*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ KUALA TERENGGANU, 22 Dis (Bernama) -- Kerajaan Pas Terengganu hari ini diminta membentuk satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Saiful Bahri Mamat (Pas-Paka) ketika membuat cadangan itu berkata pembentukan suruhanjaya berkenaan perlu bagi memastikan mereka yang menyeleweng dikenakan tindakan tegas dan memastikan penyelewengan tidak berlaku pada masa hadapan. Beliau berkata kerajaan negeri juga perlu membangunkan industri pelancongan mengikut lunas-lunas Islam dan membentuk imej agama di kalangan masyarakat. "Selain itu, kita perlu sisihkan perkara-perkara yang mendapat kemurkaan Allah, antaranya membuang patung-patung seperti patung penyu di bulatan Ladang serta patung sotong dan udang di Marang," katanya pada perbahasan Belanjawan negeri di persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini. Saiful Bahri, yang juga Naib Ketua Pemuda Pas, berkata kerajaan negeri juga perlu meningkatkan pelaburan negeri terutama dalam bidang petroleum dan gas. -- BERNAMA Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>