PERHIMPUNAN
RAYA 100,000 RAKYAT Perutusan
[8] Assalamu'alaikum dan Salam
Reformasi, 71.
Jawatankuasa Kerja yang
akan mengendalikan sambutan Hari Raya di Kampong Medan ditubuhkan dengan
kerjasama antara PAS dan keADILan Kuala Langat. Gandingan antara kedua-dua parti
dalam Barisan Alternatif itu telah terbukti sejak Pilihanraya Umum 1999 dan tiga
pilihanraya kecil di Sanggang, Telok Kemang dan
Lunas. 72.
Sumbangan tenaga para
aktivis keADILan dan PAS dari Kuala Langat dalam Pilihanraya Kecil Lunas,
seperti juga sumbangan tenaga para aktivis Barisan Alternatif dari kawasan lain
seluruh negara, merupakan antara faktor utama kemenangan calon Barisan
Alternatif, YB Saifuddin Nasution Ismail dalam pilihanraya kecil
tersebut. 73.
Kerjasama antara dua
parti dalam Barisan Alternatif di peringkat Kuala Langat itu semakin mantap
sebagaimana bertambah mantapnya gandingan Barisan Alternatif dari hari ke hari
di peringkat nasional. 74.
Kerjasama antara PAS
dan keADILan dengan dimantapkan lagi oleh rakan-rakan dari DAP, PRM, JIM, ABIM
dan para reformis di Kuala Langat untuk menganjurkan Perhimpunan Raya 100,000
Rakyat ini pasti akan memantapkan lagi perjuangan menegakkan keadilan dan
menghapuskan kezaliman di negara ini. 75.
Sejak pemecatan Dato’
Seri Anwar Ibrahim pada September 1998 dan berikutnya tercetusnya reformasi,
ramai penduduk Kuala Langat khususnya di Sijangkang, Telok Datok dan Morib telah
meninggalkan parti yang telah mereka sertai sejak turun menurun. Mereka
meninggalkan parti itu untuk menyertai PAS. Bagi mereka dengan kezaliman yang
dilakukan terhadap Wira Reformasi itu tiada ertinya lagi mereka bersekongkol
dengan kezaliman dan terus menjadi ahli parti usang
tersebut. 76.
Penubuhan keADILan pada
April 1999 terus membuka ruang yang bertambah luas bagi penduduk tempatan yang
sebelum itu tidak pernah menyertai mana-mana parti politik untuk terlibat aktif
memperjuangkan keadilan serta membela Anwar. Penglibatan mereka sama ada sebagai
ahli mahupun penyokong parti keADILan memantapkan lagi suasana perjuangan
reformasi di seluruh Kuala Langat pada masa itu. 77.
Pilihanraya Umum pada
November 1999 menjadi platform kerjasama bukan hanya antara parti-parti yang
mengetengahkan calon-calon Parlimen dan DUN; iaitu PAS, DAP dan keADILan, tetapi
juga menjadi medan kerjasama dan permuafakatan rakyat untuk menubuhkan Kerajaan
Alternatif di negara ini. 78.
Gelombang pembaruan
semasa Pilihanraya Umum 1999 yang ditunjukkan oleh penduduk Kuala Langat,
seperti juga gelombang perubahan yang berlaku di seluruh negara ketika itu cukup
mengkagumkan kita semua. 79.
Kini sekali lagi
gelombang kerjasama ini akan dibuktikan di Kuala Langat. Perhimpunan Raya
100,000 Rakyat akan menyaksikan sekali lagi permuafakatan aktivis reformasi
bukan hanya di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS, keADILan, DAP, PRM, JIM,
ABIM dan NGO-NGO lain di kawasan tersebut. Tetapi gelombang kali ini akan
digerakkan sekali lagi oleh penduduk-penduduk tempatan yang semakin bersemangat
dengan kemenangan Barisan Alternatif dalam Pilihraya Kecil DUN Lunas pada 29
November 2000 setelah genap setahun berlangsungnya Pilihanraya Umum 29 November
1999. 80. Sama-sama kita akan saksikan bahawa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat di samping menjadi majlis sambutan Hari Raya serta majlis meraikan rakan-rakan lain yang merayakan Krismas, Tahun Baru Cina dan Hari Ponggal, bakal menjadi platform bagi rakyat negara ini menegaskan komitmen mereka untuk membentuk “Malaysia yang Adil”. “Kembalikan Hak
Rakyat”
Hj. Saari Hj.
Sungib
Pengerusi,
Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000
Rakyat
8 Januari
2001
bersamaan dengan 13 Syawal
1421
|