*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > > > Subject: gerakan islam di persimpangan > Date: Wed, 30 Jan 2002 12:34:58 -0800 (PST) > From: ober n out <[EMAIL PROTECTED]> > > > Belum pernah dalam sejarah pertembungan Barat dengan > Islam pada alaf baru ini berlaku satu gerakan > ketenteraan Barat yang secara terang terangan mendakwa > tindakan mereka ialah satu ‘crusade’ (perang salib). > Belum pernah juga dalam sejarah kepimpinan sekular > umat Islam, pemimpin pemimpin Islam di negara Islam > menyatakan sokongan secara terbuka kepada polisi > Amerika dan Barat terhadap nasib umat Islam. Semua ini > dilakukan atas nama ‘membenteras keganasan dan gerakan > militan’ yang didakwa oleh Amerika dilakukan oleh > pertubuhan pertubuhan Islam yang bertujuan untuk > menghancurkan kepentingan Amerika di dunia. > > > > Seruan ‘suci’ Amerika ini disambut oleh > pemimpin pemimpin sekular negara Islam yang secara > kebetulan atau tidak mendakwa negara mereka juga > diancam oleh gerakan militan dan keganasan ‘untuk > menggulingkan kerajaan yang ada sekarang dengan > pertumpahan darah. Kempen Amerika terhadap keganasan > telah menjadi kempen sedunia dan tidak pernah juga > dalam sejarah interpol berlaku satu hubung-jalin yang > begitu mantap sehinggakan tidak ada mana mana kumpulan > Islam yang didakwa mengamalkan keganasan pasti ada > hubung kaitnya antara satu sama lain. > > > > Untuk memulakan kempen keganasan ini , > Amerika perlu ada sebab dan perlu ada seseorang untuk > didakwa. Untuk tujuan itu Osama dan Al Qaeda menjadi > pilihan terbaik Amerika sebagai bahan kempennya. > Kebetulan pula Afghanistan di bawah kerajaan Taliban > melindungi Osama maka kerajaan Taliban juga dijadikan > sasaran untuk memenuhi tujuan peperangan Amerika ke > atas Afghanistan. Pakistan pula diheret dalam kancah > peperangan ini apabila India mendakwa serangan ke atas > Parlimen India pada 3 Oktober tahun lalu dilakukan > oleh gerakan militan Islam Pakistan yang didakwanya > didalangi oleh Perisikan Pakistan. India juga mendakwa > Perisikan Pakistan bertanggungjawab terhadap serangan > serangan di Kashmir yang menjadi rebutan antara India > dan Pakistan melalui kumpulan militan di sana. > Kedudukan berjaga jaga sepenuhnya (full alert) di > sempadan kedua buah negara tersebut menimbulkan lagi > suasana tegang , apatah lagi kedua kedua negara > tersebut masing masing memiliki senjata nuklear. Benua > Indo-Pak dan Asia Tengah menjadi medan ketegangan dan > pertaruhan Amerika yang besar satelah Timur Tengah. > > > > Palestine yang menjadi tumpuan isu dunia > tidak menunjukkan tanda tanda lebih baik, bahkan rejim > Zionis di Israel mengambil kesempatan ini untuk > menumpaskan habis habisan gerakan gerakan militan dan > gerakan sederhana PLO pimpinan Yasser Arafat yang > diiktirafi oleh Israel. Iraq pula terus diancam kerana > termasuk dalam senarai negara yang menjadi penaja > kepada keganasan. > > > > Di Asia Tenggara pula Filipina mendapat > nama di dada dada akhbar kerana aktiviti Abu Sayyaf > yang turut didakwa mempunyai hubungan dengan Al Qaeda. > Begitu juga keganasan di Ambon, Sulawesi dan Jakarta > di Indonesia turut dikaitkan dengan aktiviti militan > yang ditaja oleh Osama. Malaysia pula didakwa menjadi > tempat pertemuan perancang perancang keganasan > antarabangsa. Dunia dimaklumkan juga ujudnya golongan > KMM (Kumpulan Mujahidin Malaysia) yang didakwa > mendapat latihan ketenteraan di Afghanistan. Singapura > pula berjaya menahan beberpa orang dari rakyatnya dan > rakyat Malaysia yang dikatakan beroperasi dibawah > pengawasan Al Qaeda di atas nama Jamaah Islamiyah > (JI). > > > > Hampir keselurohan benua di peta dunia > hari ini tidak sunyi dari menjadi salah satu bahagian > daripada kempen menentang keganasan. Gerakan Islam > secara umumnya menjadi tumpuan utama dalam kempen > menentang keganasan ini. Tidak kiralah samada tumpuan > itu bersifat serangan ke atas kelangsongan (survival) > gerakan Islam ataupun tumpuan itu bersifat > mempertahankan Gerakan Islam dari semua tohmahan > keganasan dan militant. > > > > Membuat Penilaian > > > Satelah melihat senario konflik dunia hari > ini , seseorang penganalisa tidak dapat lari untuk > membuat satu rumusan awal yang tidak boleh diragui > kesahihannya, iaitu konflik hari ini ialah konflik > antara Islam dan Barat. Walaupun dahulu konflik ini > telah ujud tetapi keujudannya hanyalah dalam bentuk > perbincangan akademik atau bersifat retorik, berbeza > dengan hari ini ia telah sampai ke tahap pertembungan > ketenteraan yang membawa kepada penjajahan dan > mobilisasi ketenteraan secara besar besaran. Satu lagi > rumusan awal yang semakin jelas kesahihannya ialah > tekanan Amerika ke atas pemimpin pemimpin negara Islam > untuk membuat sikap ‘sokong Amerika’ atau menerima > padah bersekongkol dengan keganasan. Hampir semua > pemimpin pemimpin negara Islam memilih menjadi sekutu > Amerika. Amerika tidak berpuas hati hanya dengan > menyatakan sokongan tanpa satu tindakan yang > membuktikan ‘keikhlasan’ lalu pemimpin pemimpin > sekular negara Islam pun membuat usaha besara besaran > ‘crack down on terrorist organization’ (menumpaskan > organisasi teroris). Usaha pembenterasan ini diikuti > dengan ‘preventive measures’ (tindakan menyekat) > melalui undang undang yang digubal melibatkan sekatan > perhimpunan politik , sekatan kelas kelas agama , > sekatan berpersatuan dan pendidikan Islam, aktiviti > serta sekatan sekatan ekonomi keatas pertubuhan > pertubuhan Islam. > > > > Sebenarnya pemimpin pemimpin sekular > negara Islam melihat perkembangan mutakhir ini sebagai > ‘rahmat’ kepada kelangsungan (survival) mereka. Kempen > menumpaskan keganasan ini memberi peluang kepada > pemimpin sekular negara Islam memperkukohkan semula > kedudukan politiknya (re position) dan mereka > mengambil kesempatan ini untuk sekaligus membenteras > gerakan Islam yang bekerja atas landasn demokrasi yang > mereka sendiri tahu tidak ada kena mengena dengan > keganasan. Larangan larangan yang bersifat menyekat, > menyempitkan lagi ruang bagi Gerakan Islam untuk > menyampaikan risalahnya kepada orang ramai. Usaha > menentang keganasan ini juga membuka ruang bagi > pemimpin sekular negara Islam mengelirukan orang ramai > untuk menampalkan identiti buruk kepada Gerakan Islam > antaranya mengaitkan secara rambang bahawa Gerakan > Islam adalah kumpulan manusia yang menaja keganasan , > Gerakan Islam mengharamkan wanita dari melibatkan diri > secara aktif dalam pembinaan negara, Gerakan Islam > membuka jalan bagi kuasa asing menjajah negara , > Gerakan Islam tidak mempunyai wawasan memerintah > negara dan kemuncak dari serangan ini ialah Gerakan > Islam mahukan negara Islam (Islamic State) ‘yang akan > menimbulkan huru hara dalam negara.’ Bahkan kalimat > ‘Islamic State’ itu sendiri telah cukup kuat bagi > Amerika dan Barat melabelkan kumpulan kumpulan Islam > tertentu sebagai ‘militan.’ > > > > Mendefinisi-semula ‘Keganasan’ > > > Adalah sesuatu yang tidak adil bagi mereka > yang waras untuk membuat andaian umum (generalization) > kepada sesuatu isu tanpa melihat faktor faktor yang > mempengaruhi sesuatu keputusan. Antara kesilapan > pemimpin sekular negara Islam dan pemimpin pemimpin > Barat (secara sengaja atau tidak) ialah mereka terlalu > cepat membuat andaian tanpa melihat isu sebenarnya > (real issues) dari konflik yang berlaku antara Barat > dan Islam. Beberapa isu perlu kepada penjelasan > supaya umat Islam tidak keliru antara kebenaran dan > kepentingan kuasa kuasa besar. > > > > 1. Global Terrorism (Kegiatan > Terroris Antarabangsa) > > > > Ia adalah satu istilah yang digunakan untuk > menunjukkan aktiviti keganasan yang mempunyai > rangkaian antarabangsa guna untuk mendapat perhatian > kepada tuntutan yang mereka perjuangkan. Ia dijadikan > sebagai cara untuk memberi tekanan kepada pihak > tertentu untuk berunding dan memenuhi segala > permintaan perjuangan mereka. Selalunya kegiatan ini > adalah hasil dari tekanan hebat yang dipaksa ke atas > kumpulan mereka dan salah satu cara untuk menarik > perhatian kepada tuntutan golongan ini ialah melalui > aktiviti terroris yang melibatkan , suicide bombings > (meletupkan diri sendiri dan membunuh yang lain) , > penculikan atau rampasan bas ,kapalterbang dll , > menembak curi tokoh tokoh tertentu sebagai tindakan > balas dendam ataupun meletupkan tempat tempat penting > yang boleh memberi kesan kepada ekonomi pihak puhak > tertentu. > > > > 2. Militancy Movement (Gerakan > Militan) > > > > Ia adalah satu gerakan yang menggunakan kekerasan > sebagai cara untuk mencapai matlamat perjuangannya. > Mereka tidak meyakini demokrasi sebagai jalan untuk > memenangkan dasar perjuangannya daripada kerajaan yang > tersedia ada.. Operasi mereka adalah di bawah tanah > dan perancangan mereka banyak melibatkan operasi > operasi pembunuhan tokoh tokoh tertentu ataupun > perancangan perancangan yang melibatkan melumpuhkan > pihak keselamatan. Sistem pengkaderan mereka agak > ketat dan syarat asas untuk menjadi ahli gerakan ialah > bersedia untuk mati demi mencapai matlamat perjuangan > mereka. > > > > 3. Independence Movement (Gerakan > Kemerdekaan) > > > > Gerakan ini bertujuan untuk membebaskan tanah air > mereka dari terus dijajah oleh kuasa asing yang > merampas bumi mereka dan menghalau mereka keluar dari > bumi mereka. Selalunya gerakan ini mempunyai sayap > sayap tertentu untuk mencapai hasrat mereka , adanya > sayap politik , sayap ketenteraan dan sayap hubungan > antarabangsa. Kumpulan ini ada hubungan dengan > kerajaan kerajaan yang bersimpati dengan perjuangan > mereka bahkan ada sebahagian daripadanya mendapat > bantuan kewangan dll bentuk bantuan yang selalunya > diberi secara tidak langsong. > > > > > > > > 4. Sectarian Movement (Gerakan > Kepuakan) > > > > Ini pula adalah gerakan yang menjadikan fahamannya > atau ideologinya sebagai asas untuk bertindak secara > ganas terhadap kumpulan lain yang tidak sebulu > dengannya. Selalunya ia mempunyai kumpulan bermusuhan > yang membenci fahaman tersebut lalu mereka berbunuhan > antara satu sama lain. Segala kegiatan keganasan > diselindungi disebalik alasan mempertahankan > ideologinya dari dihapuskan > > > > Realiti Umat Islam > > > Apa yang menarik dalam semua kategori yang > disebut di atas, ia tidak terbatas kepada golongan > Islam sahaja. Bahkan kategori yang disebut banyak > dikaitkan dengan golongan lain yang lebih ganas dan > radikal. Rangkaian dadah antarabangsa termasuk dalam > kategori terroris antarabangsa , gerakan militant di > Amerika Latin saperti TUPAC Amaru , Sandista, Tamil > Elam di Sri Lanka,IRA dll adalah gerakan militant yang > cukup kejam. Gerakan pembebasan saperti gerakan > pembebasan Kurdistan , Acheh , Selatan Sudan dll > adalah juga bentuk perjuangan pembebasan. Gerakan > kepuakan yang paling ganas dalam sejarah ialah > pertumpahan darah di Ireland Utara antara Protestant > dan Katolik , di Afrika antara puak puak Hutsi dan > Tutsi di Pakistan antara Syiah dan Sunni. Dalam > menafsirkan keganasan , mengapakah hanya Islam yang > dilabelkan sebagai pengganas? Mengapa kumpulan > pengganas lain tidak diperangi jika Amerika betul > betul mahu menghapuskan keganasan? > > > > Adapun realiti perjuangan umat Islam hari > ini yang secara rambang dikaitkan dengan keganasan dan > militant perlu dilihat dalam beberapa perspektif dalam > konteks penderitaan yang dilalui oleh umat Islam hari > ini. > > > > 1. Penindasan ke atas umat Islam > Palestine oleh regim Zionis sejak dahulu lagi adalah > merupakan sebab utama yang menyumbang kepada kemelut > politik antarabangsa. Sikap Amerika dan Negara Barat > menyokong regim Zionis di Israel telah menimbulkan > kemarahan umat Islam sedunia kerana mereka merasakan > isu tersebut telah menunjukkan sikap double standard > Amerika. Semua tindakan keganasan Yahudi disokong oleh > Amerika dan pembunuhan ke atas beribu ribu nyawa orang > Palestine yang tidak berdosa dianggap oleh Amerika > sebagai tindakan mempertahankan diri manakala nyawa > seorang Yahudi yang dibunuh dianggap sebagai tindakan > pengganas. Sikap Amerika ini menyebabkan kebencian > umat Islam meluap luap.Bagi sebahagian daripada umat > Islam mereka tidak ada pilihan melainkan ‘bertindak > balas’ (retaliate) dengan cara yang serupa saperti > yang dilakukan oleh Zionis tetapi di luar bumi > Palestine , khusunya tempat tempat strategik Amerika. > Palestine adalah isu antarabangsa yang istimewa kerana > ia melibatkan sentimen umat Islam sejagat , ia bukan > isu orang Palestine tetapi ianya isu umat Islam yang > sayang kepada agamanya. Masjid AlAqsa yang menjadi > tumpuan utama serta sejarah panjang yang pahit dengan > Yahudi telah melibat seluroh dunia Islam bangkit > dengan sentimen kebencian terhadap kuasa Amerika yang > membajai keujudan Negara Zionis Israel. > > > > 2. Palestine dan Kashmir yang dijajah > oleh kuasa asing telah menyebabkan umat Islam di sana > bangkit untuk memerdekakan tanahair mereka. Apakah > kebangkitan ini boleh dianggap sebagai tindakan > keganasan. Bagaimanakah perundingan damai boleh > berlaku jika penjajah terus menerus meningkatkan > ketenteraannya dan melakukan penindasan ke atas bumi > yang dijajah? Label keganasan serta militan yang > ditempelkan ke atas pejuang pejuang Palestine dan > Kashmir adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Mereka > hanya mahukan kebebasan bumi mereka yang dijajah. > Mengapa Amerika tidak bertindak pantas untuk memberi > keadilan kepada orang Palestine dan memaksa Regim > Yahudi berpegang janji kepada Perjanjian Oslo. Mengapa > Amerika tidak memaksa India untuk menyerahkan > sebahagian Kashmir yang dipersetujui adalah sebahagian > daripada Pakistan? Apabila adanya kumpulan pembebasan > Kashmir yang berasaskan Islam mahukan kebebasan , > mengapa mereka dikatakan kumpulan militan? > > > > 3. Gerakan Islam di sebahagian tempat > pula menggunakan demokrasi sebagai landasan untuk > mempengaruhi orang ramai. Gerakan ini berdaftar dan > mempunyai pengaruh yang cukup besar alam menentukan > perjalanan politik negara. Contoh kepada cara ini > ialah gerakan Islam di Malaysia , Turki , Pakistan , > Algeria dan Mesir. Namun demikian cara demokrasi pun > tidak sunyi dari sikap double standard Amerika dan > negara Barat. Pengalaman di Turki , Algeria > menzahirkan sikap double standard Amerika dan Barat. > Walaupun kemenangan Islam dibatalkan disana oleh > campurtangan tentera , Amerika tidak memperjuangkan > hak yang dimenangi oleh golongan Islam melalui > demokrasi. Amerika yang merupakan pejuang demokrasi > menjadi bisu untuk mempertahankan kemenangan golongan > Islam di persada demokrasi. > > > > 4. Gerakan Islam di negara Islam > sendiri ditindas dan disekat kebebasannya oleh > pemerintahan sekular. Undang undang digunakan untuk > menyekat suara suara Islam daripada mendapat tempat > dalam masyarakat. Apabila demokrasi disempitkan untuk > membataskan suara suara Islam , Amerika tidak > campurtangan. Bahkan lebih teruk lagi Amerika > menasihatkan pula negara negara ini supaya menyekat > suara Islam, jika tidak negara tersebut akan ditekan. > Singapura yang banyak menyekat suara suara pembangkang > dengan undang undang yang ketat , tidak pula dicop > sebagai negara yang tidak menghormati demokrasi bahkan > Singapura merupakan anak didik Amerika untuk > mengimbangi kuasanya di Asia Tenggara. > > > > Apa yang penting dalam persimpangan ini ialah Gerakan > Islam perlu terus menerus menghadirkan dirinya dalam > kelompok massa dengan program program yang berdaya > saing. Gerakan Islam tak perlu bersifat apolegetik > (mengalah) seolah olah mereka merasa bersalah dengan > tuduhan tuduhan yang dilemparkan ke atas mereka. > Gerakan Islam bukan kumpulan pengganas , mereka adalah > pimpinan alternatif yang berpotensi untuk membina masa > depan dunia ini kerana kekuatan dasar yang mereka > bawa. Walaupun rumusan awal menyatakan bahawa konflik > hari ini ialah pertembungan Islam dan Barat tetapi > dari segi falsafahnya dan isinya ia adalah > pertembungan antara nilai Agama dengan segala > sistemnya dengan nilai Materialism dengan segala > sistem yang terkandong di dalamnya. Masyarakat hanya > perlu diyakinkan siapakah diantara nilai ini yang > lebih mantap untuk membina tamadun manusia. Anggaplah > segala konflik yang berlaku sebagai proses menzahirkan > yang haq dan menghapuskan yang batil. Persimpangan > kali ini akan membawa gerakan Islam kepada kedudukan > yang lebih penting. Walaupun dialog antara peradaban > merupakan satu wasilah penting untuk Gerakan Islam > menjelaskan kedudukannya dengan Barat namun ia > bukanlah satu satunya jalan keluar. Pada waktu yang > sama Gerakan Islam mesti bersungguh memenangi > keyakinan rakyat tempatan untuk kemudian membuktikan > bahawa Gerakan Islam mampu mentadbir negara. Adalah > sesuatu yang silap bagi penggerak Islam di merata > ceruk dunia menggunakan pendekatan yang rigid tanpa > melihat suasana dan reality setempat serta suasana > yang sedang dilaluinya. Palestine bukan Malaysia dan > Malaysia bukan Afghanistan begitu juga Pakistan bukan > Mesir. Apatah lagi jika umat Islam berada pada > kedudukan minoriti saperti di Thailand , Filipina , > Britain ,Amerika dll , satu pendekatan lain > diperlukan. Perbezaan pendekatan ini bukanlah alasan > bagi Gerakan Islam untuk memisahkan diri masing masing > antara satu sama lain , ada di sana unifaktor (factor > bersama) yang perlu dipupuk dan dijana secara > unifaktor juga. Unifaktor ini adalah masing masing > mahukan Islam tertegak sebagai satu entiti yang > ada‘supremacy’ (keunggulan) dalam menentukan > perjalanan dan pentadbiran kehidupan manusia. Pada > tanggapan penulis unifaktor inilah yang mahu > dirobohkan oleh Amerika dan Barat. Tidak kiralah > samada di Malaysia atau Afghanistan , Pakistan atau > Mesir supremacy Islam yang diperjuangkan oleh Gerakan > Islam tidak disenangi oleh Kuasa kuasa Besar dunia. > Mereka mahu Islam dipelihara oleh golongan sekular > yang hanya menjadikan Islam sebagai ‘agama resmi’ yang > tiada supremacy dalam menentukan keputusan negara. > Persimpangan kali ini agak rumit tetapi menjanjikan > masadepan yang baik kerana hanya dengan penyerlahan > pertembungan ini sahaja yang akan membuka mata dunia > tentang kehebatan Gerakan Islam. Di Amerika dan > Britain sendiri minat rakyat mereka terhadap Islam > semakin meningkat. ‘Blessing in disguise’ (rahmat > disebalik penderitaan sesuatu) adalah lumrah mana mana > perjuangan , lagipun Gerakan Islam beriman dengan > firman Allah “…moga moga apa yang kamu tidak suka > ianya baik untuk kamu , dan moga moga apa yang kamu > suka (kemenangan yang mudah) ianya buruk bagi kamu , > Allah mengetahuinya (ketika ia menjadikan semua ujian > ini) sedangkan kamu tidak memahaminya (kamu terlalu > gopoh)” > > > > Mujahid Haji Yusof Rawa > > (Artikel ini ditulis ketika berada di Peshawar semasa > mengetuai misi bantuan kemanusian PAS bagi pelarian > Afghanistan) > > > > __________________________________________________ > Do You Yahoo!? > Great stuff seeking new owners in Yahoo! Auctions! > http://auctions.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: ron <[EMAIL PROTECTED]>