*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > > ATTACHMENT part TEXT message/rfc822 > From: Teresa Kok <[EMAIL PROTECTED]> > To: Dr Siti Mariah Mahmud <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], > > SALWANI ALI <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], > [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], > [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], > [EMAIL PROTECTED], > [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] > Subject: Ucapan Teresa Kok di Parlimen mengenai perwakilan wanita dan > gang > guan seksual > Date: Tue, 7 Mar 2000 13:11:19 +0800 > > Ucapan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dalam perbahasan Belanjawan > 2000 > pada 2 Mac 2000 > > Perwakilan Wanita dan gangguan seksual > > Tuan Yang diPertua, > > Universal Declaration on Democracy yang diterima oleh > Inter-Parlliamentary > Union dalam September 1997 berbunyi: > > "The achievement of democracy presupposes a genuine partnership > between > men and women in the conductof the affairs of society in which they > work in > equality and complementarity, drawing mutual enrichment from their > differences" > > Dalam Pilihanraya Umum yang lepas, kita menyaksikan 54% pengundi > wanita > telah menyertai dalam proses membuat keputusan untuk memilih kerajaan > dan > wakil rakyat mereka. > > Pilihanraya yang lepas telah menyaksikan pertambahan jumlah Ahli > Parlimen > wanita, iaitu daripada 15 dalam Parlimen lepas ke 20 dalam Parlimen > ini. > Tetapi, malangnya, pertambahan jumlah Ahli Parlimen wanita tidak > dibayangkan dari segi perlantikan menteri wanita di dalam kabinet, > sebaliknya, jumlah menteri wanita telah dikurangkan daripada 3 ke 2 > selepas > Pilihanraya Umum 1999. > > Marilah kita meneliti komposisi kabinet dari segi jantina, selepas > negara > kita mencapai kemerdekaan selama 43 tahun, kabinet kita setakat ini > hanya > mempunyai 2 Menteri penuh wanita dalam jumlah 29 Menteri penuh dan 2 > Timbalan Menteri di kalangan 28 Timbalan Menteri, manakala 3 wanita > di > antara 15 Setiausaha Parlimen. Kalau kita teliti daripada jawatan > daripada > menteri ke setiausaha Parlimen, kita mendapati hanya terdapat 7 orang > wanita di antara 62 anggota kepemimpinan negara yang tertinggi ini. > > Selain itu, walaupun Wanita MCA melancarkan Kempen Basket yang begitu > giat > sebelum Pilihanraya Umum, tetapi usaha mereka tidak dibalas dengan > menteri > wanita MCA yang penuh. Ini memanglah satu pengejian ataupun "insult" > terhadap kaum wanita Malaysia secara keseluruhan, terutamanya wanita > komponen parti BN yang telah begitu giat berkempen untuk BN. > > Perwakilan wanita yang rendah di kabinet menunjukkan kerajaan BN > tidak > mengambil berat terhadap wanita dalam tahap membuat keputusan yang > tertinggi kebangsaan. Sebenarnya, sekiranya negara kita mempunyai 54% > pengundi wanita, kabinet kita kalau tidak mengandungi 54% ahli > wanita, ia > juga sekurang-kurangnya harus mempunyai 30% perwakilan wanita sebagai > suatu > petanda penghormatan terhadap kaum ibu dan juga sumbangan wanita di > Barisan > Nasional. > > Dalam Mac 1994, IPU telah menerima suatu Pelan Tindakan Untuk > Membetulkan > Ketidakseimbangan di antara Lelaki dan Wanita" (Plan of Action to > correct > present imbalances in the participation of men and women in political > life), yang mana Parlimen Malaysia adalah salah satu ahli, dan wakil > negara > kita juga akan menghadiri sessi sidang khas Perhimpunan Bangsa-bangsa > Bersatu yang akan diadakan 4 - 9 Jun 2000 untuk mengkaji semula semua > langkah-langkah yang telah diambil oleh negara-negara yang berlainan > ataupun follow-up terhadap "Beijing Platform for Action" yang > diterima > dalam September 1995, iaitu "Beijing +5". > > Saya tidak tahu apa yang akan diutarakan oleh wakil negara kita dalam > sidang wanita sedunia ini dan juga sidang IPU memandangkan perwakilan > wanita negara kita yang begitu rendah di kabinet dan kerajaan secara > keseluruhan. > > Kita berada era globalisasi, penyertaan wanita dalam politik dan > dalam > tahap membuat keputusan yang tertinggi adalah suatu aliran dunia > ataupun > trend dunia. Ini merupakan suatu bentuk demokrasi, iaitu demokrasi > dari > segi jantina. Sekiranya kerjaan BN masih berminat untuk mencapai > Wawasan > 2020 demi menjadi negara maju di dunia, maka negara kita pun harus > mengikut > aliran antarabangsa ini dan meningkatkan bilangan dan peratusan > pemimpin > wanita dalam pelbagai tahap membuat keputusan, termasuk rombongan > kita ke > luar negeri. Setiap rombongan lawatan rasmi negara kita seharusnya > mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus perwakilan wanita, untuk > menunjukkan bahawa kerajaan mementingkan perwakilan dan kedudukan > wanita. > > Walaupun kita hanya mempunyai 20 Ahli Parlimen wanita dalam dewan > ini, > iaitu 10% daripada jumlah Ahli Parlimen, tetapi Parlimen kita masih > tidak > menunjukkan bahawa ia mementingkan perwakilan wanita dalam > urusannya. Saya > merasa kesal bahawa bukan semua jawatankuasa dalam Parlimen ini > mempunyai > perwakilan wanita ataupun bilangan perwakilan wanita yang munasabah, > begitu > juga dengan komposisi rombongan Parlimen yang melawat ke luar negeri. > Walau > bagaimanapun, kita masih boleh membuat ubahsuaian dalam masa yang > akan > datang, saya berharap Parlimen kita akan mementingkan isu jantina > dari segi > rombongan Parlimen yang akan datang, yang mana ia harus mempunyai > 30% > Ahli Parlimen wanita, seperti apa yang dipraktikkan oleh banyak > Parlimen di > negara maju, sebagai tanda untuk meningkatkan dan mengiktirafkan > kedudukan > wanita di negara kita. > > Tuan yang diPertua, > > Kita akan menyambut Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac yang akan > datang. > Pergerakan wanita dan pembebasan wanita adalah pergerakan untuk > menuntut > demokrasi dan hak asasi manusia. Fakta bahawa kali ini rekod Parlimen > dipecah dengan mempunyai 4 Ahli Parlimen wanita daripada parti > alternatif > menunjukkan bahawa fikiran rakyat sudah berubah. Mereka bukan sahaja > menuntut reformasi dan keadilan dalam politik negara, tetapi mereka > juga > menghendaki lebih wanita dipilih dalam tahap membuat keputusan yang > tinggi, > iaitu Parlimen untuk membawa perubahan dan reformasi politik. Itulah > sebabnya saya dan Ahli-ahli Berhormat dari Pematang Pauh, Bukit > Mertajam > dan Batu Gajah dipilih masuk ke dewan yang mulia ini. > > Kerajaan BN harus mendapat mesej yang dihantar oleh rakyat melalui > keputusan Pilihanraya Umum ini. Memandangkan isu wanita menjadi > semakin > penting dalam agenda politik antarabangsa dan domestik, saya pun > ingin > menjemput semua Ahli-ahli Berhormat wanita di Dewan yang mulia ini, > samada > dari BN ataupun dari parti alternatif untuk bekerjasama > memperjuangkan isu > yang berkaitan dengan hak dan kepentingan wanita, kerana masalah > wanita > memanglah masalah masyarakat, masalah humaniti dan masalah negara. > > Saya ingin mempelawa semua Ahli-ahli yang berhormat wanita dalam > dewan ini > untuk menyokong cadangan untuk membentuk Kokus Ahli Parlimen wanita > ataupun Women MPs' Caucus. Kokus ini boleh mempunyai suatu > sekretariat > bersama yang mengandungi dua pengerusi dan dua setiausaha, iaitu > seorang > pengerusi dan seorang setiausaha daripada BN dan seorang pengerusi > dan > seorang setiausaha daripada BA. Tujuan pembentukan kokus ini demi > menegakkan keadilan dan memelihara kepentingan kaum ibu di seluruh > Malaysia. > > Saya ingin menyeru pemimpin kerajaan dan juga Ahli Berhormat daripada > BN > yang telah menandatangani Women's Agenda for Change sebelum > Pilihanraya > Umum untuk menunaikan janji mereka, dan memberi sokongan penuh > terhadap > idea Kokus Ahli Parlimen Wanita tesebut dan juga isu-isu yang > berkaitan > dengan kaum wanita. Ini termasuk Kod Amalan Untuk Mencegah dan > Membasmi > Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang dilancarkan oleh Kementerian > Sumber > Manusia sebelum Pilihanraya Umum. > > Dalam buku panduan Kod Amalan tersebut, makna gangguan seksual > adalah > seperti berikut: > Sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan > memberi > kesan sebagai satu gangguan samada secara lisan, bukan lisan, visual, > psikologi ataupun fizikal: > > i) yang, atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima > (mangsa) > sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerajaannya; > ataupun > ii) yang, atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima > (mangsa) > sebagai pencabulan maruah, atau penghinaan atau ancaman terhadap > dirinya > tetapi tiada hubungan terus dengan pekerjaannya. > > Mengikut Kod Amalan tersebut, gangguan seksual boleh dibahagikan > kepada dua > kategori, iaitu pertamanya gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual > coercion) yang memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan > seseorang; yang keduanya adalah gangguan seksual berbentuk ancaman > terhadap > ketenteraman peribadi (sexual annoyance) yang dianggap oleh mangsa > sebagai > ancaman, ugutan ataupun penghinaan, tetapi tidak mempunyai kaitan > secara > langsung dengan faedah-faedah pekerjaan. Walau bagaimanapun, > tingkahlaku > itu menimbulkan suasana kerja tidak tenteram kepada mangsa yang > terpaksa > dialaminya untuk terus bekerja. Kesemua definisi yang disenaraikan di > atas > boleh didapati dalam mukasurat 3-6 dalam buku panduan Kod Amalan > Untuk > Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja. > > Berdasarkan dengan definisi yang digubalkan oleh Kementerian Sumber > Manusia > tersebut, perkataan yang digunakan oleh Ahli-ahli yang Berhormat > Kinabatangan dan Ipoh Timur semasa Ahli-ahli yang Berhormat DAP dari > Batu > Gajah dan Bukit Mertajam berucap sudah tentunya merupakan gangguan > seksual, > dan telah mencabuli Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan > Seksual > di Tempat Kerja yang digubalkan oleh Kementerian tersebut. > > Mengikut laporan akhbar, setakat ini hanya terdapat 10 syarikat yang > telah > menerima Kod Amalan tersebut, angka yang rendah ini menunjukkan > bahawa > usaha Kementerian Sumber Manusia terhadap isu ini masih kurang > berjaya. > Sebenarnya, sekiranya kerajaan adalah serius terhadap Kod Amalan ini, > maka > semua jabatan dan agensi kerajaan, termasuk Parlimen, Dewan > Perundangan > yang paling tinggi ini haruslah menerima dan melaksanakan Kod Amalan > Untuk > Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja tersebut, > untuk > menunjukkan Kepemimpinan Melalui Teladan, suatu slogan yang pernah > dipakai > oleh kerajaan BN seketika dahulu. Ini akan menunjukkan bahawa BN dan > juga > Parlimen adalah serius dalam perang melawan gangguan seksual. dan > menunjukkan Kod Amalan tersebut bukanlah suatu "lip service" kepada > pengundi wanita sebelum Pilihanraya Umum sahaja. > > Sekiranya Parlimen menerima Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi > Gangguan > Seksual di Tempat Kerja tersebut, maka kesemua Ahli-ahli yang > Berhormat pun > haruslah berhati-hati dalam ucapan mereka dan mempunyai sensitiviti > jantina > (gender sensitive) yang lebih tinggi, tingkah laku Ahli Berhormat > dari > Kinabatangan dan Ipoh Timur terhadap Ahli Berhormat wanita pun dapat > ditangani melalui Kod Amalan ini walaupun Kinabatangan dan Ipoh Timur > menggunakan pelbagai alasan untuk menjustifikasi perkataan dua makna > yang > diutarakan oleh mereka, tetapi penjelasan mereka adalah amat susah > diterima. Saya mempunyai kawan Melayu dari Sabah, dia menafikan > bahawa > Orang Sabah bercakap begini, mereka berkata bahawa kata-kata > Kinabatangan > ini memang telah memalukan Orang Sabah, dan kata-katanya juga telah > mencemarkan Bahasa Malaysia! Memandangkan Kinabatangan pernah > mencadangkan > bahawa mereka yang tidak dapat menguasai Bahasa Malaysia dengan betul > tidak > harus dijadikan calon dalam Pilihanraya Umum, jadi saya pun > mencadangkan > kepada kerajaan bahawa Kinabatangan harus dibuang sebagai calon dalam > Pilihanrayan yang akan datang kerana beliau tidak dapat menguasai > Bahasa > Malaysia dengan betul. Walaupun Ipoh Timur berkata bahawa beliau > tidak > bercakap begini di dalam dewan, tetapi kenapakah beliau hanya sedar > bahawa > dia tidak cakap begini selepas satu minggu dan selepas beliau membuat > justifikasi di media?? > > Tuan yang diPertua, saya sendiri merupakan seorang mangsa gangguan > seksual > selepas saya dipilih menjadi Ahli Parlimen, saya menerima ugutan > telefon > daripada seorang lelaki yang kata ingin merogol saya. Saya membuat > laporan > polis pada 20 Disember tahun lepas, tetapi polis tidak menjalankan > siasatan selama 3 minggu pada mulanya dengan alasan mereka tidak > mendapat > Order To Investigate (OTI). Lepas itu, saya diberitahu oleh pegawai > khas > kepada Peguam Negara melalui surat yang bertarikh 27 Januari 2000 > bahawa > pihak polis hanya memohon OTI daripada DPP Selangor pada hari media > menyiarkan sidang akhbar saya berkenaan hal tersebut, iaitu pada 13 > Januari > 2000. > > Selain itu, pihak polis mengklasifikasikan kes saya di bawah seksyen > 509 > Kanun Penjenayahan ataupun Penal Code, iaitu "Word or gesture > intended to > insult the modesty of a person" yang membawa denda yang lebih ringan > dan > menghendaki polis mendapat OTI untuk menyiasat, kes saya sepatutnya > diklasifikasikan di bawah fasal 503 dalam Penal Code, iaitu di bawah > "Ugutan Penjenayah"/ Criminal Intimidation, yang mana polis boleh > menjalankan siasatan tanpa memerlukan Order to Investigate daripada > DPP dan > mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah. Klasifikasi kes > saya > membayangkan sikap lazim polis terhadap aduan gangguan seksual > daripada > pengadu wanita. > > Kalau saya sebagai seorang Ahli Parlimen menghadapi layanan sebegini > daripada pihak polis, macam mana dengan nasib beribu-ribu wanita yang > mungkin menghadapi nasib yang sama seperti saya di seluruh negara > yang > tidak tahu apa yang perlu buat? Kalau Ahli Parlimen wanita menghadapi > gangguan seksual semasa memberi ucapan di dewan yang mulia, macam > manakah > beribu-ribu wanita biasa yang lain? > > Tuan Yang Dipertua, kerajaan harus meminda fasal 509 dalam Kanun > Penjenayah/ Penal Code supaya pihak polis boleh menyiasat kes-kes > yang > diklasifikasi di bawah fasal ini tanpa merujuk kepada Timbalan > Pendakwaraya > (DPP) untuk mendapat Order to Inviestigate. Saya difahamkan bahawa > ramai > mangsa gangguan seksual wanita dan juga mangsa penganiayaan > rumahtangga > (demestic violence) juga menghadapi nasib yang sama di bawah fasal > ini, > kerana polis selalu mengenepikan aduan mereka dengan alasan tidak > menerima > arahan untuk menyiasat daripada DPP. > > Tuan Yang diPertua, Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan > Seksual di Tempat Kerja memanglah tidak cukup untuk memelihara > martabat > wanita di tempat kerja mereka, kerana Kod Amalan ini tidak mempunyai > kuasa > undang-undang ataupun enforcement power. Saya ingin menyeru kerajaan > BN > supaya membentangkan suatu Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual > di > Parlimen untuk menggantikan Kod Amalan tersebut, seperti apa yang ada > di > UK, Amerika Syarikat dan negeri-negeri lain supaya mereka yang > mencabuli > martabat seseorang insan, samada dia wanita ataupun lelaki boleh > didakwa > dan menghadapi akibat undang-undang. Selain itu, dengan adanya Akta > Anti-Gangguan Seksual ini, gangguan seksual pun tidak akan dihadkan > pada > tempat kerja sahaja, tetapi ia boleh diperluaskan ke semua sektor, > termasuk > korporat-korporat, rumahtangga, kampus, tempat-tempat awam, panggilan > telefon yang lucah dan juga Parlimen. > > Saya berharap HAWA akan menunaikan janjinya untuk meminda > undang-undang > yang tidak bermanfaat terhadap kaum wanita seperti apa yang > dijanjikan > dalam Pelan Tindakan Pembangunan Wanita dengan secepat mungkin, dan > saya > menyeru HAWA akan menyokong cadangan saya untuk mengadakan Akta > Anti-Gangguan Seksual di negara kita ini dengan secepat mungkin. > > Semasa kita membuat persediaan menyambut Hari Wanita Antarabangsa > pada 8 > Mac 2000, kita haruslah mengingati Lim Guan Eng, bekas Ahli Parlimen > Kota > Melaka yang telah dipenjarakan selam 18 bulan dan kehilangan status > sebagai Ahli Parlimen. > > Saya tidak faham kenapakah penghakiman bertulis oleh Mahkamah > Persekutuan > masih belum disediakan selepas Guan Eng dibebaskan dari penjara. > Apakah > asas sistem perundangan di Malaysia bahawa seseorang harus tahu sebab > apakah dia dihukum penjara? Manakah justifikasi bila penghakiman > masih > belum dikeluarkan sehingga hari ini untuk seseorang Ahli Parlimen > yang > dipenjarakan pada 25 haribulan Ogos 1998. > > Beliau adalah seorang Ahli Parlimen yang baik dan professional. Dalam > tempoh 3 penggalnya dalam Parlimen, beliau telah mengambil perbahasan > dengan bernas dan pintar, maka kemampuan beliau, khususnya dalam > bidang > ekonomi dan kewangan adalah diakui umum. > > Lim Guan Eng merasa kepahitan dan penderitaan yang dialami oleh > rakyat, > malah baginya kerelaan membela rakyat tidak mengira kaum inilah > keistimewaan beliau, ini juga diakui oleh kaum Melayu sendiri kerana > beliau bersedia dipenjarakan untuk kaum Melayu. Beliau selalu tampil > ke > depan menegakkan keadilan sehingga beliau sendiri terkorban. > > Beliau sekarang kehilangan semua dan terpaksa melalui penderitaan > yang > tidak terhingga oleh kerana telah melakukan kebenaran. Rakan-rakannya > baik > di dalam pembangkang dan kerajaan akan faham betapa pahit > penderitaannya > bila merengkok di dalam penjara dengan bandannya sakit dan terpisah > daripada keluarga tersayangnya. > > Saya ingin mengeluarkan simpati dan solidariti terhadap Lim Guan Eng > yang > merupakan pemimpin anak watan negara yang berjiwa rakyat dan tidak > mengenali perkauman. Keberanian dan ketabahan membela kebenaran akan > dicatit dalam sejarah nanti. > > Saya berharap kerajaan bolehlah sedar tentang sokongan yang diberikan > oleh > rakyat terhadap keadailan dan kebenaran di mana 300,000 rakyat > Malaysia > daripada pelbagai kaum telah menandatangani petisyen meminta Lim Guan > Eng > diampunkan dan dipulihkan segala hak sivil dan politiknya, dan > menyahut > saranan rakyat terhadap kes beliau. > > > Teresa Kok > > > > __________________________________________________ Do You Yahoo!? Talk to your friends online with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>