*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
gerk hakim <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>salam kesejahteraan saudaraku

Ya, selamat sejahtera juga kepada saudara...

>apa yang saya nampak,

Yang jelas ialah saudara TIDAK
NAMPAK...:)                                                                            
                                                                                       
           
>dari perbincangan tersebut ada persamaan

Di bahagian mana?!?! Boleh tunjukkan
persamaannya?                                                                          
                    
>dengan penjelasan yang dibuat oleh iblis
>mengenai pokok khuldi kepada nabi adam.

Hehehehe...boleh sehingga kesini saudara SAMAKAN! Astagfirullah...
Lebih kurang macam ni lah :

Saudara terlambat datang satu kuliah ugama. Tajuk kuliah ialah Percaya
kepada Qada & Qadar Allah i.e rukun Iman Yang Keenam..dalam pada ustaz
itu menerangkan beriman dengan Qada & Qadar ialah percaya bahawa semua
yang baik dan semua yang tidak baik adalah DARIPADA Allah...
tiba2 saudara menyingga seperti seekor SINGA sambil menggeletar seperti
seekor CHEETAH lalu mengangkat tangan :
" Minta maaf, ustaz... jika SEMUANYA DARIPADA ALLAH, kalau gitu BOLEH
LAH saya MENCURI, boleh lah saya BERZINA! Ustaz ni dah sesat ni!!!" lalu
memberi salam lalu 'stormed off' from the kuliah....

Maka tak sempat lah si ustaz tadi hendak menerangkan kepada saudara
bahawamencuri dan berzina adalah bab Fiqh sedangkan tajuk kuliah ialah
tentang Tauhid....
Tak sempat lah ustaz tadi menerangkan sememangnya 'BOLEH' sesaorang itu
hendak melakukan perbuatan mencuri, berzina, membunuh...tetapi perbuatan
perbuatan itu termasuk didalam perbuatan YANG DILARANG oleh
Allah...hukumnya berdosa lah!...

Tak dapat lah saudara mendengarkan penjelasan tentang SALAHNYA(BATAL)
pendirian/iktiqad fahaman Qadariah yang HANYA berpegang kepada ayat
Quran yang mengatakan " Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu
melainkan kaum itu mengubahkan nasib mereka sendiri" SAHAJA, seolah olah 
MANUSIA BOLEH menentukan 100% NASIB mereka sendiri!

Tak dapat juga saudara mendengarkan penjelasan daripada ustaz tersebut
betapa SALAHNYA iktikad fahaman JABARIYAH yang HANYA berpegang kepada
ayat Quran yang berbunyi " Tidak bergerak sebesar zarrah pun melainkan
dengan izin Allah" SAHAJA...sehinggakan usaha & ikhtiar diTINGGALKAN....

Oleh kerana saudara sudah mengangkatkan kaki keluar daripada kuliah itu,
maka TAK SEMPAT lah saudara mendengarkan penjelasan daripada ustaz
tersebut tentang iktiqad fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpegang
kepada KEDUA DUA AYAT QURAN yang di pegang oleh Qadariah & Jabariah...

Lagi sekali, buat kali yang ke 9 or 10, sudut yang saudara datangi untuk
menilai penjelasan saya ada lah JAUH tersasar sehingga ke Afrika.( Di
Serengetti, dimana biu\natang binatang buas seperti singa, cheetah
dsbnya sedang berlonggok...)

Mungkin saudara tergolong didalam mereka mereka yang Anti ahli2 tasauf,
anti Imam Ghazali oleh kerana SUDUT yang berbeza didalam menilai
mereka...maka mudah lah untuk saudara mengambil konklusi sedemikian...:)

sekian

Jangan dua tiga empat kian sudah! :)

Wasalam.

Later/Malam Sikit,

HCND


> From: "k b" <[EMAIL PROTECTED]>     
> To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED] 
> >Kamai81 wrote:
> 
> >Assalamu alaikum,
> 
> Waalaikumussalam...
> 
> >Jawapan untuk Kitab Hang Claude Narr Damme:
> 
> >1- " Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai Keperkasaan dari apa yang mereka
> > katakan. Dan kesejahteraan dilimpahkan aras para rasul. Dan segal puji > bagi 
>Allah Tuhan Semesta Alam" ( Ash-Shaffat : 180-182)
> 
> Ya benar!( sambil membenarkan surah diatas serta membenarkan saudara
> Kamai yang menuliskannya)
> 
> >2- " Sesungguhnya keadaanNya apabila dia mengkehendaki sesuatu hanyalah
> > berkata kepadanya: " Jadilah" maka terjadilah ia." ( Yasin : 82)
> 
> Ya benar!( memebenarkan surah diatas serta membenarkan saudara kamai
> yang menuliskannya)
> 
> >3- " Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit >dan bumi 
>selama enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia >menutup malam dengan siang 
>yang mengikutinya dengan cepat. Dan >(diciptaNya pula) matahari,bulan serta bintang 
>bintang (masing masing) >tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, mencipta dan memerintah 
>itu >hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan Semesta Alam."( Al-A'raf:54)
> 
> Ya, benar( membenarkan surah diatas serta membenarkan saudara Kamai yang
> menuliskannya)
> 
> >Kepada yang bercita cita untuk untuk menggugurkan amalan shalat, puasa >dan  zakat 
>kerana sampai ke peringkat Makrifatullah seperti yang hendak >diajar oleh kitab 
>ketiga Hang Claude Narr Damme, di bawah ini >jawapannya:
> 
> Betul ke saya hendak 'mengajar' sedemikian??? :)))( tak pa lah...tunggu
> di bawah nanti....)
> 
> >1- " Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah >di waktu 
>berdiri, di waktu duduk dan diwaktu berbaring. Kemudian >apabila kamu telah merasa 
>aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana >biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah 
>fardhu yang ditentukan waktunya >atas orang orang yang beriman." ( An-Nisa: 103)
> 
> Ya benar wahai saudara ku! < HCND lalu mengeluarkan sepotong hadith
> Nabi(s.a.w)>
> " Telah difardhukan Allah atas umatku pada malam Isra' lima puluh
> sembahyang, maka sentiasa saya kembali ke hadhirat Illahi, dan saya
> minta keringanan sehingga dijadikan Allah lima puluh itu menjadi "lima"
> sembahyang sahaja sehari semalam."( Sepakat Ahli Hadith)
> 
> >2- "Hai orang orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa >sebagaimana 
>diwajibkan atas orang orang sebelum kamu agar kamu >bertaqwa." (Al-Baqarah : 183)
> 
> Ya benar....< HCND terus menyambung :>
> 
> Hadith Rasulullah( s.a.w)- " Barangsiapa puasa pada bulan Ramadhan
> kemudian ia puasa pula enam hari pada bulan Syawal, adalah seperti puasa
> sepanjang masa " ( Riwayat Muslim )
> 
> >3-" Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu
> >membersihkan dan mensucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. >sesungguhnya doa 
>kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan >Allah Mendemgar lagi Maha 
>Mengetahui" ( At-Taubah: 103)
> 
> Ya benar wahai saudara ku...< HCND menyambung :>
> 
> Firman Allah "Dirikan sembahyang dan keluarkan lah zakat".(S. An Nisa77)
> 
> >Amat hairan bila ada orang yang berkata boleh meninggalkan shalat >apabila sampai 
>ke peringkat /maqam yang tertentu kerana Rasullullah SAW >pernah bersabda yang 
>maksudnya:
> >Dari Jabir bin Abdullah , katanya: Rasulullah SAW bersabda: " Jarak di
> >antara seseorang dengan kekafiran adalah masalah meninggalkan shalat' ( >HR Muslim )
> 
> Ya benar wahai saudara ku...
> 
> >sekian wassalam
> >kb
> 
> Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi saudara kamal
> memberi 'jawapan' atau 'penjelasan' terhadap ketiga tiga 'kitab-kitab'
> karya 'saya'.
> 
> Pembenaran diatas oleh saya JELAS menunjukkan saya menyokong 100 peratus
> ayat suci Al-Quran( ada saya menambahkan beberapa hadith dan surah
> seperti diatas)....
> JIKA saya membenarkan saudara, mengapa pulak saya menulis "kitab kitab"
> yang nampak "bercanggah" pula....sedangkan apabila saudara menegakkan
> dalil Naqli( Quran & Hadith)untuk menyanggahkan 'karya'2 saya, saya
> MENYOKONG SAUDARA PULA?
> 
> Apakah saya yang MENGARUT( hilang akal:)....sengaja mengeluarkan soalan
> soalan MENGARUT( sebagaimana yang ditanyai oleh seorang lagi pakar
> Tasauf supaya diberi sebab mengapa perlu dia menjawab soalan soalan
> saya) atau apa sebenarnya TUJUAN SAYA?
> 
> Sesungguhnya sudut yang didatangi oleh saudara ada lah dari SUDUT A -
> sememangnya BENAR belaka.....walaubagaimana pun, sudut yang saya datangi
> melalui 'ketiga tiga' kitab saya adalah dari SUDUT B- yang sememangnya
> BENAR JUGA!!!!!!!!!!!!!!!
> 
> Jika diperhatikan 'andaian saya kepada ibnu taimiyyah'( sila lihat
> dibawah) saya mengatakan " kitab keempat oleh saya saudara tidak
> berpeluang membacanya " sedangkan didalam kitab saya keempat itulah
> mempunyai penjelasan terhadap 'ketiga tiga" kitab saya yang saudara
> baharu memberi komen, elok lah saya membukakan penjelasan daripada kitab
> keempat saya supaya saudara dapat melihat SUDUT B yang saya maksudkan.
> 
> #Penjelasan terhadap kitab 1.#
> 
> Tajuk perbincangan kitab 1 ialah berkenaan Afa'al( perbuatan)....maka
> yang dikatakan "Allah" tidak boleh menggerakkan satu zarah pun etc( sila
> lihat dibawah) BERMAKSUD Allah AS IN ASMA/NAMA.....oleh kerana
> perbincangan sedang memfokuskan dari sudut 'siapa' yang benar benar
> BOLEH menjadikan/merubah sesuatu/memberi 'bekas'( merubah rubahkan
> sesuatu) Maha suci Allah daripada dibandingkan dengan sesuatu....tetapi
> untuk memberi contoh untuk menghampirkan faham, begini:
> 
> Saya tanya " Kamai boleh mengangkat gelas tak?" TAK BOLEH....sebab Kamai
> ialah NAMA...NAMA tak boleh mengangkat! Yang boleh mengangkat ialah
> tangan. Later, bila saya tanya lagi: Tangan siapa? then baru jawab"
> tangan Kamai.................
> 
> Therefore, yang memberi bekas( merubah sesuatu kepada sesuatu, daripada
> ada kepada tiada, daripada tiada kepada ada) kepada alam ialah Af'al...
> Jika dah jelas, then tanya lah...Af'al siapa? Of course Af'al Allah,
> So....Allahlah yang mengerakkan zarah, menjadikan tujuh petala langit
> dan tujuh petala bumi etc etc....
> BAYANGKAN jika kitab 1 tidak menerangkan sebagaimana diatas...dan
> penjelasan HANYA terdapat didalam kitab saya yang keempat yang pembaca
> TIDAK BERPELUANG MEMBACANYA, apalah konklusi yang MUDAH diambil oleh
> para pembaca kitab 1 saya?
> Besar kemungkinan.....saya akan dicapkan sebagai KAFIR....mungkin ada
> yang akan suruh saya mengucap semula...dan mungkin yang KERAS sikit,
> SAHIH keluarkan fatwa meletakkan 'a price on my head' tak pasal
> pasal....and all because Kitab 1 saya tidak memberikan penjelasan dan
> KITAB 4 para pembaca tak berpeluang membacanya.............
> 
> Penjelasan kitab 2
> 
> Saya menulis didalam kitab 2 - barangsiapa mengatakan Qudrat & Iradat
> menjadikan alam kafir hukumnya..
> sedangkan yang kita sedia maklum ialah Qada(Ketentuan = Iradat =
> 'Berkehendak Allah Taala itu dengan seKehendakNya'(Quran) dan Qadar(
> Perlaksanaan= Qudrat= 'Berkuasa Allah Taala keatas tiap tiap sesuatu'(
> Quran)lah yang menjadikan alam!
> Lagi sekali berlainan SUDUT.....Benar, Qudrat Iradat Allah lah yang
> menjadikan alam( Sudut A)
> Alasan Qudrat Iradat TIDAK BOLEH menjadikan alam ialah jika kita
> fahamkan bahawa Qudrat & Iradat adalah BERASINGAN daripada ZAT Allah
> s.w.t!
> Yang difahami ialah bahawa sifat maani( Qudrat, Iradat, Ilmu,
> Hayat,Samik, Bashir & Qalam) adalah sifat yang berdiri bagi Zat....
> Dengan lain perkataan, Zat yang menamakan DiriNYa Allah, yang mempunyai
> Qudrat & Iradat lah yang menjadikan alam, oleh itu yang sebenar benarnya
> BERKUASA DAN BERKEHENDAK ialah ZAT, pada hakikatnya, dan BUKANNYA
> SIFAT....
> Jika difahamkan Sifat Qudrat & sifat Iradat adalah BERASINGAN daripada
> ZAT, maka sudah timbul DUA KUASA DAN DUA KEHENDAK....INI MUSTAHIL BAGI
> ALLAH( sudut B)
> 
> Penjelasan Kitab 3
> 
> Jika kita membaca kitab jawi - " tujuh petala langit dan tujuh petala(
> Ba, Wau, Mim)...disebut BOM, sudah tentu 'cepat sedar' kita, samada yang
> membaca atau yang mendengar, untuk membetulkannya - sudah tentu kita
> faham bahawa Ba Wau Mim disebut sebagai BUMI....
> Jika terjumpa ayat " dan cermin mata ( Ha, Ta, Mim)" lalu dibaca seorang
> sebagai " cermin mata hitam"........ sudah tentu akan 'cepat sedar' juga
> oleh kita - yang membaca atau yang mendengar - mungkin ada yang akan
> mengatakan " mana ada cermin mata hitam zaman Ibnu Atha'( Kurun ke 14)?
> OR " mana ada cermin mata hitam zaman Tok Pulau Manis( Kurun ke 18)?
> 
> Tetapi OVERALL, bahasa lama yang digunakan didalam kitab kitab lama
> mempunyai/menggunakan 'struktur' yang 'berbeza' dalam menyampaikan
> maksud, terutamanya kitab kitab yang membicarakan Tauhid/Tasauf....
> 
> Jika saya mengatakan " kerusi atas meja" - sudah tentu majoriti
> penghuni/warga disini akan berpendapat bahawa kerusi berada DIATAS
> meja.....tetapi APA yang SAYA maksudkan dengan KERUSI ATAS MEJA ialah
> bahawa kerusi berada DIBAWAH, yang berada DIATAS ialah
> meja.....bayangkan jika saya memakai cara " kerusi atas meja" daripada
> chapter 1 sampai akhir kitab ketiga ini....Lagi sekali, sudut/maksud
> saya LAIN, sedangkan majoriti berkhemah disudut LAIN PULA!!!!!!!! :)
> 
> Saya menulis:
> " Barangsiapa sampai kepada satu peringkat Makrifatullah, maka tak payah
> lah dia bersembahyang lima waktu, tak payah lah dia mengeluarkan zakat
> malah tak payah lah dia berpuasa"!!!!!!!!!!!!!!!!
> 
> Betul ke yang saya maksudkan dengan TAK PAYAH = TINGGALKAN???
> 
> LAGI SEKALI( MALAH DAH TIGA KALI PUN), saya bermaksudkan B, tetapi
> saudara datang dari sudut A dalam membuat penilaian kitab ketiga saya...
> 
> Yang saya maksudkan dengan TAK PAYAH ialah MUDAH/SENANG!!!!!!
> 
> " Barangsiapa sampai kepada satu peringkat Makrifatullah( Mengenal
> Allah) maka MUDAH/SENANG lah dia bersembahyang lima waktu, MUDAH/SENANG
> lah dia mengeluarkan zakat malah MUDAH/SENANG lah dia berpuasa"!!!!!!!!!
> 
> Sebagai konklusi, adalah DILARANG KERAS bagi mereka yang TIDAK mempunyai
> guru UNTUK membaca/menilai kitab kitab Tasauf unless asas2 ilmu( tauhid
> etc) yang dikehendaki sudah sedia ada terlebih dahulu....jika TIDAK,
> tendency untuk berlakunya SALAH FAHAM akan tujuan/maksud
> penulis....kesudah sudahannya, apabila kita TIDAK FAHAM sudut penulis,
> dan kita yang menilai menggunakan sudut kita, maka mudah lah bagi
> sipenilai tadi untuk MENGHUKUMKAN penulis tersebut.
> 
> Sekian, buat seketika.....
> Wassalam.
> 
> Later/Malam Sikit,
> 
> HCND
> * - Pinjam Tajuk daripada Karya Imam Abu Hamid - Al Munqidz Minad Dalal
> 
>   >>Assalamualaikum saudara ibnu taimiyyah,
>   >>
>   >>saya masih menantikan jawapan/commentaries kepada "tiga kitab" yang
> saya
>   >>'tulis' daripada saudara. Oleh kerana kepakaran saudara didalam
>   >
>   >POTONG ********
>   >
>   >> > Now it's my turn.................untuk mengemukakan beberapa
> soalan
>   >> > kepada saudara Taimiyyah.....
>   >> >
>   >> > Katakanlah, sebagai contoh, saya penulis kitab - sebanyak empat
> buah
>   >> > sahaja.....
>   >> >
>   >> > 1) Didalam kitab pertama, saya menulis :
>   >> > " Allah tidak boleh menjadikan alam....." Allah tidak boleh
> mengerakkan
>   >> > satu zarah pun".....dan dibahagian lain tempat saya menulis pula
> "
>   >>Allah
>   >> > tidak boleh menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi
> "
>   >> >
>   >> > 2) Didalam kitab kedua, saya menulis :
>   >> > " Barangsiapa mengatakan Qudrat dan Iradat menjadikan alam, Kafir
>   >> > hukumnya"
>   >> >
>   >> > 3) Di dalam kitab saya yang ketiga, saya menulis :
>   >> > " barangsiapa sampai kepada satu peringkat Makrifatullah, maka
> tak
>   >>payah
>   >> > lah dia bersembahyang lima waktu, tak payah lah dia mengeluarkan
> zakat
>   >> > malah tak payah lah dia berpuasa"!!!!!!!!!!!!!!!!
>   >> >
>   >> > Kitab keempat oleh saya saudara tidak berpeluang untuk
> membacanya......
>   >> > Soalan saya - sila beri jawapan kepada statement2 dari ketiga
> tiga
>   >>kitab
>   >> > "saya" diatas serta alasan alasan.....( jika hendakan cari yang
> Haq...)
>   >> >
>   >> > Wassalam.
>   >> >
>   >> > Later/malam sikit,
>   >> >
>   >> > HCND
>   >> >
>   >>
>   >POTONG ********

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hang Claude Narr Damme Al-Recluse <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke