*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berikut disiarkan tulisan oleh Tualang Kelikir

Assalamualaikum

Pertama sekali syukur kepada Allah kerana mengurniakan
beberapa kemenangan termasuklah berjaya menawan
Terengganu sebagai Pengkalan kedua ke arah menegakkan
Islam sebagai Addeen dan Daulah.

SATU PERMULAAN YANG BAIK
Sesungguhnya pilihanraya 1999 adalah satu permulaan
yang baik kepada Barisan Alternatif. BA baru
diwujudkan lewat 1998 dan ia hanya punya setahun untuk
bergerak sebagai satu pasukan bagi menghadapi BN yang
ternyata memiliki segala-galanya.

Saya ingin katakan kemenangan yang berlaku hari ini
adalah Kemenangan Barisan Alternatif dan bukan
kemenangan PAS atau DAP atau KeAdilan atau PRM
semata-mata. tanpa sokongan penyokong kesemua
parti-parti BA, Parti-parti BA tidak akan menang
seperti yang dijangkakan. 

BA juga telah menikmati sokongan kelompok UMNO yang
tetap berada dalam UMNO tetapi memangkah calon-calon
BA dengan begitu banyak seperti apa yang berlaku di
Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Selangor, Pahang
dan lain-lain.

UNDI POPULAR BA 48%
Pilihanraya raya 1999 menunjukkan BA meraih undi
popular yang amat tinggi. BN hanya meraih undi popular
sebanyak 51% sahaja. Ini bermakna hampir separuh
pengundi Malaysia menolak kepimpinan Mahathir dan
Barisan Nasional pada pilihanraya kali ini.

BEBERAPA KELEMAHAN BA
1. BA gagal meyakinkan masyarakat cina dan sebahagian
pengundi melayu.

Pilihanraya 1999 menunjukkan BA gagal menambat hati
masyarakat cina walaupun pada awalnya memberi reaksi
yang positif. BN berjaya memanipulasi isu Negara Islam
untuk menakutkan pengundi Cina dan isu Malaysian
malaysia untuk menakutkan pengundi Melayu.

Ketakutan ini menyebabkan BA gagal meraih undi yang
secukupnya di beberapa negeri totok dengan "UMNO"nya
seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak,
Selangor dan Wilayah Persekutuan.

2. Jentera Pilihanraya.
Saya pernah menyebut pada sebelum ini (tulisan saya
telah disiarkan dalam Detik Keluaran November) betapa
pentingnya Jentera Pilihanraya sesebuah parti. Dalam
tinjauan kasar saya di sepanjang pilihanraya 1999 kali
ini kemenangan PAS di Kelantan, Terengganu dan
bertambah jumlah kerusi di Kedah, Perlis, Pahang,
Perak dan Selangor adalah disebabkan PAS mempunyai
jentera pilihanraya yang cukup tersusun dalam
pilihanraya kali ini. 

Jentera PAS mempunyai maklumat tepat terhadap sesorang
pengendi, daerah mengundi dan kekuatan parti lawan.
Maklumat yang tepat ini menyebabkan PAS mampu menyusun
strategi yang lebih tepat terhadap sasaran pengundi
sehinggalah malam terakhir tempoh kempen.

Berbeza dengan parti-parti lain seperti KeAdilan, DAP
dan PRM. DAP misalnya mempunyai tenaga kerja yang amat
sedikit. Kalau adapun tenaga sukarelawan disaat-saat
menjelangnya pilihanraya. Begitu juga dengan KeAdilan,
sebagai sebuah parti baru jentera pilihanraya parti
sudah tentu kekurangan masa dan pengalaman untuk
berhadapan dengan BN yang telah menggunakan seluruh
jentera parti.

CADANGAN
1. PAS Menerajui BA
Hakikatnya PAS perlu menerajui BA kerana parti
tersebut  telah membuktikan ia sebuah parti yang kuat
dan kukuh. seperti juga BN ia ditunjangi oleh UMNO
maka sewajarlah PAS memimpin BA.

Sudah tiba masanya BA yang ditunjangi oleh PAS
menubuhkan jawawatankuasan BA peringkat Pusat, Negeri
dan Parlimen. Pengerusi BA boleh dipimpin oleh
komponen BA bersesuaian dengan kawasan masing-masing.

Jawatankusa ini penting untuk menyelaraskan aktviti di
semua peringkat khususnya bagi menghadapi pilihanraya
2004

2. BA dan perbezaan dasar.
Terdapat ketakutan dikalangan komponen BA terhadap
dasar PAS yang ingin menubuh negara Islam. Saya fikir
isu Negara Islam bukannlah satu isu pokok. Negara
Islam bukanlah sebuah negara Polis atau kuku besi
tetapi sebuah negara yang sangat demokratik dan
sejahtera.

Saya fikir PAS perlu lebih serius dalam menangani isu
masyarakat cina. Tidak setakat Unit hal Ehwal
Masyarakat cina tetapi saya berpendapat ianya perlu
dinaiktaraf kepada Jabatan. PAS sudah mempunyai YB
dari kalangan orang cina iaitu Hj. Anwar Tan ADUN Kota
Lama.
Peranan beliau akan mendekatkan Masyarakat cina kepada
BA. Jabatan ini perlu memikirkan beberapa pendekaran
sehinggalah kepada peringkat menubuhkan institusi
khusus untuk masyarakat cina. 

BA dan pilihanraya 2004
BA memulakan persiapan pilihanraya bermula dari
sekarang. Perkara-perkara seperti daftar pemilih,
culaan pengundi, dana pilihanraya dan latihan
kemahiran perlu dilakukan bermula dari sekarang.

BA dan Sabah/Sarawak.
Sabah dan Sarawak menyumbang 48 kerusi daripada 193
jumlah kerusi parlimen. BN menikmati 43 kerusi
parlimen dari Sabah/Sarawak untuk majoriti 2/3 BN. 

BA perlu memikirkan beberapa pendekatan agar
Sabah/Sarawak dapat menyumbang kepada kemenangan BA
pada tahun 2004.

Latihan pertama BA ialah menjelang pilihanraya DUN
Sarawak yang dijangkakan pada tahun 2002 dan Sabah
2003. BA punya masa 2 tahun untuk membuat persiapan
yang sewajarnya untuk menawan Sarawak dan Sabah.

KESIMPULAN.
Cabaran utama kepada BA ialah keyakinan komponen
parti-parti BA terhadap masa depan BA. Perjalanan dan
usia BA adalah bergantung kepada kesediaan parti-parti
komponen untuk terus bersama-sama dalam BA.

Andainya usia BA setakat disini sahaja maka agak sukar
untuk meramalkan terhadap masa depan pembangkang pada
masa hadapan.

KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

Tualang Kelikir






















__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "PAS Tg. Aru" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke