*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sounds like scum posting huh... pedas tu ! Orang
Kelantan memang bersohor dgn Gedeber.. tapi mereka
pandai menggunakan sifat itu bukan hanya utk
belasah/katok orang saja tapi kita unite that spirit
utk belasah BN yg zalim.....

Nak tahu sapa yg cerdik dan sapa yg bodo' sila baca ni
dah pahamkan..! 

p/s : sorry for this remarks, for those who are not
involve pls ignore...no hurt-feeling ! 

Terengganu menjadi mangsa kelurusannya

 Analisa politik 
 Oleh Dr. Shafie Abu Bakar  

  

 PENDUDUK Terengganu memang terkenal dengan sifat baik
hati dan
menghormati orang. Ini barangkali dipengaruhi oleh
alam sekitar yang menarik dan melembutkan jiwa,
ditambah dengan budaya
turun-temurun yang menjunjung budi bahasa.
Walaupun pengaruh moden makin melanda, tetapi tipikal
citra Melayu
Terengganu ini masih kekal dan dalam hal-hal tertentu
mereka rela berkorban, walaupun kepentingan diri dan
tempatan turut
terkorban. 

 Sifat ini memangnya baik, tetapi di dalam setengah
perkara merugikan.
Sifat baik hati ini nampaknya mem-pengaruhi politik
Terengganu yang dari satu segi dilihat sebagai
kelemahan dari segi seni
berpolitik bagi negeri tersebut. Ini digunakan oleh
pihak
yang berkepentingan dan merugikan rakyat negeri
tersebut. 

 Citra jiwa Melayu Terengganu yang paling ketara dapat
dilihat pada watak
dan peribadi Menteri Besar Terengganu sendiri
iaitu Tan Sri Dato' Seri Wan Mokhtar bin Ahmad sebagai
mewakili kelompok
politik pemerintah Negeri Terengganu. Beliau
satu-satunya negeri yang diperintah oleh 'Ulama UMNO'.
Beliau
berkeperibadian lembut dan dihormati kawan dan lawan
di
dalam politik. 

 Namun keistimewaan ini yang juga mencerminkan 'watak
dan peribadi
politik' Negeri Terengganu  dari satu segi dilihat
sebagai
satu kelemahan yang dapat digunakan oleh pihak pusat. 

 Di dalam percaturan politik Negeri Terengganu,
walupun negeri tersebut
kini diperintah oleh BN dengan majoriti selesa, tetapi
tidak menyerlah dari segi politik pada peringkat
nasional. Pada masa ini
dapat dilihat oleh kerana sifat 'tidak apanya', kalau
dulu
Negeri Terengganu mempunyai menteri pada peringkat
pusat yang paling akhir
diwakili oleh Dato' Dr. Yusof Nor
berkedudukan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan
kini, tetapi oleh kerana
kesilapan percaturan politiknya bertanding
pada peringkat dewan undangan negeri pada penggal
pilihan raya baru lalu
sebagai persediaan untuk menjadi Menteri Besar
Terengganu, nampaknya tidak berlaku. Kesilapan 
percaturan ini bukan saja
merugikan beliau, tetapi merugikan Negeri
Terengganu, kerana jawatan  menteri penuh yang dulunya
diperuntukkan
kepada Terengganu tidak dipenuhi. 

 Sebagaimana sifat orang Terengganu yang berbudaya
mengia dan menerima
tanpa protes, maka  ketiadaan jawatan menteri
penuh di dalam kerajaan pusat diterima secara rela,
tanpa protes.
Terengganu hanya diberi peruntukan pada tahap Timbalan
Menteri. Ketiadaan wakil Terengganu  pada peringkat
menteri kanan di dalam
kabinet merugikan Terengganu, kerana tiada
suara di dalam  mesyuarat kabinet mingguan yang
membuat keputusan dan
tindakan. 

 Berbanding dengan Negeri Kelantan, sungguhpun negeri
ini diwakili oleh
kerajaan pembangkang, kerajaan pusat tidak
memandang sepi terhadap negeri tersebut. Ini oleh
kerana rakyat Kelantan
pandai berpolitik dan tidak mengiakan kepada
kehendak pusat, pihak kerajaan pusat yang diketuai
oleh Dr. Mahathir
Mohamad ingin mengatur strategi bagi menarik
sokongan rakyat Kelantan kepada BN kerajaan pusat
memberi peruntukan
kerusi menteri di dalam kerajaan pusat jauh lebih
banyak dari Negeri Terengganu yang setia berterusan
itu. Kerajaan Kelantan
diberi tiga jawatan menteri penuh iaitu
MenteriPembangunan Usa-hawan dan Menteri Kewangan
Kedua, Menteri
Pembangunan Luar Bandar. Kelantan juga
mempunyai jawatan Timbalan Menteri. 

 Sifat patuh Terengganu sebenarnya adalah mencerminkan
kelemahan peribadi
negeri itu yang tidak mampu berhujah, melobi
dan memberi keyakinan apa lagi menggugat pihak pusat.
Terengganu  yang
memberi sumbangan hasil terbesar kepada kerajaan
pusat menerusi hasil gas dan petroleum  lebih 50%
hasil petroleum negara
sepatutnya banyak mendapat keistimewaan dari
kerajaan, tetapi  keadaan tidak berlaku sedemikian.
Sebagai contohnya
pembinaan Universiti Petronas paling  logiknya
didirikan di Terengganu, kerana di situlah sumber
petroleum yang dapat
dijadikan tempat  research dan pembangunan
petroleum itu sendiri, tetapi apakah yang terjadi?
Meskipun Kerajaan
Terengganu meminta dan menawarkan tapak untuk
didirikan di Terengganu, tetapi pihak kerajaan  pusat
dan Petronas tidak
menghiraukan permintaan Terengganu. Ini kerana
diketahui Terengganu  tidak mempunyai kuku dan taring
bagi mendapat projek
tersebut. Akhirnya universiti tersebut  terdiri di
Perak. Sebelumnya kelemahan Terengganu terserlah
apabila rancangan untuk
mendirikan  penapis minyak terbesar dirancang,
projek ini juga dari segi ekonomi dan strategi
pembangunan  Terengganu
sepatutnya didirikan di Terengganu, tetapi oleh kerana
sifat Terengganu yang lemah, adanya lobi dari negeri
lain yang lebih kuat
dan kebetulan orang kuat Petronas pada masa itu dari
negeri berkenaan akhirnya Terengganu kecun-dang dan
kilang penapis minyak
itu akhirnya didirikan di Melaka! Sebenarnya
nama Petronas yang gah itu, walaupun dekat di mata
rakyat Terengganu,
tetapi jauh di hati. Di dalam pentadbiran Petronas
pada peringkat atasan tidak ketara wujudnya rakyat
Terengganu yang
berperanan menentukan polisi, bahkan pekerja-pekerja
di dalam sektor petroleum umumnya bukan dinikmati
rakyat Tereng-ganu. 

 Yang ketara diterima Negeri Terengganu ialah royalti
5% dari keluaran
petroleum di negeri tersebut. Jumlah pendapatan lebih
kurang 6 juta sebulan yang jika dibahagi sama rata
kepada setiap rakyat
Negeri Terengganu masing-masing akan dapat RM
750.00 sebulan itu, tidak ketara sampai kepada rakyat
Negeri Terengganu.
Terengganu nampaknya tetap berada pada paras
kemiskinan yang tinggi, iaitu berkedudukan sebagai
negeri kedua termiskin
di Malaysia dengan kadar 17.3 peratus. 

 Ungkapan menyayat hati rakyat Terengganu bahawa,
"Terengganu negeri kaya,
tetapi rakyat miskin" nampaknya adalah benar.
Orang bertanya ke manakah perginya hasil petroleum
yang didapati itu?
Lesap di dalam pelaburan Perwaja yang rugi yang
kerajaan Terengganu mempunyai 20% saham di dalamnya?
Di simpan? Atau tidak
cekap di dalam pengurusan atau berlaku
pembaziran? 

 Dengan fenomena yang dipaparkan di atas, sindrom
patuh dan mengiakan
telah memberi implikasi buruk kepada negeri dan
rakyat negeri Terengganu. Kelemahan diri rakyat dan
negeri Terengganu ini
telah digunakan oleh kerajaan pusat bagi
keselesaan dari segi mengeksploitasi ekonomi dan
keselesaan dari segi
politik, biarpun akibat darinya Terengganu lemah dari
segi politik dan tidak dapat melepaskan diri dari
belenggu kemiskinan. 

 Walaupun kaya dari segi pendapatan. Kita berpendapat
untuk mengubah
sindrom ini rakyat Terengganu perlu kepada
perubahan. Terengganu perlu bersifat menggugat dan
menyanggah kerajaan
pusat sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat
Negeri Kelantan. Rakyat Terengganu perlu mengajar
kerajaan pusat dengan
. Bila mereka tergugat mereka
baru membuka mata dan memberi perhatian
terhadap Negeri Terengganu dan hak-hak yang sepatutnya
didapati oleh
Negeri Tereng-ganu baru akan ditawarkan. Kerajaan
pusat sebenarnya takut Terengganu terlepas kepada PAS.
Ketakutan ini
hendaklah diguna oleh rakyat mengajar kerajaan
pusat. 

 Rakyat Negeri Terengganu jangan takut membuat
perubahan, kalau tidak
mereka terus dalam keadaan sekarang dan
ketinggalan. Dengan perubahan yang dibuat rakyat,
mereka tidak akan
menghadapi masalah. 



  
  

--- nazman <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Satu kesempatan yg bijak diambil oleh YAB PM kite
> terhadap
> satu usha untuk memulihkan ekonomi....dan mase depan
> negara
> Malaysia yg tercinta....
> 
> Bukan lah bijak untuk menunggu berpuluh puluh tahun
> lagi baru
> untuk mengushakan carigali di perairan kelantan
> kerana diwaktu itu
> mungkin simpanan gas sudah kehabisan disedut oleh
> pelbagai pihak.
> satu andaian mengatakan kawasan gas di perairan
> kelantan itu
> mungkin bersambung dgn kaw. carigali di Brunei D.S.
> serta
> di Thailand....kalau benar..adalah satu kerugian
> yang teramat sangat
> jika kita lambat untuk memulakan nya.....
> 
> Bagi PM.....jika dilambatkan satu kerugian negara
> tetapi jika diteruskan dgn
> format
> yg biasa (macam Terangganu nye case)  satu kerugian
> buat UMNO kerana terpaksa Pusat kena bayar royalty
> kepada Kerjaan PAS.
> 
> Walaumacam mana pun PM tetap bijak dalam penyelesian
> ini......dia sedar
> ketidak pekaan rakyat Kelantan ....dia tau ketidak
> sensitifan rakyat
> kelantan
> dia tau rakyat kelantan sudah boleh diperkotak
> katik...disepak terajang pun
> boleh kerana ...dia tau maruah
> rakyat kelantan yg harga nya cuma tiga amas
> itu....dapat digula
> gulakan..mungkin bagi pandangan
> PM ..lah.....(terserah pada anda untuk
> menilainya).......
> 
> PM mengambil langkah cilik....meneruskan usaha demi
> untuk menyelamtkan
> Malaysia.dari kerugian yang amat maka disedut segala
> minyak dan gas tanpa
> mendarat di Kelantan bahkan diantar terus ke negeri
> Kedah sebelum di export
> ke Negeri Siam......maka terlaksana lah MoU dgn
> kerjaan thai baru baru ini
> 
> Yang untung Rakyat Malaysia ..mungkin itu hujah PM
> kepada semua rakyat
> Malaysian kerana kite....dapat juga menrasai nikmat
> hasil minyak dan gas
> itu........
> kerana pada pandangan PM.......tak perlu membina
> loji di kelantan kerana
> negeri itu tak memerlukan ...bahkan infra struktur
> masih ditahap yg begitu
> mundur dan memerlukan belanja yg besar untuk
> mengushakan nya....mungkin PM
> akan mengula gula kan demo orang kelante' bahawa "
> .....bahkan yang berkerja
> nanti di loji di kedah itu mungkin majoriti nya
> orang orang kelantan
> juga.......kerana umumnya diketahui org kelantan ini
> pandai
> pandai.....belake......"  ........YBM KuLI arif
> dalam hal ini.....
> 
> tiada siapa yang dizalimi dalam issue ini........PM
> tidak menzalim demo
> orang kelante'
> bahkan demo yang mengaku orang kelate mungkin
> menzalim diri demo sendiri
> dengan sikap tidak peka dan "tok cakno dan leweh"
> terhadap negeri demo.....
> sehingga ini tiada protess dari orang orang
> kelate......setahu
> saya.........tak de orang kelate yang gedeber dan
> hanalan yang bersuara
> dalam hal ini.....dari sebanyak rakyat kelate 's'kor
> pun tak brani nak
> bersuara..bagi saya .mungkin istilah tak berani itu
> kurang tepat .....kerana
> yang pasti nya orang kelate ini gedeber gedeber dan
> pandai
> bergocoh...belake...mungkin hati orang kelatan belum
> terbuka atau mereka
> tidak mampu untuk memikirakan perkara ini kerana
> kemampuan berfikir yang
> terbatas ......apapun ...hati kecil mungkin berkata
> memang patut dan menang
> sudah lumrah dunia kalau ini terjadi
> kerna Chegu saya sentiasa berkata "SI BODOH MAKAN SI
> CERDIK"
> siapa yg bodoh dan siapa yg cerdik....mungkin anda
> boleh menilai nya......
> 
> (*) Mungkin wartawan Harakah boleh interview KuLi &
> Menteri cabinet yg lain
> dalam issue ini....dan kite lihat komen mereka......
> 
> 
> ----- Original Message -----
> From: Irsa Zain <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Monday, November 15, 1999 3:44 PM
> Subject: H-Net* Rakyat Kelantan dizalimi..
> 
> 
> >
> > 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]
>         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> > 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN
> KEADILAN
> > 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Analisis Berita - HARAKAH
> >
> > Perhitungan politik BN-Mahathir zalimi rakyat
> Kelantan
> >
> >    RATA-RATA rakyat Malaysia yang cukup prihatin
> > tentang perkembangan politik negeri  Kelantan dan
> > nasib rakyatnya menyedari perhitungan politik
> > Umno/BN/Mahathir telah menzalimi 1.5 juta rakyat
> > Kelantan.
> > Sudah 10 tahun parti PAS memerintah negeri
> >  Kelantan tanpa mendapat perhatian dan bantuan
> > sewajarnya dari Kerajaan Pusat Umno/BN
> >  pimpinan Dr. Mahathir di segi keutamaan pinjaman
> > pembangunan, malah juga untuk
> >  membangunkan sumber-sumber petroleum dan gas asli
> > yang terbukti dijumpai di luar pantai
> >  Kelantan. Sekiranya sumber ini dimajukan, ia akan
> > dapat memberi pendapatan baru kepada
> >  Kerajaan Negeri di segi royaltinya untuk
> membangunkan
> > negeri Kelantan, sekaligus mening-katkan
> >  taraf sosioekonomi rakyat serta membasmikan
> > kemiskinan.
> >
> >  Apabila penulis bertanyakan seorang anak
> tempatan,
> > iaitu pakar jurutera petrokimia di sebuah
> >  syarikat petrokimia terkenal milik Jerman, Dorsch
> > Consult, yang ditugaskan untuk membuat kajian
> >  kemungkinan (feasibility study) oleh Perbadanan
> > Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
> >  bagi pembangunan industri petrokimia di Kelantan,
> > beliau berkata: "Pegawai atasan Petronas tiada
> >  masalah untuk datang ke Kelantan bagi memaju dan
> > membangunkan industri minyak dan gas di
> >  sini, cuma yang menjadi masalah ialah tidak
> mendapat
> > `lampu hijau' dari orang atasan Kerajaan
> >  Pusat."
> >
> >  Mungkin tidak ramai orang tahu bahawa Petronas
> berada
> > di bawah bidang kuasa Perdana
> >  Menteri. Sebab itulah Dr. Mahathir bebas untuk
> > menggunakan wang Petronas berbilion ringgit
> >  tanpa meminta izin dari sesiapa pun untuk
> membiayai
> > projek-projek mega, mewah dan tidak perlu,
> >  kesayangannya.
> >
> >  Seorang penganalisis politik tanah air berkata,
> kini
> > Dr. Mahathir menggunakan segala kuasa yang
> >  ada di tangannya bagi mengarahkan Petronas supaya
> > jangan memajukan industri tersebut selagi
> >  PAS memerintah Kelantan.
> >
> >  "Mungkin Mahathir menunggu saat kejatuhan
> Kerajaan
> > PAS, barulah dia akan memulakan projek
> >  pembangunan industri berkenaan secara
> besar-besaran,
> > memandangkan dia juga memerlukan
> >  banyak lagi wang Petronas untuk membiayai
> berbagai
> > lagi projek meganya seperti mana yang
> >  diumumkan beliau seperti projek hidro elektrik
> Bakun,
> > lebuh raya pergu-nungan dari pusat
> >  perjudian di Genting Highland ke Cameron
> Highland,
> > jambatan ke Sumatera, 'airport' antarabangsa
> >  di Kedah, dan sebagainya," katanya.
> >
> 
=== message truncated ===


=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Irsa Zain <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke