*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Siapakah Hacker ?
=================

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Catatan Nota Haris 14 May 2001. 

Terbaca Peperangan "Cyber" antara pengguna Internet China dan US selepas
kejadian pelanggaran udara pesawat pengintip US dan jet pemintas China.

Terbaca perkataan "HACKER" dalam sumber berita. Perkataan hacker sering
disalahgunakan. Ramai yang tidak faham siapa hacker dan kenapa
gelaran ini penting bagi mereka.

Tulisan Haris kali ini, tentang Hacker ?. Mengapa perkataan ini sering
disalahertikan.

Haris kali ini cuba menjelaskan siapakah Hacker dan
mengapa mereka digelar Hacker. Haris juga mahu menyanggah
tanggapan sesetengah orang tentang hacker.

Ada 2 gelaran dalam masyarakat IT yang dianggap sebagai gelaran
tertinggi
dalam masyarakat tersendiri ini. "Geek" dan "Hacker".

"Geek" adalah gelaran yang selalu diberikan kepada golongan bijak yang
selalunya dalam bidang sains, metamatik dan komputer. Golongan ini punya
kelebihan IQ tetapi kekurangan skil dalam pergaulan sosial.

"Geek" dunianya adalah kajian mereka, komputer dan Internet. Buat
program dan
hacking. Begitu juga "Geek" dalam jurusan lain. Mereka terlalu taksub
dengan apa yang mereka lakukan sehingga mereka tiada masa untuk
keluar bercampur gaul dengan kawan-kawan "normal" yang lain.

"Hacker" adalah golongan bijak dalam komputer yang tahu luar dan dalam
komputer perkakas ataupun applikasi OS maupun utiliti.

Perkataan "Hacker" datang daripada perkataan Hack yang bermaksud
membaiki sesuatu perkara menjadi lebih baik atau menjadikan ia
sesuai dengan kehendak kita. Hack juga boleh dimaksudkan sebagai
usaha untuk mengetahui kemampuan sesuatu perkara atau mencapai
pengetahuan atas perkara itu.

Hacker mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
yang mereka hadapi melalui cuba dan uji sendiri yang selalunya tidak
mengikut cara yang dicadangkan atau "manual".

Minat dan taksub hacker pada komputer sehingga mereka rasa tiap
bit 0 dan 1 yang melalui komputer. Mereka boleh menyelami gerak
nadi CPU komputer dan boleh menjangkakan apa yang akan dilakukan
oleh komputer dan applikasi.

Namun begitu tidak semua Hacker adalah "Geek". Ada yang berkeluarga
dan mempunyai cara hidup seperti orang lain yang berkerjaya.

Contoh terdekat adalah Linus. Penulis pertama dan utama dalam
pembangunan kernel Linux.

Bagi yang berminat untuk ketahui cerita generasi pertama yang
dipanggil "Hacker" Haris sudah salinkan " Hackers, Heroes Of
Computer Revolution" oleh Steven Levy 1984.

Haris petik daripada http://www.gutenberg .org/
Dalam ruangan "Search" cari Hacker

Cerita yang menarik untuk anda memahami siapa yang berhak
dipanggil "Hacker".

http://hafnie.terrashare.com/hacker.html

Sebagai Hacker, Hacker perlu mematuhi etika tertentu
yang telah ditetapkan daripada generasi pertama Hacker.

(1) Hacker mempunyai sifat ingin belajar dan membaiki pengetahuan mereka
dalam
apa jua yang menjadi minat mereka. Kebanyakan mereka yang
bergelar Hacker mempunyai kelulusan yang tinggi.

Jika anda berminat untuk digelar Hacker. Teruskan pengajian
anda. Jangan terhenti setakat SPM atau Diploma.

(2) Hacker rajin membaca. Banyak perkara dapat dipelajari dengan
membaca daripada majalah, buku dan melawat laman teknologi.
Seorang hacker perlu mengetahui seberapa banyak perkara yang
mereka perlukan. Ia tidak semesti bidang komputer sahaja.

(3) Hacker selalu mencuba sesuatu yang baru  yang boleh
mendatangkan kebaikan kepada ramai orang. Mereka mencuba
idea yang boleh disumbangkan kepada orang ramai tanpa rasa takut
kepada kegagalan. Kegagalan hanyalah satu cabaran dan menambahkan
lagi rencah menyelesaikan sesuatu masalah dalam idea.

Jika anda mempunyai idea, jangan takut untuk mencubanya atau
membinanya. Mungkin satu hari ia akan menjadi sumbangan besar
kepada msyarakat umum.

(4) Hacker akan cuba menyelesaikan masalah yang orang lain tidak
boleh selesaikan. Perkara itu tidak boleh diselesaikan bukan kerana
sukar
tetapi kerana orang lain cepat putus-asa dalam menyelesaikan masalah
komputer.
Hacker tahu bagaimana untuk mencari penyelesaian. Jika mereka tersekat
atau tidak tahu melakukannya, tanpa segan-silu mereka akan
bertanya kepada hacker yang lain.

Hacker selalunya melihat sesuatu masalah daripada sudut yang berlainan.

(5) Hacker mahu kongsikan ilmu dan pengalaman sesama mereka dan orang
lain. Mereka menulis apa yang mereka tahu dan penyelesaian yang mereka
lakukan.
Kemudiannya mereka sebarkan kepada orang ramai. Medium Internet selalu
menjadi medan mereka untuk sebarkan pengetahuan dan pengalaman mereka.

http://www.linuxdoc.org/ mempunyai himpunan besar tulisan dan panduan
tentang
Linux. Linux adalah OS yang dihasilkan oleh hacker dan hacker juga yang
menyokong perkembangan Linux dengan menghasil sebegitu banyak applikasi
kecil dan juga panduan dan tunjuk ajar.

(6) Hacker adalah pengguna dan pembangun applikasi secara terbuka.
Hacker
percaya applikasi dan ilmu adalah untuk dikongsikan bersama untuk
kebaikan.
Kerana itu mereka adalah pengguna utama Linux dan mana-mana applikasi
secara terbuka.

(7) Hacker suka berkerjasama dan mempunyai nilai yang setia
tinggi kepada kumpulan. Bukanlah mereka terlalu fanatik. Ini adalah
bertujuan
untuk memastikan bahawa sesatu masalah yang mereka perlu selesaikan
dapat dijalankan dengan baik dengan hasil pengkongsian tugas.

Namun begitu mereka tidak suka terikat. Jika ada sesuatu yang tidak kena
dengan kumpulan, mereka akan membantah dan jika tidak didengari mereka
boleh mengambil sikap menjauhkan diri.

(8) Hacker diukur daripada segi kejayaan mereka. Kejayaan mereka untuk
selesai
sesuatu masalah yang orang lain tidak dapat selesaikan dengan cara
biasa.
Kejayaan yang dicapai dengan usaha dan kajian yang gigih.

(9) "Hacking" adalah satu seni. Bukan suatu perkara yang mudah untuk
melakukan
yang orang lain kata mustahil. Bukan sesuatu yang mudah untuk
menghasilkan
sesuatu lain daripada yang lain.

(10) Hacker berfikiran terbuka. Mereka tidak semudah itu untuk menyokong
sesuatu perkara dan tidak mudah juga menjadi pembangkang kepada sesuatu
perkara. mereka akan lihat dan kaji fakta yang ada.

Sudah cukup rasanya Haris petik beberapa etika dan panduan kepada Hacker
hasil pembacaan Haris daripada beberapa laman.

"Hackers, Heroes Of Computer Revolution" oleh Steven Levy
http://hafnie.terrashare.com/hacker.html

"Hackers Crackdown"
http://www.eff.org/pub/Misc/Publications/Bruce_Streling/Hacker_Crackdown

"Hacker HOWTO"
http://www.tuxedo.org/~esr/faqs/hacker-howto.html

Daripada etika dan panduan yang Haris catatkan boleh kita katakan bahawa
Hacker
sememangnya mempunyai prinsip yang baik dan cara hidup yang sihat.

Namun begitu ada juga mereka yang bijak dalam bidang komputer
dan Internet yang mempelajari ilmu hasil daripada tulisan Hacker
untuk tujuan yang tidak baik. Mereka ini lebih dikenali dalam lingkungan
Hacker sebagai cracker.

Ada juga dikalangan mereka yang masih baru, yang membaca hasil
penulisan hacker memcuba sesuatu luar daripada prinsip hacker.
Mencuba sesuatu perkara dengan cara merosakkannya. Mereka tidak
mahu mencuba untuk tujuan kebaikan tapi untuk menunjukkan
"kenakalan".

Salah-laku dan kenakalan ini yang telah memburukan Hacker. Hacker dari
awal
tidak pernah bertujuan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik.

Dalam menentang ancaman dan kenakalan cracker, anda sendiri perlu
menjadi
hacker. Ini disebabkan hanya duduk dalam kedudukan mereka, barulah mampu
kita membentuk sistem yang kuat dalam menghadapi ancaman.

Bagi yang berminat dengan soal keselamatan komputer dan Internet
lawat laman ini.

CERT
http://www.cert.org/

Malaysia CERT
http://www.mycert.mimos.my/ 

SANS
http://www.sans.org/

Haris harapkan tulisan Haris kali ini dapat menjelaskan suatu yang baik
tentang Hacker.

Bagi yang hendak mencari bahan-bahan tentang Hacker lawat laman
http://www.google.com/ . Cari dengan perkataan hacker.

Wassalam.

: )

---------

Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum
balas diterima.

Nota lalu di
http://www.mail-archive.com/haris@yahoogroups.com

Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan
menghantar email kosong kepada

[EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>

atau melalui link ini

http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital

laman penulis.

http://www.bigfoot.com/~hafnie


---------------




http://hafnie.terrashare.com/
Bantuan Komputer Internet Melalui Email
Email kosong kepada [EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke