*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Banyak lagi contoh-contoh yang lain di dalam hadith kalau nak 
disebutkan,yang menunjukkan perubahan zaman mengubah fatwa.  Inilah juga 
amalan  para sahabah  yang menghukum beberapa perkara tidak sama seperti 
hukuman pada zaman Nabi s.a.w disebabkan perubahan yang berlaku, umpamanya 
Saidina Umar tidak memberi zakat kpd golongan 'al-muallaf qulubuhum' (yg 
cuba didekatkan kpd Islam) pada zamannya sekalipun hak mereka disebut di 
dalam al-Qur'an dan mrk diberikan zakat oleh Rasulullah s.a.w. Ini 
disebabkan peruabahan keadaan dan suasana dggn kata Umar :" ALLah telah 
memuliakan Islam dan tidak memerlukan mereka! " Sesiapa yg ingin pendetailan 
bolehhlah menyemak tulisan para ulama' termasuk Dr Yusuf Qardhawi dalam 
'Fiqh ul-Zakah'.

Apa yang  ingin saya nyatakan ialah kita perlu menilai perubahan, kerana ini 
tuntutan Islam itu sendiri. Islam agama yang hidup setiap masa dan setiap 
zaman. Barangkali inilah yg menyebabkan Ust. Fadzil berkkata begitu 
sebagaimana di permulaan rencana ini.

Sebenarnya dalam banyak keadaan, melaksanakan Islam pada zaman ini jauh 
lebih susah daripada zaman lampau. Memegang Islam bagaikan memegang bara yg 
panas. Umapamanya, riba' dgn mudah sahaja diharamkan pada zaman Nabi s.a.w. 
Dengan penegasan baginda, para sahabah berhenti berurusan dengan riba' dan 
negara bersih dari riba'. Namun, pada zaman ini pengharaman riba' memerlukan 
usaha yang jauh lebih besar dan susah. Ianya bukan sahaja melibatkan 
idividu-individu tetapi bank-bank dan juga Bank Negara . Dan Bank Negara 
pula berurusan dengan bank-bank antarabangasa yanng mengamalkan riba'.Usaha 
kita perlu jauh lebih besar.

Pemikiran dan kefahaman terhadap agama perlu lebih mendalam dan jauh lebih 
menjangkau agar Islam tidak dipinggirkan dan dianggap tidak mampu. Usaha 
mewujudkan daulah Islaamiyyah lebih sempurna yang memayungi umat adalah 
kewajipan kita. Namun usaha ke arah itu perlu  dengan kefahaman yg mantap 
terhadap ruh syari'at.


-Dipetik dari artikel oleh al-Fadhil Us. Mohd Asri Zainal Abidin dlm majalah 
Tamadun Mac 2001-


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ibnu ramli" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke