*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Zamry menulis:
>tulisan yang baik dan bernas

Terima kasih. Tetapi saya minta maaf atas beberapa kelemahan
bahasa saya. Di sini saya ingin nyatakan di manakah dalam Al-Quran
ada menyebut tentang Matematik. Antara ayat-ayatnya ialah:

1) thumma ya'ruju ilaihi fi yaumin kaana miqdaaru_hu alfa
   sanatin mimmaa ta'udduun = kemudian diangkat naik kepada
   pengetahuanNya pada suatu masa sehari yang kiraan adalah
   seribu tahun menurut hitungan masa kamu yang biasa.
   (Surah As-Sajdah 32:5)

2) wa min kulli syain khalaqnaa zaujaini la'alla_kum tazakkaruun
   = dan daripada segala sesuatu, Kami telah ciptakan berpasangan
   mudah-mudahan kamu berfikir (Surah Az-Zaariyah 51:49)

3) al-lazee khalaqa sab'a samaawaatin Tibaaqan, maa tara fii
   khalqi_rraHmaani min tafaawuut, fa_rji'i_lbasora hal tara
   min fuTuur = Allah yang menciptakan tujuh lapisan langit
   maka tiada kamu melihat padanya sebarang keadaan yang tidak 
   seimbang dan ulangi pandangan kamu sekali lagi, adakah kamu 
   melihat sebarang kecacatan? (Surah Al-Mulk 30:3)

HURAIAN:

Dalam ayat Surah As-Sajdah 32:5, salah satu tafsirannya ialah
Al-Qur'an menggambarkan betapa cepatnya pergerakan malaikat.
Mereka bergerak lebih laju dari kelajuan cahaya. Perhatikan
sebutan "mimmaa ta'udduun" yang bermaksud - apa yang kamu manusia
kira. Secara tidak langsung, ia merujuk kapada perkiraan 
matematik. Ini bukan matematik biasa yang diajar di peringkat
sekolah. Ia adalah matematik "advanced maths" yang melibatkan
perkiraan kalkulus dan analisis vektor. Sesiapa yang pernah
mengkaji teori relativiti Einstein, salah satu komponennya ialah
teori itu mengatakan bahawa adalah mustahil bagi sesuatu jirim
yang boleh bergerak lebih lagi daripada cahaya. Berdasarkan
satu persamaan (equation), jika sesuatu jirim yang bergerak
yang kelajuannya menghampiri kelajuan cahaya, maka JISIMnya
akan mencapai tahap infiniti. Maka adalah mustahil bagi mana-
mana jirim yang boleh mengatasi kelajuan zarah-zarah cahaya
yang jisimnya ada sifar.

Tetapi Allah telah memberitahu kepada umat manusia bahawa
memang ada jirim (makhluk) yang boleh bergerak lebih laju
daripada cahaya. Makhluk itu ialah para malaikat. Apakah
kaitannya dengan Matematik? Perhatikan sebutan "mimmaa ta'udduun"
= apa yang kamu (manusia) KIRA. Memang mengikut perkiraan
Matematik maju, atau advanced maths, otak manusia menyangka
begitulah, bahawa adalah mustahil ada makhluk yang boleh
bergerak lebih laju daripada zarah-zarah cahaya. Oleh itu 
angan-angan manusia untuk mencipta roket yang boleh menembusi had
kelajuan cahaya hanya satu impian yang mungkin tidak tercapai.
Dalam lain perkataan, teori relativiti Einstein itu tidak ada
manusia yang boleh membuktikan bahawa ia dapat dipertikaikan.

Tiga puluh tahun dahulu, ada seorang saintis yang berani mancabar
teori Einstein ini. Namanya ialah Prof. Gerard Feinberg. Dia
cuba membuktikan dengan mengggunakan teori Matematik yang
dinamakan "imaginary numbers". Katanya, kita tahu nombor-nombor yang
kita bilang seperti 1, 2, 3, 4 ..seterusnya adalah realiti dalam
perkiraan Matematik, maka nombor-nombor seperti -1, -2, -3, -4,
dan seterusnya yang dinamakan nombor-nombor negatif, walaupun
ia wujud hanya dalam perkiraan Metematik, mungkin kita dapat
khayalkan (imaginary numbers) itu wujud dalam alam nyata.

Jadi, memang terdapat jirim atau makhluk yang boleh bergerak
lebih laju daripada kelajuan cahaya. Katanya lagi, makhluk itu
berjirim "negatif" ataupun ia sentiasa dapat bergerak lebih
laju daripada cahaya akan tetapi TIDAK kurang laju daripada
cahaya. Itu semua andaian pemikiran manusia yang mengira.
Sebagaimana Al-Qur'an menyebut ... "mimmaa ta'udduun" ......

Kalau ada orang yang kurang faham apa maksud imaginary numbers,
sila perhatikan persamaan berikut:

x^2 - 1 = 0

bermaksud " x ganda 2 totak 1 sama dengan 0 " Ertinya, nilai
bagi x ialah +/- 1.

Sekarang perhatikan masalah persamaan:

x^2 + 1 = 0

Ini menjadi satu yang membinggungkan kerana nilai x ialah +/-
(punca ganda dua bagi -1). Punca ganda dua -1 adalah satu realiti
Matematik, tetapi dalam alam nyata ia tidak wujud.

Dalam ayat Surah Az-Zariyah 51:49 pula, Al-Qur'an mengatakan
bahawa segala sesuatu dijadikan berpasangan. Lelaki-Perempuan,
positif-negatif, jirim-tenaga ..dan sebagainya. Perkara berpasangan
ini dapat disebut dalam Matematik sebagai "function". Ertinya
yang menjadi asas perkiraan Matematik ialah wujudnya konsep
berpasangan. Sepertimana sering ditulis sebagai y = f(x), atau
disebut sabagai "ordered pairs".

Dalam ayat Surah Al-Mulk 30:3, apabila kita membaca perintah
Allah yang berbunyi: "dan ulangi pandangan kamu sekali lagi, 
adakah kamu melihat sebarang kecacatan?".. bermakna Allah
memerintah umat manusia supaya perhatikan sedalam-dalam pada
kehebatan ciptaan langit, cakrawala, planet, bulan dan bintang.
Bagi pandangan kasar, mata kita hanya melihat objek-objek itu
semua di langit. Adakah setakat itu sahaja? Kenapa Allah
mengulangi kata-kata, "ulangi pandangan kamu"? Ini bermakna
ada hikmah dan rahsia kejadian yang tersembunyi yang menunjukkan
kebesaran dan kehebatan Allah di sana. Kalau dipandang secara lebih
halus dan mendalam, jika ilmu kita sekadar dapat melihat sahaja,
maka apa kita lihat ialah berjuta-juta tompok-tompok sinar
berkelipan. Setakat itu sahaja. Akan tetapi, bagi manusia yang
melihat segala hukum-hulum alam (laws of nature), maka kita
perlu ingat bahawa alam langit terbinanya begitu kukuh dan
tidak kelihatan akan porak-peranda. Seolah-olah segala-galanya
adalah serasi dan taat kepada Allah.

Bagi saintis, mereka melihat langit dengan penuh rasa kagum.
Bulan yang mengelilingi bumi bergerak mengikut peraturan alam
yang mana hanya pakar sains dan metamatik dapat menilainya.
Mereka akan terangkan perjalanan orbit dengan cara huraian
"vector calculus." Begitu juga seluruh pembinaan alam ini,
"the universe" mereka melihat keindahannya dengan minda
Matematik.

Sekali lagi, kenapa Allah menyebut "adakah kamu melihat sebarang
kecacatan?" Bagi seorang Muslim yang melihat alam dengan minda
Matematik akan menjawab, "Tidak, ya Allah, segala penciptaan
Kamu adalah sempurna dan menunjukkan bebesaranMU. Tiada cacat
cela dalam segala yang Engkau ciptakan."

Demikianlah huraian saya tentang ayat-ayat berhubung dengan
Matematik dalam Al-Qur'an secara tidak langsung. Sebenarnya
terdapat ayat-ayat lain, saya rasa cukuplah sekadar tiga ayat
di atas. Segala yang baik adalah daripada Allah, segala yang
buruk adalah daripada kedhaifan saya sendiri.

Wa_llahu 'alamu bis_sowaab
Allah lebih mengetahui perkara yang benar.

Ikhlas,
TIGER

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke