*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tulisan yang sinis & menarik.....

-----Original Message-----
From:   Amran Abdillah 
Sent:   Wednesday, March 07, 2001 9:32 AM
To:     [EMAIL PROTECTED]
Subject:        [warga_kilang] FWD: Nak ghoyat sket

FWD>>>


BILA PATUNG 'PUAKA' TIDAK DISEMBAH LAGI...!!

Duduk diatas pagar berduri bukan kerja mudah. Bandingkanlah: duduk diatas kerusi 
pun sakit punggung, apakan lagi jika pagar berduri, bukan? Kerana sifat hati 
seorang manusia itu memang ada bebalnya, maka tahan jugalah, walau sakit pun, 
sampai rasa tak tahan sangat.

Saya melihat rakan saya dalam UMNO dan BN pun sudah mula merasa panas punggung. 
Yang menjadikan mereka panas itu adalah kerana derita yang ditanggung bukan 
setakat dipunggung rasa terbakar, tapi sudah sampai ke lubok hati pedihnya. 
Setiap hari terpaksa menepis dan mengibas. Debu-debu yang berterbangan terlalu 
memedih mata.

Berkata seorang rakan selepas mesyuarat di satu perjumpaan tertutup, "Kalau kita 
ditanya bagaimana ikhtiar untuk memulihkan keadaan yang ada, bila kita jawap dan 
bagi pandangan - they all think we're just fools...!!"

Saya terdiam memanjang. Itu perkara biasa. Dalam UMNO, itu adalah tradisi. 
Mereka masih jauh tertinggal dibekang. Malah sekarang sudah sungguh-sungguh 
berbalik ke belakang!!

Walaupun, saya cuma berpengalaman sejak hampir 20 tahun yang silam, tetapi 
itulah yang rasa sepanjang tempoh itu. Memang itulah yang saya tanggung. Tetapi 
kerana memikirkan, perjuangan itu memang memerlukan pengorbanan, maka saya 
korbankan runtunan hati yang menggila marah. Saya jadi orang paling sabar. Cukup
lah sabarnya saya sekarang.

Bukan saya memgang berfalsafah, "Sabar itu istana iman". Bukan sebab itu. 
Kesabaran saya semata-mata kerana saya kira perjuangan saya masih jauh...terlalu 
jauh. Saya melihat bagaimana rakyat kampung terpencil tidak mengerti apa
sebenarnya yang dilakukan oleh pemimpinan UMNO yang saban hari bercakap tentang 
bagaimana nak jadi Kaya "SEGERA".

Bagi mereka soal perjuangan adalah perjuangan untuk tembolok sendiri. Jika 
tidak, mereka tak mahu bermati-matian nak jadi pemimpin. Bergadung, 
berperang..lempar-lempar kerusi!!

Saya terhiris hati bila bercakap dengan mereka yang cuma menikmati secawan kopi 
bila hadir dimesyuarat UMNO Cawangan. Sementara yang bercakap itu adalah 
"pejuang" rakyat konon, yang datang dengan Mercedez berhawa dingin dan bersupir. 
Mereka disambut dengan penuh tertib. Kadangkala diarak dengan bunga
manggar.

Teringat saya YB Ismail Kamus datang ke pekan saya sebelum Pilihanraya, katanya 
"Manusia ini kerap menipu diri sendiri apabila TIDAK melandaskan panduan diri 
kepada Al-Quran dan Sunnah. Dibentuklah sebuah lembaga dengan tangan sendiri.
Kemudian lembaga itu disangkan boleh memberi mereka segala yang mereka mahu. 
Disembah, digeruni, dihormati..!! Mereka yang menyembah lembaga itu - patung dan 
sebagainya, akan merasa diri mereka lebih hina dari patung-patung yang mereka 
ukir dengan tangan sendiri... Mereka ketakutan! Kan itu kerja bangang?"

Kami ketawa berdekah-dekah. Tetapi dalam benak tersemat satu kebenaran yang 
bakal difikir berhari-hari. Kenapa kita takut dengan benda yang kita buat dengan 
tangan sendiri?

Nah! Itu cuma satu cerita dari seorang yang mengerti dimana salah silapnya orang 
kampung saya yang sudah mula "menyembah patung" ukiran tangan mereka sendiri, ie 
UMNO!!

Sejak dulu lagi, hingga sekarang mereka takut kepada "imam-imam" UMNO yang 
menjadi "padri-padri" mencanang-canangkan kepada "makmum" pengikut mereka 
berbagai-bagai kejutan yang mendebarkan. Dikatakan dengan nada mengugut, iaitu
"sekiranya tidak dihayati dengan taksub dan patuh kemahuan lembaga itu, nescara 
hidup akan rosak, keluarga akan pincang, dapur tak berasap, periok nasi tak 
berisi, anak-anak tak berkesekolah - tak ada biasiswa…!! Macam-macam lagi"

Siapa tak takut? Soal hidup jika dijadikan bahan ugutan, Mahathir sendiri akan 
takut. Cuma nabi-nabi dan wali Allah saja yang tidak. Imam yang berserban besar 
lagi "ya amat" penakut!! Maklumlah, siapa mahu hutang rumah dan kereta mewah
tak terbayanr, bukan? 

Dalam terketar-ketar, akan disuruhlah mereka menggantungkan lambang di bonet 
kereta, di pagar rumah, di tiang tinggi menjulang. Dengan itu sahlah mereka jadi 
"makmum". Akan senang hidup mereka. Ituyang dijanjikan. Semua percaya...!!
Terpaksa percaya.

Tetapi, hingga hari ini, mereka masih lagi kais pagi makan pagi, kais petang 
hanya cukup untuk malam. Esok, kais lagi.

Tetapi orang yang bermecedez itu pulang dengan mulut tersenyum lebar. Mereka 
sudah berjaya memperbaharui "baptise" sejumlah penganut yang perlu mengingat 
bahawa patung yang mereka sembah 5 tahun dulu hendak menuntut haknya. Mesti 
disembah semula… untuk kesekian kali. Namun hidup masih kecundang!!

Itulah yang menyebabkan saya dan beberapa orang rakan terpaksa berjihad supaya 
'penganut' yang lama dah berkarat itu berfikir lebih lanjut dan dengan panduan 
kebenaran yang diredhai. Saya jelaskan, masakan patung puaka itu akan berpuaka 
kalau kita tak sembah lagi. Cuba jangan sembah kali ini. Kita tengok apa
akan jadi...!!

Alhamdulillah...syukur!! Cuma 10 orang yang datang ke sesi "sembah-menyembah" 
baru-baru ini. Yang paling jelas sekarang, selebihnya sudah tidak ada lagi 
keyakinan bahawa patung puaka itu masih berpuaka lagi. Maka ditalqinlah patung 
itu. Nun.. ke sungai dihumbankan.

Saya masih akan terus duduk lagi diatas pagar berduri ini sehinggalah tidak ada 
lagi penganut fahaman yang sesat lagi menyesatkan itu....!!

Amin Sapiro
(UMNO Atas Pagar Berduri)


Note: [EMAIL PROTECTED] adalah sebuah private mailing list untuk 
warga industri berkongsi cerita dan bertukar pandangan sesama mereka, dan ianya 
tidak terbuka kepada umum.Nak join the group, send email kosong to 
[EMAIL PROTECTED] Nak berhenti, sila send email kosong to 
[EMAIL PROTECTED]
[Disclaimer: Setiap tulisan adalah pendapat peribadi pengirim, dan tidak 
melambangkan pendapat mana-mana pertubuhan, organisasi atau pun mana-mana 
company]



______________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2bmail.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke