*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Insankamiil writes:
>Last but not least, may Allah's rahmat be also to your new
>convert Elizabeth.

Untuk maklumat sdr, Elizabeth ialah contoh seorang wanita Barat
yang kuat membuat kajian perbandingan ugama (Comparative Religions).
Maklumlah di sana kurang ulama-ulama murshid yang boleh memberi
panduan kepada mereka. Minat mereka terhadap Islam sangatlah 
mendalam. Pernah Elizabeth ini terpengaruh dengan Golongan Anti-
Hadith di US. Kita mesti ingat dalam masyarakat di Barat, terdapat
persaingan pelbagai pengaruh, seperti Ahmadiah Qadiani, Shiah,
GAH..dll.

Sebenarnya saya merasa kesian melihat Elizabeth, takut-takut dia
disesatkan oleh GAH. Bukan senang hendak mendekati orang macam
dia. Mula-mula dia kurang senang saya menjadi kawannya kerana pada
anggapannya saya adalah seorang fahaman Sunni yang fanatik. Beberapa
bulan yang lalu dia mengalami krisis jiwa yang dahsyat. Hampir-
hampir dia menjadi murtad. Ketika itu saya mula menulis e-mel
kepadanya menerangkan apa-apa yang dia kurang faham tentang isi
Al-Qur'an. Dia mendapat semangat baru memahami Al-Qur'an dan
menerima saya sebagai kawan baiknya..seolah-olah saya telah berjaya
membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Saya telah membimbingnya supaya dia tidak dihasut oleh syaitan,
saya berdoa untuknya siang-malam, saya memberinya semangat
untuk bersabar menghadapi cubaan dan ujian. AlhamduliLlah, sudah
banyak yang dapat kami berdikusi, termasuk tafsir, tasauf dan
fekah. Sekarang ini dia sudah faham kenapa dalam Islam kita perlukan
hadith..ini bererti dia sudah buang fahaman anti-hadith. Saya
mengajarnya mengucap setiap hari sebagai memperbaharui imannya.

Minda dan intelektualismanya sangat tinggi dan bukannya senang untuk
berdiskusi dengannya tentang topik-topik ilmiah. Sebenarnya dia
seorang yang angkuh, yang menghairankan ialah saya akhirnya berjaya
memikat hatinya. Itu adalah hikmat dari Allah kerana dengan izin
Allah saya berjaya menundukkan jiwanya yang keras menjadi lembut
dan merendah-diri. Itu adalah rahmat baginya, insyaAllah.

Syukurlah saya telah berjaya mengalahkan syaitan yang menghasutnya.
Oleh itu marilah kita berdoa untuknya agar imannya bertambah kuat.

Wassalam,
Abu Hasan Chan.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AHC <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke