*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Sekali-kali tidak akan redha...

Kebencian dan dendam Yahudi dan Nasrani kepada Islam telah termaktub di 
dalam Al Quran. Allah berfirman:
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah 
kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)
Rasa permusuhan orang-orang Barat dan azam mereka untuk menjahanamkan Islam 
janganlah dipandang ringan dan kecil. Memang Islam tidak mengajar kita 
mencari musuh. tetapi Allah melalui Al Quran dan Hadis telah memberitahu 
kita siapa musuh umat Islam; iaitu:
1. Nafsu
2. Syaitan
3. Orang munafiq
4. Yahudi dan Nasrani serta orang kafir lainnya
5. Orang Islam yang hasad dengki.

Terhadap musuh, Islam meminta umatnya bersiap siaga. Kalau mereka menyerang, 
wajib umat Islam mempertahankan diri dan berperang. Teknik berperang tidak 
sama. Berperang dengan hawa nafsu dan syaitan tidak sama dengan berperang 
melawan orang kafir dan orang munafiq. Tidak sama juga dengan cara-cara 
menghadapi orang-orang musyrik, Yahudi dan Nasrani.
Hari ini umat Islam bukan sahaja tidak bersedia terhadap musuh-musuh lahir 
seperti Yahudi, Nasrani dan munafiq bahkan juga tidak pun memerangi musuh 
batin yang sangat jahat itu iaitu hawa nafsu dan syaitan.
Konon kerana semangat kerjasama dan tolak ansur, umat Islam sangat berbaik 
dan menjaga hati orang lain sekalipun musuh. Sebab itu mudah sahaja bagi 
musuh untuk memperdayakan umat Islam hari ini. Perangkap mereka sudah 
mengena, bahkan sudah penuh dengan orang-orang Islam. Sehingga musuh-musuh 
itu tidak payah lagi bekerja keras untuk mengalahkan umat Islam dalam apa 
bidang sekalipun.
Bahkan umat Islam sudah merasa bangga dan bahagia menjadi kakitangan 
musuh-musuh mereka itu. Rasa selamat dalam perangkap. Rasa gembira menyertai 
pasukan musuh. Inilah gambaran Allah di dalam Al Quran:
"Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang mengambil nafsu sebagai 
Tuhannya? Maka apakah kamu hendak menjadi wakil (orang yang 
bertanggungjawab)? Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu 
mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanya seperti binatang 
bahkan lebih sesat lagi." (Al Furqan: 43-44)
Nyatalah bahawa ada manusia yang bukan sahaja tidak bermusuh dengan musuh, 
bahkan sangat taat dengan musuhnya. Mereka bekerja untuk musuh dengaan 
bangganya. Itulah realiti umat Islam kini. Tidak sedar bahawa mereka menjadi 
ejen musuh untuk memusnahkan Islam.
Contohnya, lihatlah sikap Saudi yang sangat menaruh harapan dan kerjasama 
dengan Amerika, musuh Islam itu. Belumpun Iraq bertindak apa-apa ke atas 
negaranya, baru diandai-andai, mereka telah menjemput orang-orang kafir, 
musuh-musuh Allah itu menduduki buminya dengan terhormat. Mereka tidak 
pedulikan apa hukumnya lagi walaupun memasukkan orang kafir ke negara Islam 
dengan sukarela adalah bid'ah yang besar.
Yahudi dan Nasrani sedang menggunakan umat Islam untuk menjahanamkan Islam 
melalui kebudayaan, pendidikan, perdagangan, kemasyarakatan, hubungan luar 
negeri dan lain-lain lagi. Sebaliknya tiada usaha dari pihak umat Islam 
untuk menyekat usaha-usaha musuh itu. Apalagi merancang untuk mengalahkan 
musuh.
Setelah agama Kristian kurang diterima di Barat, yang terbukti dengan 
banyaknya gereja-gereja telah bertukar kepada Masjid, dendam Yahudi dan 
Nasrani semakin membara. Mereka mengalih pandangan mereka kepada kebangkitan 
Islam di Timur. Kegiatan Islam yang semakin berkembang kian hari di Timur 
khususnya Malaysia telah menyakitkan hati mereka. Semakin Malaysia diiktiraf 
sebagai negara Islam contoh, kita lihat semakin banyak dan nyata perancangan 
