*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TPM SEORANG YANG ANGKUH?
Assalamualalikum saudara webmaster,
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana di laman saudara saya telah
menemui profil si astora jabat yang mana sebelum ini saya telah menulis
kepada webmaster harakahdaily dan mahafiraun 2020 untuk mendapatkan makluman
berkenaan, namun sehingga kini tiada sebarang respon dari mereka.
Alhamdulillah saya menemuinya di laman saudara. Walaupun lambat saya puas
hati. Walau bagaimanapun tujuan asas yang saya ceritakan di sini adalah apa
yang berlaku pagi tadi di Kota Bharu.
Pada pagi ini 13 nov. 2000, TPM Abdullah Badawi melakukan lawatan kerja ke
negeri Kelantan. dua hari sebelum itu pihak JPP kelantan telah memaksa
jabatan saya menghantar seramai 20 orang kakitangan untuk menyambut TPM di
lapangan terbang dan di tempat perhimpunan di sebuah hotel 5 bintang di Kota
Bharu.
Di lapangan terbang berhimpun dan beraturlah semua ketua jabatan kerajaan
untuk menyambut beliau. apa yang mendukacitakan ialah acara beliau bersalam
dengan penyambut beliau. beliau bersalam dengan hanya hujung jari tanpa
memandang muka yang disalaminya. Sudahlah begitu beliau melangkau pula.
Maknanya bukan semua yang berbaris menyambutnya salam bersambut. Banyak yang
hampa dan merungut. Ini bukan cara seorang pemimpin yang berhemah dan
berwibawa. jauh dari sifat pemimpin Islam sejati, Melayu pun tidak.
Setibanya di hotel berkenaan rupanya bukan kakitangan kerajaan saja yang
dipaksa menghadirinya tetapi orang kampung juga diangkut dengan bas. Beliau
berjalan masuk dengan diiringi oleh beberapa orang pengiringnya tanpa menoleh
kepada hadirin. Sehingga di sini saya naik meluat dan terus pulang tanpa
mendengar ucapan beliau. Ramai yang mencaci dan menyumpah-nyumpah di luar
dewan.
Komen mereka, sekiranya inilah orangnya yang menjadi timbalan presiden UMNO
dan seterusnya presiden UMNO akan datang, UMNO tidak akan berupaya bangkit
dan bertempat semula di hati orang Melayu kecualilah kaki bodek dan
berkepentingan. untuk menawan Kelantan, jauh panggang dari api.
Khabarnya juga, selepas perjumpaan ini beliau akan ke daerah machang semata-
mata merasmikan mesyuarat PIBG sebuah sekolah agama. bayangkan seorang TPM
datang hanya untuk merasmikan mesyuarat PIBG
sekian, terima kasih.
wassalam.
kakitangan rakyat
Nota webmaster:
Waalaikum sallam...
Memang benar kata saudara. Di mana sahaja lawatan pemimpin kerajaan ini maka
surat pekeliling dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri meminta menyambut
mereka di mana sahaja. Keadaan ini berlaku di mana-mana dan terutama masa
kini, anggota perkhidmatan kerajaan sendiri begitu meluat menyambut
kedatangan pemimpin politik seumpama ini. Jika dalam ucapannya di Kota Bharu,
TPM mencabar kakitangan kerajaan supaya meletakkan jawatan seandainya mereka
tidak jujur mendokong kerajaan yang memerintah. Semakin lama semakin meluat
kita kepada mereka. Rakyat diajak bermusuhan. Bilakah mereka mendokong
prinsip perdamaian dan perpaduan sesama rakyat?
-----------------------------------------------------
Get your FREE email from Catcha! http://mail.catcha.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]