiada tentera rusia yang hadir di kawasan tersebut. Tanpa disangka-sangka, seunit menjarah polis khas OMON rusia muncul di kawasan tersebut. (Bukan untuk tujuan menyerang tetapi mereka ingat kampung tersebut didiami oleh beberapa penduduk yang boleh mereka gunakan untuk tujuan perkosaan atau mengugut) . Unit OMON tersebut diiringi dengan 4 kenderaan armor, 2 lori dan 45 askar dan pegawai-pegawai. Semasa unit OMON berada berhampiran dengan kampung tersebut, pegawai bertugas unit tersebut mengesan asap daripada unggun api yang datang daripada Mujahidin. Pegawai tersebut mula merancang satu serangan dari semua arah keatas rumah tersebut, kecuali satu arah untuk menuju ke dalam hutan berhampiran. dia kemudian ke rumah tersebut dan mengacukan pistolnya sambil memberi arahan :" sesiapa yang berada di rumah harus keluar segera!!" Mujahidin terkaget sebentar kerana tidak menyangka akan kehadiran unit Rusia ini. Abu Walid memandang sepintas lalu dari tingkap dan menyedari bahawa bilangan mujahidin tidaklah seberapa iaitu dalam nisbah 10:1 dan hampir 30:1 dari jumlah bilangan senjata api (pihak Rusia mempunyai 4 kenderaan armor). Abu Walid mendisiplinkan unitnya, dan tidak memberitahu saiz sebenar angkatan musuh. Beliau kemudian bersuara kepada pihak Rusia untuk memperbodohkan pegawai-pegawai rusia dan untuk memberi sangkaan kepada pihak musuh bahawa penghuni-penghuni di dalam rumah tersebut di dalam ketakutan sambil berkata:" sekiranya kami keluar, adakah kamu akan cederakan kami?" Pegawai Rusia itupun berkata:" Tidak, kami tidak akan apa-apakan kamu." Pegawai tersebut mengarahkan rumah tersebut agar dikosongkan atau mereka akan menyerbu masuk setelah kira sehingga 3. Dia kemudiannya mula mengira... Satu...Dua... Semasa pegawai tersebut menyebut angka 3, Abu Walid membuka pintu tersebut lalu membunuh pegawai Rusia itu dengan senjata machine gun. Beliau kemudiannya mengambil pistol pegawai tersebut dan menutup pintu sambil mengarahkan Mujahidin lain selamatkan diri melalui tingkap. Unit Rusia keliru dan berada tidak tentu arah, mereka datang untuk menjelarah dan dalam beberapa saat yang lalu mereka telah kehilangan ketua mereka dan sedar mereka sekarang berhadapan dengan Mujahidin. Mujahidin berjaya menyelamatkan diri di hutan berhampiran walaupun menerima serangan daripada musuh, Abu Walid cedera ringan pada pinggulnya. Semasa waktu inilah, komander Khattab menyedari bahawa unit pengintip Mujahidin di kepung dan di serang. Khattab segera mengarahkan angkatannya ke kampung tersebut dan menyerang semula unit OMON tersebut. Beberapa minit kemudian , Mujahidin berjaya memusnahkan seluruh unit tersebut, memusnahkan keempat-empat kereta armor dan 2 lori. 36 anggota tentera musuh terbunuh, 9 anggota ditangkap dan baru-baru ini mereka telah dibunuh. Mujahidin berjaya merampas semua senjata ringan serta berat dan membakar kenderaan yang masih boleh digunakan kerana ia mempunyai sedikit kegunaan pada kawasan pergunungan Selepas pertempuran tersebut, Mujahidin kembalik ke kubu masing masing di sekitar pergunungan. Mereka tiba-tiba pula di serang oleh beberapa buah helikpter musuh. Angkatan tentera darat musuh dikesan samasa ia sedang menuju ke sebuah kampung yang telah ditinggalkan. Dengan kekuasaan Allah (S.W.T), Mujahidin menggunakan kemahiran menembak mereka dan 'foliage'yang didapati dari hutan berhampiran untuk mengelakkan serangan daripada pihak musuh dan supaya pihak musuh mengundur. Sumber Mujahidin mengesahkan sebuah helikopter telah rosak dan terpaksa membuat pendaratan kecemasan. Sebuah lori dan armoured personnel carrier telah musnah. Angkatan musuh gagal untuk menduduki kampung yang ditinggalkan tersebut, dan Mujahidin sedang memerhatikan segala langkah musuh daripada puncak bukit sehingga ke hutan belantara. Para Pemimpin Rusia Bertengkar Sesama Sendiri. Sebuah perdebatan hebat berlaku sekali lagi di antara kementerian dalam negeri ( yang memberi arahan kepada unit-unit OMON, polis dan keselematan dalam negeri dsb.) Dengan kementerian pertahanan ( tentera darat,laut, udara dsb.) Menteri dalam negeri menuduh rakan sejawatnya di dalam angkatan tentera Rusia kerana menipu mengenai pencapaian tentera Rusia di Chechnya dan menutupi yang benar mengenai kekuatan Mujahidin. Menurut menteri dalam negeri, penipuan yang tidak berasas ini telah menyebabkan banyak kematian di kalangan anggota unit polis khas OMON beberapa minggu lalu. Kementerian itu menuduh pihak tentera yang menyebabkan kekalahan tersebut yang mendakwa bahawa tugas unit OMON hanyalah untuk membuat rondaan ke atas kawasan yang sudah "bersih" dan bukannya terlibat dengan aktiviti kombat. Menurutnya lagi , operasi besar-besaran adalah tanggungjawab unit-unit khas ( yang mana telah dimusnahkan semasa musim sejuk lalu), unit-unit armor serta tentera. Tentera Rusia pula membalas tuduhan tersebut dengan mengatakan bahawa kepimpinan OMON sebenarnya lemah dan tidak cekap. Kedua-dua pihak tersebut mengaku bahawa Mujahidin tidak gentar terhadap mana-mana unit pun kerana apa apa unit sekalipun pasti akan dimusnahkan oleh tentera-tentera Allah. Putin Memanggil untuk Berunding -Sekali Lagi. Putin si malang telah muncul dengan tawaran baru mengenai rundingan damai kepada pempimpin Chechen. Presiden Maskhadov telah menolak tawaran ini dan menegaskan bahawa rundingan tidak akan dijalankan selagi tentera Rusia berada di Chechnya. Presiden ingushetia mengumumkan tawaran tersebut dan mendedahkan bahawa beliau telah diarahkan oleh Putin untuk menjadi orang tengah untuk sebarang rundingan.Walaupun telah diumumkan kepada orang ramai, Putin masih lagi enggan untuk memberitahu kepada pihak media. Apa-apa rundingan yang diumumkan kepada orang ramai pasti akan menambahkan situasi yang tiada harapan terhadap angkatan tentera Rusia di Chechnya dan menukarkan kemasyhuran putin kepada keaiban pula. Tawaran terbaru mengenai rundingan juga menunjukkan Rusia tergesa-gesa untuk mencari jalan keluar untuk berundur dari Chechnya. Insya Allah, Mujahidin akan menyenangkan mereka tetapi dengan cara mereka sendiri mengikut syariat daripada Allah. Mata-mata Duitan Beredar dari Chechnya Sebahagian besar mata duitan yang berkhidmat di tentera Rusia beredar dari medan peperangan dan meninggalkan Chechnya. Mereka yang datang dari seluruh pelusuk rusia yakin bahawa Mujahidin adalah lemah dan bilangan mereka adalah sedikit. Dan mereka percaya bahwa mereka akan mendapat wang dengan mudah setelah mendapat kejayaan yang singkat. Tiada satu hajat merekapun dimakbulkan, selepas mengalami kekalahan dahsyat dan yang memalukan dan juga gagalnya usaha untuk "menumbangkan pejuang2 Chechen" kepada pihak media antarabangsa, ramai di antara mata-mata duitan itu putus asa dan mahu berhenti. Manakala mata-mata duitan yang masih hidup akan pulang ke rumah masing masing dengan perasaan malu serta kalah dan usaha pengorbanan mereka tidak akan di bayar walaupun 1 rouble. Balik ke Atas __________________________________________________ Do You Yahoo!? Send online invitations with Yahoo! Invites. http://invites.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Mat Zain <[EMAIL PROTECTED]>