mereka untuk menangani kerancakan amalan Islam di rantau ini.
Umumnya, antara langkah-langkah berkesan yang telah dan sedang mereka 
jalankan ialah:
a) Menyebarkan dakyah-dakyah memburukkan Islam melalui tulisan-tulisan serta 
media elektronik seperti video, televisyen, radio dan internet di kalangan 
umat Islam.
b) Merosakkan keimanan dan kekuatan beragama dengan menanamkan rasa cinta 
dunia dan takut mati dalam jiwa umat Islam. Perang saraf atau peperangan 
psikologi ini dilaksanakan secara besar-besaran.
c) Secara langsung atau tidak langsung, mereka cuba menaikkan badan-badan 
ekonomi atau politik atau kebajikan yang tidak bercorak Islam atau membantu 
negara-negara umat Islam yang anti Islam. Dengan cara ini dengan mudah 
mereka dapat memperkotak katikkan ekonomi negara tersebut.
d) Media massa mereka sengaja membesar-besarkan pemimpin Islam yang sekular, 
yang tidak ada cita-cita Islam. Terhadap pemimpin yang berjiwa Islam, 
ditulis atau digambarkan secara negatif.
e) Menggalakkan muda mudi mereka melancong ke negeri-negeri Islam, demi 
menyebarkan budaya hidup mereka di kalangan anak-anak watan.
f) Memperkenalkan cara hidup bebas, hedonisme, pergaulan lucah sehingga 
anak-anak muda Islam berfoyaa-foya dan lupa tanggungjawab kepada agama, 
bangsa dan negara.
Penjajahan mental dan spiritual yang sedang berlaku ke atas umat Islam oleh 
bangsa Barat kini, adalah hasil perjuangan yang terancang rapi sejak lama . 
Kejayaannya sedang mereka kecapi sekarang. Alangkah bangganya mereka melihat 
keadaan umat Islam kini yang bukan sahaja tidak menegakkan Islam, malah 
prasangka dengan agama anutan mereka. Suasana inilah yaang mereka 
idam-idamkan sebagaimana yang telah diingatkan oleh Rasulullah SAW dalam 
sabdanya: "Akan tiba masanya umat Islam dikeronyok oleh musuh seperti si 
pelahap menghadapi makanan dalam hidangan."
Penyakit yang menyebabkan mereka jadi selemah dan sehina itu ialah al wahan 
yakni cinta dunia dan takut mati. Penyakit yang dirancang Yahudi dan Nasrani 
khususnya untuk diinjek ke dalam jiwa umat Islam. Dengan suntikan itu, iman 
tercabut dari  hati dan akar umbinya. Sementelahan umat Islam sudah lemah.
Jangan kita ragu-ragu atau tidak percaya hakikat ini. Bencinya Yahudi dan 
Nasrani kepada Islam adalah kebencian yang mutlak dan tidak ada tolak ansur 
lagi. Orang Yahudi dalam rancangan untuk melemahkan umat Islam, telah 
mengkaji Al Quran dan Hadis untuk mencari di mana rahsia kekuatan dan 
kelemahan umat Islam bermula. Apabila mereka dapati bahawa faktor keturunan 
yang baik menjadi satu syarat untuk menjadi mukmin yang baik, mereka 
mengatur rancangan untuk merosakkan keturunan umat Islam. Iaitu dengan 
menyusun langkah supaya umat Islam melakukan perzinaan.
Seorang ulama pernah berpesan: "Janganlah kamu tidur di rumah orang Yahudi. 
Nanti kamu akan diperangkap untuk berzina deengan anak perempuannya."
Ini menggambarkan Yahudi sanggup  korbankan maruah anak perempuannya demi 
merosakkan keturunan umat Islam. Lihatlah sekarang, pelacuran menjadi-jadi, 
perzinaan berleluasa. Berjayalah perjuangan Yahudi. Dengan bangsa kita jadi 
korban perjuangan mereka dengan rela. Begitu halus dan licinnya perangkap 
Yahudi dan Nasrani.
Di antara perancangan mereka yang lain ialah dengan merancang makan minum 
yang haram untuk umat Islam. Sebab mereka tahu dengan makanan yang  haram, 
hati-hati umat Islam akan rosak. Demikian juga rancangan merosakkan  akhlak 
dan budaya Islam.
Apakah yang telah kita buat untuk menyelamatkan Agama Allah ini? Siapakah 
yang mahu menjadi pembantu agama Allah?

Wassalam,

Arjuna Armada

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke