*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ PERLIS BENAM IMPIAN TERENGGANU KANGAR, 9 Mei (Bernama) -- Perlis menewaskan Terengganu 2-0 pada perlawanan bola sepak Perdana Satu di Stadium Utama di sini malam ini. BAM LANCAR LAMAN WEB RASMI KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bersempena dengan Pusingan Akhir Piala Thomas-Uber 2000, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil kesempatan untuk melancarkan laman web rasminya di alamat "www.bam.org.my". PERLIS TUMPASKAN TERENGGANU 2-0 KANGAR, 9 Mei (Bernama) -- Perlis menumpaskan Terengganu 2-0 pada perlawanan bola sepak Perdana Satu di Stadium Utama di sini malam ini. STAR-LRT LANJUTKAN PERKHIDMATAN PIALA THOMAS/UBER KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Sistem Transit Aliran Ringan (STAR) akan melanjutkan perkhidmatan sehingga tengah malam semasa Piala Thomas/ Uber dari Khamis ini hingga 21 Mei. KOREA SELATAN BANTU MALAYSIA KE SEPARUH AKHIR KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Korea Selatan mara ke separuh akhir Kejohanan Hoki Remaja Lelaki Piala Asia keempat berikutan kemenangan 4-3 ke atas juara bertahan Pakistan dalam pusingan awal Kumpulan A di sini hari ini. JADUAL KEJOHANAN HOKI REMAJA LELAKI PIALA ASIA KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Berikut adalah kedudukan kejohanan Hoki Remaja Lelaki Piala Asia keempat selepas perlawanan hari ini di Stadium Kebangsaan Bukit Jalil di sini. KOREA SELATAN KE SEPARUH AKHIR KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Korea Selatan layak ke separuh akhir setelah menang 4-3 ke atas Pakistan dalam pusingan awal Kumpulan A Kejohanan Hoki Remaja Lelaki Piala Asia Keempat di sini hari ini. KOREA SELATAN, INDIA, JEPUN DAN CHINA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Juara bertahan Korea Selatan akan bertemu India dalam separuh akhir pertama Kejohanan Hoki Remaja Wanita Piala Asia ketiga di Stadium Hoki Kuala Lumpur pada Khamis ini. DENMARK MAHU MARA KE PERINGKAT AKHIR PIALA UBER KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Denmark yang menurunkan juara dunia Camilla Martin ingin bermain di peringkat akhir Piala Uber pada 20 Mei ini. GANDINGAN BEREGU KEDUA MALAYSIA LEMAH, KATA HAN JIAN KAJANG, 9 Mei (Bernama) -- Bekas ketua jurulatih kebangsaan Han Jian berkata gandingan baru Cheah Soon Kit dan Chan Chong Ming adalah "amat lemah", dan ini boleh mengugat hasrat Malaysia untuk merebut Piala Thomas. TIKET UNTUK MENYAKSIKAN KEJOHANAN PIALA THOMAS MASIH ADA KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Tiket untuk menyaksikan Kejohanan Piala Thomas/Uber 2000 di Stadium Putra Bukit Jalil masih ada walaupun kejohanan itu akan bermula pada Khamis ini. NAKHAIE AHMAD NAFI BERKEMPEN UNTUK MANA-MANA CALON UMNO KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Haji Nakhaie Ahmad, penulis buku "Ke Arah Politik Bermaruah", hari ini menafikan beliau terlibat dengan cetakan kedua buku itu yang diubah judulnya kepada "Ke Arah Politik Bermoral". 1,000 PEGUAM TIADA SIJIL AMALAN YANG SAH, KATA MAJLIS PEGUAM KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Majlis Peguam Malaysia hari ini mendedahkan bahawa kira-kira 1,000 peguam di negara ini tidak memiliki Sijil Amalan Guaman yang sah setakat 1 Jan tahun ini. KERAJAAN YAKIN DAPAT TARIK 8.51 JUTA PELANCONG ASING KE MALAYSIA BACHOK, 9 Mei (Bernama) -- Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan yakin dapat menarik seramai 8.5 juta pelancong asing ke Malaysia tahun ini. MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN SHARMA TANGGUH HUKUMAN KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas pembaca berita Sharma Kumari a/p Oam Prakash untuk mendapatkan kebenaran menangguh hukuman penjara tiga tahun ke atasnya kerana kesalahan memberi kenyataan palsu dalam dua afidavit berhubung saman sivil terhadapnya. SINGAPURA MENANG KE ATAS TAIWAN 5-2 KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Taiwan mengalahkan Singapura 5-2 dalam perlawanan pusingan awal Kumpulan A Kejohanan Hoki Remaja Lelaki Piala Asia ke-4 di sini hari ini. ORANG RAMAI PERLU DEKATKAN DIRI DENGAN POLIS PULAU PINANG, 9 Mei (Bernama) -- Orang ramai diminta tampil menemui polis, tanpa sebarang perasaan takut atau ragu-ragu, sekiranya menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan polis dan perkhidmatannya. KES TEMBAK DOKTOR: KONSTABEL DIARAH BELA DIRI KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Seorang konstabel yang melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian seorang doktor di sebuah tempat letak kereta stesen LRT di sini, diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen hari ini. MISUARI MASIH KETUA PERUNDING Daripada Abdul Muin Abdul Majid JOLO, Sulu, 9 Mei (Bernama) -- Gabenor Kawasan autonomi Islam Mindanao (ARMM) Nur Misuari masih lagi ketua perunding kerajaan bagi pembebasan 21 orang yang diculik dari Pulau Sipadan, bertentangan dengan laporan yang mengatakan beliau telah digantikan. ANWAR FAILKAN NOTIS RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN KES RASUAH KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi selepas beliau didapati bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah. UMNO MASIH RELEVAN, TIADA PARTI MELAYU LAIN MAMPU AMBIL ALIH KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata Umno masih relevan dan perlu terus relevan kerana ia bukan sahaja menjadi tunggak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi juga kerana tidak ada parti Melayu lain yang mampu mengambil alih peranannya. TIADA RUNDINGAN ANTARA TIME-SAPURA SEBELUM 8 JUN KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Time Engineering Bhd tidak akan berunding dan bercakap dengan Sapura Holdings Sdn Bhd mengenai tawaran Sapura untuk memperoleh ekuiti dalam Time dotCom Bhd sehingga 8 Jun ini. MENDAPATKAN BALIK WANG JADI KEUTAMAAN TELEKOM SEBAGAI PEMIUTANG Oleh Siti Hawa Othman KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Keutamaan Telekom Malaysia Bhd sebagai pemiutang Time Engineering Bhd adalah untuk mendapatkan semula wangnya, kata pengerusi syarikat telekomunikasi terkemuka ini, Datuk Ir Muhammad Radzi Mansor. CN ASIA CORP JANGKA KEMBALI UNTUNG TAHUN INI KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Firma kejuruteraan CN Asia Corporation Bhd menjangka dapat kembali meraih keuntungan tahun ini dengan peningkatan perolehan sebanyak 20 peratus, kata pengerusinya Datuk Hilmi Mohd Noor. PENSTRUKTURAN SEMULA FABER SELESAI DALAM TIGA BULAN KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Penstrukturan semula hutang dan skim pengurangan modal Faber Group Bhd yang merupakan asas daya majunya, akanmengambil masa tiga bulan lagi untuk diselesaikan. INFORMIX SASARKAN JUALAN TUMBUH 30 PERATUS KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pembekal rumusan perisian Informix Sdn Bhd telah meletakkan sasaran pertumbuhan jualan 30 peratus di pasaran tempatan tahun ini ekoran peningkatan arah aliran industri e-dagang, kata Pengarah Urusan Hong Kok Cheong. PETRONAS AKAN LANCAR KEMPEN PROMOSI GRAND PRIX F1 KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Grand Prix Formula One (F1) Malaysia akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober, tetapi Petronas sudah memulakan kempen promosinya. TANGANI KERENAH BIROKRASI UNTUK ATASI MASALAH TANAH ADAT KUCHING, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri perlu menangani kerenah birokrasi dalam Jabatan Tanah dan Survei bagi mengelakkan pemilik Tanah Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak terpengaruh dengan hasutan pembangkang. MAHKAMAH: PEMILIK SYARIKAT PENGANGKUTAN DIDENDA RM4,000 KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengenakan denda sejumlah RM4,000 atau penjara sebulan terhadap seorang pemilik syarikat pengangkutan. PUSAT BEKALAN PDRM DILENGKAPI DENGAN RUMAH KEDIAMAN SHAH ALAM, 9 Mei (Bernama) -- Pusat Bekalan Specific Material Store (SMS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beroperasi di sini akan mendapat tambahan kelengkapan sebanyak 184 unit rumah kediaman dan pusat logistik. KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI PIALA ASIA (REMAJA) KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- India muncul juara kumpulan apabila mereka mengalahkan Uzbekistan 16-1 dalam perlawanan pusingan awal Kumpulan B Kejohanan Hoki Remaja Lelaki Piala Asia ke-4 di sini hari ini. BERI IPO KEPADA PEMEGANG AMANAH DAN INDIVIDU BERKREDIBILITI KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Dua orang senator hari ini meminta Suruhanjaya Sekuriti (SC) supaya memberikan terbitan saham permulaan (IPO) kepada pemegang-pemegang amanah dan individu yang berkredibiliti. PERBICARAAN KES AZMIN DITETAPKAN 13 JUN KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 13 Jun ini sebagai tarikh perbicaraan kes bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, yang menghadapi tuduhan memberi keterangan palsu pada perbicaraan kes bekas timbalan perdana menteri itu, tahun lepas. DAP DAN KEADILAN AKAN MEMUTUSKAN PERTANDINGAN DI TELUK KEMANG KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan DAP akan bertemu pada Khamis untuk memutuskan parti mana yang berhak bertanding di pilihan raya kecil Parlimen Teluk Kemang pada 10 Jun. MAJIKAN AKAN DIBENARKAN BUAT POTONGAN CUKAI MENERUSI BANK PULAU PINANG, 9 Mei (Bernama) -- Majikan tidak lama lagi boleh menjelaskan bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB) kakitangan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi bank. TAMBAHAN JAWATAN KABINET UNTUK MCA IKUT KESESUAIAN MASA -- LING KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik berkata pertukaran atau pertambahan jawatan dalam kerajaan kepada pemimpin MCA hanya dilakukan mengikut keadaan dan masa yang paling sesuai. POLIS SIASAT KEJADIAN KHIANAT BAKAR SEKOLAH KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu di dalam siasatan berhubung kejadian kebakaran di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Desa Jaya di Kepong Sabtu lepas. KELAB ROTARY BAYAN BARU KUMPUL RM35,000 BAGI TABUNG PENDIDIKAN PULAU PINANG, 9 Mei (Bernama) -- Kelab Rotary Bayan Baru di sini berjaya mengumpul RM35,000 bagi Tabung Pendidikan dan Biasiswanya, daripada Larian Amal Rotary 2000 yang diadakan di Taman Belia di sini Ahad lepas. TABUNG EHSAN KEMBOJA DILANCAR KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Tabung Ehsan Kemboja bagi membantu mangsa peperangan masyarakat Islam Champa di Kemboja, dilancarkan hari ini. SEMUA BAHAGIAN MIC N.SEMBILAN DIARAH `TURUN GELANGGANG' SEREMBAN, 9 Mei (Bernama) -- Kesemua ketujuh-tujuh bahagian MIC negeri ini telah diarah supaya `turun gelanggang' bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Kemang. MAMPUKAH MALAYSIA JULANG PIALA THOMAS 2000 Oleh Zaiful Mohd Ariffin KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bahang saingan Piala Thomas/Uber 2000 kian terasa dengan kehadiran pemain-pemain dari pasukan yang bertanding sejak Ahad lalu menghangatkan lagi suasana menjelang kejohanan itu yang bermula Khamis ini. STANDARD CHARTERED LANCAR UNIT PERKHIDMATAN PELABURAN KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Standard Chartered Bank Malaysia Bhd (Stanchart) hari ini melancarkan unit perkhidmatan pelaburan yang menawarkan 46 dana amanah pihak ketiga dari 14 firma dana tempatan. PELAJAR DIPELAWA SERTAI PERTANDINGAN MENULIS CERITA PENDEK KUCHING, 9 Mei (Bernama) -- Pelajar sekolah menengah dipelawa menyertai pertandingan menulis cerita pendek Angkatan Zaman Mansang (Azam) sebagai landasan bagi mereka menyuarakan pendapat mengenai isu-isu semasa. LANDASAN LAPANGAN TERBANG ALOR SETAR DIPERBESARKAN KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Projek membesarkan dan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Kepala Batas di Alor Setar akan dijalankan secepat mungkin bagi menampung keperluan penumpang di Wilayah Utara. ANGGOTA POLIS DIHADAP KE MAHKAMAH ATAS TUDUHAN RASUAH SEREMBAN, 9 Mei (Bernama) -- Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga tuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM600 pada November dan 4 Jan lepas. 2,000 JEMPUTAN ASING DIBAWA KHAS SEMPENA CITRAWARNA KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kira-kira 2,000 jemputan khas dari luar negara akan dibawa ke Malaysia pada hujung bulan ini bagi mendedahkan mereka dengan kebudayaan negara yang berwarna warni. POLIS RAMPAS 80 KEPING VCD DAN MENAHAN SEORANG LELAKI JOHOR BAHARU, 9 April (Bernama) -- Polis merampas 80 keping cakera padat (VCD) termasuk 10 keping VCD lucah dalam operasi yang dilancarkan di sebuah premis perniagaan di Taman Johor di sini Ahad lepas. LIMA PULUH NEGARA DIUNDANG SERTAI KEJOHANAN GUSTI LENGAN 2000 LANGKAWI, 9 Mei (Bernama) -- Lima puluh negara akan dijemput menyertai Kejohanan Gusti Lengan Asia 2000 yang akan diadakan di sini pada 18 hingga 20 Nov ini. SAHAM GLOMAC TERLEBIH LANGGANAN SEBANYAK 9.44 KALI KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pemaju hartanah Glomac Berhad (Glomac), yang menuju penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada akhir bulan ini, bermula dengan menggalakkan apabila tawaran syarikat itu sebanyak 32.268 juta saham untuk langganan awam telah terlebih langgan sebanyak 9.44 kali. PENGGUNAAN IT AKAN DIPERLUASKAN DALAM PENDAKWAAN, KATA MOHTAR JOHOR BAHARU, 9 Mei (Bernama) -- Jabatan Peguam Negara merancang untuk memperluaskan penggunaan Teknologi Maklumat (IT) dalam pendakwaan di mahkamah-mahkamah negara ini. POLIS TAHAN 39 NELAYAN DI PERAIRAN LAHAD DATU DAN SEMPORNA LAHAD DATU, 9 Mei (Bernama) -- Polis marin di sini memberkas 39 nelayan, semuanya lelaki berusia antara 12 dan 50 tahun dalam beberapa pemeriksaan di perairan antara Lahad Datu dan Semporna di pantai timur Sabah sejak Sabtu lepas. SYARIKAT MASIH BERLENGAH GUNA TEKNOLOGI, KATA PENYELIDIK MALAYSIA Daripada Neville D'Cruz MELBOURNE, 9 Mei (Bernama) -- Seorang penyelidik Malaysia di University of Southern Queensland (USQ) telah mendapati bahawa permikiran ke hadapan dan pendekatan waras akal boleh membantu peniaga-peniaga Malaysia meraih faedah-faedah e-dagang. FMM, MIMOS TAWARKAN RUMUSAN ERP MENERUSI INTERNET KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan MIMOS Bhd hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjama menawarkan aplikasi perancangan sumber enterpris (ERP) berasaskan internet kepada industri pembuatan tempatan. SELANGOR SASAR BUTA HURUF SIFAR PADA TAHUN 2005 SHAH ALAM, 9 Mei (Bernama) -- Semua jabatan kerajaan negeri Selangor sudah menggerakkan jentera pentabiran mereka dalam usaha memastikan bahawa kadar buta huruf penduduk negeri itu menjadi sifar pada tahun 2005. POLIS TAHAN LELAKI PAKISTAN TIPU KAD PENGENALAN KOTA BAHARU, 9 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang rakyat Pakistan kerana menggunakan kad pengenalan merah milik orang lain di Kampung Kepat, Kusial Baru, Tanah Merah, semalam. GAS BOCOR: JAS AKAN AMBIL TINDAKAN MAHKAMAH KUALA TERENGGANU, 9 Mei (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri akan mengambil tindakan mahkamah terhadap sebuah syarikat yang didakwa melepaskan gas berbahaya sehingga menyebabkan 12 orang awam dimasukkan ke Hospital Kemaman, dua hari lepas. PUSAT MEMBELI BELAH DIBUKA DI SEMARIANG KUCHING, 9 Mei (Bernama) -- Pusat membeli belah Choice Super Mall, milik Mahsuri Ria Sdn Bhd, telah dibuka di Semariang, Petra Jaya di sini dengan pelaburan awal RM6 juta. MEDIA MASSA DIKATAKAN TIDAK FAHAM ISLAM KUALA TERENGGANU, 9 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Abdul Hadi Awang hari ini menyelar media massa yang dikatakan tidak memahami Islam dengan memperbesar-besar isu pembuangan patung penyu di bulatan Ladang dekat sini. PULAU PINANG TUBUH DUA JAWATANKUASA TANGANI MASALAH LALU LINTAS PULAU PINANG, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri menubuhkan dua jawatankuasa untuk menguruskan soal pengangkutan dan lalu lintas serta keselamatan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas semasa berlangsungnya Sukan Malaysia (SUKMA) VIII 2000 di Pulau Pinang, dari 25 Mei hingga 3 Jun ini. POTENSI BIOMAS KELAPA SAWIT BESAR, KATA ANIFAH BANGI, 9 Mei (Bernama) -- Terdapat potensi yang besar bagi Malaysia memajukan industri berasaskan biomas kelapa sawit kerana kehadiran sumber dan teknologi yang banyak, kata Timbalan Menteri Perusahaan Utama Datuk Anifah Hj Aman. NORIAN HARAP PESURUH BARU PERCEPATKAN PENYELESAIAN KRISIS CULIK SHAH ALAM, 9 Mei (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai berharap Ghazali Ibrahim yang dilantik semalam sebagai ketua perunding baru akan dapat mengatasi segera kebuntuan dalam rundingan untuk membebaskan 21 orang yang diculik dari Pulau Sipadan. PENDAKWA RAYA PERLU JALANKAN TUGAS SECARA PROFESIONAL JOHOR BAHARU, 9 Mei (Bernama) -- Pendakwa Raya dan Timbalan Pendakwa Raya perlu menjalankan tugas mereka secara profesional dan adil tanpa berpihak kepada mana-mana individu atau parti politik, kata Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah. KTMB JANGKA ANGKUT 5 JUTA TAN METRIK KARGO TAHUN INI RANTAU PANJANG, 9 Mei (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), menjangkakan sebanyak 5 juta tan metrik kargo dapat diangkut melalui perkhidmatan jambatan darat pada tahun ini. PEMBATALAN KES AMALAN SEJAK SISTEM KEHAKIMAN NEGARA BERMULA KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa isu pembatalan kes jenayah atau sivil yang belum dibicara merupakan amalan mahkamah sejak bermulanya sistem kehakiman di negara ini. "WANG SYURGA", PEMANDU RUGI RM2,000 MELAKA, 9 Mei (Bernama) -- Gara-gara menolong dua lelaki, seorang pemandu sebuah syarikat swasta yang baru sahaja menunaikan cek gajinya kerugian RM2,000 di sini, semalam. USAHA SAMA BAHAN KOMPOSIT KEDAH BAGI BOEING MULAKAN PENGELUARAN JANUARI Oleh Yong Soo Heong KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Usaha sama alat-alat bahan komposit Boeing Commercial Airplane Group di Kedah dijangka mengeluarkan kumpulan pertama pengeluarannya menjelang Jan tahun depan, seorang pegawai Boeing berkata. INDEKS PENGELUARAN PERINDUSTRIAN TERUS MENINGKAT KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meneruskan momentum aliran meningkatnya sepanjang Mac tahun ini dengan indeks 180, naik sebanyak 17.9 peratus dari 152.7 yang dicatatkan dalam bulan yang sama tahun lalu. PERJUMPAAN BANDUAN DAN KELUARGA SEMPENA PESTA MENUAI 1 DAN 2 JUN KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Jabatan Penjara Malaysia hari ini menetapkan 1 dan 2 Jun sebagai tarikh bagi perjumpaan antara banduan dengan anggota keluarga mereka di semua institusi penjara di Sabah sempena Pesta Menuai (Pesta Keamatan). HUSNI DILANTIK PRESIDEN JAWATANKUASA IPU IPOH, 9 Mei (Bernama) -- Anggota Parlimen Tambun Datuk Husni Hanadzlah telah dilantik sebagai Presiden Jawatankuasa Ekonomi, Politik dan Keselamatan Antarabangsa, Kesatuan Antara Parlimen (IPU). PEMBANTU RUMAH DITEMUI TERGANTUNG DENGAN KAIN SARI DIRUANG TAMU LUMUT, 9 Mei (Bernama) -- Seorang pembantu rumah berusia 17 tahun ditemui mati tergantung di ruang tamu kuarters Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). PBT WUJUD DANA KHAS PEMBANGUNAN SOSIAL JOHOR BAHARU, 9 April (Bernama) -- Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) akan mewujudkan "Dana Pembangunan Sosial Pasir Gudang" bagi menyelaras semua sumbangan di bawah satu tabung khas. PERANGKAP HARIMAU DIPASANG DI SUNGAI LONG KOTA BAHARU, 9 Mei (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan memasang perangkap di kawasan Sungai Long, Jeli bagi memerangkap seekor harimau ganas yang dikatakan menyerang seorang lelaki, Sabtu lepas. PASARAYA TAMAN KEMAJUAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN KANGAR, 9 Mei (Bernama) -- Sebuah pasaraya di Taman Kemajuan dekat sini musnah dalam kebakaran malam tadi dan seorang anggota bomba cedera ketika mengawal kebakaran itu. ______________________________________________ FREE Personalized Email at Mail.com Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Ibrahim Yaakob <[EMAIL PROTECTED]>