*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Assalamu'alaikum.

Pada pengetahuan saya, perkara dera pembantu rumah ini sudah lama berlaku, 
dan ia nya agak berleluasa. Ia lazimnya dilakukan oleh majikan berbangsa 
Cina.

Sejak beberapa tahun lalu, saya dapat mengesan petanda bahawa 'racism' atau 
sikap perkauman di kalangan orang Cina masih agak tebal di rantau ini. Di 
kalangan mereka masih ramai yang memandangkan kaum kulit sawa matang, 
terutamanya yang dari Indonesia sebagai kadam seperti hamba abdi zaman 
silam. Mereka memperkudakan pembantu rumah mereka yang berbangsa Indon ini 
sepuas-puasnya. Tidak cukup dengan ini, ada juga di kalangan majikan ini 
membuat mereka sebagai hamba seks untuk memuaskan nafsu ganas mereka.

Tambahan lagi selepas rusuhan di Indonesia, mereka menjadikan alasan 
peristiwa tersebut untuk menguatkan alasan bagi melakukan keganasan terhadap 
warga Indon.

Saya dapat merasakan seolah-olah ada "kerestuan" dalam masyarakat Cina, 
sehingga ke peringkat antarabangsa, untuk melakukan keganasan ke atas warga 
Indon.

Saya tidak dapat menyertakan hujuh-hujah saya dengan panjang lebar di sini 
kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi, itulah mesej yang saya perolehi 
daripada kejadian-kejadian yang sukar dijelaskan tersendirinya.

Diharapkan warga Islam dapat menilai kembali kedudukan masyarakat majmuk di 
rantau ini. Semoga daripada peristiwa-peristiwa yang terjadi di sekliling 
kita dapat dijadikan pengajaran, lantas memberi kesedaran untuk mengorak 
langkah seterusnya. Insya'allah.

Sekian.





>From: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Gebang-Gebang: kes dera
>Date: Tue, 15 Feb 2000 23:26:07 -0500
>
>
>Assalamualaikum,
>
>La - ingatkan kes dera pembantu rumah ini cuma jadi kat makcik Nurjannah tu
>saja; rupa-rupanya ramai lagi yang kena dera.
>
>Semalam (15/2), hampir semua berita akhbar2 utama melaporkan satu lagi kes
>penderaan terbaru ke atas rakan kita dari Indonesia, seorang pembantu rumah
>bernama Kusiah Manijan, 32 tahun.  Dia yang baru tiga bulan bekerja dengan
>majikan itu, dipercayai dibelasah dengan seketul batu sebesar dua genggaman
>tangan, kini berada di ICU Ipoh. Selain cedera teruk di dahi dan kepala,
>berdarah teruk akibat dipukul dengan batu, wanita Indonesia itu juga 
>mempunyai
>banyak parut luka di perut dan tubuhnya serta kesan rekahan di tangannya
>dipercayai melecur akibat direndam dalam air panas. Kedua-dua belah kakinya
>juga didapati bengkak.
>
>ISH, AWAT GANAS SANGAT NIE? KALAU SUNGGUH SAKIT HATI BENCI SANGAT KAT KAWAN
>TU, PI LAH BELI RACUN TIKUS KA ARSENIK KA BAGI MAKAN KAT DIA!!
>
>[Alah, bagi makan racun arsenik bukan benda baru kat Malaysia!]
>
>Kadang2 tertanya-tanya juga kita, apasal kejam sangat depa ini kat 
>maid-maid
>depa ini, sampai lebam-lebam depa balun, macam yang terjadi kat Nurjanah
>Matiah hari tu, yang dipukul oleh majikannya dengan teruk sekali, guna 
>rotan
>yang dilipat dua dihujungnya, dibalun di muka dan kepala sehingga 
>menyebabkan
>cedera parah. Majikannya, yang merupakan bekas seorang pegawai eksekutif
>sebuah syarikat swasta, juga dikatakan memaksa Nurjanah merotan pahanya
>sendiri sebanyak 50 kali bagi setiap kesalahan yang dilakukan.
>
>ISH, ISH, AWAT LA KEJAM SANGAT. TAK BOLEH KA SURUH DIA BUAT KETUK KETAMPI
>SAJA!!
>
>Seorang lagi pembantu rumah, Dahlia Abdul Hamid, juga mendakwa didera oleh
>majikannya di Kuching, dipukul oleh majikannya di bahagian belakang dan 
>kaki
>dengan tali pinggang. Seorang lagi, Kuin Gilir, 16, pula didera oleh
>majikannya sejak hari pertama tiba di Kuching. Kuin mendakwa ditumbuk di
>hidung dan bibir sehingga berdarah oleh majikannya.
>
>FULLAMAK! TAK SANGKA PULAK - RAMAI JUGAK RUPA-RUPANYA GENG RAHIM NOOR DI
>MALAYSIA INI!!
>
>Di Pulau Pinang pula, Eni Windhia, 17, mendakwa didera dengan teruk oleh 
>teman
>wanita majikannya sejak hari pertama bekerja tahun lalu. Pembantu rumah itu
>mendakwa seluruh badannya mengalami cedera teruk pada bahagian belakang 
>badan,
>kepala, lengan, tangan, jari kiri dan kanannya.
>
>DEPA INI INGAT MAID ITU APA HA? INGAT MACAM MENATANG ANJING KOT. ANJING 
>PUN,
>KALAU TERSESAT MASUK PAGAR RUMAH KITA,  TAK BOLEH  LASTIK IKUT DAN WEI; 
>SILAP2
>BOLEH BERSANTAI DALAM JEL!!
>
>[Biasalah puak-puak ini, anjing lebih penting dari manusia, tambah-tambah 
>pula
>kalau manusia itu warna kulit macam kita mai dari Indonesia - pantang 
>nampak
>rumah haram sikit, roboh!!!]
>
>Sebenarnya, selain daripada kes dera, kes tak bagi maid mengerjakan suruhan
>agama dan memaksa mereka melakukan kerja2 yg dilarang oleh agama adalah
>perkara biasa. Kita berharap benarlah kalau ada pihak2 dari JAKIM yang 
>dapat
>membantu mereka dalam hal ini.
>
>Ini kisah benar yang sampai ke pengetahuan saya; seorang maid yang berasal
>dari Jambi, Indonesia, anak orang alim di sana (Tok Imam, tok lebai atau yg
>sama waktu dengannya); tak lama dulu dia ada menalipon seorang hamba Allah 
>yg
>berkerja di sebuah agensi Pekerja Asing, menangis-nangis meminta supaya 
>hamba
>Allah ini dapat tolong melepaskan beliau daripada majikan dan agensi
>bukan-Islam nya itu. Kata beliau:
>
>"Pak, tolonglah saya pak. Saya sudah tidak boleh berkerja begini lagi pak,
>saya kena kerja dari awal pagi sampai larut malam. Kadang2, bila bangun 
>pagi
>saja, terus disuruh keluarkan daging babi dari peti ais untuk di-difroskan.
>Kemudian, disuruh cuci mobil; bila habis saja cuci mobil, disuruh pula
>mandikan anjing. Tolonglah saya pak; saya tidak pasti sama ada rezeki yang
>saya dapat ini halal atau tidak; solat pun tidak punya masa kecuali waktu
>isyak dan subuh saja. Tolonglah saya pak!"
>
>Rasa sayu apabila saya mendengar cerita ini; tapi apa kita boleh buat. 
>Hamba
>Allah yang diminta tolong itu pun tidak boleh buat apa sebab maid itu ada
>kontrak dengan majikan dan ajen bukan Islamnya selama 2 tahun. Tidak ada 
>siapa
>yang boleh buat apa, kesian kat depa!
>
>DARI KECIK KITA DIAJAR BAHAWA ISLAM SESAMA ISLAM ITU SAUDARA, TAPI DALAM 
>KES
>SAUDARA/I KITA DI ATAS, APA YANG KITA SEBAGAI ORANG ISLAM BOLEH BUAT?
>
>[Saya nak cadangkan, kalau ada MP PAS yang membaca email ini, bolehlah 
>kiranya
>bawa cadangan dalam Parlimen supaya setiap agensi wajib sediakan
>asrama/hostel/rumah sewa untuk maid-maid mereka. Maid2 ini hanya bertugas 
>dari
>pagi (7:30am) hingga malam (7:30pm); pagi2 Van akan menghantar mereka ke
>rumah2 majikan, petang akan membawa mereka pulang, macam pekerja2 kilang.
>Dengan cara ini, kalau ada maid2 yg didera atau dipaksa buat apa2, bolehlah
>depa mengadu kepada sesama mereka untuk tindakan pihak2 yg berkenaan 
>seperti
>pihak berkuasa kedutaan mereka dan pihak berkuasa kita. Sekadar cadangan]
>
>DENGAN CARA INI JUGA, SUAMI ISTERI YANG INGINKAN PRIVACY, BOLEHLAH 
>BER-PRIVACY
>DENGAN TENANG KERANA MAID MEREKA SUDAH PULANG KE RUMAH SEWA ATAU ASRAMA YG
>DISEDIAKAN!
>
>Merujuk kepada email di bawah, saya nak perbetul sikit; yang dok dera
>minah-minah Indon ini, bukan saja terhad kepada puak2 cha-ya-nun-alif, tapi
>orang2 kita pun ada. Depa dera jugak, tapi mungkin tak le sampai meleleh 
>leleh
>darah macam tu.
>
>Saya dapat tahu, seorang majikan Melayu yang kedekut kalah Haji Bakhil; 
>makan
>minum maid dia dicatu bagai nak rak. Sekali tu, dia balik rumah terus ke
>dapur, pi kira Nugget (ayam) yang dia tinggal empat lima ketul tadi tu 
>masih
>banyak tu, atau dah berkurang sebab maid tu makan. Kalau maid tu makan, ha
>siap lah kamu. Kesian kat maid tu, kurus kedengkiang jadinya.
>
>ITU CERITA MASA MUSIM HARGA AYAM OKAY; KALAU LA NI MASA HARGA DAH 
>MELAMBUNG,
>RASA2NYA MUNGKIN TIAP2 KALI NAK PI KERJA, DIA KENA KUNCI BUBUH PINTU GRIL 
>KAT
>PETI AIS DIA GAMAKNYA!!
>
>Wassalam,
>Ahmad Baharudin Kasbi
>
>====================
>From:   ani
>assalamualaikum...
>memang betul lah dari apa yang kita dengar dan baca, ramai pembantu rumah 
>yang
>didera oleh majikan yang majoritinya "cha ya nun alif"....tapi berlainan 
>pula
>dengan majikan melayu yang sering pula 'terkena dengan pembantu rumah indon
>nie, yelah kes mencurilah, suka menularlah, menggatal etc.
>
>terbalik pulak sepatutnya pembantu rumah yang baik seeloknya dpt kepada
>majikan yang baik jugak...entahlah nie yang namanya dunia ,
>dunia....dunia...nie yang buat saya sendiri pun bila nak ambik pembantu 
>rumah
>indon terpaksa berfikir beribu - ribu kali!!!!!!
>
>
>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke