*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepada semua netters dan termasuk mereka yang menghubungi mencelah secara 
private,sila rujuk maklumat yang di beri oleh sedara Nuwair ini,memang 
lengkap sekali.Cuma beberapa perkara seperti bayaran  tender di situ ialah 
sebanyak RM500 dan tunai di utamakan.Tentang bidding, tak perlu terlalu 
tinggi. Setakat RM100 ke RM300 sudah memadai.Peluang untuk berjaya tidak 
berpihak kepada sesiapa kerana segala-galanya di lakukan dengan kawalan 
ketat dan adil walaupun kita sebagai orang awam dan bukannya dari mana-mana 
syarikat kenderaan.Tentang keadaan kenderaan sebagaimana yang di katakan 
sedara Nuwair,ada yang di kebas oleh pemilik asal...memang benar,jadi sedara 
perlu bijak semasa membuat pilihan. Bagaimanapun kita akan mendapat sekeping 
senarai kenderaan sebelum hari tersebut yang ada di catitkan jenis 
kereta...no.plat dan pemiliknya asal di mana, itu akan memudahkan kita 
mengetahui keadaan sebenar kenderaan.Sebenarnya abang mencelah setakat ini 
telah berjaya memperolehi 4 butir kereta, iaitu 2 satria 1 Iswara A/B dan 1 
Tiara, 3 di jual dan hanya satria sebutir di gunakan sendiri.Alhamdulillah 
sehinga hari ini tak ada masalah.


>From: "nuwair" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: Re: H-Net* Vehicle To Be Tendered -  sedikit petua
>Date: Mon, 5 Jun 2000 22:19:17 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum wrth
>
>Ingin saya perturunkan disini sedikit petua sekadar yang termampu untuk
>mereka mereka yang ingin membeli kenderaan secara lelong ( tendered vehicle
>sales/auction )
>
>1. Pastikan sdra sdri memahami setiap proses penjualan lelong. Para pegawai
>kewangan yang hadir di hari jualan lelong adalah ditugaskan untuk 
>memastikan
>semua bakal pembeli faham setiap aspek jualan lelong dan prosesnya. 
>Walaupun
>sdr tidak begitu berminat untuk masuk tender atau membeli, tidak ada
>salahnya untuk bertanya dan mengetahui serba sedikit.
>
>2. Sdra akan diminta mengisi borang tender yang ada butir kenderaan dan
>butir diri sdr untuk setiap bidding. Setiap bidding mesti disertakan
>deposit. Bergantung kepada syarikat kewangan, deposit  sebanyak RM 500.00
>atau RM 1000.00 mesti disertakan. Adalah lebih baik jika deposit ini dalam
>bentuk cheque. Jika bidding sdra gagal, maka lebih senang dan cepat deposit
>ini dipulangkan. Walau bagaimana pun ada syarikat kewangan yang menetapkan
>bahawa deposit ini mestilah berbentuk tunai. Sila pastikan dengan terlebih
>dahulu dan sila bawa wang tunai yang mencukupi.
>
>3. Jika sdra ingin bidding lebih dari satu kenderaan, maka jumlah deposit
>juga akan berlipat kali ganda.
>
>4. Kebanyakan jualan lelong diadakan pada hari Sabtu atau Ahad, oleh itu
>buatlah persiapan lebih awal jika deposit yang diperlukan adalah didalam
>bentuk tunai.
>
>5.Sdra mesti memahami bahawa setiap kenderaan yang dijual/lelong adalah "as
>is where is". Walau apa pun bentuk dan keadaan kenderaan yang saudara lihat
>di gudang jualan lelong, maka begitulah keadaannya bila sdr ingin membawa
>kenderaan itu pulang. Jika lebih dari satu tayar pancit atau kenderaan 
>tidak
>dapat dihidupkan maka sdr harus bersedia dengan lori towing dsb.
>
>6. Sdr harus menghadapi risiko didalam setiap jualan lelong memandangkan
>bahawa sdra tidak berpeluang untuk menguji pandu ( test drive). Setiap
>jualan adalah muktamad. Adalah lebih baik jika sdr membawa teman atau rakan
>yang memahami tentang selok belok kenderaan dan injin kereta. Jika perlu
>bawalah mekanik kegemaraan sdra dan bayarlah upah dimana perlu.
>
>7. Pastikan terlebih dahulu syarikat kewangan pilihan sdra sanggup untuk
>membiayai kenderaan jualan lelong. Saya difahamkan, secara amnya Hong Leong
>Finance dan Public Finance tidak mahu berurusan dengan kenderaan lelong.
>
>8. Pastikan juga setiap kenderaan mempunyai geran asal yang disimpan
>disyarikat kewangan yang melelong kenderaan tersebut. Walaupun sdra boleh
>mendapatkan salinan yang baru nya dari JPJ, sdr akan menghadapi kesukaran
>dan kelewatan untuk mendapatkan pembiayaan kerana setiap syarikat kewangan
>ingin melihat kepada fotostat geran asal. Di kebanyakan jualan, didalam
>senarai kereta yang dilelong ada dinyatakan samada setiap kenderaan ada
>geran yang disimpan atau sudah hilang. Adalah lebih baik jika sdr
>mengelakkan diri dari kenderaan yang tidak mempunyai geran.
>
>9. Sdr mesti memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan reserved 
>price,
>tendered price, full settlement value, loan value dan market price. Dalam
>ruangan yang terhad ini saya tidak dapat menghuraikan segala galanya. Sila
>hubungi pegawai kewangan yang mengendalikan jualan lelong untuk keterangan
>lanjut. Apa yang nak ditekan kan disini ialah, jika reserved price menyamai
>market price, maka janganlah sdr membuang masa dan tenaga membeli kenderaan
>tersebut di jualan lelong.
>
>10. Sila pastikan sdr membuat sedikit homework tentang nilai kenderaan
>  market value dan loan value). Ini untuk memastikan bahawa sdr tidak
>meletakkan harga yang berlebih lebihan atau pun terlampau rendah didalam
>bidding.
>
>11. Jika sdr menjumpai kenderaaan yang berkenan dihati dan ianya mempunyai
>reserved price yang berpatutan, ada geran dan "didalam keadaaan yang
>dirasakan baik", sila bertanyakan kepada para pegawai kewangan yang hadir
>tentang kenderaan tersebut dan sejarahnya sebelum membuat bidding. Jika
>pegawai yang mengendalikan kenderaan tersebut tidak hadir, pastikan sdra
>sedaya mungkin  berhubung dengan pegawai yang mengendalikan akaun 
>berkenaan.
>Sila bertanyakan tentang keadaan sebenar kenderaan dan mengapa pemilik 
>gagal
>menjelaskan bayaran bulanan.
>
>12. Sila pastikan kenderaan yang sdr ingin bid tidak terlibat didalam
>sebarang kes Polis, Kastam, JPJ, BPR, Mahkamah dsb. Selalunya pegawai yang
>bertugas akan memastikan kenderaan yang dilelong adalah bersih dari 
>sebarang
>kes, akan tetapi memandangkan banyaknya jumlah kenderaaan yang dilelong,
>kesilapan tidak dapat dielakkan.
>
>13. Untuk kemudahan sdr, pastikan kenderaan yang diminati tidak terlibat
>dalam sebarang kemalangan. Adalah lebih baik jika kenderaan yang diminati
>didalam keadaan yang baik dimana tidak ada sebarang parts yang hilang,
>dicuri, rosak atau dirosakkan. Sering terjadi dimana pemilik asal mengambil
>lampu, bumper, door panel, tempat duduk, malah carburetor dan bahagian
>engine, serta merosakkan seat dan cermin. Pastikan sdr menisbahkan semua 
>kos
>untuk menggantikan parts yang hilang/rosak ini didalam bidding price.
>
>14. Didalam meletakkan harga untuk bidding ( tender price ) sdra harus 
>ingat
>bahawa sdr juga bersaing dengan syarikat jual beli kenderaan ( dealer ) 
>yang
>mempunyai budget berjuta juta ringgit. Dimasa yang sama sdr tidak harus
>menjadi begitu emosi dan meletakkan tender price yang terlalu tinggi. Amat
>penting sekali sdr mengetahui market price dan loan value.
>
>15. Keputusan tender akan diumumkan selalunya dalam masa 2 hari dan jika 
>sdr
>berjaya deposit sdr akan digunakan sebagai downpayment dan sdr di beri
>tempoh selalunya antara 7  hingga 14 hari untuk mendapatkan pembiayaan
>sepenuhnya. Jika tender sdr gagal, deposit sdr akan dipulangkan serta 
>merta.
>Jika sdr gagal untuk mendapatkan pinjaman dan pembiayaan didalam tempoh 
>yang
>ditetapkan deposit sdr akan diambil dan dikira hangus.
>
>16 Untuk kemudahan sdr sendiri sila bertanyakan kepada pegawai kewangan 
>yang
>bertugas samada mereka sanggup untuk memberi pinjaman kepada kenderaan yang
>mereka sendiri repo dan lelong.
>
>17. Ada baiknya juga jika sdr dapat menyemak dengan terlebih dahulu samada
>nama sdr tidak disenarai hitam kan oleh FIS ( Financial Institution
>Services )  dan/atau Bank Negara. Ini untuk memastikan agar sdr tidak
>membuang masa dan tenaga dan akhirnya gagal untuk mendapatkan pinjaman dan
>kehilangan wang deposit. Sila hubungi bank/syarikat kewangan berdekatan
>tentang Senarai Hitam yang dikendalikan oleh FIS.
>
>17. Akhir sekali, membeli kenderaan di jualan lelong, bukanlah untuk semua
>orang, sdr harus mengambil kira risiko yang bakal dihadapi. Walau
>bagaimanapun untuk mereka mereka yang ingin mencuba, ganjaran dan
>keuntungannyanya juga amat memuaskan.
>
>Semoga ada manafaatnya.
>
>Wassalam
>
>Nizam
>
>  012 381 1314 / 03 724 1663
>
>Disclaimer: The writer is not financial and legal expert nor does the 
>writer
>claims to be one. The writer is not attached to any financial institution
>and auction company. It is the sole responsibility of the prospective car
>buyer to seek competent financial and legal advise.
>
>
>----- Original Message -----
>From: Mohd Affendi Abdul Ghaffar <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
>Sent: Monday, June 05, 2000 2:08 PM
>Subject: FW: H-Net* Vehicle To Be Tendered
>
>
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >
> > ----------
> > From: mencelah sikit[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> > Sent: Monday, June 05, 2000 09:17 AM
> > To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
> > Subject: H-Net* Vehicle To Be Tendered
> >
> > Bagaimana nak masuk tender ni........
> > Boleh berikan alamat sekali tak dan no.tel........
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Vehicle To Be Tendered
> >
> > Baru-baru ini pada 28/mei-mencelah buang-buang masa gi tenggok
> > Bumiputra-Commerce Finance Berhad dok buka tender kenderaan kena tarik.
> > Semuanya ada 71 buah.Boleh di katakan majoriti tu..kereta proton le.
> > Comei-comei juga.Tempatnya di Permatang Pauh. Hari pulak panas terik,
> > sementara nak habis belek sebiji-biji nak sampai 71 biji, tenggok
> > atas.tengok bawah.tengok luar.tengok dalam. Dua tiga jam punya
> > berdiri..lengoh kaki-kaki, kalau lutut tak kuat gerenti tekendon. Kalau
> > mencelah nak cerita keadaan kereta dari satu ke satu.sampai besokpun tak
> > habis, jadi mencelah senaraikanlah beberapa butir darinya.untuk kau 
>orang
> > sama-sama kita buang masa.
> >
> > Proton Wira---------- 1.3 GL-----------1997----30k
> > Proton Tiara----------1.1 GL-----------1996----14k
> > Proton Iswara --------A/B--------------1993----18k
> > Mitsubishi Tredia --- 1.4--------------1983----3k
> > Honda Accord -------  2.0 CA5----------1989----12.5k
> > Ford Laser---------- -1.3 GL-----------1982----2k
> > Bmw ------------------323 I------------1984----20k
> > Proton Saga ----------1.3s-------------1991----14k
> > Mitsubushi Delica Van------------------1990----9k
> > Kancil----------------660 EX-----------1995----15k
> > Satria----------------1.6 XLI(A)-------1997----34k
> > Proton Iswara-------  1.5--------------1993----21.5k
> > Proton Saga---------  1.3S-------------1989----11.5k
> > Toyota Dyna Hiace Luton Van--------- --1996----15k
> > Proton Saga---------  1.5 I(A)-----------------14k
> > Honda Civic---------  1.5 EX-----------1988----20k
> > Toyota Corona -----   2.0 GL-----------1989----18k
> > Mitsubishi Delica Van------------------1990----9k
> > Volvo-----------------240 GLA----------1983----7k
> > Honda Intergra ------ 1.6 I------------1986----6k
> > Honda Civic ----------EX 1.5-----------1989----23k
> >
> > Beli kereta secondhand lagi bagus dari beli kereta baru..  tak payah nak
> > banyak kore, taya musing.stearing musing.sana bocor.sini bocor...ini tak
> > nyala.itu tak nyala, sampai behari-hari laaaaa si budak EON tu nak kena
> > menjawab sampai balik rumah dok huuuuiiiii..huuuiiiiii tereyak.
> >
> > p/s:my kampung-mate banyak hari tak ada, anak demam campak lagi ke?
> >
> >
> > ________________________________________________________________________
> > Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>
> >
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: Mohd Affendi Abdul Ghaffar 
><[EMAIL PROTECTED]>
> >
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "nuwair" <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke