*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daripada En Quiet: 

Assalamualaikum,

A TRIBUTE TO USTAZ2 "USOLLI"....

Wahai ustaz2 "usolli"; Mana rujukannya hujjah2 yang kau beri? 
Sohih ke dhaif hadis2 yang kau jadikan bukti?. Kitab kuning yang kau
pakai tu, adakah kitab yang disepakati? Kau ada dengar ke tidak 
komen bijakpandai zaman kini? Kau patut dengar, kerana mereka punya 
bukti kukuh tak terperi. Dengan klik sana klik sini, mereka dapat 
rumusan pakar2 yang sukar untuk disanggahi. Kalau kau dengar, pasti
kau terkebil2 nanti.

Tapikan, rasanya, kau lebih baik dari kami. Sebab itu kau jadi guru 
tempat kami mengaji. Di zaman TV pun tak berapa ada dan basikal satu 
luxury, kau lah lombong ilmu tempat kami korek dan kami gali - tempat 
kami bertakliq buta, kata orang zaman kini. 

Wahai ustaz2 "usolli": Ada yang dah nyanyuk dan ada yang dah mati.
Ada ilmu2 yang kau beri, masih kekal dalam dada kami. Yang mana 
kurang, memang boleh diperbaiki. Maklumlah sekarang ini zaman IT. 
Kitab kuning dah diganti CD. Maklumat dihujung jari. Cross 
referencing semudah abc. Namun aku tetap beranggapan, kau lah yang 
terbaik antara kami. Kerana tanpa kehadiran engkau masa itu, siapa 
yang nak ajar kami?. Bijakpandai sekarang belum lahir lagi. 

Semoga Allah jualah yang membalas jasa2 kau kepada kami, wahai 
ustaz2 "usolli". Sedikit sebanyak kekurangmu, Allah jua yang Maha
Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Sedangkan yang dok label kau
itu-ini, belum tentu bagaimana akhirnya nanti.

Sekian


HCND: Alhamdulillah....




Later.


HCND

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hang Claude Narr Damme Al-Recluse <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke