TUDUHAN MENJADI KENYATAAN Oleh PENA SUASA SEMUA pengikut ruangan reformasi, ingin saya menarik perhatian terhadap satu artikel di ruangan Warkah Terbuka Majalah Editor Suria Janib keluaran Mei, yang gambar muka hadapannya, Peguam Sulaiman Abdullah, Presiden Majlis Peguam di muka surat 42 bertajuk Grand Design Jatuhkan PM. Tulisan itu tidak ada siapa yang peduli, mungkin. Tetapi, kini ada beberapa perkara yang diperkatakan menjadi kenyataan. Saya petik dan minta semua membaca balik tulisan itu dan lihat sendiri betapa ‘surat layang’ kadang-kadang membawa mesej yang betul. TERLEBIH dahulu saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad kerana kejayaan BN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sanggang, Pahang dalam pilihan raya kecil 1 April 2000 yang lalu. Kemenangan ini hendaknya tidak menjadikan pemimpin Umno di semua peringkat leka dan seronok hingga menyebabkan nanti kalah pula dalam pilihan raya di tempat-tempat lain. Ingin saya menarik perhatian YAB Dato’ Seri mengenai mesyuarat Umno Bahagian Bandar Tun Razak yang diputuskan Jawatankuasa Teknikal untuk digantung. YAB Dato’ Seri perlu tahu bahawa ini merupakan satu percubaan untuk ‘menurunkan’ YAB Dato’ Seri dari kerusi Presiden Umno dan Perdana Menteri bagi menjayakan grand design yang dibuat beberapa kerat manusia yang rakus, gelojoh, tidak sayang kepada parti dan negara. Cakap-cakap ini sudah tersebar. Ia terbahagi kepada tiga perkara dan langkah pertamanya menjadikan Umno Bahagian Bandar Tun Razak sebagai testing ground . Jika berjaya, bermakna mudahlah langkah serupa dibuat di tempat-tempat lain kelak. Pertama: Ini penggal terakhir YAB Dato’ Seri. Maka penggal ini bila akan berakhir? Masing-masing mahu menyiapkan diri untuk menjadi orang Abdullah Ahmad Badawi. Mereka percaya jika Abdullah menjadi Timbalan Perdana Menteri lebih dari tiga tahun, nasib dia akan menyamai nasib Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim. Kedua: Pilihan raya umum akan datang dijangka akan diadakan dalam tahun 2004. Bilakah Dato’ Seri akan menyerahkan tugas sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno kepada Abdullah kerana jika terlalu suntuk, dikhuatiri Abdullah tidak sempat memperbaiki Umno yang sudah rosak teruk. Ketiga: Masing-masing bercita-cita hendak menjadi Menteri, Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri ketika Abdullah menjadi Presiden Umno. Ini peluang baik kerana boleh mencari kekayaan dengan jawatan-jawatan itu setelah pada zaman Dato’ Seri ia tidak dapat dinikmati. Di sini peranan Tengku Adnan Tengku Mansor dimulakan. Dia rasa dia cukup berkuasa dengan wang yang banyak hasil perniagaan judinya. Diupahnya beberapa orang untuk membuat sesuatu dan nampaknya berjaya. Dia mula naik seronok dan terus melakukannya. Dahulunya, dia menaja pencetakan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM. Dia fikir kerana buku tajaannya itulah yang menyebabkan Anwar jatuh. Maka dia rancang kerja-kerja seperti ini untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang dia hendak. Baru-baru ini dia upah seorang penulis menulis artikel bertajuk Bila Lagi Mahathir Nak Sedar. Dicetak dalam bentuk majalah. Kononnya penulis itu bernama Zaharin Mohd Yassin tetapi itu hanya lakonan. Penulisnya orang lain. Majalah ini dihantar percuma dan sebahagiannya dijual secara terbuka. Banyak yang tidak laku daripada yang laku. Tetapi sedikit sebanyak, ia berjaya membuatkan perkara ini menjadi topik perbualan ahli-ahli Umno. Tengku Adnan yakin jika dia dapat menjatuhkan Dato’ Seri, maka Abdullah Ahmad Badawi akan naik jadi Perdana Menteri. Waktu itu, dia yang terkenal sebagai “orang yang ada duit’ akan ‘ugut’ Abdullah supaya melantiknya menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan tentunya berjawatan Menteri melalui kerusi Senator. Dato’ Seri, mereka yang disuruh Tengku Adnan yakin jika dia dapat menjatuhkan Dato’ Seri, maka Abdullah Ahmad Badawi akan naik jadi Perdana Menteri. Waktu itu, dia yang terkenal sebagai “orang yang ada duit’ akan ‘ugut’ Abdullah supaya melantiknya menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan tentunya berjawatan Menteri melalui kerusi Senator. Apa logiknya dia menjadi Setiausaha Kerja Umno dengan kedudukannya sebagai seorang taukeh judi terkenal? Tentulah ada motifnya dan orang ini; Zaharin yang digajikannya sibuklah menjaja nama Tengku Adnan sebagai hero yang berjaya menjatuhkan Anwar dan selepas ini, akan menjatuhkan Dato’ Seri. Dato’ Seri, mereka yang disuruh oleh Tengku Adnan sibuk membawa cerita bila lagi….bila lagi Dato’ Seri akan berundur. Penggal terakhir itu bila akan berakhir? Dan mereka menyanyikan lagu supaya YAB Dato’ Seri berundur sekarang supaya memberi cukup masa kepada Abdullah memperbaiki parti yang kononnya dirosakkan oleh YAB Dato’ Seri. Orang bernama Zaharin ini hanya bernilai RM100. Kadang-kadang RM50 pun cukup. Dia buat kerja merosakan perjalanan mesyuarat Umno Bahagian Bandar Tun Razak kerana dijanjikan akan menjadi salah seorang orang penting dalam Umno bahagian itu tahun depan. Dia juga ada meminta Rm20,000 (Ringgit : Dua Puluh Ribu sahaja) daripada Tamunif tetapi Tamunif tidak melayan permintaannya. Kabinet bayangannya ialah Ketua, Datuk Rahim Baba, Timbalan, Datin Zawiyah Ismail dan Naib, orang ini sendiri. Ketua Pemuda, Rizalman Dato’ Mokhtar dicadangkan. Jadi, dalam pergolakan Umno bahagian ini, Dato’ Mokhtar Samad pun ada main peranan kerana mahu menjayakan hasratnya meletakkan anaknya menjadi ketua pemuda dan isteri ketiganya sebagai timbalan ketua bahagian. Baru-baru ini, orang ini asyik berdua-duaan dengan Rahim Baba. Kaitan dengan Tengku Adnan ialah supaya Rahim Baba tunduk kepadanya jika dia dikehendaki menyokong Tengku Adnan menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan kelak. Mengapakah laporan yang disediakan Pengerusi Perhubungan Dato’ Seri Dr. Suleiman Mohamed boleh diketepikan? Bukankah ini bertujuan memalukannya dan menjatuhkan reputasinya dalam suasana parti menghadapi pemilihan! Selagi YAB Dato’ Seri ‘simpan’ manusia keturunan Acheh yang bersifat seperti buluh rencong sebagai Setiausaha Kerja Umno, selagi itulah ahli-ahli Umno akan terkena miang buluh itu. Dia tidak mempunyai perasaan sayangkan parti. Itulah sebabnya digunakan seorang AJK Umno Bahagian Bandar Tun Razak yang pernah berucap di atas pentas keADILan bersama-sama Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai ‘alat’ untuk menumbuk Setiausaha Umno Bahagian dan membuat kekecohan dengan pelbagai cara. Hari ini Bahagian bandar Tun Razak jadi mangsa, esok bahagian-bahagian lain pulak. Dia duduk di ibu pejabat parti bersama-sama Tan Sri Khalil Yaakob yang pernah menjadi ketua kepada kumpulan yang bergelar team wawasan ketika menentang Tun Ghafar Baba dahulu untuk menyusun dan mengatur grand design menjatuhkan YAB Dato’ Seri dari kerusi Perdana Menteri dan Presiden Umno. Tahukah YAB Dato’ Seri bahawa kepimpinan Umno Bahagian Bandar Tun Razak amat kecewa dengan penggantungan mesyuarat perwakilan ini? Mengapakah mereka tidak dihormati? Mereka semua menang kerana dipilih perwakilan bahagian. Mereka bukan dapat kerusi itu secara percuma. Hormatilah mereka walaupun Tamunif memang bukan penyokong YAB Dato’ Seri. Jangan kerana dia bukan penyokong Dato’ Seri maka aduan mereka tidak diterima. Abdullah Ahmad Badawi akan menuding jari mengatakan Dato’ Seri mengarahkan penggantungan itu jika dia didesak nanti. Abdullah seorang yang buat-buat tegas tetapi tidak mempunyai karisma untuk berhadapan dengan masalah. Jiwanya hari ini sentiasa digambarkan bakal Perdana Menteri dan takut juga kalau dia pun senasib dengan Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim. Itulah sebabnya, saban hari ada sahaja orang bertanya; “Bila lagi…bila lagi PM nak berhenti.” Tengku Adnan tentunya rasa dirinya hebat kerana; Anwar boleh dijatuhkan. Umno Bahagian Bandar Tun Razak boleh digantung dan kini, Mahathir mestilah diusir dari kerusi itu kerana Abdullah perlu mempunyai masa yang cukup untuk memperbaiki Umno. Nantinya dia akan bercakap PM yang suruh gantung bahagian ini kerana Tamunif penyokong Tengku Razaleigh. PM memang tak suka Tamunif. Rahim Baba tentu seronok kerana dia berdendam macam orang gila talak. Nak jadi ketua bahagian semula. Terpulanglah kepada YAB Dato’ Seri untuk mempercayai cerita saya ini. Tiada tempat lain yang harus saya sampaikan aduan selain dari YAB Dato’ Seri. Dato’ Seri mempunyai ‘kuasa’ untuk menyelamatkan parti atau sebaliknya. YAB Dato’ Seri sahajalah yang dapat memutuskan sama ada perlu atau tidak Tengku Adnan dikekalkan sebagai Setiausaha Kerja yang tentunya tahu banyak rahsia parti dan kebanyakkan diketahui Zaharin. Tengku Adnan sering mendakwa Dato’ Seri tak berani buat apa-apa dengan dia sebab dia yang tolong Dato’ Seri memecat dan memalukan Anwar Ibrahim. Dia juga mendakwa, kalau dia dipecat, dia akan bocorkan rahsia konspirasi menjatuhkan Anwar kepada umum. Zaharin yang banyak duit sekarang, hasil dari Tengku Adnan dan perkongsian dengan sahabatnya Musli dari Sabah berjalan ke serata tempat mendabik dada; “Akulah yang menggantung Umno Bahagian Tun Razak.” Dato’ Seri jangan meminta Setiausaha Politik Satu Dato’ Seri menyiasat perkara ini kerana Dato’ Mohd Johari Baharom ini adalah ‘budak suruhan’ Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Dato’ Abdul Ghani Othman. Dato’ Mohd Johari cukup kaya sekarang hasil ‘bekerja’ di bawah tiga ‘orang besar ini’. Dia tidak akan dapat jawapan yang benar kerana kesetiaannya lebih kepada ‘wang’ dari tiga orang besar ini. Siasatlah sendiri seperti mana Dato’ Seri pernah siasat tuduhan terhadap Anwar Ibrahim. Saya percaya siasatan YAB Dato’ Seri lebih berkesan dari siasatan Setiausaha Politik. NOTA: Hari ini Tengku Adnan sudah dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan. Khabarnya, mereka sedang merancang untuk bertanding sebagai calon BN di Parlimen Titiwangsa dalam pilihan raya umum akan datang. Kita sama-sama tengok ‘krisis’ dalaman Umno yang tidak pernah didedahkan media massa arus perdana. |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada [EMAIL PROTECTED] |
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!