*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenyataan Isa dan Mahathir bercanggah. Isa kata
pengundi di Teluk Kemang tak ramai yg keluar. Itu
sebab undi BN merosot. Yang Mahathir pulak buat ulasan
dari Jepun yg BA gunakan isu perkauman. Betul ke? Apa
pengundi Cina di Lukut tu perkauman ke bila mereka
memenangkan Ruslan , seorang Melayu di kesemua peti
undi di bawah DUN Lukut? 

Walau apa pun celoteh Isa dan Mahathir, mari kita
tengok sebentar beberapa angka yg bakal menggerunkan
Isa Samad. Ini berdasarkan andaian awal beliau
sendiri, iaitu bilangan pengundi yg tak ramai keluar
mengundi..

Keputusan pilihanraya 1999, BN memperolehi undi
sebanyak 27112 manakala BA meraih undi sebanyak 17528.
BN menang dengan majoriti 9942 undi.

Pilihanraya kecil 2000, BN meraih undi sebanyak 24500
manakala BA meraih 18528. BN menang dengan majoriti
5972 undi.

Kita perhatikan keputusan ini berdasarkan andaian dari
Isa Samad bahawa ramai pengundi tidak keluar.

Senario 1

Jika ramai pengundi tidak keluar, dan sokongan rakyat
di Teluk Kemang masih sama, maka undi BN yang merosot
dari 27112 ke 24500 pasti menimpa 
BA. Oleh itu , BA sepatutnya hanya meraih undi
sebanyak 15516.

Senario 2

Jika pengundi yang keluar memilih BA, dan jumlah sama
masih memilih BN, maka pertambahan sebanyak 1358 undi
kepada BA pasti diperolehi sama 
oleh BN bagi mengekalkan jumlah majoriti sebanyak
9942.  Oleh itu BN sepatutnya memperolehi undi
sebanyak 28470.

Senario 3

Jika pengundi menolak BA, masakan undi BA boleh
bertambah sebanyak 1358.

Senario 4

Jika pengundi memilih BN, masakan undi BN merosot
sebanyak 3978.


Senario 5

Jika pengundi, ada yang menolak BN, dan ada yang
memilih BA, maka jumlah keseluruhan undi yang memihak
kepada BA sepatutnya ialah :

1. Jumlah bertambah BA dicampur dengan jumlah
berkurang BN.

atau

2. Jumlah berkurang BA dicampur jumlah bertambah BN.

Jumlah bagi 1 dan 2 dicampur kepada undi semasa BA dan
BN.

Jumlah 1 ialah 1358+3978 = 5328.
Jumlah 2 ialah  0 -3978 = -3978 (negatif)

Jumlah sebenar undi ialah : undi semasa BA campur
jumlah 1, manakala bagi BN jumlah semasa BN campur
jumlah 2 (negatif).

Oleh itu, jumlah sebenar undi BA ialah
18528+5328=23856.Jumlah sebenar undi BN ialah
24500-3978=20522

BA sebenarnya menang moral sebanyak 23856-20522 = 3064
undi.

Cuba congak sekali lagi. Pasti kemenangan memihak
kepada BA.Hantarkan kiraan anda kepada Isa Samad dan
rakan-rakan. Pasti dia terkejut beruk bila anda
kemukakan perkiraan ini. Kesemuanya berdasarkan
andaian awal oleh beliau sendiri.

Senario 6

Jumlah majoriti BN tahun 1999 =9942
Jumlah majoriti BN tahun 2000=5972
Undi merosot = 3970
Undi BA bertambah = 1358

Undi moral BA bertambah sebanyak 1358+3970=5328

Ini bermakna, 3970 orang menolak BN berbanding
pilihanraya 1999, dan 1358 bertambah menyokong BA. Ini
belum mengambil kira jumlah undi pos dan 
undi rosak. Sekali lagi depa tak berani nak
gebang............

Wassalam


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
http://photos.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pak EnGkU <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke