*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kempen p*erang s*araf

Mulakanlah kempen p*ilihanraya dari sekarang.  Walau bagaimanapun perlu
diingatkan bahawa kempen p*ilihanraya yang rasmi bermula dari selepas
penamaan calon sehingga jam 12:00 malam sebelum hari mengundi.  Tempoh
ini adalah untuk kita menaikkan bendera, merayu undi dari rumah ke
rumah dan mengadakan ceramah-ceramah kempen.  Sila rujuk perlembagaan
untuk keterangan lanjut.

Walau bagaimanapun adalah tidak salah untuk kita berbincang atau
bercakap-cakap mengenai politik sebelum hari penamaan calon.  Dari itu,
kita boleh berbual-bual dengan jiran-jiran atau rakan sepejabat
mengenai politik.  Dengan itu, mulakanlah kempen anda secara
perlahan-lahan.  Apabila bertemu dengan orang-orang yang dirasai atas
pagar atau lalang atau hatta orang BN sekalipun, janganlah malu-malu
untuk mengeluarkan topik ini.  Ajaklah mereka menyokong barisan kita
dan serulah mereka agar tidak menyokong BN.

BN akan kalah - beritahu mereka bahawa dari bancian yang telah
dilakukan baru-baru ini, kebanyakan pengundi lebih cenderung kepada
lawan BN.  Fakta ini bukanlah fakta yang direka-reka kerana perkara ini
pernah diberitahu oleh orang SB sendiri.  Possibility untuk BN kalah
memang ada, lebih dari 60%.  Beritahu mereka bahawa jika mereka memilih
untuk bersama BN, mereka sebenarnya memilih untuk berada dalam kumpulan
yang kecil, sedangkan golongan yang banyak ialah golongan yang mahukan
lawan BN.

Dengan nada perlahan selepas kita duduk sebelah seseorang target kita,
beritahu mereka apa yang ditakuti sekarang ialah bila BN kalah, mereka
akan mengupah orang untuk merusuh.  Mereka ini terlalu kecewa apabila
menyedari mereka sudah kalah sedangkan bukan sedikit wang ringgit
mereka habis untuk memenangi pilihanraya.  Kegagalan bagi pihak lawan
adalah lumrah, jadi kalau lawan BN kalah, tiada apa yang akan berlaku,
tapi kalau orang BN yang kalah, habislah.  Dan kita sambung lagi slow
talk kita, kita beritahu dia orang, tolong ingatkan kawan-kawan kamu
yang lain dalam BN, janganlah cemari nama baik BN.  janganlah nanti
orang kata BN tak kuat iman sebab marah sangat bila kalah.  jangan
orang kata BN tak gentleman sebab marah bila kalah. Ulangilah kerisauan
kita ini beberapa kali walaupun beberapa kali itulah mereka marah
terhadap kita.  Motif: supaya mereka benar-benar menyangka bahawa
mereka akan kalah dan dapat merasai kekalahan itu dari sekarang. 

pakailah baju polka dot.  bagi muslimat yang pandai menjahit, cari kain
polka dot iaitu kain hijau dengan corak bulat-bulat putih.  Buatlah
sepasang baju kurung dan pakailah ketika hari penamaan calon dan hari
mengundi.  Lebih kerap kita pakai baju tersebut lagi bagus.  Bagi kaum
adam, kalau sempat tempah, tempahlah baju kemeja atau baju Melayu
menggunakan kain tersebut.  Pakailah sekerap mungkin.  Alaaa... you all
bukan tak biasa pakai baju sampai dua tiga hari...  Lebih ramai yang
pakai macam tu lagi bagus.  Kalau boleh jahitkan untuk anak-anak lagi
bagus.  Pergi mana saja sesuai mereka pakai baju tu.

Selamat m*ngundi


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke