*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu'alaikum, Kenapa agaknya kekadang sukar untuk kita berkata TAK BOLEH? Apakah ada kaitan dengan didikan orang kita untuk sentiasa mengambil hati orang, walaupun hati sendiri tak senang. Betapa susahpayah kita cari beribu alasan. Misalnya; kalau dah lebih 90% penduduk sesuatu kawasan tu terdiri dari orang2 Islam, katakanlah saja TAK BOLEH bina gereja disitu sebab boleh mengganggu sensitiviti orang Islam - carilah tempat lain. Misalan lagi; di sepuluh malam akhir ramadhan, TAK BOLEH buat pesta mabuk2 secara terbuka sebagai menghormati orang2 Islam. Satu lagi misal; casino TAK BOLEH wujud dalam sebuah negara yang dikatakan negara Islam (negara jiran yang bukan Islam pun tidak ada). Dan berbagai misal lagi.... Dalam pemilihan pucuk pimpinan pun mereka dinasihatkan TAK BOLEH calunkan 2 tempat teratas. Sehinggakan pengajur Lompatan South Pole pun tak sanggup kata Malaysia TAK BOLEH lompat seperti dirancang. Sejak bila agaknya sikap tak boleh berkata "tak boleh" telah disemaikan dalam kepala kita Inilah yang teman dok tengah korek cari - sejak bila? Supaya generasi kita nanti dengan berani akan berkata boleh jika boleh dan tak boleh jika "tak boleh". Sekian. ----------------------------------------------------- Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]