*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alah Cik Nor Ain, apalah yang nak dikisahkan dengan confidentiality Proton 
tu. Semua model yang lepas dan akan datang Proton termasuk Perodua semuanya 
ciplak model kereta syarikat lain bulat-bulat. Sekadar ubahsuai sana sikit, 
tukar bumber, taruk lampu kat tepi dah boleh taruk insignia proton. Tak malu 
langsung. SIapa yang tak tahu model Perdana, Wira dan Satria termasuk Iswara 
yang koman tu berasaskan Mitsubishi series. Kancil dan RUsa tu Daihatsu 
model. Dahlah tak original, tekan harga mahal-mahal sampai terjelir lidah 
membayarnya bagi kereta koman macam Iswara yang sama harga dgn Honda City 
(tanpa tax).

Entah manalah daya keupayaan inovasi Proton. Mana ada lagi syarikat kereta 
dalam dunia yang jual kereta powered window hanya cermin depan aje dan masih 
hand powered steering (ISwara). Terjelin lidah memutornya bila parking-kata 
orang Kuala. Lepas tu siap ada type I, type III dan macam-macam type lagi 
untuk memaksimumkan keuntungan selepas memaksa pembeli membeli accesories 
yang cekik darah harganya dan tak berlkualiti pulak tu. Harga sport rim 
bodoh Proton sampai RM1500 sedangkan kat kedai keling tayar boleh dapat 
lebih baik punya dnegan harga yang lebih bersifat kemanusiaan.

Kalau dalam dunia berekonomi berasaskan knowledge di mana daya kreativiti, 
orginiality dan innovation menjadi daya penggerak syarikat bagi mengeluarkan 
produknya dan Proton masih ambik model lain dan tampal cap proton, sampai 
bilapun takkan maju. Sekadar mengharapkan perlindungan tariff kerajaan, 
sampai bila boleh bertahan bila AFTa dan WTO come full force.

Jebat

>From: "Nor'ain Eusoff" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Proton New Model - Tak baik Pecah Rahsia tau!
>Date: Thu, 4 May 2000 16:37:42 +0800
>
>Assalamu'alaikum Pakcik-pakcik & makcik-makcik dalam Hizbi ni...
>
>Saya harap sangat... tolonglah jangan sebar-sebarkan gambar kereta-kereta
>model baru kat mailing list macam Hizbi ni.  Ya lah... setiap syarikat tu
>mempunyai etika ber"e-mail" nya sendiri.  Setahu saya, apa-apa model yg
>hendak dilancarkan, selalunya mesti di"undisclosed" dari pengetahuan umum,
>sehinggalah ke hari pelancaran.  Macam tu barulah thrill!
>
>Lagipun, jika pihak atasan PROTON dapat tahu yg gambar baru ni disebarkan,
>saya pasti mereka akan "cari" siapa punya "kerja' yg memandai-mandai dok
>forward ni.  Bukankah nanti kawan-kawan kita yg kat PROTON tu yg akan dapat
>akibatnya?  Kalau dah tengok tu tengoklah, tapi jangan sebarkan kepada
>mailing list yg popular macam Hizbi Net ni.
>
>Tapi, seandainya pihak PROTON sendiri tak keberatan........   maafkanlah
>saya.  Saya cuma concern dengan "CONFIDENTIALITY" sesebuah syarikat, itu
>saja!  Kita kena jagalah juga periuk nasi orang lain, jangan fikirkan diri
>kita aje!
>
>Sekadar memberi teguran ikhlas.....
>
>Wassalam
>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hang Jebat" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke