*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


  Laman Webantu   KM2: 6320 File Size: 5.7 Kb * 

| KM2 Index |




TAG SP 437: SHNS: Senjata Rahsia Taliban: Peparit Bawah Tanah 
By Lisa Hoffman 
8/11/2001 11:06 am Thu


http://lamankm2.tripod.com/cgi-bin/m/KM2/forum.cgi?read=6320


Scripps Howard News Service 



Senjata Rahsia Taliban: Peparit Bawah Tanah 


(Taliban's Secret Weapon: underground channels) 


Oleh: Lisa Hoffman 



Sejak era Iskandar Zulkarnian pejuang Afghan telah menggunakan satu jaringan rahsia 
yang terselindung di bawah tanah yang juga merupakan perparitan rahsia untuk 
melancarkan serangan berbahaya mereka. 



Walaupun tidak tercatat di sebarang peta dan diketahui hanya oleh orang tempatan, 
laksana lakaran tapak tangan mereka, peparitan ini ataupun "karez" nama tempatannya di 
Afghanistan adalah amat terkenal untuk menipu serangan askar daripada luar. 


Inilah yang berkemungkinan menjadi masalah besar kepada tentara penggempur AS yang 
dihantar untuk memerangi askar Taliban dan pasukan pimpinan Osama bin laden serta 
pengikut al-Qaeda kerana mereka semuanya amat masak dengan putaran perparitan yang 
sungguh purba asalnya. 



"Perparitan bawah tanah itu memang amat berguna kepada pergerakan gurilla," kata 
Charles Heymann yang merupakan editor kepada Jane's All the World's Armies, kepada 
para wartawan baru-baru ini. "Inilah satu isu besar yang mesti disedari oleh komander 
platun yang menyerang Afghanistan nanti." 


Peparitan itu telah dicipta sejak 300 tahun BC (sebelum Masehi) untuk menjadi saluran 
parit yang mengalirkan air daripada bagian sungai di utara dan aliran air gunung 
kepada kawasan lembah yang sentiasa ketandusan air di kawasan lembah di selatan. Tiga 
tahun kemarau panjang bererti semua peparit itu adalah kering kontang sekarang ini. 



Panjang peparit itu ialah beribu batu, dan tidak jelas daripada permukaan tanah 
menjadikannya amat sesuai untuk melancarkan serangan mengejut berbentuk "hentam dan 
lari" (hit and run) terhadap musuh yang tidak menyedarinya. 


Ada tempatnya mempunyai kedalaman setakat 100 kaki dan luas benar untuk menjadi tempat 
simpanan kelengkapan perang dan peluru, makanan dan segala keperluan perang. yang lain 
memang tidak dalam, ada yang setakat 3 kaki sahaja, dan ini kerap digunakan sebagai 
tempat perlindungan seandai tercetusnya perbalahan di bandar-bandar. banyak lagi yang 
berhubungan dengan gua di pergunungan dan benteng pertahanan dan terowong. 


Ketika Genghis Khan menakluki Afghanistan pada 1224 dulu, dia mendapati peparitan itu 
begitu kebal. Begitu jugalah yang dialami oleh Soviet dalam peperangan mereka 
1979-1989 di Afghanistan. 


Sebahagian besar dekad itu pejuang Afghan telah berkhemah di karez yang dikepung oleh 
penceroboh Soviet dan menduduki bandar utama di Khost. Soviet telah mencuba menyerang 
dengan meriam, bom, peluru berpandu Scud, helikopter dan pencurahan minyak untuk 
dinyalakan agar semua pejuang Afghan kelaur dari tempat persembunyian mereka. Semua 
itu sia-sia belaka. 


Ramai penganalis percaya, Osama Laden telah menggunakan taktik yang sama di Khost 
ketika mengelakkan serangan peluru berpandu AS ketika AS menghunjam khemah latihan 
pada 1998 dulu sebagai serangan balas terhadap kemusnahan dua kedutaan AS di Afrika 
dulu. 



Terjemahan: SPAR 




------------------------------------------------------------------------




Asal: 



http://www.shns.com 



INTERNATIONAL 



Taliban's secret weapon: underground channels 


By LISA HOFFMAN 



Scripps Howard News Service 
November 06, 2001 



Since the time of Alexander the Great, Afghanistan's combatants have used a crisscross 
network of hidden irrigation channels as secret redoubts and routes for launching 
ambush attacks. 


Unmarked on maps but known to locals like the palms of their hands, these "karez," as 
they're called in Afghanistan, are legendary for bedeviling outside armies. 



They likely would pose a potential problem for any U.S. ground troops dispatched to 
battle the ruling Taliban army and terrorist kingpin Osama bin Laden's al Qaeda 
followers - all well acquainted with the ancient network. 



"They have always proved a really good route for guerrillas," Charles Heymann, editor 
of the authoritative Jane's All the World's Armies publication, told reporters 
recently. "It's an issue that platoon commanders are going to have to be aware of." 


Created around 300 B.C., the ingenious aqueducts were designed to carry water from 
mainly northern rivers and mountain streams to the often-parched fields in the 
country's valleys and southern plains. Three years of drought mean the channels are 
largely dry these days. 



Stretching for hundreds of miles, the channels are essentially invisible from the 
ground, making them ideal for launching hit-and-run surprise raids on unsuspecting 
enemies or as unseen supply routes. 



Some segments are as deep as 100 feet and spacious enough for storing quantities of 
ammunition, weapons, food and other war necessities. Others are far shallower, some 
only 3 feet deep; these are often used as shelter by civilians fleeing fighting in 
their towns. Still others connect to mountain caves and newer bunkers and tunnels. 



Genghis Khan's invaders in 1224 found the tunnels formidable. So did the Soviets in 
their 1979-89 war in Afghanistan. 


For most of that decade, Afghan rebels encamped in the karez besieged the Soviet 
invaders occupying the key town of Khost. The Soviets tried artillery, bombs, Scud 
missiles, helicopter assaults and fuel oil blazes to roust them from the channels, but 
never could. 


Some analysts believe bin Laden also employed the network around Khost to evade U.S. 
missiles that pounded his nearby training camps in 1998 in retaliation for dual U.S. 
embassy bombings in East Africa. 










------------------------------------------------------------------------
V: 225   D: 0.000 secs   


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke