*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BETUL dan TEPAT ! Allah sedang menguji kita dalam abad yg ke
21 ini. Di manakah letaknya iman kita? Hanya kepada Allah sahaja
patut kita takut dan berserah.

Sebab itu saya menulis tentang Taliban bukan kerana saya 100%
pro-Taliban, tetapi merasa kagum melihat sikap mereka yang
berani berperang dengan Amerika. Ini adalah soal maruah ummat
Islam. Apalah nilai iman ummat Islam yang takut kepada Amerika?

Cuba kita fikir ... apakah untungnya kita mencaci dan menghentam
Taliban di saat-saat sekarang. Berdoalah untuk mereka supaya
Allah memberi kemenangan kepada mereka. Lagipun Taliban menyeru
ummat Islam supaya membantu mereka. Jika Taliban sombong, tentu
mereka tidak meminta kita membantu mereka. Taliban merasa kita
adalah saudara-saudara Islam mereka ...BEGITU juga mereka adalah
saudara-saudara Islam kita.

Jika tidak ada Taliban yang mahu melawan Amerika, cuba namakan
mana satu negara Islam yang cukup kuat untuk menentang Amerika?
Kita merasa kagum melihat Taliban, manusia yang serba dhaif,
tetapi semangat keimanan mereka kuat. Ya, Taliban mengajar kita
sesuatu yang amat berharga ... jangan takut kepada mana saja 
kuasa besar di dunia ini.

Apa yang Taliban buat sekarang ialah mengheret Amerika ke
kancah peperangan yang lama. Dulu Soviet menjadi susah kerana
terlalu lama berperang dengan Mujahidin. Sekarang Amerika
pula akan menerima padah yang sama, insyaAllah. Inilah dinamakan
TAKTIK.

=======================
> Assalamualaikum..
> 
> akhi sekalian...
> Peperangan dalam islam adalah peperangan di mana umat islam 
> mempertahankan maruah islam,negara dan dirinya..peperangan 
> menuntut kita untuk bersedia..bersedia dari segi kelengkapan, 
> fizikal, dan mental...Namun, bersedialah mengikut kemampuan 
> kita...dan selebihnya serahkan kepada Allah yang maha 
> berkuasa...sesungguhnya manusia merancang, dan Allah juga 
> merancang, dan perancangan Allah adalah yang terbaik...
> 
> Dan ingatlah, walaupun sekuat dan sehebat mana pun musuh, Allah 
> itu adalah lebih hebat dari segala-galanya.....
> 
> Those to whom the people said, "Surely men have gathered against 
> you, therefore fear them." But this (warning) increased their 
> faith, and they said: Allah is sufficient for us and most 
> excellent is the Protector. -3:173

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke