*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<Picture>....TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (391) 
Sharon - Raja Pengganas Israel 
(Sharon, Master Terrorist)
Oleh: oleh: Edna Yaghi 
Insider

http://e-umno.tripod.com/mar_tag391.html

------------------------------------------------------------------------
Setiap kali orang Palestin disembelih, kita tidakpun mendengar suara Presiden AS 
George Bush, bercakap mengutuk amalan ganas perdana menteri Israel Ariel Sharon. 

Hari ini, beberapa orang Palestin telah dibunuh, termasuk Riham seorang anak gadis 
yang baru berusia 10 tahun. Riham mati ketika askar Israel menembak sebuah sekolah di 
daerah Al-Amaniya di Jenin. Tujuh lagi anak gadis turut tercedera dengan teruknya 
dalam pengeboman itu. Riham dan kawan sekolahnya bukannya anggota pasukan tentera. 
Mereka tidak memegang sebarang senjata. Mereka cuma anak-anak yang pergi sekolah. 
Setiap kanak- kanak berhak belajar di sekolah dan bukannya dijadikan sasaran untuk 
berperang. 

Pada sebelah petang tadi, 3 orang Palestin daripada Fateh, telah mati terbunuh ketika 
mereka dalam perjalanan menziarahi seorang kawan. Kereta yang mereka pandu telah 
meletup hasil sasaran pembunuhan Israel. 

Sharon, Raja Pengganas Israel, tidak menghormati nyawa rakyat Palestin; sama ada bayi, 
kanak-kanak ataupun orang dewasa. Kebangkitan Intifada Al-Aqsa telah memberi peluang 
kepada Sharon satu alasan untuk mengepung bandar Palestin, kampung dan kawasan ladang. 

Selama satu tahun lamanya, kelengkapan perang Israel, pesawat pejuang F-16, helikopter 
Apache, kereta-kebal, ‘jeep’ yang lengkap bersenjata dan jentolak telah digunakan 
untuk memerangi satu kumpulan manusia Palestin yang tidak bermaya. Lebih 700 rakyat 
Palestin telah terkorban dan 20,000 lagi yang tercedera (selama satu tahun ini – 
penterjemah). Oleh kerana ramai yang tercedera adalah kanak-kanak, mereka terpaksa 
meneruskan hidup dengan segala parut dan kesan luka dan kecacatan anggota disebabkan 
sikap Sharon yang memerangi mereka. 

Kawasan perumahan telah diratakan, perladangan telah dimusnahkan, pokok zaitun dan 
bebuahan telah dicabut, bekalan air dipotong ataupun diracuni, bekalan elektrik 
dipotong, perniangaan disabotaj, sekolah dibom, anak-anak sekolah dibunuh dan 
dicederakan, kawasan awam dibom, dan belia diculik untuk dizalami dan dipenjarakan. 
Memang tidak ada sebab kenapa kumpulan manusia yang berani ini mesti layan dengan 
ganas sekali.Tidak ada sesiapa di dunia luar yang berani bersuara lantang mengutuk 
amalan ganas dan perbuatan gila si algojo ini yang memang taksub mahu menghapuskan 
rakyat Palestin dari muka bumi ini. 

Dunia semakin membisu terhadap keganasan yang dilakukan terhadap orang Palestin yang 
kini terpaksa hidup merempat di kem pelarian yang mudah dikepung oleh Israel. Setiap 
tindakan harian Israel ditumpukan kepada cara menghina, membunuh, melumpuhkan atau 
menyiksa rakyat Palestian kerana inilah orang Palestin yang masih bertahan di tanah 
tumpah darah mereka sedangkan Israel mahukan tanah itu. Selama 52 tahun, orang 
Palestin telah menjadi mangsa kepada serangan ganas Israel, usaha penaklukan mereka 
dan juga segala tipu daya. 

Masyarakat Palestin tidak mempunyai pesawat terbang, kapal perang, kereta kebal 
ataupun helikopter yang boleh mereka gunakan. Mereka tidak pernah diberikan bantuan 
sebanyak $5 billion dollar oleh kerajaan Amerika seperti yang dinikmati oleh Israel, 
dan mereka juga tidak dilengkapkan dengan senjata tercanggih oleh Amerika. Kalau 
adapun senjata yang dimiliki oleh masyarakat Palestin untuk menentang keganasan Israel 
ialah ketulan batu yang digunakan atas nama mempertahankan hak kebebasan mereka. 

http://e-umno.tripod.com/mar_tag391.html

Rakyat Palestin dikelilingi oleh musuh yang mahu menghalau mereka keluar daripada bumi 
Palestin atau menghapuskan mereka sama-sekali daripada bumi ini. Disebabkan mereka 
telah terlalu terdesak dan kecewa, orang Palestin telah menembak menteri kabinet 
Israel Rahavam Zeve sebagai membalas dendam kerana kematian Setiausaha Agung Fateh, 
Abu Ali Mustafa, dan pembunuhan ini telah dikutuk oleh Amerika.Tetapi apabila Abu 
Mustafa Ali dibunuh dengan kejamnya, tidak pula ada suara yang mengutuk kerja jijik 
yang kerap diamalkan terhadap rakyat Palestin. Bagaimana pula dengan nyawa Riham anak 
kecil yang bersekolah dulu? Apakah dosanya? Kenapakah dia ditembak mati? 

Adalah amat sukar untuk satu masyarakat yang kerap dihina, diaibkan dan disika dan 
dilayan dengan buruknya tidak bertindak balas. Namun, inilah yang amat diingini oleh 
Sharon. Dia mahu menghenyak orang Palestin di satu penjuru, mendesak mereka melawan 
balik supaya dia mempunyai alasan untuk membunuh lebih ramai bayi, kanak-kanak sekolah 
dan orang awam yang tidak berdosa. 

“Kita akan teruskan peperangan sehingga akhir terhadap pengganas, mereka yang membantu 
dan yang menaja mereka.” Demikian jerit Sharon ketika dia menuduh pentadbiran Palestin 
sebagai melindungi “pembunuh”. 

Tetapi, Sharon ialah Raja Pengganas. Dia seharusnya melancarkan peperangan memusuhi 
dirinya. Dialah musuh besar Israel kerana tangannya yang bertanggungjawab membunuh 
20,000 orang Lebanon dan Palestin ketika menjadi pemerintah askar Israel memerangi 
Lubnan pada 1982. 

Tetapi dia mesti sedar, selagi dia mengugut nyawa Palestin dan selagi dia inginkan  
darah orang Palestin, satu hari nanti dia sendiri akan kecundang juga. 

Selagi puak Imerialis dan Zionis menyokong dasar keganasan negara Israel yang suka 
berperang itu, tidak akan ada kedamaiannya. Orang Palestin berhak kepada negaranya 
sendiri untuk hidup dengan penuh kebebasan untuk mengejar kebahagiaan. Tibalah masanya 
untuk dihentikan sikap pembasmian kaum ini. Tibalah masanya dunia sejagat menangani 
keganasan di tempat ia benar-benar wujud.  

http://e-umno.tripod.com/mar_tag391.html

Diterjemahkan oleh SPAR 
  

------------------------------------------------------------------------
<Picture><Picture>

<Picture>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke