*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AS ambil kesempatan dari serangan untuk burukkan Islam - Tidak ada bukti Osama terlibat

http://detik.daily.tripod.com/septa/28sept_2.htm

Oleh : HARIS ZALKAPLI


Reaksi ramai

Masyarakat dunia sebenarnya sudah tidak lagi mampu menahan rasa benci terhadap 
kesombongan Amerika Syarikat (AS) yang bertindak sebagai polis dunia, termasuk mereka 
dari dunia barat, jelas Prof Dr Mohammad Redzuan Othman, pakar sejarah dan politik 
Timur Tengah dari Universiti Malaya. Disebabkan itu, tragedi yang menimpa New York dan 
Washington 11 September lalu walaupun mendapat simpati dari sebahagian besar warga 
dunia, bukan sedikit jumlah mereka yang mengatakan memang patut AS menerima balasan 
atas apa yang telah dilakukan selama ini. Beliau memberi contoh dalam rancangan 
Question Time siaran Perbadanan Penyiaran British (BBC), seorang yang hadir di studio 
menegaskan AS merupakan negara paling dibenci di dunia. Reaksi seperti itu bukanlah 
asing di seluruh dunia hari ini walaupun perkara ini jarang dibicarakan secara 
berleluasa, kata Dr Redzuan. “Mereka yang melakukan tindakan itu merupakan orang yang 
benar-benar desperate kerana sudah tidak nampak cara lain untuk melawan AS!
 yang menguasai dunia hari ini,” kata Dr Redzuan.

Sasaran-sasaran serangan tempoh hari merupakan lambang-lambang keagungan negara kuasa 
besar itu. “Bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) itu juga merupakan lambang keagungan 
tamadun AS, seperti juga bangunan Pentagon yang menjadi lambang kekuatan ketenteraan 
AS sebagai kuasa besar dunia,” terang Dr Redzuan. Menurut Dr Redzuan, hanya satu 
lambang AS yang terselamat dari serangan, iaitu White House dan Capitol Hill yang 
menjadi lambang pemerintahan AS. Dunia Barat melihat monumen seperti itu sebagai 
lambang kehebatan sesebuah tamadun. Dalam sejarah, ada diceritakan bahawa negara Mesir 
menjadi impian banyak negara seperti Perancis di bawah pimpinan Napolean kerana 
kewujudan Piramid yang dianggap lambang kemajuan tamadun Mesir, iaitu sebuah tamadun 
yang berusia 4,000 tahun. Pada mereka, sesiapa yang dapat menawan Mesir merupakan 
bangsa yang hebat kerana dapat menakluk sebuah tamadun yang berusia 4,000 tahun. Dr 
Redzuan berkata, mereka yang melakukan serangan itu melakukannya untuk me!
nunjukkan sesuatu. Tidak akan ada mereka yang mahu mati begitu sahaja. Perkara seperti 
sikap AS membuli negara-negara lain dan sokongannya kepada negara seperti Israel 
merupakan antara yang perlu dilihat oleh AS kerana ia menjadi punca perasaan benci 
masyarakat dunia kepada kuasa besar itu.

Setiap kumpulan memiliki pengkhusususan

“Setiap kumpulan yang melakukan serangan ke atas kepentingan-kepentingan Israel dan AS 
memiliki pengkhususan mereka tersendiri. Kumpulan Osama, al-Qaidah tidak memiliki 
kepakaran merampas kapal terbang,” tegas Dr Redzuan. Osama mungkin terlibat dengan 
pengeboman kedutaan AS dan sebagainya tetapi bukan serangan ke atas WTC di New York 
dan Pentagon di Washington. Dakwa beliau, begitu juga kumpulan-kumpulan seperti Hamas 
dan Hizbullah sebagai kumpulan yang berjuang atas prinsip Islam. Mereka tidak 
menganggap tindakan 11 September itu sebagai satu tindakan jihad kerana ia melibatkan 
ramai orang awam. Hamas hanya menganggap mereka yang datang ke Israel sebagai musuh. 
Kumpulan ini juga hanya beroperasi di Tebing Barat dan Gaza, iaitu wilayah yang 
diduduki oleh rejim Zionis untuk membebaskannya. Manakala Hizbullah hanya beroperasi 
di Selatan Lubnan, wilayah yang ditawan dan dikuasai Israel melalui tentera proksi 
mereka, Tentera Lubnan Selatan (SLA) sebelum dibebaskan oleh Hizbullah.

Dr Redzuan menegaskan, organisasi tersusun seperti yang digambarkan media Barat dan 
turut disiarkan media tempatan merupakan satu usaha untuk memperlihatkan kumpulan 
al-Qaidah sebagai sebuah kumpulan yang berupaya melakukan apa yang dituduh AS. “Kalau 
benar seperti yang digambarkan, Osama telah lama bejaya menghancurkan Israel,” kata Dr 
Redzuan. Menurut beliau, AS sememangnya akan menggambarkan musuh mereka sebagai 
gergasi yang mempunyai kekuatan dan cita-cita yang begitu besar apabila ia hendak 
bertindak memusnahkan negara atau pertubuhan berkenaan. “Seperti ketika Perang Teluk 
dahulu. Arab Saudi dan negara Arab lain bersedia membantu AS untuk menyerang Iraq 
kerana percaya dengan amaran AS bahawa Iraq berhasrat menakluk Arab Saudi dan 
menguasai semua sumber minyak di rantau itu. Sebenarnya, Iraq tidak pernah bercadang 
untuk menakluk Arab Saudi,” jelas Dr Redzuan.

Dr Redzuan menyatakan, rampasan kapal terbang tempoh hari sebenarnya tidak memerlukan 
penglibatan begitu ramai seperti yang diperlihatkan oleh Biro Siasatan Persekutuan 
(FBI) dengan tangkapan hampir dua ratus orang. “Sebenarnya tidak perlu mereka 
menyertai kursus penerbangan dan segala perancangan seperti yang diperlihatkan oleh 
AS,” kata Dr Redzuan. “Apa yang saya nampak dari tindakan Presiden George W Bush 
hendak menyerang Afghanistan dan Taliban serta menuduh Osama terlibat ialah AS sedang 
cuba memburukkan Islam,” tegas beliau lagi. Beliau juga menjelaskan, awal-awal lagi 
Osama telah dituduh sedangkan siasatan belum bermula. Mereka yang ditangkap juga 
kesemuanya terdiri dari orang Arab dan Islam. Jelas bahawa AS melaksanakan hukuman 
kepada mereka yang tidak bersalah dan mengambil kesempatan dari peristiwa ini untuk 
memburukkan Islam di peringkat antarabangsa dengan mengaitkan Islam dengan keganasan. 
Fenomena seperti ini, jelas Dr Redzuan pernah berlaku pada tahun 80an selep!
as pengeboman sebuah disko di Berlin, Jerman. Presiden Ronald Reagan terus mengebom 
Libya sehingga menyebabkan kematian orang awam. Selepas itu dakwaan AS bahawa Libya 
terlibat dengan pengeboman itu nyata meleset. “Memang jelas AS ingin mengaitkan 
keganasan dengan Islam,” tegas Dr Redzuan.

Kesan dari pergolakan Timur Tengah

Rejim Zionis pimpinan Ariel Sharon dari parti Likud juga telah memulakan satu dasar 
yang amat berbahaya kepada Israel sendiri kerana akan menjadikan perjuangan rakyat 
Palestin, termasuk golongan yang berfahaman Marxist, menjadi lebih radikal. Penyatuan 
atas nama rakyat Palestin turut menjadi lebih mudah, menurut seorang penganalisis, 
Mustafa Barghouti. Sharon merupakan pemimpin pertama Israel yang menjalankan dasar 
membunuh pemimpin politik dengan mengunakan tentera. Abu Ali Mustafa atau Mustafa 
Zibri, pemimpin Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP), yang menggantikan 
pemimpin sebelum ini yang juga pengasas kumpulan Marxist itu George Habash pada Julai 
2000, merupakan mangsa pertama dasar ini dan pemimpin tertinggi Palestin yang dibunuh 
rejim Zionis. Beliau juga ialah pemimpin tertinggi pertubuhan Palestin yang dibunuh 
selepas Abu Jihad dibunuh pada 1988. Sebagai seorang pemimpin pertubuhan politik, 
beliau dianggap rakyat Palestin sebagai bukan sasaran yang sah bagi t!
entera Israel, tetapi Israel menganggap sebaliknya dan enggan meminta maaf.

Pembunuhan Mustafa pada 26 Ogos lalu telah membangkitkan kemarahan rakyat Palestin 
tanpa mengira fahaman. Pembalasan dendam terhadap Israel merupakan satu agenda paling 
penting bagi sejumlah besar rakyat Palestin, terutama di kalangan PFLP. Rabah Muhana, 
seorang pemimpin PFLP menjelaskan sentimen ini, “Selepas jenayah ini, setiap warga 
Israel dan setiap pemimpin Israel mesti merasakan bahawa mereka menjadi sasaran. 
Pembunuhan seorang pemimpin Palestin, seorang pemimpin Arab, tidak akan dibiarkan 
tanpa hukuman.” Dr Redzuan menegaskan, “Bayangkan, pemimpin tertinggi mereka mati 
dibunuh. Tentu sekali mereka berasa marah dan ingin membalas dendam.” Kumpulan Islam 
Hamas juga menegaskan pembunuhan itu merupakan satu perisytiharan perang. 
Walaubagaimanapun, dasar yang dinamakan “active defense” dan “targeted killings” ini 
tidak di kecam oleh AS. Dilaporkan dalam sebuah akhbar Israel, Setiausaha Negara AS 
Colin Powell dalam surat beliau bertarikh 17 Ogos kepada Ahli Kongress John Cony!
ers berkata “targeted killings” dengan menggunakan senjata buatan AS oleh Israel tidak 
menyalahi undang-undang AS. Akta Kawalan Eksport Senjata (AECA) menyatakan senjata 
tersebut hanya boleh digunakan dalam pertahanan diri yang sah. “Selama Israel 
melakukan keganasan, tidak pernah AS mengecam perbuatan itu,” jelas Dr Redzuan lagi.

Mungkin PFLP?

PFLP menurut Dr Redzuan kini berhasrat membalas dendam di atas kematian Mustafa dan 
hanya kumpulan ini memiliki kepakaran merampas kapal terbang. “Kita tengok dalam 
peristiwa rampasan empat buah kapal tebang penumpang pada tahun 1970. Mereka cuba 
merampas lima buah kapal terbang penumpang – tetapi satu cubaan gagal -- dan meminta 
rakan-rakan mereka yang ditahan di penjara dibebaskan.” 

http://detik.daily.tripod.com/septa/28sept_2.htm

Seorang komander PFLP, Leila Khalid telah ditahan di Britain setelah rampasan mereka 
gagal. Dan peristiwa itu menimbulkan satu krisis antarabangsa yang amat kompleks. 
Pihak PFLP telah meletupkan kapal terbang yang dirampas di sebuah padang pasir di 
Jordan untuk menunjukkan kesungguhan mereka. Setelah rundingan dijalankan dengan 
kerajaan Britain, akhirnya Leila dibebaskan pada 30 September. Menurut Leila dalam 
satu wawancara dengan BBC, tujuan rampasan itu ialah untuk “meletakkan perjuangan 
Palestin di hadapan pendapat antarabangsa” dan taktik yang digunakan itu didakwa 
berjaya menyampaikan mesej mereka kepada dunia. Kemungkinan mereka menukar taktik 
berunding kepada apa yang berlaku pada 11 September lalu, kata Dr Redzuan. Beliau juga 
menyatakan bahawa matlamat PFLP dalam misi seperti itu ialah publisiti maksimum dengan 
kemusnahan yang juga maksimum. “Memang inilah taktik yang mereka gunakan sejak 
dahulu,” tegas Dr Redzuan. Antara buku yang menceritakan kumpulan ini ialah Blac!
k September, Its Short, Violent History oleh Christopher Dobson yang diterbitkan di 
London pada tahun 1974.

Sebab nama kumpulan ini telah lama tenggelam ialah kerana mereka telah lama tidak 
merampas kapal terbang dan mengambil tebusan, jelas Dr Redzuan. Mereka pernah membuat 
keputusan taktik seperti ini menjatuhkan imej Palestin dan berhenti melakukannya 
seketika. Tetapi sekarang ini mereka melakukannya semula kerana hanya taktik ini yang 
berkesan untuk menarik perhatian dunia. Rakyat Palestin melihat AS sebagai musuh 
mereka kerana hanya AS negara yang menyokong sepenuhnya rejim Zionis. Dalam satu 
wawancara sebelum beliau dilantik mengetuai PFLP, Mustafa ada menegaskan, “Kami 
percaya bahawa rakyat Palestin, yang berada di diaspora dan yang dijajah, mempunyai 
hak berjuang menggunakan semua cara, termasuk perjuangan bersenjata, kerana kami fikir 
konflik itu tidak berubah dan cara dan taktik boleh berubah.” Menurut Dr Redzuan, 
kumpulan ini menganggap bulan September sebagai bulan balas dendam, dan menggelarkan 
diri mereka Black September. Pada bulan September 1972, mereka membunuh 11 o!
rang atlet Israel dalam satu peristiwa tawanan tebusan di perkampungan Olimpik Munich, 
Jerman. Pada tahun 1993, PFLP keluar dari pakatan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) 
dan menyertai sebuah kumpulan yang berpangkalan di Syria, Perikatan Pasukan Palestin 
(APF) yang menentang sepenuhnya rundingan damai Oslo. Kemudian, pada 1996, PFLP dan 
Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin (DFLP) keluar dari APF.

AS cuba sorok kelemahan?

AS memperbesar-besarkan ancaman kumpulan Osama untuk memperlihatkan bahawa musuh yang 
mereka hadapi itu kuat, disamping untuk memperlihatkan perisikan AS tidak gagal, 
terang Dr Redzuan. “Kerana kalau benar PFLP sebuah kumpulan kecil yang dianggotai 
hanya lebih kurang 300 orang ahli aktif yang melakukan serangan itu, memang perisikan 
AS nampak lekeh benar kerana tidak dapat mengesan perancangan itu,” kata beliau. Dan 
disebabkan itu juga ratusan orang ditangkap untuk memperlihatkan penglibatan dan 
perancangan yang begitu rapi oleh sebuah organisasi yang hebat. Dr Redzuan juga 
menerangkan, AS sebenarnya mengetahui bahawa bukan Osama yang melakukan serangan 11 
September itu kerana modus operandi kumpulan Osama tidak kena langsung dengan apa yang 
berlaku. Tetapi kerana disebabkan niat jahat untuk memburukkan Islam, Osama dan 
Taliban dijadikan sasaran. PFLP tidak langsung timbul di media AS sejak 11 September 
lalu.

Selain itu, disebabkan kumpulan ini akan turut menimbulkan isu Palestin, ia tidak 
ditimbulkan media AS kerana dosa AS di Palestin disebabkan sokongannya kepada Israel 
begitu besar. Serangan yang dirancang ke atas Afghanistan dan Taliban akan dapat 
mengalihkan tumpuan dunia dari isu Palestin. “Kemungkinan setelah Afghanistan habis 
diserang, akan ditimbulkan kumpulan ini,” kata Dr Redzuan. Osama dan Taliban telah 
lama dijadikan sasaran oleh AS melalui media barat terutamanya. Pendapat umum dunia 
juga ketika ini sebahagian besar tidak menyebelahi kerajaan Taliban dan Osama, dan 
kempen media AS memainkan peranan besar dalam perkara ini. Oleh itu, Taliban 
sememangnya sasaran yang paling sesuai untuk AS mencari musuh untuk dikambing hitamkan.

Persoalan Palestin perlu diselesaikan

Dr Redzuan menegaskan, pengajaran paling penting yang perlu diambil dari peristiwa 11 
September itu ialah isu Palestin perlu diberi perhatian oleh masyarakat dunia. Kata 
beliau lagi, selama lebih 50 tahun masyarakat dunia telah bersikap tidak adil dan 
seolah-olah memjam mata terhadap penderitaan rakyat Palestin. “Isu Palestin merupakan 
isu besar yang tidak dapat diselesaikan oleh masyarakat dunia,” kata Dr Redzuan. Dalam 
hal ini, tegas beliau, AS perlu bersikap jujur dan ikhlas mencari penyelesaian yang 
saksama. Pihak lain yang dihukum oleh AS seperti diktator Manuel Noriega, Jepun dan 
sebagainya pernah menzalimi orang lain, kata Dr Redzuan. Disebabkan itu, apabila 
mereka ditimpa kecelakaan, seperti bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, ada yang 
berpendapat itu sebagai balasan di atas perbuatan mereka terhadap orang lain. Tetapi, 
kata Dr Redzuan, Palestin tidak pernah menzalimi orang lain dan ramai masih tidak 
bersimpati kepada mereka. Sudah tiba masanya masyarakat dunia membuka!
 mata terhadap isu Palestin. Ini kerana isu Palestin sangat jelas kepada semua.

“Memang ramai dari masyarakat dunia, terutama rakyat Palestin yang amat kecewa kerana 
penderitaan mereka, permintaan dan rayuan mereka dianggap remeh oleh negara-negara 
yang maju seperti AS,” jelas Dr Redzuan. Beliau menambah, rakyat Palestin cuba 
berdamai melalui rundingan tetapi AS tidak menunjukkan kesungguhan untuk membantu 
mereka. Sebaliknya, bantuan berterusan diberikan kepada Israel. “Israel dengan begitu 
sahaja boleh membunuh beribu-ribu rakyat Palestin tetapi tidak ada tindakan dari AS. 
Jika benar PFLP yang melakukannya, jelas sekali bahawa rakyat Palestin sudah begitu 
terdesak dan tidak sanggup lagi menghadapi kezaliman yang ditimpakan setiap hari, kata 
beliau. Dr Redzuan juga menjelaskan, sepatutnya ada soul searching oleh AS untuk 
mencari sebab kenapa mereka begitu dibenci, dan sepatutnya juga mereka menilai kembali 
apa yang telah mereka lakukan di seluruh dunia.

http://detik.daily.tripod.com/septa/28sept_2.htm

PENERBITAN PEMUDA 24G, 
Jalan 4/21D, Medan Idaman, 
Gombak, 53100 
Kuala Lumpur 
Tel : 03-40243530 
Faks : 03-4630372 
[EMAIL PROTECTED]









 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke