*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sambungan...

Oleh itu wajiblah difahami oleh PM M'sia sebagai
seorang yg mengakui dirinya  Muslim, begitu juga kpd
seluruh mereka yg bersama beliau bahawa menurut ajaran
Islam yg berasaskan panduan Al-Quran dan Sunnah, semua
amalan dan urusan hidup tidak diterima dan diakui
sebagai kerja2 agama sehingga amalan dan urusan
keduniaan tersebut bukanlah dianggap dpd kerja2 agama.
Ia tidak termasuk di dlm perbuatan taat yg patut
menerima ganjarannya dari sisi Allah swt akan tetapi
sebaliknya apabila ia dilakukan dgn cara yg menyalahi
syariat Islam, maka ia adalah termasuk di dlm perkara
mungkar yg membawa dosa dan kemurkaan Allah swt. Sabda
Rasulullah saw di dlm sebuah hadis yg diriwayatkan
oleh Imam Muslim bermaksud: "Barangsiapa yg
mengerjakan sesuatu pekerjaan yg tiada di atasnya
urusan kami maka ia tertolak.
        
        Di dlm menerangkan aspek ajaran Islam yg sangat
penting ini, kitab Al-Wafi menyebut:"Hadis ini
merupakan nas yg jelas yg menolak setiap amalan yg
tidak berdasarkan kpd syarak. Lafaznya jelas
menunjukkan bahawa setiap amalan hendaklah berdasarkan
kpd hukum2 syariat dan berhukum dgnnya. Contohnya
perbuatan mukallaf, ia mestilah mengikut apa yg
terdapat di dlm Al-Quran dan Al-Sunnah Rasulullah saw
sama ada berbentuk suruhan mahu pun larangan. Adalah
suatu kesesatan yg nyata, sekiranya amalan itu
terkeluar dpd ruang lingkup hukum2 syariat dan tidak
terikat dgnnya. Begitu juga apabila amalan menjadi
hakim kpd syariat dan bukan lagi menjadi perkara yg
dihukum oleh syariat. Ketika itu menjadi kewajipan
setiap Muslim utk menyatakan bahawa perkara tersebut
merupakan amalan yg batil dan ditolak."

        Di dlm keterangan ini pula, selain dgn jelas
menyatakan bahawa amalan dan urusan yg tidak terikat
perlaksanaannya kpd syariat Allah swt adalah amalan yg
sesat, ia juga menegaskan mengenai kewajipan setiap
Muslim ketika melihat urusan hidup manusia telah
menjadi hakim kpd syariat agar memperingatkan mengenai
kebatilan dan tidak bergunanya amalan spt itu di sisi
Allah swt.

        Dari itu jelaslah bahawa menamakan golongan yg selama
ini mempertahankan sekularisme sebagai golongan
sekular dan para pemimpinnya sebagai tidak
memperjuangkan Islam adalah merupakan kewajipan setiap
Muslim di tanah air. Hakikat ini adalah bertolak dari
cara pemerintahan yg diamalkan oleh para pemimpin
tersebut adalah merupakan cara pemerintahan yg
menyalahi dan tidak menuruti ajaran syariat Islam. Ia
adalah cara pemerintahan yg memisahkan panduan syarak
di dlm persoalan2 politik dan kenegaraan sebagaimana
juga di dlm persoalan2 yg lainnya. Ia bukanlah dari
kerja2 Islam tetapi ia pd hakikatnya adalah menuruti
ajaran sekularisme di dlm politik dan pentadbiran
negara. Oleh itu menamakan amalan berpolitik mereka
sebagai sekular tidaklah menjadi satu kesilapan dan
jauh sekali sebagai dipengaruhi oleh pemikiran dan
penilaian Barat krn penamaan yg spt itu spt yg telah
lalu adalah sangat menepati dgn pentakrifan yg
terdapat di dlm kamus2 bahasa di dunia ini.

        Seterusnya mengenai kekeliruan yg sengaja ditimbulkan
di dlm memahami makna sekular dan sekularisme oleh
para pendokong fahaman sekularisme di tanah air
tidaklah perlu diberikan layanan.Ia sebenarnya lebih
merupakan usaha para pendokong sekularisme utk
memerangkap dan memalingkan umat Islam kesuatu polemik
bahasa yg tidak berfaedah dan tidak berkesudahan. Para
pendokong sekularisme itu seolah2 lupa bahawa isu
sebenarnya bukanlah pd bahasa tetapi amalan politik yg
menyalahi ajaran agama. Mengenai pengeliruan yg
bersifat sofastoh ini, para ulama Islam telah pun
mengingatkan:"Maka bukanlah semua bid'ah perlu
dihadapi krn kadangkala dlm menolaknya menjadi sebab
ia tersebar, dan bukanlah pula setiap kesesatan itu
perlu diberi tumpuan dgnnya.".....bersambung          
  
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke