*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



SYABAS DR.KHALID!

Syabas kita ucapkan kepada Prof. Dato' Dr.Khalid, Pengarah HUKM  kerana 
berani tampil membetulkan berita palsu yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 
dan akhbar-akhbar yang sewaktu dengannya, termasuk ulasan melalui rancangan 
Analisis TV3  lewat petang tadi.


Kita berbangga  kerana di saat orang  lain tidak begitu pentingkan fakta dan 
kebenaran, yang lebih mereka pentingkan apa yang dikehendaki dan memuaskan 
hati 'orang itu', Dr. Khalid tampil dengan berani menyatakan  haq  yang 
telah cuba diselewengkan oleh media perdana hari ini 22 September.


Dr.Khalid muncul di ketika pihak UMNO / BN mula hendak  mempolitikkan  isu 
Anwar kononnya tidak diracun berdasarkan siasatan awal seperti mana yang 
tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini. Mahu sahaja mereka jaja 
sana-sini dengan berasaskan kenyataan Dr.Khalid itu, walaupun sebelum ini 
pun tanpa sebarang fakta, Mahathir sanggup menuduh Anwar sebenarnya 
mempunyai muslihat dengan mendedahkan isu keracunan ini, dengan tidak 
menganggap ia sebagai kes keracunan yang sebenar.


Kita bimbang Dr. Khalid akan menerima nasib yang sama seperti mana nasib 
mereka yang berani berkata benar dan berani menegakkan kebenaran. ASP Zull 
Aznam Haron, adikong Anwar sebagai contohnya telah ditukarkan ke Jerantut 
Pahang dengan diturunkan pangkat dan statusnya hanya semata-mata kerana 
beliau tidak menurut kehendak pihak atasan seperti mana yang telah berjaya 
dilakukan oleh SAC1 Musa Hasan, ASP Zulkifli Mohamed dan ASP Rodwan. Malah 
Tuan Zull telah dijanjikan akan dinaikkan pangkat jika 'performancenya' 
memuaskan hati pihak atasan ketika memberi keterangan dahulu.


Begitu juga nasib yang menimpa Hakim Hamdan Indah yang ditukarkan 
semata-mata kerana melepaskan Azmin dari tuduhan menghina mahkamah. Dr. 
Zahari Noor, pakar forensik yang suatu ketika dulu pernah memberikan 
keterangan yang benar dan  profesional berasaskan fakta yang beliau dapati 
hasil dari pemeriksaan yang beliau buat terhadap dubur  Sukma dan memutuskan 
bahawa beliiau tidak menemui sebarang kesan diliwat untuk tempoh 
sekurang-kurangya 6 tahun kebelakangan ini, akibatnya beliau ditukar ke 
Sabah (mungkin untuk memeriksa orang asli di sana!).


Rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran, keadilan terlalu menanti kenyataan 
berani Dr.Khalid itu tadi dan akan datang kerana rakyat sudah terlalu muak 
dibuai dan dimomokkan dengan pelbagai fitnah dan pembohongan. Terlalu sukar 
mencari orang yang berani berkata benar di saat-saat sebegini, lebih-lebih 
lagi bagi mereka yang memegang jawatan tinggi seperti Dr.Khalid. Malah kita 
turut yakin dan tidak terkejut  jika hasil pemeriksaaan yang dibuat oleh 
HUKM tidak memihak kepada mereka, mereka akan menolak hasil pemeriksaan  itu 
dan membuat pemeriksaaan sekali lagi mengikut gaya dan stail mereka 
sehinggalah hati mereka berpuas hati.


Kita berdoa moga-moga Allah senantiasa memberikan kekuatan kepada Dr.Khalid 
dan pakar-pakar lain di HUKM dan kepada sekalian mereka yang cintakan 
keadilan dan kebenaran untuk tampil ke depan di saat-saat genting sebegini 
bagi menegakkan kebenaran dan mengahpuskan kebathilan. Syabar Dr.Khalid!.


*Jangan bicara tentang perjuangan, jika takut kepada  risiko*



AWANG BONGSU

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ismael AbdulRahman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke