*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

Bab  Dua:    Halim  Saad  Pinjam,  Lembaga KWSP Diam. 

(diciplak terus  daripada Halim  Saad  Pinjam  RM78  juta  
Dari  KWSP)  

ms.29-35. 

Tan  Sri  Abdul Halim  Saad  merupakan  tokoh  korporat  yang  
mendapat  pinjaman  dari  Kumpulan  Wang Simpanan  Perkerja  
(KWSP)  sebanyak  RM78  juta. Beliau  adalah  seorang  
billionaire  yang  mempunyai  aset   lebih  daripada  satu  
billion. 

Pengerusi  RENONG  ini  tidak  mempunyai  kuasa  untuk  
mendapatkan  pinjaman  dari  KWSP  kerana  KWSP  bukannya  
institusi  bank,  melainkan  arahan  pinjaman  itu  dibuat  
oleh  Menteri  Kewangan,  Tun  Daim  Zainuddin.  

Halim Saad  bukan  sahaja  kroni  Daim  tetapi  nominee  
beliau  dalam  urusan  binses. Dari  seorang  akauntan  di  
PREMBA  BHD. Anak  syarikat  UDA,  Halim  melonjak  naik  
melalui  Daim. 

Berita mengenai  orang  korporat  meminjam   wang  KWSP telah  
heboh  baru-baru  ini  apabila  pendedahan  tersebut  dibuat  
oleh  Presiden  MTUC  Senator  Datuk  Zainal  Rampak.  Beliau  
tidak  pula  mengumumkan  siapa  orang  korporat  itu. Menurut 
beliau, pinjaman  tersebut  dipercayai  telah  diluluskan  
setelah  tokoh  korporta  berkenaan  menjadikan  saham  
syarikat  mereka  sebagai  cagaran. 

Kita  difahamkan  juga  ada  beberapa  tokoh  korporat  sedang  
mengguna  pendekataan  yang  sama  untuk  mendapatkan  
pinjaman  dari  KWSP  ini tidak sepatutnya  berlaku. 

Zainal  yang  juga  Ahli  Lembaga Pengarah  KWSP  mendakwa,  
langkah  KWSP  melluluskan  pinjaman  tersebut  telah  
menyebabkan  para  pekerja  merasa  bimbang   terhadap  
simpanan  mereka selepas  timbul  pelbagai  kontroversi  
sebelum  ini. 

Keraguan  Zainal  mempunyai  alasan  yang  kukuh  bahawa  
tokoh  korporat  tersebut  dikenal  pasti  sebagai  kaya  dan  
ada  antgaranya  mempunyai  simpanan  sehingga  RM1  billion.  
Sebuhungan  itu,  MTUC  akan   menubuhkan satu  jawatankuasa  
bagi  menyiasat  bagaimana  pinjaman  tersebut  boleh  
diluluskan   serta  nilai  wang  yang  terlibat.  

Saya   tahu  ada  orang  korporat  yang  menggunakan  duit  
KWSP  bagi  menyelamatkan  syarikat-syarikat  mereka.  Saya  
tidak  akan  minta  maaf  daripada  golongan  ini.  

Ada  di  antara  mereka  yang  mempunyai  duit  sendiri 
berjumlah  RM 1  bilion,  kenapa  tidak  gunakan  10  peratus  
daripada  aset  peribadi itu  untuk  menyelamatkan  syarikat  
mereka,  kenapa  harus  pinjam  duit  dari  KWSP, katanya.  

Zainal  memberitahu,  beliau  telah  memaklumkan perkara  itu  
kepada  PM   tanpa  menyebut  identiti  mereka  yang  
terlibat.  

Dalam suratnya  (Dr.  Mahathir)  kepada  MTUC,  PM  menulis 
dengan  sejelas-jelasnya  bahawa  duit  KWSP  tidak  boleh  
digunakan  sama  sekali  untuk  menyelamatkan  syarikat  yang  
tenat ujarnya.  

Zainal  berkata,  KWSP   perlu  lebih  telus,  
bertanggungjawab  dan  mengamalkan  pentadbiran  yang  baik  
dalam  mengendalikan  simpanan  wang  pekerja-pekerja. Menurut  
beliau,  apabila  MTUC  merancang  piket  besar-besaran,  ia  
bukan  bererti  pihaknya  menentang  kerajaan  tetapi  untuk  
menunjukkan  bahawa  kaum  pekerja  tidak  suka  wang  KWSP  
disalahgunakan.  Beliau  memberitahu,  MTUC  akan  menjemput  
pakar-pakar  ekonomi  tempatan  untuk  menganggotai  
jawatankuasa  yang  ditubuhkan  untuk  mencari  penyelesaian  
kepada  masalah  membabitkan  KWSP. 

Kami  belum memilih  anggota  jawatankuasa  ini,  tetapi  
kajian  yang  akan dijalankan  itu  memakian  masa  kira-kira  
tiga  bulan  untuk  diselesaikan.  

Kita  akan  berusaha  mengkaji  cara-cara  pelaburan KWSP  
supaya  kaum  pekerja  kelak  akan  mendapat  pulangan  
dividen  yang  lebih  baik,  sekurang-kurangny  lapan  
perastus  seiap  tahun, katanya.   

(ms.29-35)






Get 250 color business cards for FREE!
http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke