*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
May 03 , 2002 14:46PM


Tarif Air Di Negeri Sembilan Naik Antara 30 Hingga 100 Peratus
 
  SEREMBAN, 3 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri hari ini mengumumkan tarif
air baru yang bertambah antara 30 hingga 100 peratus berkuatkuasa 1 Mei
lepas. 


Bagi kategori domestik, kenaikannya ialah antara 38 hingga 65 peratus,
industri ( 50 hingga 60 peratus), bangunan kerajaan ( 60 peratus), kolam
renang (30 peratus), ternakan/ladang (44 peratus), dan pukal/sementara
sebanyak 100peratus. 

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Asas
negeri Datuk Darus Salim Bulin di pejabatnya di sini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) Mohd Tajul
Urus Tajuddin.
Bagaimanapun, bagi kategori rumah ibadat/amal, tarif air tidak dinaikan dan
kekal pada paras 20 sen bagi satu meter padu (1m3).

Beliau berkata bagi penggunaan sehingga 20m3, tarif dinaikkan sebanyak 38
peratus manakala penggunaan antara 20m3 hingga 35m3, dinaikkan 55 peratus
dan penggunaan melebihi 35m3 dinaikkan 65 peratus bagi kategori domestik.

Sebelum kenaikan itu, tarif bagi penggunaan hingga 9m3 ialah 40 sen tetapi
selepas kenaikan, ia menjadi 55 sen bagi penggunaan sehingga 20m3, katanya.
--BERNAMA 

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke