*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum ya Datuk Dr. Abdul Malek
semoga Datuk dan keluarga sihat,

Datuk kata;

  "...guru agama terbabit dikatakan
  mengarahkan pelajar menutup televisyen
  ketika siaran berita dan mendakwa dua
  pemimpin tertinggi negara sebagai orang
  jahat."

Datuk, Datuk, memanglah Datuk nampak benar
belaka apa yang TV tu buat sebab Datuk memang
dok belah sana. Tapi dia orang tak nak
bersubahat dengan segala penghinaan dan 
pembohongan yang TV buat didalam penghinaan
berterusan kepada Islam. MasyaAllah datuk,
tak nampak kah datuk akan putar belit TV tu
demi semata2 hendak membodek pemimpin yang
sememangnya jahat - sila lihat quotes dibawah
dan cuba datuk cakap terus terang, Allah
sebagai saksi, jahat ke tidak pemimpin serupa
tu. Jangan berbohong datuk, Allah tau. 

Ingatlah datuk, kita semua akan mati. Kalau
tidak datuk mati dulu, kami mati dulu. Dan
pasti ditanya apa yang kita buat sebagai
khalifah dibumi Allah ini.  Datuk pun selalu
buka Quran kan. Cuba tunjukkan dimana ada
ayat yang kata, Malaysia dikecualikan dari
menjalankan hukum hudud, riba ok, arak ok,
judi ok, dsbnya. 
 
Datuk mungkin ada pangkat dan kedudukan
didunia. Tapi semua tu akan ditinggalkan. Yang
akan dibawa ialah amal2 Datuk yang banyak tu,
termasuk usaha datuk menekan guru2 dan
pelajar2 yang ingin kembali kepada Islam
seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan
Hadith. Datuk nak sekat ke datuk? Ingat Allah
ya datuk. 

Datuk tak takut kah dengan amaran Allah supaya
jangan condong kepada orang2 Zalim? 

Ya Allah Ya Tuhan kami, kau peliharalah hamba2
mu yang berjuang untuk mendaulatkan Agama mu
dibumi ini, termasuklah guru2 dan pelajar yang
mana Datuk ini nak suruh ambil tindakan. Dan
kau binasakanlah mereka2 yang menjadi musuhmu.
Aamiinnn Ya Rabbalalamin.

Untuk Datuk disini ada disertakan contoh kata2
pemimpin kesayangan Datuk:

Hukum rejam kepada penzina adalah primitif - 
(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb
Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim)

Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam
dilaksanakan - (Kenyataan Najib Razak pada
20hb April 1983 kepada para wartawan)

Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada
penzina dan potong tangan kepada pencuri,
nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan
kudung tangan.  Ini sangat memalukan umat
Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna
sifatnya dan boleh meneruskan kerja. -
(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada
wartawan).

Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas
yang sanggup memotong tangan orang jika hudud
dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz
akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok
apa yang berlaku selepas hukum itu nanti. 
(Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di
perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor)

Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam
sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana
mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau
sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak
sesuai dilaksanakan di negara ini yang
mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama. -
(Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar
Sabah).

Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang
diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan
hukum hudud. - (Kenyataan Mahathir kepada para
wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT
Umno)

Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana
masyarakat Malaysia bukan seratus peratus
Islam - (Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di
Pasir Mas Kelantan).

Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga
walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan
mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam
keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh
melemahkan lagi orang Islam mesti
dilaksanakan? - Ucapan Mahathir pada 3 Mac
1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri,
Kelantan)  

Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar
mendapat saksi yang tidak fasik. - (Ucapan
Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab,
Nilam Puri, Kelantan)

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan
jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan
politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan
kegelisahan rakyat apabila hukum hudud
dilaksanakan di negeri itu.  Rakyat harus
menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan
atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan
ketidakstabilan politik. Tidak semua negara
Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada
negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu. -
(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992
kepada para wartawan)

Ini pula kita dengar Nik Aziz berkata bahawa
perkataan Islam dalam PAS itu menolong
mengingatkan kita kepada Allah. Sebelum Nik
Aziz masuk PAS, dia tidak ingatkan langsung
kepada Allah SWT.  Saya dilahirkan jauh
sebelum PAS ditubuhkan pada 1952. Saya
dilahirkan pada tahun 1925 dan saya sudah tahu
(bukanlah pada tahun pertama lahir) tapi
apabila faham sikit, sudah tahu nama Allah. 
Saya faham saya adalah orang Islam. Tak payah
ada parti PAS pun. Nik Aziz.  Ini Nik Aziz
kononnya Tok Guru. Tak boleh guna nama lain,
kena panggil Tok Guru...Tok Guru apa?  Sanggup
mendakwa bahawa kerana ada PAS lah, maka kita
ingat kepada Allah.

Biarkan orang kata saya jaguh lompat. Mereka
boleh panggil saya Raja Katak supaya stress
mereka hilang.  Tetapi saya merayu agar mereka
jangan lagi menyerang Perdana Menteri, Dato
Seri Dr Mahathir. Beliau sudah terlalu banyak
berbakti kepada negara ini dan tidak pernah
melakukan sebarang dosa. - Ibrahim Ali.

PAS tidak lagi relevan jika UMNO telahpun
menegakkan hukum2 Allah. - T.G. Nik Aziz

-----------------

Empat sekolah agama di Perak hasut murid
Oleh Rasid Rahaman

IPOH, Rabu: Empat sekolah agama di Perak dikenal pasti menghasut muridnya membenci 
pemimpin kerajaan serta melarang pelajar mengikuti berita yang disiarkan televisyen.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Dr Abdul Malek 
Hanafiah, berkata dua sekolah itu di Taiping dan masing-masing satu di Bagan Serai dan 
Kampar.

“Siasatan masih dijalankan dan setakat ini kita belum bercadang memanggil 
pengetua atau guru besar sekolah itu untuk memberi keterangan kerana kita masih 
mengumpul bukti,” katanya.

Beliau berkata, guru agama terbabit dikatakan mengarahkan pelajar menutup televisyen 
ketika siaran berita dan mendakwa dua pemimpin tertinggi negara sebagai orang jahat.

“Apa yang dikesalkan kebanyakan sekolah agama terbabit mendapat bantuan kerajaan 
manakala elaun guru juga dibayar kerajaan, tetapi masih menjalankan kegiatan 
antikerajaan,” katanya kepada Berita Harian di sini, hari ini.

Beliau juga mengesahkan polis sedang menyiasat beberapa guru sekolah menengah dan 
rendah agama di negeri ini yang disyaki terbabit dengan kegiatan Kumpulan Militan 
Malaysia (KMM).

Abdul Malek berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai siasatan itu dan menyerahkan 
kepada polis untuk mengambil tindakan lanjut.

“Kita serahkan kepada polis. Kita tidak mahu kejadian di sekolah agama di Johor, 
berlaku di negeri ini,” katanya.

Baru-baru ini, Berita Harian melaporkan 12 tenaga pengajar termasuk mudir Sekolah 
Tarbiyah Islamiyah Luqmanul Hakiem di Sungai Tiram, Johor, ditahan untuk siasatan 
berkaitan kegiatan KMM.

Pihak berkuasa turut menutup sekolah itu yang hingga tahun lalu mempunyai 155 pelajar 
tahun satu hingga enam dengan semuanya tinggal di asrama.

Laporan itu turut memetik sumber polis sebagai berkata, 12 orang itu ditahan berikutan 
aduan Jabatan Pendidikan Johor mengenai kegiatan yang mencurigakan di sekolah 
berkenaan.

Berikutan itu, Jabatan Pendidikan Johor juga menolak permohonan pengurusan sekolah 
agama berkenaan untuk didaftarkan dan memulakan sesi persekolahannya awal tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Abdul Malek juga mengesahkan dua guru agama, iaitu 
seorang dari sebuah sekolah menengah agama di Ipoh dan seorang lagi dari Sri Manjung, 
ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (KDN) kerana terbabit dalam kegiatan 
KMM.

Dr Abdul Malek berkata, walaupun kumpulan ekstrimis yang bergerak di negeri ini kecil, 
kegiatan itu perlu dibendung segera.

“Kita tidak mahu mereka mempengaruhi murid dengan memainkan sentimen keagamaan 
dan perkauman sekali gus mencetuskan suasana tegang di negara ini,” katanya.


-- 

_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup

Win a ski trip!
http://www.nowcode.com/register.asp?affiliate=1net2phone3a



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke