UMNO DALAM KENANGAN
 
UMNO Dalam Kenangan, Saya dilahirkan dikalangan orang Jawa yang memang 100% menyokong UMNO. Sejak daripada bapa dan datuk saya dahulu memang totok UMNO. Bagi mereka UMNO adalah sebahagian daripada hidup. Kerana itu juga yuran UMNO sebanyak RM 1.00 dikutip dari rumah ke rumah  ketika marhaban hari raya.

Kami tahu penduduk di kampung kami 100 % adalah penyokong UMNO. Kami tak pernah kisahkan apa yang kami dapat. Rata-rata penduduk walaupun kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, namun kami tetap dengan UMNO. Pernah dalam tahu 70an bekalan air terputus ke kampung kami selama 10 tahun, kami masih pangkah UMNO .  Wakil rakyat kami tak kenal, pun masih kami pangkah UMNO.  Wakil rakyat tak pernah  datang  menjenguk kami, kami terus pangkah UMNO. Sekarang pun apa  yang ada di kampung kami hanya bekalan air dan api. Kami tetap pilih UMNO.... Itu dulu.............sebelum  DSAI dipecat.  Hari ini mata dan hati kami telah dibuka. Pemecatan DSAI telah menyedarkan kami dari buaian UMNO. Tali buaian itu dah  putus,  lantas kami jatuh terduduk. Kini kami semua nampak satu sinaran baru. Sama ada bulan sabit atau bulan penuh, samaada warna biru atau hijau , Insyaallah kami akan  pastikan mereka  menang. Apa yang  menyedihkan  kami orang-orang   kampung ialah kebodohan dan kejahilan wakil-wakil yang kami pilih untuk mewakili bahagian dalam persidangan UMNO yang  lalu.  Rupanya wakil-wakil yang kami pilih selama ini  tak ubah seperti lembu, malah lembu pun mungkin lebih bijak.

Kalau mereka dah tahu DSAI itu kaki liwat , kaki rasuah, dan bermacam-macam lagi kaki, kenapa pilih juga. Bodoh sangat ke, tak kenal pondan dan jantan. Buta ke, tak kenal iblis dan syaitan. Kerana itu saya amat bersyukur sekarang apabila  85-90% orang-orang yang saya temui, baik kawan atau tidak, rata-rata akan menyokong BA.  Ketika umur saya mencecah 50 tahun tak pernah saya menemui dimana orang ramai  tidak sabar-sabar untuk mengundi.

Dollah Badawi sering mengatakan bahawa alhi UMNO bertambah dan perpaduan dikalangan ahli UMNO semakin erat. Hai mimpi ke? Adalah tidak mungkin ahli Pas menyertai parti lain. Saya memang kenal ahli Pas sebelum ini. Mereka berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, ...kerana agama dan Allah. Mereka tenang dengan hidup mereka walaupun dikelilingi oleh ahli UMNO.  Kerana itu ahli Pas tak mungkin akan masuk UMNO.Sebaliknya puluhan ribu ahli UMNOlah  yang meyertai Pas termasuk saya.  Bagaimana pula dengan ahli ADIL. Dari mana mereka. Sudah  tentu bukan dari Pas. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa  sebahagian besar   dari ahli ADIL  adalah berasal dari UMNO.

Rasuah UMNO

Kalau DSAI yang kelihatan bersih, dikatakan melakukan amalan rasuah, hai bagaimana pula dengan lain-lain  menteri di dalam UMNO yang memang kelihatan berpalit dengan lumpur. Sudah tentu lebih dahsyat.  Kerana itu kita mesti tinggalkan UMNO.  Kita semadikan UMNO dalam kenangan. Kita kuburkan UMNO. Tak payah  untu dibacakan talkin pun.Dalam soal rasuah, jangan tangkap orang yang memberi rasuah sahaja, sebaliknya orang yang menerima rasuah juga mesti dihukum, bahkan orang yang bersubahat juga mesti dihukum sama.  Jangan pilih bulu.

Mahathir......
Sekarang kami  sudah dapat membaca apa yang tersurat dan tersirat  dalam setiap patah kata-kata   atau  ucapan beliau.  Banyak teks ucapan beliau yang  kami baca. Memang ideal, memang cantik. Penuh dengan prinsip dan flasafah. Kadang-kadang kami tak percaya dengan apa yang telah berlaku. Beliau sebenarnya  seorang manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri. Beliau sebenarnya tahu yang UMNO akan berpecah kalau beliau memecat DSAI. Tapi atas dasar kepentingan diri, beliau pecat DSAI. Adalah pembohong besar kalau pemecatan itu demi negara. Bohong. Beliau telah meletakkan dirinya  lebih penting dari UMNO dan negara.  Beliau sering mengatakan diri tak penting, apa yang penting ialah UMNO. Tapi kata-kata itu sebenarnya terbalik. Mahathir lebih penting dari UMNO. Semua orang UMNO disetiap  peringkat telah digula-gulakan oleh beliau.

Sebab itu kami tak hairan apabila Lee Kuan Yew menggelar beliau Ultra, Bekas PM Australia menggelar beliau keras  kepada.   Rupa-rupa orang luar telah dapat  melihat keegoan manusia bernama Mahathir. Dan hari ini semua kata-kata atau  gelaran yang tidak baik ditujukan kepada beliau. UMNO  berserta dengan ahli-ahli yang masih kekal dengan parti itu menjadi kuda tunggangan beliau.  Kita lihat saja nanti, dalam pilihanraya akan datang anaknya akan masuk bertanding. Kalau ditakdirkan UMNO dan anaknya menang, tidak mustahil anaknya akan dilantik  sebagai salahj seorang menteri dan dalam masa yang singkat akan terus menjadi menteri kanan.  Siapa yang  berani menentang. Dan sebelum beliau meninggal, sudah pasti beliau akan memastikan anaknya akan menjadi PM .

Langkah ini adalah sebagai jaminan yang beliau dan keluarga tidak akan diseret  ke mahkamah  dengan semua kesalahan yang telah dilakukan. Oleh   itu demi kerana agama, bangsa dan negara ayuh..... kita sama tinggalkan UMNO agar cita-cita Mahathir ini tidak akan tercapai. Ingatlah, selagi tuan-tuan terus memberi sokongan kepada UMNO, maka akan memudahkan apa yang tersirat di sebalik langkah dan tindakan Mahathir itu akan tercapai dengan mudah.

Pemerhati

Kirim email ke