*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ de Boar menulis: >Assalamualaikum sdra Abu Hassan, >Walaupun saya gembira dengan kejayaan sdra, namun saya ingin >awaskan sdra tentang memaparkan gambar sdri Liza, bekas kritian >dibawah itu. Saya rasa mendedahkan aurah beliau adalah tidak >baik; apatah lagi rupawan seperti dia. >Semoga Allah tidak persalahkan sdra. >Mohon maaf; jumpa lagi. >Wassalam. Wa 'alaikumusalaam. Terima kasih kerana membuat teguran. Sebenar saya sengaja berbuat begitu untuk perhatian Astora Jabat kerana Email saya telah di cc kepada alamatnya di Utusan. Baru-baru ini Astora telah menulis tentang memakai tudung adalah TIDAK RELEVAN dalam Islam. Izinkan saya ceritakan lebih lanjut tentang Liza, wanita Amerika yang memeluk Islam. Dia baru berjinak-jinak dengan Islam. Mungkin antara perkara yang patut diberitahu kepadanya ialah wajibnya menutup aurat bagi wanita Islam. Kalau ada sesiapa yang ingin menatap wajahnya, begitulah rupanya, masih tidak tahu memakai tudung. Dia tahu dia perlu belajar banyak hukum-hakam Islam daripada saya. Saya telahpun memberitahunya tentang hukum memakai TUDUNG. Ya, dia sudah sedar dan sanggup pakai tudung, tidak macam Astora Jabat, yang menentang hukum pakai tudung. Ramai wanita Barat yang telah memeluk Islam sudah memakai tudung dan mengakui kebaikannya. Kawan saya Liza itu agak slow memahami hukum pakai tudung. Kita mesti ingat bukannya senang untuk kita buat teguran umpama berkata kepadanya, "Hai, kami berdosa besar kerana tak pakai tudung." Ya, saya telah berdakwah kepada Liza secara halus. Dia sedang menuju ke arah memakai tudung. Itulah kejayaan saya, alHamduliLLah. Berdakwah mestilah berhikmah. Dia menghormati saya kerana boleh berbincang dengan secara rasional. Dia tahu saya adalah seorang yang kuat berpegang kepada fahaman Sunni. Kadang-kadang kita mesti memberi kefahaman yang betul kepada orang-orang intelek Barat yang baru memeluk Islam. Bukan sekelip mata mereka sudah tahu segala hukum-hakam Islam. Berilah asuhan dan didikan kepada mereka secara perlahan. Pernah ada seorang wanita Amerika dari Texas bepuasa bulan Ramadan buat kali pertama. Dia menceritakan pengalamannya berpuasa. Selepas satu bulan berpuasa, saya berpesan kepada supaya mengqadha hari-hari puasanya jika dia ada datang haidh. Dia terkejut kerana dia pernah berpuasa walau dia didatangi haidh. Walau bagaimanapun dia telah dapat pengajaran baru bahawa wanita yang didatangi haidh tidak boleh berpuasa. Kadang-kadang kita tidak boleh marah kepada orang yang baru masuk Islam yang melanggar sesuatu peraturan Islam. Baikilah mereka secara berhikmah dan kasih sayang kerana mereka masih jahil. Yang Astora Jabat bukannya baru masuk Islam. Yang menghairankan kita, orang yang mengaku sudah lama menjadi Muslim, tetapi menentang setengah-setengah hukum-hakam. Lebih-lebih orang IKIM, mereka menubuhkan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia), untuk memberi penjelasan darihal Islam yang sebenarnya, tetapi Islam mereka hanya di Institut sahaja, sedangkan pihak akhbar Utusan menghidangkan penulisan Astora dan Kassim Ahmad yang terang-terang bercanggah dengan Islam, mereka buat tidak tahu. Sebab itulah Email-Email saya di cc kepada mereka juga. Saya tidak fikir orang-orang di IKIM berminat dengan dakwah dan Islam. TIGER ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>