*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     <Picture: Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite> AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!


------------------------------------------------------------------------







Era kebangkitan Islam semakin hampir (1) 


http://tranung2.tripod.com/b02/ptawar4.htm


Oleh : Utusan dari Pulau Tawar 

Kemunculan Usamah Bin Zaid 

Khalifah Abu Bakar As Siddik telah mengarahkan seorang pahlawan muda iaitu Usamah Bin 
Zaid bin Haritsah, yang ketika itu berusia di dalam lingkungan 17-18 tahun untuk 
mengetuai angkatan tentera Islam menentang Empayar Rom. Ramai di kalangan para Sahabat 
yang merasa ragu-ragu dengan tindakan Khalifah Abu Bakar melantik Usamah Bin Zaid 
sebagai panglima perang memimpin kaum Muslimin menentang Empayar Rom disebabkan usia 
beliau yang agak muda sedangkan masih terdapat ramai lagi pahlawan-pahlawan Islam yang 
lebih dewasa, kuat, gagah perkasa dan tersohor daripadanya seperti Khalid Bin Al 
Walid, Ali Bin Abu Talib, Zubair Al Awwam, Saad Bin Abu Waqqas, Umar Al Khattab, Abu 
Ubaidah Bin Jarrah, Amru Al As dan lain-lain lagi. 

Namun begitu, Khalifah Ar Rasyidin yang pertama ini tetap dengan keputusannya dan 
beliau telah menegaskan bahawa Rasulullah(selawat ke atas junjungan Baginda) sebelum 
wafatnya telah merencanakan sebuah pasukan tentera Islam untuk menentang Empayar Rom 
dengan mengangkat Usamah Bin Zaid sebagai panglima. Walaubagaimanapun, sebelum pasukan 
itu sempat berangkat ke medan perang, Rasulullah (selawat ke atas junjungan Baginda) 
telahpun wafat. Kaisar Rom, Herkules, merasa amat terkejut menerima berita tentang 
kewafatan Rasulullah (selawat ke atas junjungan Baginda) di samping mendapat khabar 
berita kedatangan tentera Islam yang diketuai oleh Usamah Bin Zaid menyerang tentera 
Rom di perbatasan Syria. 

Zaman keemasan Islam 

Herkules merasa amat hairan kerana kewafatan Rasulullah (selawat ke atas junjungan 
Baginda) sedikitpun tidak menjejaskan semangat dan kekuatan kaum Muslimin. Lebih-lebih 
lagi sebelum ini tentera Rom seramai 200 ribu orang telah berjaya mengalahkan ribuan 
tentera Islam di dalam Peperangan Muktah yang turut menyaksikan ramai tentera Islam 
telah mati syahid termasuklah panglima-panglima mereka sendiri iaitu Zaid Bin 
Haritshah, anak angkat kepada Rasulullah (selawat ke atas junjungan Baginda. Beliau 
juga merupakan ayahanda kepada Usamah Bin Zaid. Sepupu Rasulullah (selawat ke atas 
junjungan Baginda) iaitu Jaafar Bin Abu Talib(abang Ali bin Abu Talib) serta Abdullah 
Bin Rawahah, pemimpin dan pahlawan kaum Ansar adalah 2 orang lagi panglima Islam yang 
telah mati syahid di dalam pertempuran yang berat sebelah ini kerana jumlah angkatan 
tentera Rom jauh lebih besar jika dibandingkan dengan bilangan tentera Islam. 

Ketika itu juga tentera Rom baru sahaja merayakan kemenangan mereka mengalahkan 
tentera Parsi dan berhasil menduduki Jurusalem. Di kota ini jugalah tentera Rom telah 
berjaya merebut kembali salib kebanggan kaum Nasrani yang sebelum ini jatuh ke tangan 
orang-orang Parsi. Secara tidak langsung peristiwa ini telah menaikkan lagi semangat 
juang tentera Rom untuk mengalahkan tentera Islam. 

Alhamdulillah dengan izin Allah, tentera Islam yang dipimpin oleh Usamah Bin Zaid 
telah berjaya mengalahkan tentera Rom. Kemenangan ini juga telah membuka satu lembaran 
baru yang menandakan bermulanya era kebangkitan Islam, sekaligus menyaksikan 
tumbangnya dua buah kerajaan terkuat di dunia iaitu empayar Rom dan Parsi biarpun 
tentera Islam serba-serbi kekurangan. Sejarah pernah membuktikan betapa tentera Islam 
yang serba kekurangan daripada segi jumlah angkatan tentera serta kelengkapan 
senjatanya berupaya menundukkan musuh-musuhnya yang jauh lebih ramai dan kuat 
daripadanya. Ketika Perang Badar, umat Islam dengan jumlah yang kecil iaitu 313 orang 
dan sekadar mempunyai beberapa orang tentera berkuda dan selebihnya angkatan tentera 
pejalan kaki telah berjaya mengalahkan 1000 tentera kaum kafir Quraish yang mempunyai 
kelengkapan dan jumlah tentera yang lebih besar, canggih dan kuat. 

Malah Khalid Al Walid sendiri pernah mengerahkan 100 orang tentera elitnya menyerbu 
sayap kiri tentera Rom yang jumlahnya tidak kurang daripada 40 ribu orang ketika 
Perang Yarmuk. Akhirnya peperangan ini telah dimenangi oleh tentera Islam yang jauh 
lebih kecil jika dibandingkan dengan tentera Rom yang berjumlah sekitar 240 ribu 
orang. 

Seterusnya banyak lagi siri peperangan yang dilalui oleh umat Islam dan di antaranya 
Perang Uhud, Khandaq, Perang Khaibar, Perang menakluki kota Mekah, Perang Hunain, 
Perang Tabuk, Perang Muktah, Perang Yarmuk dan sebagainya. Sekaligus membuktikan 
betapa dakwaan yang mengatakan bahawa Rasullah(selawat ke atas junjungan Baginda) 
hanya terlibat di dalam peperangan selama 2 hari sahaja adalah tidak benar. 

Kemunculan Usamah Bin Laden(Osama Laden) 

Kini, pada alaf baru muncul pula seorang pahlawan bernama Usamah Bin Muhammad Awwad 
Bin Laden(Osama Laden) menjadi "panglima perang umat Islam" menentang Amerika 
Syarikat, sebuah kuasa besar dunia yang mewarisi keangkuhan empayar Rom dahulukala. 
Dunia tertanya-tanya mengapa Amerika Syarikat begitu takut kepada seorang penghuni gua 
sehingga terpaksa membentuk sebuah pakatan global untuk menewaskannya. 

Bagi umat Islam, ianya bukanlah sesuatu perkara yang amat menghairankan kerana sebelum 
ini Rasulullah(selawat ke atas junjungan Baginda) sentiasa menyendiri di dalam gua 
Hiraq dan terpaksa bersembunyi bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar di dalam gua Tsur 
selama 3 hari untuk mengelakkan diri mereka daripada dikesan oleh kaum kafir Quraish. 

Terbukti betapa gua itu sendiri pernah menjadi satu senjata yang cukup ampuh untuk 
menumbangkan kerajaan-kerajaan yang besar dan kuat di dunia seperti empayar Rom dan 
Parsi. Kini. Amerika Syarikat pula berhadapan dengan situasi yang sama apabila 
terpaksa berhempas pulas dan cuba meraih sokongan masyarakat antarabangsa di dalam 
kempen memerangi keganasan tajaannya semata-mata untuk mengalahkan seorang penghuni 
gua. 

Kehebatan, kegagahan dan keperkasaan wira baru Dunia Islam ini cukup dikagumi oleh 
manusia sajagat tanpa mengira bangsa dan agama. Kini, Usamah Bin Laden telah menjadi 
idola jutaan umat Islam di seluruh dunia. Matlamat Usamah Bin Laden dan Pertubuhan Al 
Qaidah yang dianggotai oleh umat Islam daripada pelbagai bangsa ialah untuk 
membebaskan kota Baitul Muqaddis semakin hampir apabila satu daripada 3 seteru 
utamanya telah tumbang. Usamah Bin Laden sendiri telah menegaskan bahawa ada 3 musuh 
utama Islam iaitu Soviet Union, Amerika Syarikat dan Israel. Kini, beliau, Pertubuhan 
Al Qaidah dan Taliban sedang berperang dengan Amerika Syarikat. Setelah Amerika 
Syarikat berjaya ditundukkan, akan tibalah saat-saat yang ditunggu iaitu memerangi 
rejim Yahudi habis-habisan serta membebaskan kota Baitul Muqaddis daripada 
cengkamannya. 

Mengapa Usamah bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestine 

Tidak ramai yang mengetahui bahawa ibu Usamah Bin Laden adalah keturunan Arab dari 
Palestine yang telahpun mendapat kewarganegaraan Syria. Ketika ini sahaja terdapat 
hampir 2 juta orang rakyat Palestine di Syria kerana melarikan diri daripada 
pencerobohan Israel ke atas tanahair mereka. Tindakan media massa yang telah dikuasai 
oleh Yahudi termasuklah CNN, CNBC,AFP, Reuters, The New York Times, Wall Street 
Journal, The Washington Post, majalah Time dan Newsweek tidak memperbesar-besarkan isu 
ini adalah untuk meremehkan perjuangan Usamah Bin Laden membantu rakyat Palestine yang 
teraniaya. 

Maka tidak hairanlah mengapa Usamah Bin Laden amat bersimpati terhadap rakyat 
Palestine dan bersungguh-sungguh untuk membantu mereka. Ayah Usamah bin Laden iaitu 
Muhammad Awwad Bin Laden adalah seorang Arab dari Yaman yang pada mulanya bekerja 
sebagai seorang penyusun bata. Beliau berubah menjadi kaya-raya setelah memperolehi 
projek membina istana Raja Saud. Malah beliau juga telah ditawarkan kontrak 
membaikpulih Majid Al Aqsa, Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. 

Sebenarnya kaum Yahudi dan Nasrani amat memusuhi Usamah Bin Laden kerana beliau dan 
Pertubuhan Al Qaidah(Al Qaeda) yang dipimpinnya telah bertekad untuk membebaskan kota 
Baitul Muqaddis, tempat ketiga suci bagi umat Islam daripada cengkaman rejim Yahudi 
yang dinaungi oleh kaum Nasrani. Insiden yang berlaku di WTC dan Pentagon hanyalah 
sekadar muslihat mereka untuk menghapuskan Usamah Bin Laden, Pertubuhan Al Qaidah 
serta kerajaan Taliban. 

Kebimbangan ini bukan sahaja dirasai oleh puak-puak Yahudi dan Nasrani tetapi turut 
sama dikongsi oleh pemimpin-pemimpin Islam acuan Barat seperti Bulen Ecevit, Islam 
Karimov, Husni Mubarak, Saddam Hussein, Muammar Gaddafi, Raja Hussein (Jordan), Pervez 
Musharraf Megawati Sukarno, Mahathir Muhammad dan lain-lain lagi. Ini kerana mereka 
merasakan kedudukan mereka akan tergugat apabila kerajaan Taliban berjaya berkuasa 
sepenuhnya di Afghanistan. Kephobiaan golongan Yahudi dan Nasrani semakin ketara 
apabila kerajaan Taliban sudah hampir menguasai keseluruhan wilayah di Afghanistan. 
Pakatan Utara(Northern Alliance) sekadar menguasai 5 % wilayah Afghanistan dan 
selebihnya iaitu 95 % telah berjaya dikuasai oleh Kerajaan Taliban. Apabila 
Afghanistan berjaya disatukan bermakna usaha untuk membebaskan kota Baitul Muqaddis 
dan bumi Palestine semakin hampir. 

Kemudian berlakulah pembunuhan Menteri Pertahanan Pakatan Utara(Northern Alliance) 
iaitu Ahmad Shah Mas'ud pada 9 November 2001 dan insiden di WTC dan Pentagon pada 11 
september 2001. Insiden ini telah dijadikan alasan oleh Amerika Syarikat untuk 
menyalahkan Usamah Bin Laden dan kerajaan Taliban pula telah dituduh cuba melindungi 
Usamah Bin Laden melakukan keganasan. 

Hakikatnya, pembunuhan Ahmad Shah Mas'ud serta insiden di WTC dan Pentagon adalah 
didalangi oleh kaum Yahudi dan Nasrani sebagai langkah untuk menyekat kebangkitan 
Islam. Buktinya 4000 orang pekerja Yahudi telah bercuti serentak sehari sebelum 
berlakunya insiden di WTC dan Pentagon. Malah, pembunuhan Ahmad Shah Masood juga telah 
dilakukan oleh agen-agen CIA. Sebaliknya, Usamah Bin Laden telah dijadikan kambing 
hitam oleh Amerika Syarikat tanpa sebarang bukti kukuh yang mengaitkan pembabitan 
beliau di dalam insiden berkenaan. 

Hubungan silaturahim yang erat di antara Usamah Bin Laden sebagai peneraju utama 
Pertubuhan Al Qaidah dengan Mullah Muhammad Umar selaku pemimpin tertinggi kerajaan 
Taliban di Afghanistan mengingatkan kembali kepada kita tentang persaudaraan erat di 
antara kaum Muhajirin dan kaum Ansar yang telah dipupuk oleh Rasulullah (selawat ke 
atas junjungan Baginda) ketika baginda menerajui umat Islam. 

Keberanian dan ketabahan kerajaan Taliban mempertahankan Usamah Bin Laden dan 
Pertubuhan Al Qaidah cukup mengkagumkan kita semua kerana mereka tidak berganjak 
dengan pendirian mereka meskipun terpaksa berdepan dengan serangan maut yang cukup 
hebat daripada Amerika Syarikat dan sekutunya. Malah kerajaan Taliban sendiri pernah 
menghantar tenteranya untuk membantu umat Islam yang teraniaya dan ditindas di wilayah 
Bosnia, Kosovo, Kashmir, Xinjiang, Uzbekistan, Tajikistan, Chechnya dan Mindanao atas 
semangat persaudaraan sesama Islam biarpun ketika itu masih lagi berperang dengan 
tentera Pakatan Utara (Northern Alliance). 

Kenyataan Sayyid Hashemi 

Yang Hebat Mengenai Afghanistan("The Invisible Afghanistan" ) 

Berikut adalah catatan Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan. Beliau telah 
melawat Amerika Syarikat awal tahun 2001 ini. Berikut adalah cebisan dari transkrip 
ceramah beliau di Universiti Southern California di Los Angeles, pada March 10, 2001 

? Telah difirmankan dalam Al Qur'an, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang 
kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu 
tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang 
menyebabkan kamu nanti menyesal atas perbuatanmu itu.? [Al-Hujurat 49:6] 

" Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai (di Universiti Southern 
California), dan mereka memulakan perbualan dengan topik patung-patung (Buddha yang 
dimusnahkan). Sangat dikesalkan kerana begitu sedikit yang mereka ketahui (mengenai 
Afghanistan). Tidak seorang (dari cerdik pandai tersebut) mengetahui akan bermacam 
masalah yang dihadapi oleh Afghanistan. Dan hanya tentang patung-patung tersebut 
sahaja yang mereka ketahui mengenai Afghanistan. 

Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". Kami telah menderita kerana kedudukan 
negara kami yang strategik ini. Kami telah menderita dalam abad ke-18, abad ke-19, dan 
kami masih menderita dalam abad ini. Kami tidak menyerang British. Kami tidak 
menyerang Russia. Mereka yang menyerang kami. Oleh itu masalah-masalah yang timbul di 
Afghanistan bukan dari perbuatan kami sendiri. 

Pencerobohan Soviet 

Masalah yang dihadapi sekarang ini di Afghanistan bermula pada 1979. Afghanistan 
adalah negara yang sukakan keamanan. Tetapi pihak Russia dengan tentera seramai 
140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan Disember 1979, iaitu lebih 
kurang 21 tahun dahulu, dan telah menjajah selama satu dekad, membunuh 1.5 juta rakyat 
Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang, dan 6 juta orang dari jumlah rakyat seramai 18 
juta telah melarikan diri dari kekejaman Russia dan bermastautin di negara-negara 
lain. Di masa ini pun anak-anak kami mati kerana bahana periuk api (land mines) yang 
ditanam oleh pihak Russia. Dan tidak siapa di dunia luar memperdulikan hal ini. 

Selepas Russia Dikalahkan 

Masa penjajahan Russia, pihak kerajaan Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan China 
membantu kumpulan pembebasan yang dipanggil Mujahidin. Hanya 7 kumpulan Mujahidin 
beroperasi dari Pakistan sementara 8 kumpulan yang lain bertindak dari Iran dalam 
memerangi pihak Russia. Selepas Russia kalah, kesemua kumpulan-kumpulan Mujahidin ini 
kembali ke Afghanistan dengan fahaman yang berlainan dan senjata yang banyak. Mereka 
tidak bersatu di bawah satu pemerintahan tetapi telah bertelingkah sesama sendiri di 
Afghanistan. Kemusnahan akibat dari pertempuran sesama sendiri itu lebih teruk dari 
kemusnahan yang dialami semasa penjajahan Russia. Seramai 63,000 orang telah terbunuh 
di Kabul. Seramai sejuta rakyat lagi melarikan diri dari situasi huru-hara tersebut ke 
negara-negara lain. 

Kemunculan Taliban 

Melihat huru-hara dan kemusnahan yang berlaku itu, sekumpulan pelajar-pelajar yang 
dipanggil Taliban (Taliban maknanya pelajar-pelajar) telah menubuhkan gerakan pelajar 
Taliban bermula di sebuah perkampungan di Kandahar yang terletak di wilayah selatan 
Afghanistan. Taliban mula wujud sebagai sebuah gerakan apabila seorang ?warlord? 
(ketua kumpulan bersenjata ? bandit) telah menculik dan memperkosa dua kanak-kanak 
perempuan. Ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut telah pergi ke sebuah ?sekolah 
agama pondok? dan meminta guru di sekolah tersebut menolong mereka. 

Guru tersebut iaitu Mullah Muhammad Umar bersama-sama 53 orang murid beliau yang lebih 
dikenali sebagai Taliban, dengan bersenjatakan hanya 16 senapang, telah pergi 
menyerang pengkalan komander tersebut. Selepas membebaskan kedua kanak-kanak perempuan 
yang diculik itu, mereka telah menggantung mati komander. Ramai orang-orang komander 
tersebut turut digantung. Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga melaporkannya. 
Mendengar kisah ini, ramai lagi pelajar-pelajar telah menyertai gerakan (Taliban) 
tersebut, dan mereka mula bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua 
puak-puak bandit. Gerakan pelajar ini ? Taliban ? kini menguasai 95% Afghanistan 
termasuk ibu negara di Kabul. Hanya segelintir dari puak-puak bandit terus 
bermaharajalela di secebis bahagian utara Afghanistan (mereka ini adalah Northern 
Alliance). 

Kejayaan Taliban 

Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun, dan berikut adalah kejayaan kami yang 
tidak diketahui oleh dunia: 

1.) Pertamanya kami telah menyatukan negara yang berpecah-belah. Afghanistan sebelum 
ini berpecah kepada lima kawasan-kawasan. Kami menyatukannya, sesuatu yang gagal 
dilakukan oleh lain-lain pihak. 

2.) Perkara kedua yang telah kami lakukan, yang gagal dilihat, adalah melucutkan 
senjata yang dimiliki rakyat. Selepas peperangan dengan Russia, hampir setiap orang 
Afghan memiliki Kalshnikov , dan juga senjata canggih seperti stinger missiles, dan 
ada yang memiliki pesawat dan helicopter pejuang. Melucutkan senjata mereka kelihatan 
mustahil. Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menawarkan US$3 billion untuk membeli balik 
senjata-senjata itu. Dan kerana ianya tidak praktikal maka rancangan PBB tersebut 
tidak diteruskan, dan dunia pun melupakan Afghanistan. Tetapi kami telah berjaya 
melucutkan senjata di 95% kawasan negara Afghanistan. 

3.) Kejayaan kami yang ketiga adalah membawa Afghanistan di bawah satu pentadbiran, 
sesuatu yang tidak wujud selama 10 tahun sebelum kami ambil alih. 

4.) Kejayaan kami yang ke empat, yang mengkagumkan ramai orang, adalah memusnahkan 
sebanyak 75% tanaman candu dunia. Sebelum kami menghapuskannya, 75% bekalan candu 
dunia dihasilkan di Afghanistan. Dan pada tahun lepas kami mengeluarkan perintah 
mengharamkan penanaman candu, dan pada tahun ini 2001, ketua Program Kawalan Dadah PBB 
di bawah naungan UNDCP, Encik Barnard F. dengan bangganya mengisytiharkan Afghanistan 
bebas sepenuhnya dari tanaman candu - 0% of opium cultivation. Zero, zilch, kosong ? 
langsung tak ada lagi. Malangnya seramai 700 pakar UNDCP yang memantau tanaman candu 
telah kehilangan kerja. Pakar-pakar PBB itu tidak menyukai bila kami mengeluarkan 
perintah mengharamkan tanaman candu. Dan tahun ini mereka kehilangan kerja. 

5.) Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan hak-hak asasi manusia di Afghanistan. 
Memangnya ramai yang telah menuduh kami melanggar hak-hak asasi manusia. Realitinya 
adalah kami sebenarnya telah memulihkan hak-hak asasi manusia. Antara hak-hak asasi 
bagi seseorang manusia adalah hak untuk hidup dengan selamat. Sebelum Taliban 
memerintah, tidak seorang pun di Afghanistan boleh hidup dengan selamat. Malah perkara 
pertama yang kami lakukan adalah mewujudkan keadaan yang selamat dan aman. Keutamaan 
kami yang kedua adalah memulihkan sistem kehakiman yang bebas dan adil. Rakyat 
Afghanistan tidak perlu membayar untuk mendapat pengadilan seperti yang berlaku di 
Amerika Syarikat. Di Afghanistan anda tidak perlu membeli keadilan. Di Afghanistan 
pengadilan adalah percuma dan mudah diperolehi. 

Hak-hak Kaum Wanita 

Kami (Taliban) telah dikritik kononnya kami melanggar hak-hak wanita. Adakah anda (di 
Amerika) ketahui apa yang berlaku sebelum kami memerintah? Saya lihat dalam dewan ini 
ada beberapa orang Afghan yang bermastautin di sini, dan mereka pasti akan bersetuju 
dengan saya bahawa sebelum Taliban memerintah, kaum wanita di kawasan luar bandar 
diperlakukan sebagai binatang. Mereka dijual. Kami (Taliban) menghapuskan amalan yang 
sangat keji ini. 

Kaum wanita tidak berhak bersuara dalam pemilihan suami bagi mereka. Antara perkara 
yang pertama Taliban lakukan adalah memberi wanita hak untuk memilih bakal suami 
masing-masing. 

Suatu lagi yang jelek yang berlaku ke atas kaum wanita di Afghanistan adalah mereka 
ditukar-tukar sebagai hadiah. Sememangnya amalan ini bercanggah dengan agama. Ia 
sebenarnya merupakan budaya. Adalah menjadi tradisi bila dua puak yang bertempur ingin 
berdamai, maka mereka akan bertukar-tukar wanita. Dan amalan keji ini sudah dihentikan 
oleh Taliban. 

Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, kaum wanita di Afghanistan 
sebenarnya diizin berkerja. Kami akui sebelum 1996, iaitu sebelum kami menakluki ibu 
negara, Kabul, kami telah meminta kaum wanita supaya duduk rumah. Tetapi kami tidak 
sekali-kali berniat untuk menyuroh mereka duduk rumah buat selama-lamanya. Kami 
menerangkan kepada kaum wanita bahawa mereka perlu duduk rumah kerana pada masa itu 
keadaan huru-hara tanpa kuat kuasa undang dan oleh itu tidak selamat bagi wanita 
keluar rumah. 

Wanita dan pekerjaan 

Kini kami sudah melucutkan senjata-senjata milik persendirian, kami sudah 
menguatkuasakan undang-undang, maka dengan keamanan tersebut wanita sudah dibenarkan 
berkerja semula. Kami akui wanita-wanita kami tidak dibenarkan berkhidmat Kementerian 
Pertahanan seperti di Amerika ini. Kami tidak mahu wanita kami jadi pilot jet pejuang, 
atau diperalatkan sebagai objek-objek menghiasi iklan-iklan. Tetapi wanita kami memang 
dibenarkan berkerja. Mereka berkerja di Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam 
Negeri, pendidikan, kebajikan awam dan seterusnya. 

Wanita dan pendidikan 

Kami juga tidak menghalang kaum wanita untuk mendapat pendidikan. Kami telah 
menyatakan kami mahu wanita diberi pelajaran, dan kalau pun tidak ada tekanan dari 
pihak luar kami tetap akan memberi pelajaran kepada kaum wanita kami, ini adalah 
pegangan kami. Kami diperintah (oleh Allah) untuk memberi pelajaran kepada kaum 
wanita. Bila kami menetapkan sekolah-sekolah berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya 
tidak bermakna kami tidak ingin wanita diberi pendidikan. Memang benar kami menentang 
?co-education? (sekolah campuran lelaki-perempuan), tetapi tidaklah benar sama sekali 
untuk menuduh kami menyekat kaum wanita dari mendapat pendidikan. 

Kami ada sekolah-sekolah, tetapi masalahnya adalah sumber-sumber pembiayaan. Sebelum 
kami mengambil alih pemerintahan terdapat bermacam sekatan pelajaran ? kurikulum yang 
mendidik taat setia kepada keluarga di raja, sekatan pelajaran ala komunis, dan 
kurikulum yang diperkenalkan oleh bermacam pihak. Oleh demikian, pelajar-pelajar 
menjadi bingung. Kami sudah pun dapat menyatukan semua kurikulum yang 
bercanggah-canggah itu. 

Baru-baru ini kami membuka semula Fakulti Perubatan di Kandahar dan lain-lain bandar 
utama di Afghanistan. Terdapat lebih pelajar wanita dari lelaki yang mengikuti kursus 
perubatan tersebut. Tetapi mereka diasingkan. Dan pihak Sweden telah membantu 
mendirikan sekolah-sekolah perempuan. Memangnya masih tidak mencukupi, tetapi ini 
sahaja yang kami mampu buat masa ini. 

Isu Usamah Bin Laden(Osama bin Laden) 

Kami juga dituduh membiayai keganasan. Dan nampaknya bagi orang Amerika keganasan itu 
hanyalah Osama bin Ladin. Sekarang saya ingin memberitahu anda semua bahawa Osama bin 
Laden sudah menetap di Afghanistan selama 17 tahun, iaitu sebelum Taliban wujud. Bin 
Laden sudah lama berada di Afghanistan untuk memerangi Soviet Union, dan Ronald 
Reagan, Presiden Amerika ketika itu, juga Dick Chenney, telah memberi sanjungan kepada 
Osama bin Laden dan kumpulannya sebagai pejuang-pejuang pembebasan (freedom fighters) 
atau wira-wira yang memperjuangkan kemerdekaan (Heroes of Independence), sebab 
perjuangan Bin Laden dan kumpulannya ketika itu sejajar dengan dasar Amerika menentang 
Soviet Union. Tetapi sekarang ini bila Soviet Union sudah runtuh dan berpecah, 
orang-orang seperti Bin Laden tidak lagi diperlukan oleh Amerika, dan Amerika melabel 
mereka sebagai pengganas dan diburu. 

Dari disanjung sebagai wira-wira kepada diburu sebagai pengganas-pengganas Islam. 
Kaedahnya agak sama dengan Yasser Arafat yang dulunya pengganas tetapi sekarang di 
anggap wira (boneka barat). Sebenarnya tidak ada beza antara keganasan yang Osama bin 
Laden dituduh melakukan dengan kekejaman serangan missiles berpandu pada 1998 ke atas 
Afghanistan. Kedua-duanya tidak diisytiharkan terlebih dahulu, dan kedua-duanya 
membunuh orang awam. Jika tindakan keganasan yang Bin Laden dituduh melakukan itu 
sesuatu yang sangat kejam, maka serangan missiles Amerika ke atas Afghanistan juga 
sesuatu tindakan yang sangat kejam kerana orang-orang awam telah terbunuh. 

Kerajaan Amerika Syarikat cuba membunuh Osama bin Laden tanpa memberi beliau terlebih 
dahulu pengadilan. Pada tahun 1998 pihak Amerika Syarikat menyerang Afghanistan dengan 
missiles, dan pihak Amerika Syarikat dengan selamba mengumumkan mereka cuba hendak 
membunuh Osama bin Laden. Pada ketika itu Osama bin Laden tidak dikenali oleh 
orang-orang Afghanistan. Saya sendiri tidak kenal padanya. Oleh demikian kami semua 
terperanjat. 

Saya antara ramai yang berada di rumah pada malam tersebut. Saya dipanggil hadir 
mesyuarat tergempar dan kami diberitahu bahawa Amerika Syarikat telah menyerang 
Afghanistan. Dengan 75 cruise missiles Amerika Syarikat cuba membunuh satu orang. Dan 
mereka gagal menemui sasaran, dan yang dibunuh adalah 19 orang kanak-kanak sekolah, 
dan Amerika Syarikat tidak pernah meminta maaf atas pembunuhan tersebut. 

Syor-Syor Taliban Berhubung Usamah Bin Laden(Osama Bin Laden) 

Kami bersikap terbuka dalam isu Osama bin Laden. Kami telah menyatakan jika Osama bin 
Laden benar-benar terlibat dalam serangan ke atas kepentingan Amerika Syarikat di 
Kenya/Tanzania, jika boleh diberi kami buktinya bahawa Osama bin Laden memang 
terlibat, kami pasti akan menghukum beliau. Tidak sesiapa dapat memberi kami bukti 
tersebut. Kami membawa beliau ke pengadilan selama 45 hari dan tidak sesiapa pun 
memberi kami sebarang apa bukti. 

Amerika Syarikat memberitahu kami bahawa mereka tidak percayakan sistem kehakiman 
kami. Kami hairan apakah sistem kehakiman yang mereka amalkan. Bukankah mereka baru 
sahaja mencuba membunuh seorang tanpa terlebih dahulu memberi orang itu pengadilan 
yang saksama. Kami di Afghanistan, jika seseorang itu dianggap penjenayah, pihak polis 
kami tidak akan pergi memusnahkan rumah orang itu, beliau akan diheret terlebih dahulu 
ke mahkamah. 

Syor kami yang pertama telah ditolak. Amerika Syarikat berkata mereka tidak percaya 
dengan sistem kehakiman kami, oleh itu kami kena serahkan Osama bin Laden. Kami 
mencadangkan pula dihantar ke Afghanistan satu pasukan pemantau antarabangsa untuk 
mengesan aktiviti Osama bin Laden, supaya beliau tidak boleh lakukan apa-apa. Kami 
telah pun merampas segala alat komunikasi kepunyaannya. Syor kami ini juga ditolak. 

Syor kami yang ketiga pada 6 bulan yang lepas adalah kami bersedia menerima jika Osama 
bin Laden dibawa ke pengadilan di negara Islam ketiga. Ini juga telah turut ditolak 
oleh Amerika Syarikat. 

Afghanistan bukan negara terrorist. Kami tidak pun berupaya membuat jarum oleh itu 
bagaimanakah kami boleh menjadi ancaman kepada dunia ini? Sebenarnya negara yang 
membuat senjata nuklear yang boleh membunuh berjuta manusia yang patut dipanggil 
negara terrorist. Dan bukannya kami. 

Sekatan Ekonomi 

Kini kami dikenakan sekatan ekonomi yang menimbulkan banyak masalah. Kami telah 
menderita begitu lama - 23 tahun berperang, infrastruktur kami habis musnah, masalah 
orang pelarian, dan masalah periuk api yang sengaja ditanam oleh Russia di 
ladang-ladang kami --- tetapi tiba-tiba Bangsa-bangsa Bersatu dengan hasutan Russia 
mengenakan sekatan ekonomi ke atas Afghanistan. Dan sekatan ekonomi itu 
dikuatkuasakan. Beratus kanak-kanak mati setiap bulan kerana kekurangan makanan dalam 
keadaan iklim yang sejuk. Dunia buat tidak peduli. Tetapi dunia mengambil berat 
tentang patung-patung yang dimusnahkan. 

Pemulihan Patung Tetapi Manusia Dibiarkan Mati 

Kerana dunia memusnahkan masa depan kami dengan sekatan ekonomi, maka dunia tiada hak 
merasa bimbang terhadap warisan kami. Kami memusnahkan patung-patung Buddha tersebut 
ekoran dari langkah UNESCO dan sebuah NGO dari Scandinavia yang datang dengan projek 
untuk memulihkan muka-muka patung-patung tersebut yang sudah dihakis oleh hujan. 
Majlis Rakyat Afghanistan memohon agar duit untuk memulihkan patung-patung tersebut 
digunakan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak Afghanistan yang kebuluran akibat 
sekatan ekonomi PBB. Tetapi UNESCO dan NGO tersebut menjawab," Tidak boleh, duit ini 
hanya untuk patung-patung." 

Rakyat Afghanistan berasa terlalu marah kerana pihak UNESCO dan NGO yang berkenaan 
menganggap orang Afghanistan sebagai sampah. Dan orang Afghanistan pun berkata, kalau 
kamu tidak langsung pedulikan anak-anak kami yang kebuluran itu, kami akan musnahkan 
patung-patung tersebut. 

Kalau kamu berada dalam keadaan sedemikian apakah yang akan kamu lakukan? Anak-anak 
kamu hendak mati di depan mata kamu, kamu di bawah sekatan ekonomi, dan orang-orang 
yang mengenakan sekatan ekonomi ke atas kamu itu telah datang untuk membaik pulih 
patung-patung. Apa yang akan kamu lakukan? 

Kofi Annan 

Kofi Annan, Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia pergi ke Pakistan dan berjanji 
untuk menemui wakil Afghanistan di sana. Tetapi orang bernama Kofi Annan ini tidak 
langsung mahu ambil peduli penderitaan anak-anak kami akibat sekatan ekonomi PBB. Kofi 
Annan juga tidak langsung mahu bercakap tentang penderitaan 6 juta rakyat kami yang 
tinggal di perkhemahan-perkhemahan pelarian. Kofi Annan enggan sama sekali untuk 
membincangkan masalah kemiskinan di Afghanistan. Kofi Annan hanya mahu membincangkan 
pasal patung-patung Buddha yang ingin dibaik pulih itu. Ini benar-benar tidak patut. 
Mereka ini tidak langsung ambil peduli penderitaan anak-anak kami atau orang-orang 
Afghanistan kami yang hampir mati kerana kebuluran dan tidak cukup ubat-ubatan akibat 
sekatan ekonomi mereka. Yang mereka pentingkan adalah patung-patung. Maka kami 
memusnahkan patung-patung tersebut. 

Dan saya percaya sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas negara kami, Afghanistan, 
tidak akan diubah selagi kami tidak mengubah pegangan (agama Islam) kami, dan 
sememangnya kami tidak akan sekali-kali berganjak, kerana bagi kami pegangan (agama 
Islam) kami adalah segala-galanya. Sesiapa yang cuba memaksa kami mengubah pegangan 
agama kami dengan sekatan ekonomi tidak akan berjaya. Mungkin cara ini boleh berjaya 
di Amerika, sebab di Amerika ekonomi dan duit itu adalah segala-galanya. Tetapi bagi 
kami agama Islam kami adalah segala-galanya. Dan kami berpegang teguh kepada 
kepercayaan adalah lebih elok mati kerana agama kami daripada hidup yang sia-sia.." 

[Catatan : Sayyid Rahmatullah Hashemi memberi ceramah ini di Los Angeles 6 bulan 
sebelum berlakunya serangan ke atas WTC-Pentagon] 

..................bersambung 













         <Picture: Ke atas>    <Picture: Balik Menu Utama>    Tarikh artikal 
diterbitkan : 5 Februari 2002 

------------------------------------------------------------------------
Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [EMAIL PROTECTED] 




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Nurul Izzah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke