*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahagian Air dan Hukumnya:

Bahagian Air:

1. Air Mutlak - iaitu air yang belum digunakan untuk mengangkat hadas atau 
menyuci najis. Hukum air ini suci dan boleh menyucikan iaitu ia boleh 
digunakan untuk mengambil air sembahyang, mandi wajib, menyucikan najis dan 
lain-lainnya.

2. Air Mustakmal - iaitu air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas 
seperti mengambil air sembahyang atau mandi wajib, dan tidak cukup kadar dua 
qolah. Hukum air ini tidak boleh digunakan untuk mengangkat hadas atau 
menyuci najis.

3. Air Mutannajis - iaitu air yang telah terkena benda-benda najis padahal 
ianya tidak cukup kadar dua qolah atau air yang lebih dua qolah tetapi telah 
berubah warna, atau rasa atau baunya, dengan sebab terkena benda najis itu. 
Hukum air ini tidak boleh sekali-kali digunakan untuk buat bersuci, kecuali 
jika ianya lebih daripada dua qolah dan tidak berubah apa-apa sifat di atas 
tadi.

4. Air Mutaghayir - iaitu air yang berubah dengan sebab bercampur dengan 
benda-benda suci, seperti nila, kesumba, dakwat atau lain-lainnya. Hukum air 
ini adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain, demikian juga 
dengan air muqaiyad seperti air buah-buahan dan sebagainya.

Ada pun air-air yang berubah dengan sebab-sebab yang tertentu seperti air 
telaga atau air kolam yang berubah kerana lama bertakung atau kerana 
daun-daun yang jatuh ke dalamnya itu adalah suci dan boleh dibuat bersuci 
dengannya. Demikian juga air yang berubah kerana lumut atau lumpur.

5. Air Musyammas -  iaitu air yang terjemur dalam bekas yang boleh berkarat. 
Hukum air ini suci dan boleh menyucikan tetapi makruh digunakan pada badan 
kerana ditakuti mendatangkan penyakit.

SUKATAN AIR 2 QOLAH:

a) Mengikut sukatan secara tradisi ialah  air yang sebanyak  9 2/3 tin 
minyak tanah.

b) Mengikut ukuran ialah air yang mengambil tempat  yang berukuran 22.5 inci 
panjang, 22.5 inci lebar dan 22.5 inci dalam, Atau pun lebih kurang 60 cm x 
60 cm x 60 cm; untuk memudahkan lagi ialah lebih kurang 2 kaki panjang,  2 
kaki lebar dan 2 kaki dalam.

c) Mengikut timbangan pula ialah 268 ½ kati atau 358 paun atau lebih kurang 
163 kg.


Wallahhuaklam

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "H Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke