*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KENAPA TAK BUANG JER SI MAHATHIR TU...KAN DAH TUA DAN NYANYOK...

Ramai MB ke Pusat -- PM dijangka umumkan perubahan besar calon UMNO

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Beberapa orang menteri kanan, Menteri Besar dan
tokoh UMNO dijangka digugurkan atau
berubah tempat apabila senarai calon parti itu diumumkan Khamis ini.

Presiden parti, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini selesai
menemui lapan orang Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Negeri bagi meneliti senarai calon di pejabatnya di Putrajaya.

Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan yang menemui Dr. Mahathir mulai
pagi ini ialah Datuk Adnan Yaakob (Pahang),
Tan Sri Ramli Ngah Talib (Perak), Datuk Seri Abu Hassan Omar
(Selangor), Datuk Abdul Ghani Osman (Johor), Datuk
Seri Abu Zahar Isnin (Melaka).

Juga menemui Dr. Mahathir ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pulau
Pinang) Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad
(Negeri Sembilan) dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri
Shahidan Kassim.

Pertemuan turut dihadiri oleh anggota Biro Politik UMNO terdiri
daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri
Najib Tun Razak, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Khalil Yaakob.

Bagaimanapun pertemuan dengan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (Terengganu)
yang sepatutnya berlangsung esok,
dijalankan di tempat yang sama malam ini.

Tiada butiran yang diketahui setakat ini. Namun difahamkan Wan Mokhtar
berkemungkinan akan berundur.

Sehingga pukul 10.30 malam, pertemuan itu masih dijalankan dan
difahamkan pertemuan itu berlarutan sehingga
kesemuanya selesai. Datuk Osu Sukam (Sabah) turut mengemukakan senarai
malam ini.

Esok pertemuan sepatutnya melibatkan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah,
Tan Sri Sanusi Junid, Tengku Razaleigh
Hamzah (Kelantan) dan Datuk Dr. Sulaiman Mohamad (Wilayah Persekutuan).

Utusan difahamkan pertemuan hari ini dipercayai memutuskan beberapa
orang menteri kanan sama ada berubah tempat
atau digugurkan. Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi sehingga ini.

Beberapa orang Menteri Besar pula dijangka dipindahkan untuk bertanding
ke Pusat bagi memberi laluan kepada muka
baru untuk bertanding bagi menduduki kerusi berkenaan.

Mereka yang difahamkan akan berpindah ialah Menteri Besar Johor, Datuk
Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Perlis,
Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa
Samad dan Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli
Ngah Talib.

Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid juga dikatakan akan turut
dipindahkan ke Pusat. Bagaimanapun Sanusi
dikatakan lebih berminat bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri
Kuah di Langkawi.

Shahidan yang dihubungi hari ini enggan mengulas lanjut mengenai hasil
pertemuannya dengan Dr. Mahathir pada kira-kira
pukul 4.30 petang ini.

Beliau hanya berkata: ''Saya tidak dapat menyatakan nama-nama calon
yang terpilih. Malah kedudukan saya sendiri juga
masih tidak diketahui sama ada kekal di Dewan Undangan Negeri Tambun
Tulang.''

Dalam pada itu Ketua Menteri Melaka, Datuk Abu Zahar Isnin yang ditemui
pemberita berkata, beliau dijangka kekal
bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya ini.

Katanya, semasa mengemukakan senarai calon-calon yang akan bertanding
peringkat negeri dan Parlimen kepada Dr.
Mahathir pagi ini, presiden parti itu tidak menyatakan mengenai
sebarang perubahan tempat.

Beliau yang kelihatan ceria sewaktu menyatakan demikian di Melaka,
adalah antara Menteri Besar dan Ketua Menteri yang
disebut-sebut akan bertanding di kawasan Parlimen pada pilihan raya
umum 29 November ini.

Abu Zahar yang bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Merlimau
sebelum ini berkata, Dr. Mahathir
bagaimanapun telah meminta pandangannya berhubung calon yang akan
dikekalkan dan muka-muka baru yang akan
dicalonkan.

Di Pahang, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Siti Zaharah
Sulaiman difahamkan tersenarai tetapi berpindah
kawasan dari Parlimen Paya Besar ke Maran. Tempatnya akan ditandingi
oleh Tan Sri Khalil Yaakob.

Datuk Sabarruddin Chik akan melepaskan kawasannya di Temerloh kepada
Ahli Dewan Undangan Negeri Semantan,
Datuk Mohd. Sarit Yusoh.

Di Selangor, Exco Setinggan, Datin Paduka Rakibah Abdul Manap (Gombak
Setia) dijangka digugurkan dari senarai calon.

Difahamkan turut digugurkan ialah Datuk Saidin Tamby (Paya Jaras),
Datuk Mohammed Pauzi Abdul Murad (Sungai
Panjang) dan Datuk Jamaluddin Adnan (Parlimen Kuala Selangor).

Minggu lalu Menteri Besar, Datuk Seri Abu Hassan Omar berkata, BN akan
menggugurkan wakil-wakil rakyat yang
kurang sihat dan mempunyai masalah-masalah tertentu.

Dalam pertemuan hari ini, Pengerusi-pengerusi Perhubungan berkenaan
menyerahkan tiga calon bagi setiap kerusi kepada
Dr. Mahathir dan jawatankuasa biro berkenaan untuk dipilih.

Setelah dipersetujui surat kuasa dikeluarkan kepada calon-calon bagi
membolehkan mereka bertanding pada pilihan raya
ini.

Kesemua calon yang terpilih akan mengisi borang pencalonan pada 19
November ini sebelum dikemukakan kepada
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada hari penamaan calon keesokannya.

Senarai nama calon-calon daripada parti komponen Barisan Nasional (BN)
akan dikemukakan kepada Dr. Mahathir dalam
tempoh sehari dua lagi.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Perak Man <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke